.......
KACAU
Sehun melihat pantulan dirinya di cermin. Rambutnya dikemaskan. Jongin di sebelah hanya tersenyum nipis ke arahnya.
"So man, kau dah ready nak beristerikan adik aku?"
Soalan Jongin dibalas anggukan. Dia sekarang memang terlebih bersedia. Sejak kelmarin, dia tidak lena tidur. Berlatih dan terus berlatih supaya dia tidak tergagap di hadapan orang ramai.
"Kau jangan risaulah. Aku akan jaga adik kau."
Sehun menepuk bahu Jongin. Dia tahu Jongin terlalu sayangkan adiknya. Tifannya satu-satunya adik lelaki itu. Tidak hairanlah Jongin selalu mengingatkan padanya supaya Tifanny dibelai dan disayangi sebaik-baiknya.
"Sehun, aku keluar dulu. Tetamu ramai dekat luar."
Jongin terus berjalan keluar dari bilik. Sehun yang rasa penat berdiri terus melabuhkan punggung. Air kosong dicapai dan diteguknya.
'Tit!Tit!'
Telefon di kocek seluarnya berbunyi. Telefon dikeluarkan dari koceknya.Tertera 'uknown' di skrin telefonnya yang menghantar pesanan ringkas. Lantas dia membuka pesanan itu.
'Aku rindu kau. Jumpa aku di tempat biasa - Luhan'
Sehun terkaku. Akalnya mati dan dia menggeletar ketakutan. Kisah lalu, tergambar jelas di ingatannya.
Sekujur tubuh yang tidak bernyawa ditemui tergantung. Wajah itu pucat kebiruan seakan dia sudah lama meninggalkan dunia itu. Sehun berdiri ketakutan di hujung pintu. Terketar-ketar bibirnya, menyebut nama kawannya.
"L-Lu-Luhan!"
Telefon yang berada digenggamannya terlepas.
"Tak! Tak mungkin!"
Adrenalin darah mengalir deras. Peluh dingin membasahi dirinya. Sehun dibelenggu ketakutan. Bukan! Waktu ini, jiwanya tidak tentu arah. Rindu? Hiba? Takut? Dia tidak tahu. Semuannya menjadi satu.
Sehun cuba mendail nombor itu semula. Namun hampa hanya kedengaran peti suara. Jawablah!
'Luhan' mahu berjumpa dengannya? Di tempat biasa? Tapi di mana? Persoalan demi persoalan bermain di fikirannya. Akhirnya dia dapat menangkap apa yang diberitahu 'Luhan'.
"Betul ke kau memang ada kat situ?"
Jam tangan dikerlingnya.
"2:30 petang."
Dia masih ada 30 minit lagi sebelum majlisnya bermula. Sehun mundar-mandir di biliknya sebelum dia mencapai kata sepakat untuk dirinya. Kunci kereta di atas meja diambil.
"Tiffany, saya akan bal
Comments