001

Pauper Love

 

Cinta & persahabatan merentasi masa.

 

 

 

 

2016- Sekarang

 

“Kang Daesung!” jeritan seorang wanita tiba-tiba memenuhi pagi sunyi di kediaman keluarga Kang. Hampir kesemua ahli keluarga Kang tiada di rumah kecuali si anak bongsu.

Daesung yang secara mengejut terbangun daripada lenanya terus terkocoh-kocoh berlari keluar dari bilik tidurnya.

“Ada apa, ma?!” laungnya di muka pintu, masih mamai. Harapnya laungan itu dapat didengari oleh Puan Kang namun tiada sahutan.

Daesung mengusutkan rambutnya dengan malas. Anak tangga dituruni dengan huyung-hayang sehinggalah kakinya bertindak untuk mengingkari tuannya sendiri. “Aduh!” rintih Daesung panjang selepas tersungkur ke atas lantai. Hidungnya yang terasa sengal digosok-gosok.

“Daesung!” Suara nyaring Puan Kang dari halaman rumah sekali lagi membingitkan telinga. Daesung mendengus geram lalu bangkit terhinjut-hinjut.

 

“Ada apa, ma?!”

“Mama belikan skuter untuk kamu!” ujar Puan Kang dengan senyuman meleret. Dia tak henti-henti daripada bergaya di samping skuter itu ala-ala seorang model. “Cantik kan?”

Daesung mengerutkan dahi sekaligus menyepetkan lagi matanya. “Kenapa mama tiba-tiba belikan skuter?” Dia seakan dapat merasakan sesuatu agenda di sebalik senyuman ibunya itu. Daesung masih di tempatnya, enggan berganjak.

“Nanti senanglah kamu nak pergi cari kerja lepas ni. Tak payahlah nak beratur naik bas lagi,” Puan Kang menarik tangan Daesung untuk mendekati skuter biru putih itu. “Dan senang untuk ibu suruh kamu pergi beli barang!”

‘Dah agak dah.’ gerutu hati Daesung sambil melirik ke Puan Kang yang masih dalam mood gembiranya. Akhirnya, Daesung mengalah. “Okay ma, nak suruh Daesung beli apa?”

 

 

 
 
 

“Awak fikir hanya awak yang terpaksa berkorban?! How about me? Jangan ingat saya tak ada perasaan.” bentak si gadis dengan keras. Hyoyeon cuba dengan bersungguh untuk menahan air matanya daripada tumpah. “Saya pun suka dekat orang lain dulu, tapi sebab saya sayangkan ayah.. saya sanggup lupakan segalanya untuk hidup dengan awak. Tapi awak?” Nada si gadis mula mengendur. Kesayuan hatinya tidak dapat dibendung lagi.

Daesung yang dari tadi memerhati, hanya menggeleng dengan tangan tersilang. Bibirnya masih terkunci.

Both of us did fallen in love with someone else.. tapi saya sedar tu sudahpun menjadi masa silam saya. Saya tak nak hidup dalam waktu tu. Sebab saya mengharapkan awak sebagai masa hadapan saya…” sambung si gadis lagi. Hyoyeon tersendu-sendu terasa sebak. Tisu kotak berdekatan digapai untuk mengelap mata dan hidungnya yang mula kemerahan.

“Namun, mungkin saya tersilap. Maybe I’m belong to you but I’m not yours.” Gadis itu mengambil langkah untuk beredar dari situ namun dihalang oleh-

 

“Cik, kedai roti ni bukak ke tak ni?!” Suara kasar seorang lelaki tiba-tiba mencelah setelah bosan melihat drama air mata di hadapannya. Sejak tadi lagi dia memerhati gelagat gadis itu dari sebalik kaunter pembayaran. Hati hitamnya mencemuh.

Hyoyeon tersentak lalu menyorokkan telefon bimbitnya. Dia segera berpaling dengan malu yang menebal. “Maaf.. maafkan saya.” gumam Hyoyeon yang menunduk.

“Maaf maaf! Makan gaji buta je tahu!”

Mendengar keriuhan di kaunter, Daesung yang baru sahaja siap mengambil beberapa paket roti, datang menghampiri.

“Encik tahu ke apa yang saya buat? Senang-senang nak kata saya makan gaji buta,” Hyoyeon membantah dengan suara perlahan.

Lelaki itu cuba membidas kembali.

“Kenapa encik nak marah dia? Dah encik yang duk diam macam tunggul kat situ kenapa? Dia manalah nak perasan.” Daesung menyampuk perbalahan mereka. “Nampak ni?” Dia menekan berkali-kali loceng mini yang berada di atas kaunter. “Lain kali, tekan.”

Lelaki itu melontar jelingan tajam kepada Daesung yang kemudian menjegilkan matanya. Dia segera membayar makanan yang dibeli dan meninggalkan kedai. Hyoyeon dalam diam menarik nafas lega. Namun dia masih enggan bertentang mata dengan si ‘penyelamat’ di hadapannya.

 

“Aih,” keluh Daesung sambil melonggokkan roti-rotinya ke atas kaunter. “Kenapalah awak suka tengok drama macam tu?” Dia menggeleng-gelengkan kepala melihat gadis bertag nama ‘Hyoyeon’ itu hanya menunduk. Menjadi latar bunyi mereka hanyalah bunyi ‘beep’ tanda kod bar telah dibaca.

“Lain kali, tengok drama kat rumah.” Pendek saja nasihat Daesung yang berbaur sindiran.

Daesung melangkah keluar daripada kedai roti itu dengan hati bingung. “Kenapa aku rasa déjà vu bila tengok dia?” gumamnya sambil menghampiri skuter. Fikiran lelaki itu mula melayang, mencari kelibat gadis berkenaan dalam memorinya. Tak lama kemudian, penganggur itu hanya beredar dari situ.

 
 
 
 
 
 

Gadis itu memulas pemegang pintu apartment yang dikongsi bersama beberapa rakannya dengan muka mencuka. Hari ini adalah hari yang malang bagi Hyoyeon. Tak padan dimalukan oleh pelanggan, dimarahi pula oleh si bos yang suka membebel.

“Aku dah balik..” ujar Hyoyeon lemah sambil menutup kembali pintu. Kakinya segera menuju ke dapur. Seorang gadis tinggi lampai datang menyapanya dengan sebuah mug di tangan.

“Kau kenapa? Masam je muka.” tanyanya dengan hairan.

Hyoyeon mengeluh berat, “Aku kena malu dengan sorang laki ni, Yuri! Aku tengah syok tengok drama, dia pulak datang buat kacau!” cemuh Hyoyeon seakan ingin menangis.

“Mesti masa tu, kau tengah sibuk berair mata kan?” teka Yuri sambil satu senyuman sinis mula terukir di bibirnya.

Hyoyeon menjuih bibir sebelum menekup muka.  “Malunya aku!” rintihnya sambil menggeleng.

Ketawa Yuri meletus mengisi ruang dapur.

“Tapi kan, ada sorang laki ni tolong backup aku daripada kena marah.” lanjut Hyoyeon lagi sambil menggapai sebuah mug. “Tapi sempat lagi dia sindir aku. Ish, tak guna.” Ketawa Yuri masih berbaki.

“Siapa dia?” tanya Yuri dengan nada usikan. Dia menyiku-yiku lengan Hyoyeon dengan perlahan.

“Entahlah. Mana aku kenal.”

Yuri mengganguk, kagum dengan tindakan ‘gentleman’ lelaki yang sedang menjadi bualan mereka.

 

***

 

“Jadi, esok kamu nak pergi cari kerja kat mana?” tanya Puan Kang sebaik saja Daesung mengambil tempatnya di meja makan.

Daesung hanya mengangkat bahu. “Tak tahulah, mama. Tak ada plan lagi.” Dia mula menggapai mangkuk nasi di hadapan dan segera mengisi mulutnya.

“Kamu sebenarnya nak kerja apa?” tegur ayahnya yang baru bersuara. Daesung memandang Encik Kang dengan wajah kosong.

“Pembakar roti?”

Puang Kang menggeleng kecil mendengar jawapan anak bongsunya. Terbayang di fikirannya, alat pembakar roti di dapur.

Encik Kang pula makin serius riak mukanya. “Kenapa pula pembuat roti? Kan kamu graduated daripada bidang law. Kenapa tak nak jadi peguam?”

Daesung hanya menelan air liur. Dia bingung untuk memberi alasan. “Entahlah papa, Daesung rasa nak jadi tukang buat roti.”

Ayahnya mendengus, “Membazir masa kamu saja belajar law di universiti dulu. Alih-alih nak kerja dekat bakeri juga.” Pedas sindiran Encik Kang sambil kembali menjamah makanan.

Tahu dirinya tidak mampu membantah, Daesung hanya mempamerkan senyuman tenang yang mempunyai makna di sebaliknya. 

 
 
 
 
 

 

Hyoyeon sedang khusyuk menonton televisyen apabila Yuri tiba-tiba menghenyakkan dirinya ke atas sofa, bersebelahan dengan Hyoyeon.

“Wei, tadi masa aku jalan balik,” Yuri menarik-narik lengan Hyoyeon agar menoleh ke arahnya. “Aku nampak kedai buku lama tu nak buat clearing sale esok.”

Baru Hyoyeon memalingkan wajahnya, beriak lesu. Dia masih tak menunjukkan minat dengan cerita Yuri. “Yang dekat dengan apartment kita tu ke?”

Yuri segera mengangguk. “Jom, teman aku esok. Boleh beli buku banyak-banyak! Mesti harga dia murah!” Dia menarik-narik kembali lengan Hyoyeon.

Bibir Hyoyeon terukir ke atas melihat gelagat ulat buku di hadapannya. “Boleh je,”

Yuri bersorak kecil. ‘Misi memujuk Hyoyeon keluar pada hujung minggu telah berjaya!’ Yuri segera bangun, hendak memasuki bilik sebelum langkahnya terhenti.

“Tapi kau belanja.” sambung Hyoyeon, kembali menonton televisyen.

Yuri terus membalikkan mata. “Ya, ya. Aku belanja.” 

 

***

 

Hyoyeon menilik barisan tajuk buku-buku yang tersusun rapi di atas rak. “Buku apa nak beli..” gumam gadis itu sendirian. Tak lama kemudian, sebuah buku yang tampak usang dari sudut rak,  menarik perhatian Hyoyeon. Dengan serta-merta, pandangannya hanya tertumpu kepada benda tersebut. Kaki dihayun laju, takut terlepas.

“Aduh!”

“Auch!”

Serentak mereka mengaduh kesakitan. Dahi yang terasa sengal diurut perlahan. Serentak mereka melontar pandangan tajam sesama sendiri, siap sedia untuk berperang mulut.

“Kau lagi?!” cemuh Hyoyeon yang masih berdendam akibat kejadian lepas.

“Ya, saya.” Daesung mempamerkan senyuman signature-nya. Mungkin jika perempuan lain, senyuman Daesung itu dapat mencairkan hati mereka namun dalam keadaan ini, ia hanya makin memanaskan hati Hyoyeon saja.

“Dah, tepilah!” Hyoyeon cuba melawan amarahnya dengan membawa diri. Badan Daesung yang menghalang laluannya ditolak kasar.

“Kenapa awak nak marah saya? Sedangkan saya ni customer awak masa tu. And customer always right.” ujar Daesung seakan dapat membaca kemarahan gadis tersebut.

Hyoyeon mengetap bibir, menahan geram. ‘Aku tahu aku tak patut marah kau, tapi tapi!’

“Ugh.” Rengusan saja yang keluar daripada mulut Hyoyeon.

 
 
 
 
 
 

Selesai makan malam bersama yang lain, Hyoyeon teringat akan buku seakan journal lama yang baru dibelinya di jualan murah. Dia menggapai beg galasnya dan menarik keluar buku berkenaan.            

Selesa bersila di atas katil sambil menyandar pada dinding, Hyoyeon mengelus lembut muka hadapan buku berwarna perang lusuh itu. Muka surat pertama diselaknya dengan cermat.

 

Kim Hyoyeon.

My diary.

 

Tersentak seketika Hyoyeon melihat nama seakan namanya tercatat dengan dakwat hitam di halaman itu.  Adrenalin yang menyerang tubuhnya, segera membangkitkan rasa ingin tahu. Hati terasa berdebar namun tangannya tetap membuka halaman seterusnya.

 

Diary of how I met him.

            Kang Daesung.

 

“Dalam Bahasa Inggeris ke benda ni?” gumam Hyoyeon perlahan, yang tiada masalah untuk memahami selepas membaca ayat pendek itu. Halaman seterusnya dibuka, diperhati satu-persatu tulisan tangan yang ditulis kemas.

Tiba-tiba telefon gadis itu berdering meminta untuknya menjawab panggilan yang masuk. Terkejut, Hyoyeon segera menutup kembali diari tersebut dan menyambar telefon bimbitnya. Buku itu ditinggalkan di atas katil sambil Hyoyeon beredar keluar.

Beberapa minit kemudian, Hyoyeon menyambung hasratnya kembali. Selesakan diri di atas katil, barulah dia membuka diari tersebut.

 

Angin malam kencang bertiup di luar, turut terhembus ke dalam bilik menerusi tingkap yang sedikit terbuka. Terbuai-buai langsir dilanggar angin yang menerpa. Dan Hyoyeon sudahpun terlena dibuai mimpi malam.

 

 

 

 

17_ _

 

You put the smile on my face, the sparkle in my eyes and the love in my heart...

 

“Daesung! Angkat ni dan susun atas rak!” laung seorang lelaki lewat 30-an dari arah dapur. Tangannya masih sibuk menguli adunan tepung yang akan dibakar menjadi roti. Walaupun sudah berpuluh tahun dia mewarisi perniagaan roti daripada ayahnya, tidak pernah sekelumit perasaan bosan terdetik di hatinya. Ayahnya sudah tiada. Hanya tinggal dia, ibu dan adik tunggalnya saja yang meneruskan legasi ini. Dialah Kang Jong-kook yang sangat disenangi.

Kang Daesung yang gopoh memasuki dapur membuatkan Jong-kook menggeleng kepala. Tanpa kata, dia hanya menunjuk jujukan roti yang elok tersusun di atas sekeping papan. Daesung segera menuruti arahan abangnya jika tidak ingin dileteri di kemudian hari.

 

Kelibat Daesung yang menghilang ke dalam kedainya memberi peluang kepada Kim Hyoyeon- gadis yang berselubung hitam untuk menyelinap masuk. Sejak dari tadi lagi dia memerhati Kang Daesung dari sebalik dinding batu. Matlamatnya hanya satu. Untuk mencuri sebuku roti.  Senyuman sinis menghiasi bibir merah jambunya. Dia tidak akan gagal kali ini. Tidak.

Dengan lagak seperti seekor tikus ingin mencuri beras, Hyoyeon dengan berhati-hati melangkah. Mata melilau waspada. Sasarannya sudah ada di hadapan mata. Dengan sekelip mata, buku roti sudah selamat tersimpan di sebalik selubungnya. Jika Hyoyeon ini seorang ahli sihir, ingin saja dia menghilang dari situ. Namun apakan daya, dia hanyalah seorang gadis biasa.

“Hoi pencuri!” Dengan kalutnya satu suara menjerit dari arah belakangnya membuatkan Hyoyeon tiba-tiba kaku.  Alamak!  Dia mencemuh dalam diam.

Dengan sengihan mengejek, Hyoyeon memalingkan wajahnya kepada lelaki yang sedang mengangkat sepapan roti. Daesung membulat mata sepetnya.

“Kau lagi?!” Daesung laju meletakkan papan roti itu ke tepi dan mula mengejar Hyoyeon.

Gadis tersebut segera melarikan diri dengan lincah, meninggalkan kedai. Mantel hitam yang dipakainya terbuai mengikut angin. Daesung bertungkus lumus untuk menggapai kain itu sambil cuba memendekkan jaraknya dengan si pencuri rotinya. Roti itu mesti diselamatkan tak kira apapun yang berlaku!

Hyoyeon masih tersengih, teruja dikejar oleh Daesung yang terkenal dengan sikap cuai yang dianggapnya sebagai dungu. Selamba saja Hyoyeon mengelak kereta kuda yang tiba-tiba muncul dari tepi jalan. Sempat dia berpaling untuk melihat Daesung.

“Kamu tak nampak ke hah?!” marah pemandu kereta kuda itu kerana Daesung nyaris melanggar kudanya. Daesung yang jatuh terduduk segera bangkit dan memohon maaf. Sejurus kereta kuda itu beredar, Daesung terjenguk-jenguk mencari kelibat gadis yang mencuri rotinya di celahan orang lalu-lalang di pasar.

“Ah, tak guna!” bentak Daesung dengan kecewa, menyedari dia telah kehilangan jejak si pencuri. Bebelannya ditenggelami oleh suasana pasar kota yang hingar-bingar.

 

Kakinya membawa kembali Daesung ke bakeri keluarganya. Riak terkilan bermain di wajah lelaki itu. Dia hanya melihat lantai ketika berjalan dan berhenti di hadapan sepasang kaki. Daesung pantas mendongak. Ternyata, ibunya yang sedang bercekak pinggang rupanya.

“Kamu pergi mana tadi?! Kamu tinggalkan kedai kosong macam tu saja?” soal wanita separuh abad dengan tegas membuatkan Daesung terhinjut sedikit bahunya. “Ibu tinggalkan kejap saja untuk ke pasar,”

“Daesung pergi kejar pencuri tadi, ibu!” potong Daesung dengan beria, mahu menyalahkan si pencuri. “Habis sebuku roti kita kena curi!” Daesung mula menceritakan kembali babak kejar mengejar antara dirinya dengan si pencuri yang licik.

Ibunya hanya menggeleng. “Lain kali, jangan cuai sangat. Mata tu kena peka, faham?” Daesung hanya mengangguk dengan malas. Hatinya membebel geram.

 

 

•••

 

 

Daesung sedang leka memotong kayu untuk dibakar di belakang kedai. Kapak diangkat tinggi sebelum jatuh membelah potongan kayu. Tiba-tiba perbuatan Daesung terbantut dengan satu suara.

“Oit! Potong kayu ke?” Soalan seakan sindiran itu diiringi dengan ketawa kecil. “Tak jaga kedai ke?”

Daesung mendengus geram dan mendongak ke atas. Seperti yang dijangka, gadis pencuri itu sedang sinis tersenyum melihat dari tingkap kedai bersebelahan dengan bakeri keluarga Daesung.

“Kau nak apa, hah pencuri?!” Kasar jawapan dari Daesung yang masih berdendam atas kejadian lepas. Tak pasal-pasal dia diturunkan pangkat. Kena jadi tukang potong kayu pula tu. Mata sepetnya dijegilkan merenung gadis yang sentiasa berpakaian hitam itu.

“Amboi, macam tu ke kau cakap dengan perempuan?” Dia menggeleng kepala, berpura-pura kasihan dengan Daesung. “And one more thing, aku tak curilah roti kau! Aku dah bayar okay.”

“Yelah tu bayar! Entah-”

Hyoyeon segera memotong, “Habis kau ingat, duit yang kau jumpa tiap-tiap hari atas meja kedai kau tu jatuh dari langit?”

Daesung bingung seketika, dibantah sebegitu. Keningnya berkerut, cuba mengimbas kembali. Jalan berturap batu ditenung.  Tak lama kemudian, mulutnya terlopong. “Oh, jadi kaulah yang-” Kepala Daesung kembali terdongak namun terdiam bila gadis itu sudah menghilang.

 

Yes, yesThe mighty Hyoyeon ni yang letak.”

Terloncat kecil Daesung dengan kehadiran mengejut gadis tersebut di sebelahnya  “Uish, terkejut aku!” bentak Daesung sambil mengundur beberapa langkah.

Hyoyeon tergelak kecil melihat si dungu itu terperanjat.

“Tapi kan, kenapa kau ambik roti kedai aku macam nak mencuri hah?!” bebel Daesung lagi yang tidak berpuas hati.

“Well, sebab aku nak perhatikan kau,” Dengan selamba Hyoyeon menjawab. Lirikan mata dengan senyuman manis dipamerkan. Tiba-tiba jantung Daesung terasa berdegup dengan lebih kencang, tidak percaya bahawa dia mempunyai seorang stalker. Sifat pemalunya mula-

“Yang suka curi tulang. Duk menggatal je tahu.”

Terasa seperti kilat telah menyambar diri Daesung. Terkejut dipanah sebegitu. Bibirnya segera mencebik jengkel bercampur geram. “Kau cakap apa? Bila masa pula aku duk menggatalnya?!”

Hyoyeon memimik-mimik percakapannya, menambahkan lagi api kegeraman Daesung.

 



 

 

Hyoyeon menutup diari itu menyedari waktu kerja makin menghampiri. Matahari makin menegak tinggi di langit, memancar cahayanya menembusi tingkap.

Keluar daripada bilik air, Hyoyeon sudah lengkap berpakaian sesuai. Jam di dinding menunjukkan pukul lapan.

“Ada sejam lagi.” getus Hyoyeon sambil menggalas beg. Terdengar suara Yuri memanggil untuk bersarapan bersama. “Ya, ya! Aku datang!” Diari itu disimpan elok di atas rak. Seketika Hyoyeon tersenyum.

Siapalah Kang Daesung tu?’

 

 


 

“Daesung! Kang Daesung!”

Suara seorang gadis menjerit dari luar membawa Daesung untuk menghampiri tingkap segi empat biliknya. Dalam suram malam yang ditemani api obor-obor di kanan dan kiri jalan, Daesung masih mengecam kelibat itu dari atas.

“Ada apa, Hyoyeon?” tanya Daesung sambil menjenguk ke bawah. Gadis itu tersenyum girang. Dia kelihatan berbeza sekali. Gaun yang tersarung di tubuh, memperlihatkan lagi kecantikan dirinya.

“Kau dah lupa ke? Malam ni kan ada majlis keramaian dekat istana!”

“Jadi? Kau nak ajak aku ke?”

Hyoyeon mengeluh pendek, “Yelah! Cepatlah Daesung. Nanti kita terlambat!”

Lama Daesung merenung gadis berambut perang itu dengan pandangan sayu. Berita yang dirinya diterima untuk pasukan tentera diraja masih belum dikhabarkan kepada Hyoyeon. Daesung tahu Hyoyeon pasti bersedih jika dia mengetahui berita itu.

“Kau tunggu aku kejap. Aku nak ganti baju.”

 

•••

 

Hyoyeon dan Daesung berjalan beriringan meredah jalan pasar yang agak lengang pada malam hari. Dari jauh, bergema lagu-lagu orkestra dimainkan sempena majlis di istana.

“Kau dengar tak tu, Daesung?” Hyoyeon melihat cahaya bergerlipan di kawasan perkarangan istana yang cukup cantik di matanya. Hatinya makin teruja untuk menghadiri majlis tari menari yang diadakan sempena hari keputeraan putera tunggal negara itu. “Cepat!”

Tangan Daesung segera ditarik erat dan mereka berlari anak, meredah jalan batu yang elok terhampar merentasi kota menuju ke istana.

Daesung mulanya agak tersentak dengan sentuhan tersebut, namun dia hanya menuruti sahaja; enggan senyuman itu hilang daripada bibir Hyoyeon.

 

Melepasi pintu gerbang yang gah terbina, barulah hingar-bingar suara penduduk yang memenuhi halwa telinga mereka.

 

•••

 

“Bila kau nak berangkat pergi?” tanya Hyoyeon, perlahan. Kerisauan banyak bermain wajahnya namun tak terlihat dek kesuraman malam. Matanya masih merenung bintang yang terlukis di dada langit.

Terdengar Daesung menggerakkan badannya, duduk bersila berhadapan dengan gadis tersebut. Dia tidak menyangka yang Hyoyeon tahu akan berita itu. Lembut dia menyentuh bahu Hyoyeon agar berpaling untuk memandangnya.

“Bulan depan,” Daesung terhenti seketika, melihat Hyoyeon. “Minggu depan, aku dah kena pergi pengkalan tentera.”

“Bila kau balik?”

“Lepas peperangan tamat..”

Terasa berat hati Hyoyeon mendengar jawapan Daesung itu. Dalam peperangan, apa saja boleh terjadi.

 

Let’s not fall in love, 

We don’t know each other very well yet

Actually, I’m a little scared, I’m sorry
 

 

“Hyo..” ujar Daesung lembut, setelah tiada kata yang diluahkan oleh gadis itu. “Kau tahu, menjadi seorang tentera adalah impian aku sejak dari kecil lagi. Kau rakan aku, kau tak nak bagi aku kata-kata semangat ke?” Daesung sedaya upaya cuba untuk menghilangkan suasana sugul yang menyelubungi mereka. Dia menyondongkan badannya ke arah Hyoyeon.

“Hyo..?”

Dalam diam, Hyoyeon mengembal buku limanya. Bukan kerana amarah, tapi kerana sedih dan kecewa yang disembunyikan. Akhirnya dia bersuara, “Nanti pulang ke sini semula ya? Kau kena janji dengan aku sebab aku akan tunggu kau..”

Daesung tersenyum tawar. Keluhan panjang menemani nafasnya. Mata dialihkan kepada bintang yang bercahaya.

 

Let’s not make promises; 

You never know when tomorrow comes

But I really mean it when I say I like you

 

“Aku.. tak boleh janji tentang hal tu..” Daesung sedar akan risiko menjadi seorang tentera. Jika ditakdirkan medan peperangan menjadi pusaranya, dia tidak mampu berbuat apa-apa.

“Kenapa?!” bentak Hyoyeon dengan mata mula berkaca.

“Hyo..” pujuk Daesung sambil menekup lembut pipi Hyoyeon. Air mata yang mengalir disapu dengan ibu jari. “Jangan menangis untuk aku. Bukannya-"

“Sebab aku takut, takut kita tak akan berjumpa lagi!” rintih Hyoyeon yang mula teresak-esak.

“Siapa kata?”

 

When I say I love you, please believe it’s true.

When I say forever, know I’ll never leave you.

And I’ll not say goodbye to you,

Because the day I’ll be saying that,

Will be the day I die.

 

Hyoyeon bingung memandang Daesung yang tersenyum kecil. “Maksudnya-“

“Aku yakin, no matter what happenedwe’ll meet again.”

 

We’ll meet again.

We’ll meet again..

.

.

He never returned… but I believed him.

 
 
 
 

“Hyoyeon! Makan malam dah siap ni! Marilah makan!” Sayup-sayup kedengaran laungan Yuri dari luar.

Hyoyeon masih di meja membacanya, cuba mengesat air mata yang tiba-tiba mengalir. “Kenapa aku nak menangis pulak..” gumamnya, sambil tersenyum sedih. Kepala didongak agar air matanya tidak tumpah lagi. Reda, Hyoyeon segera menutup diari lama itu.

Sempat lagi dia melontar pandangan ke arah buku berkenaan sebelum menutup pintu.

 

“Dah kenapa pulak ni, Hyoyeon? Merah semacam je mata kau?” Rakan serumahnya mula mengajukan soalan. Hyoyeon tersenyum kecil.

“Aku tengok drama tadi…” Senyumannya bertukar menjadi sengihan.

 

 

 

Sedang leka Hyoyeon menyusun paket-paket roti di dalam ruang pameran, tiba-tiba kedengaran suara bosnya memanggil. Berpaling, Hyoyeon segera menghampiri bahagian dapur. Di situ, bosnya seolah-olah sedang menerangkan sesuatu kepada seorang pemuda yang agak familiar bagi Hyoyeon.

“Hyoyeon, saya nak kenalkan pekerja baru bakeri ini,” ujar lelaki separuh abad itu dengan senyuman. Tangannya menepuk-nepuk bahu pemuda di sebelahnya. “Menggantikan tukang buat roti yang lama.”

Hyoyeon hanya mengganguk kecil. Walaupun dia masih segan akan kejadian dulu, dia hanya tebalkan muka.  Tak lama kemudian, bosnya mengundurkan diri, meninggalkan mereka berdua.

“Umm, awak rasa kita pernah berjumpa ke sebelum ni?” tanya Daesung, cuba memecahkan rasa kekok antara dirinya dan gadis itu.

Hyoyeon mencemuh dalam diam. Dia ni nak sindir aku ke apa?

Menyedari reaksi dingin Hyoyeon, Daesung segera menafikan, “Bukan, bukan itu maksud saya! Bukan pasal haritu!” Daesung melambai-lambaikan tangannya, beria membantah. “Saya bukan nak sindir awak. Tapi bila saya tengok awak, saya rasa déjà vu.”

Lama Hyoyeon membisu, sebelum menggangguk perlahan. Jujur dia katanya, dia juga turut berasa sebegitu. “Mungkin kita memang pernah berjumpa?”

Daesung tersenyum kecil. “Awak tak ingat saya?”

Sekali lagi Hyoyeon dilanda kebingungan dengan soalan pelik lelaki tidak bernama itu. Keningnya berkerut. “Maksud awak?”

“Apa kata, kita mulakan balik perkenalan kita. We start it again.” Daesung menghulurkan tangannya.

Sejenak berfikir, Hyoyeon perlahan-lahan menyambut salam perkenalan lelaki tersebut. Bibirnya mengukir senyuman nipis.

“Saya, Kang Daesung.”

Terasa erat Daesung menyalam tangannya, seakan cuba menyampaikan sesuatu. ‘Namanya juga sama di dalam diari itu.’ getus Hyoyeon. Apa maksud semua ini?

“Saya, Kim Hyoyeon.”

Melepaskan tangan Hyoyeon, Daesung masih dengan senyumannya.  “And we meet again.”

 

 

 

TAMAT.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
kuchens
Pauper Love is updated!

Comments

You must be logged in to comment
sunshine_blue
#1
percaya tak dah lama sya cri blik cerita ni tau!! baru Sekarang jumpa balik..omooo rindu nye
sunshine_blue
#2
percaya tak dah lama sya cri blik cerita ni tau!! baru Sekarang jumpa balik..omooo rindu nye
kageka #3
Chapter 1: NICE...T^T
#LOVE_BIGBANG
axelblaze
#4
Chapter 1: saya kasiiiiiiiii semua bintang di langit untuk awakkk. dengan tahi bintang meteor bulan langit pun amik lahh. nah nah. best kottt. kuikui. :')
m00nlightsamurai #5
Bestnyee! So sweet Deasung and Hyoyeon! Sy hampir nangis bila baca part Daesung terpaksa tinggalkan Hyoyeon! Anyway, GOOD STORY!!! Oh, good luck jgk utk writing contest tu! FIGHTING!
cicakobeng
#6
Chapter 1: Wahhh..bestnya.. tp sedih lah yg daesung tak balik selepas peperangan..itu maksudnya ...dia matilah kan? Macam manalah hidup hyoyeon masa tu kan? mesti rindu gila ngan daesung. Kenapa perlu ada peperangan? Kenapa? Kenapa? Tapi tak apa..dia orang still lagi boleh jumpa kat future.. hyoyeon cute, daesung macho..arghh..btw, nice story.
mika_lou #7
Hy and daesung ff finally.... update soon... jln die nmpk menarik...♥
MissChoiEvelyn #8
Fighting uri dongsaeng ah !