...........

KACAU
Please Subscribe to read the full chapter

 

Sehun memerhati ke segenap penjuru bilik itu. Tiffany disebelahnya memapah lelaki itu perlahan-lahan ke hujung katil.

"So macam mana? Bilik saya saya ini tak luas so saya harap awak selesa."

ujar Tiffany lembut. Sehun hanya tersenyum mengangguk. Walau bibir mengukir senyuman namun hatinya dipagut resah.

Dia masih lagi 'mamai' dengan apa yang dilaluinya baru-baru ini.

'Apa salah aku Luhan?'

Sehun mengeluh berat. Difikirannya kini hanya tergambar susuk tubuh lelaki itu.

Sekolah

20.6.2008

Tidur Sehun terganggu apabila seseorang menjerit memanggil namanya.

'Haish!'

Ikutkan hatinya mahu sahaja dia menumbuk lelaki bermulut murai itu. Namun dia tersentak apabila kata-kata yang keluar dari mulut Baekhyun.

"Luhan! Dia kena pukul dengan senior atas."

Sehun melayangkan penumbuk di meja.

"Sial!"

Rasa marah meluap-luap. Dengan pantas dia berlari mengikut Baekhyun.

Luhan mengelap darah di tepi bibirnya dengan belakang tangannya. Kedengaran ketawa sinis daripada pelajar-pelajar di sekelilingnya. Luhan hanya buat tidak endah.

"Bodoh! Bangunlah lembik. Rileklah, jangan pengsan dulu."

ujar Jongup kasar. Luhan hanya berdiam. Tidak mahu bertekak dengan lelaki itu.

Melihat tiada jawapan dari Luhan membuatkan Jongup mendengus marah. Pantang melihat reaksi Luhan yang bersahaja.

Jongup pantas menarik kolar baju Luhan membuatkan Luhan terdorong ke hadapan. Jongup memandang bengis ke arah Luhan yang hanya tersenyum sinis.

"Kurang ajar-"

Luhan menutup mata, bersedia menerima tumbukan dari Jongup. Beberapa saat sudah namun masih lagi pipinya belum terasa sakit.

Luhan pantas membuka kelopak mata.

"Sehun?"

Sehun menggenggam kuat lengan Jongup. Wajah Sehun merah menahan amarah dihati.

"Sial! Kau ini tak habis-habis nak kacau line aku. Kau dah kenapa?"

Tumbukan Jongup terkena tepat pada rahang Sehun. Sehun mengepal penumbuk.

Jongup cuba membuat serangan namun pantas Sehun membalas. Jongup yang jatuh segera digunakan Sehun untuk terus menyerang Jongup bertubi-tubi.

Wajah Jongup menjadi sasaran Sehun. Tidak memberi ruang kepada seniornya itu membalas.

Riuh rendah pelajar-pelajar di situ. Ada yang bertepuk tanga

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
mpreggoland
#1
Chapter 3: sapa Kim ngan Himchan tu? i'm so curious
Park Himchan? adakah dia ada kaitan ngan Park Chanyeol? hehe just kidding XD
Laikhaexofany32 #2
Chapter 3: Jarang sngat orang guna tiffany as one of the character.. saya tak tahu kenapa..tiffany is my ultimate bias.. jadi, saya decide untuk subscribe your story sbb ada tippa-chan dan sbb saya tertarik dngan citer nie.. :D
Oh, saya penah juga baca novel fixi.. tajuknya pun 'KACAU' jugak.. menarik crita tue and i hope crita awak jugak dapat sambutan.. update soon!
nanadjiyongie_01
#3
Chapter 3: Sape Kim? Kim Jong In kah? So curious la...update soon ..
seungrin123 #4
Chapter 2: Sya harap fic ni XD
mpreggoland
#5
Chapter 2: ok! mmg ok sgt storyline nya! ^^
sy suka misteri mcm ni...keep up the good work! :D
nanadjiyongie_01
#6
Chapter 2: Bkn ke 'Luhan' tarik Sehun dlm tasik? Kenapa tiba² kena tikam pula? Misteri btul! Saya suka!!
So, Tiffany dh jadi wife Sehun la?
Banyak btul persoalan dlm kepala otak ni..update soon...your story is Daebak! !
lugege_
#7
Chapter 2: Huaaaaaa. Jgn last sekali dia dgn Luhan,sudah. Nak dgn tiffany xD
MyaReen
#8
Chapter 2: Imma wondering why I'm reading this at midnight. Naik bulu roma
musicmuscat
#9
Chapter 2: Misteri betul fuyooo
mpreggoland
#10
Chapter 1: hantu Luhan ke yg kcau Sehun tu?
wow citer ni betul2 menarik!