Chapter 2

Rahsia

 

Hyung.... bila kita nak sampai ni? Hari dah petanglah. Macam mana kalau kita sampai malam? Susahlah nanti..”

Kookie ku yang manis lagi rangup, boleh tak senyap sekejap bagi hyung peluang untuk fokus nak cari jalan? Jangan risaulah kita akan sampai sebelum malam. Percayalah cakap hyung. Ok?”

Namjoon menggeleng sambil tangannya memegang dahi yang sudah mula kusut dengan situasi mereka sekarang. Dah 1 jam mereka sesat jalan. Macam mana boleh tersesat pun Namjoon tak tahulah. Tahu tahu saja mereka telah memasuki jalan yang salah.Yang si maknae ni pulak selang 2 minit dia bersuara itulah inilah. Bukan Namjoon je yang serabut, Jin dengan Yoongi pun sama tau. Nasib baiklah Jungkook ni muka jambu dan mampu mencairkan hati kalau orang tengah marah. Nampak tak cute nya disitu? Fangirls jangan gigit jari plis.

Haihh... hyung rasa kita ni macam dah jauh sangat tersesat. Dari tadi lagi tak jumpa jumpa jalan yang betulnya. Asyik salah je.” Keluh Jin yang dari tadi memandu kereta tanpa hala tuju. Letih juga memandu lama lama ni. Tangan melekat di stereng saja. Yoongi yang sedang giat meneliti GPS ditelefon pintarnya mengangkat kepala apabila mendengar keluhan hyung tertuanya. Dia juga sudah mula rasa putus asa apabila GPS ditelefonnya mempunyai sedikit masalah yaitu sukar mengakses lokasi yang benar. Yoongi tidak tahu kenapa dan dia berasa aneh kerana GPS nya tiba tiba mengalami kerosakan. Padahal sebelum ini elok saja.

Entahlah hyung... aku pun dah letih dengan gps kat henfon ni. Dari tadi lagi buat hal.” Telefon pintar ditangannya disimpan ke dalam poket jaket. Yoongi bergerak ke hadapan sedikit lalu dagunya di letakkan di kerusi depan tempat Namjoon duduk. Sudah letih menghadap GPS nya yang macam nak cari gaduh je dengan dia. Ingat benda main main ke? Hilang sabar pulak Yoongi dibuatnya.

Pelik kenapa dia sorang je yang dok tengok GPS? Yang lain tak? Haa... meh sini teman cerite kat kome. Hari ini, waktu ini, dalam perjalanan ini, antara mereka berempat cuma Yoongi sorang je yang bawa telefon pintar canggih. Namjoon, Jungkook dengan Jin bawa telefon kecik yang baling dinding tu. Mana nak ada GPS nye nak oii... bila Yoongi tanya diorang, ini jawapan dia.

Kan kita nak pergi hutan. Tak payah bawak henfon besar besar tu... bukannya boleh buat ape pun kat sana. Line ape pun takda. Nak online pun tak boleh. Jadi tak payah nak buat berat poket, yang kecik cukup dah.”

Menjeling tajam Yoongi pada tiga rakannya yang bersikap seperti kekurangan sel otak hari ni. Boleh pulak itu jadi sebab tinggal henfon. Eeii sakit pulak hati kita ni!

Yang korang pun satu. Tetiba jadi pandai sangat henfon elok elok tinggal kat rumah henfon tiga sekupang dibawaknya pulak. Bila jadi macam ni, haa nak buat ape? Ape pun tak boleh tau! Ape pun tak boleh!”

Aduhh tak payahlah jerit kat telinga aku meggi oi! Pekak nanti macam mana? Harap je badan kecik swag bagai. Tapi menjerit macam hantu kak limah.” Namjoon menggosok telinganya yang baru sahaja menjadi telinga utama mangsa jeritan Yoongi berbanding telinga Jin dan Jungkook. Telinga utama kau. Kesian Namjoon.

Iye iye... kitorang salah. Memang tak patut tinggal henfon bila nak keluar ke mana mana. Kan Namjoon? Kan Jungkook?”

Ermm ye. Kami salah. Sorry ok Yoongi hyung. Janji tak buat lagi.” Jungkook mengangguk sambil mengangkat tangan tanda berikrar pada Yoongi namun wajahnya terpancar sinar ketidak keikhlasan. Apalah...

Ha yelah yelah. Hyung sorang je yang betul, pandai, cerdik, dikagumi, bergeliga, kacak, baik, tabah, gentle, rajin, bagus, ok selain aku siapa nak muntah sekarang?”

Jatuh bahu Yoongi bila dengar ayat last Namjoon tu. Terbakor habis bunga bunga dalam hati. Terbakor tu sebab dah geram tahap gaban dah dengan Namjoon. Yang Jin dengan Jungkook pun sedap gelakkan dia. Makin geramlah Yoongi!

Aku kira sampai tiga korang tak berhenti gelak lagi, aku cekik korang sekor sekor.”

...............”

Tu dia. Dengar ayat keramat Yoongi bunyi aircond dengan enjin je yang boleh dengar. Tiga tiga ekor senyap terus. Uish, Yoongi punya watak lagi seram dari watak hantu dalam cerita ni.

Haa... tahu takut. Kalau nak rasa kena cekik gelak lah lagi. Tapi kalau Namjoon ada extra. Lepas aku cekik aku botak kan kau.”

Hehe.. taknak taknak. Joonnie main main jee... Betul! Apa yang Joonnie puji tu semua betul dan ikhlas dari hati.”

Tak payah nak jonnie jonnie lah dengan aku. Geli aku dengar. Kalau Seulmi takpelah jugak. Kau, buat orang loya je.”

Namjoon tidak memberi apa apa respon. Dia terus berpusing dan memandang kosong jalan raya di hadapannya.

'Aikk, merajuk ke dia ni? Laa... baru kutuk sikit.' Bisik hati Yoongi apabila melihat perubahan raut wajah Namjoon. Dia dah mula rasa bersalah kerana mengutuk Namjoon begitu padahal niat di hati nak bergurau saja. Tetapi sebelum ini bergurau kasar macam mana pun Namjoon ok saja. Takda nak merajuk ataupun sentap dengan gurauannya. Yoongi beralih memandang Jungkook di sebelahnya dan lelaki itu juga kelihatan seperti Namjoon. Berwajah kosong bagaikan sedang memikirkan sesuatu. Yoongi memandang pula Jin yang sedang memandu. Sama juga seperti rakannya yang lain. Mereka bertiga diam membisu seolah olah sedang ada sesuatu yang bermain di fikiran mereka. Yoongi mengerutkan dahi. Dia memandang ke luar tingkap tanpa sebarang kata dek masih aneh dengan tingkah laku rakannya.

Mahu dikatakan Namjoon merajuk, mungkin juga sebab tadi dia mengutuk Namjoon dengan membandingkan dia dengan adik perempuannya, Seulmi. Tapi takkanlah Namjoon nak cemburu dengan adik sendiri. Macam pelik pula bunyi nya. Cakap pasal Seulmi, Yoongi terfikir pula di mana keberadaan gadis itu waktu ini. Dah sampai ke belum di hutan? Pasti dia sedang tercari cari dia dan yang lain memandangkan mereka belum memaklumkan pada gadis itu bahawa mereka tersesat. Emm, belum bagitahu lagi. Tapi kenapa ye? Sebab diorang semua memang tak ingat langsung nak bagitahu.

 

'EH!'

Yoongi menoleh dengan muka terkejut kemain mak datuk babun. Kelihatan Jungkook, Namjoon dan Jin juga bermuka sepertinya.

 

 

SEULMI!!!”

 

 

Ish! Mana diorang semua ni??? Ada ke patut aku sampai dulu daripada diorang. Entah kemana lah melencong tu.”

Tidak Seulmi, abang abangmu bukan tengah melencong. Mereka sebenarnya dah tersesat lebih dari 1 jam dan dalam 1 jam itu baru sekarang diorang terhegeh hegeh nak telefon bagitahu yang mereka dah tersesat. Baru sekarang.

 

Eeeiii sabo ajelah!

 

 



 

 

Iyee... betul kami semua dah 1 jam sesat. Macam mana boleh tersesat pun oppa tak tahulah. Tahu tahu je dah salah masuk jalan. Kami pun cubalah cari jalan yang betulnya tapi masuk sana masuk sini semua highway tak tahu ke mana entah. Nak taknak kami masuklah jugak tapi macam makin sesat pulak. Hehe”

Namjoon menggaru kepalanya yang agak gatal dek kusut dengan situasi mereka tambahan pula dia sedang rasa bersalah bercakap dengan adiknya ditelefon. Rasa seolah olah diri ini tak berguna kerana tidak berjaya mencari jalan penyelesaian masalah yang dihadapi mereka. Seulmi di hujung talian mengeluh perlahan mendengar suara garau abangnya menyatakan penjelasan. Dia dah mula rasa pening. Rasa pelik pun ada tapi Seulmi tak ambil kesah sangat punca mereka boleh tersesat kerana keempat empat abangnya itu memang sudah lama dikenal ragam perangainya. Suka sangat lepa dengan apa yang berlaku. Cuma dia sedikit marah kerana mereka berempat lambat memaklumkan padanya tentang kejadian malang itu.

Dah tu kenapa oppa lambat sangat bagi tahu Seulmi? Dah sesat 1 jam baru nak call.” Lembut suara Seulmi menuturkan kata namun terselit juga nada kekesalan di situ.

Maaflah Seulmi, oppa betul betul terlupa nak call Seulmi bagitahu. Tapi bukan oppa sorang je. Oppa Seulmi yang lagi tiga ekor ni pun terlupa jugak. Mana nak ingat nak call ke ape ke.”

Amboi... sedapnya mulut kau. Eh bak sini henfon tu,”

Tak payahlah hyung aku nk ca-” Namjoon tak dapat nak meneruskan katanya apabila Jin tanpa aba aba menarik telefon dari pegangannya. Jin tidak melekapkan ditelinganya malah dia membuka load speaker supaya yang lain turut mendengar.

Hello, Seulmi? Seulmi kat mana tu? Dah sampai hutan ke?”

Dah sampai dah Jin oppa. Baru je.”

Seulmi sorang ke? Takda sape teman?” Namjoon bertanya.

A'ah, sorang.”

APA??!!” Keempat empat teruna di dalam kereta itu terus menjerit sebaik sahaja mendengar jawapan bersahaja Seulmi. Sehinggakan Seulmi perlu menjauhkan telefonnya dari telinga dek jeritan abang abangnya yang serupa pontianak. Hantu betul. Terkejut Seulmi dibuatnya.

Yang korang jerit ni kenapa???”

Seulmi, oppa nak sekarang jugak Seulmi masuk kereta kunci semua pintu, tutup tingkap rapat rapat. Kalau ada orang datang, jangan sekali pun buka tingkap, jangan cakap dengan orang tak kenal! Faham tak? Dalam 10 minit oppa sampai. Ingat pesan oppa ni. Jangan ingkar satu pun! Seulmi tu dahlah sorang sorang, kang apa apa jadi siapa nak datang selamat?” Ucap Namjoon panjang lebar dengan tegas bersama kebimbangan memikirkan keselamatan adiknya. Sebaik sahaja Namjoon habis berkata, Yoongi pula bersuara.

Takpun Seulmi pergi ajelah dulu dari hutan tu. Tunggu kat mana mana tempat yang ramai orang ataupun cari mana mana kedai yang dekat. Tunggu sana sampai kami datang.”

Weh Seulmi, kau jangan main main tau ape yang kitorang pesan ni. Jaga diri elok elok. Kau tu dahlah perempuan. Badan kurus kering. Senang je orang nak angkut bawak lari. Tulah orang suruh makan empat kali sehari taknak. Kan dah buat orang risau macam ni.” Giliran Jungkook yang 6 bulan lebih tua berkata tegas pada Seulmi.

Dah dah korang, baik kita gerak cepat. Bahaya tinggal Seulmi lama lama ni. Seulmi, kami semua gerak dulu eh. Seulmi ingat pesan kami ni. Tak lama lagi oppa semua sampai. Bye.”

Jin yang sudah menghidupkan enjin tergesa gesa mematikan telefon lalu dengan selamba badak mencampaknya ke arah Namjoon. Sikit lagi nak tertepek ke muka. Tetapi tidak pula Namjoon marah dan Jin juga langsung tiada rasa bersalah. Kerana difikiran mereka berempat sekarang ini cuma tentang keselamatan Seulmi. Memang bahaya meninggalkan gadis itu seorang diri lagi lagi di tempat yang sunyi. Seulmi orangnya sangat naif. Terlalu mudah percaya pada orang yang tidak dikenali dan kerana itu bagaikan mahu meletup jantung mereka apabila mendapat tahu gadis itu sedang berseorangan dalam keadaan yang boleh mendatangkan bahaya.

Eh oppa tunggu tunggu! Seulmi-” Mati kata Seulmi apabila talian sudah diputuskan tanpa sempat dia berkata selanjutnya. Terus dia memandang telefon bimbitnya dan dia kembali mendail nombor abangnya.

Ish diorang ni. Belum sempat cakap apa apa lagi dah kelam kabut tutup. Apelah.”

Seulmi dengan sabar menunggu panggilannya diangkat namun panggilannya tetap tiada jawapan. Seulmi mengalihkan telefon dari telinganya lalu matanya sedikit membuntang apabila melihat rangkaian telefonnya.

Laa... kenapa pulak takda line ni. Tadi ada je.”

Keluh Seulmi dengan dahi yang berkerut seribu. Aneh rasanya bila isyarat ditelefonnya tiba tiba hilang sedangkan tadi elok sahaja ketika dia berbual dengan abangnya. Seulmi segera melangkah keluar dari kereta lalu telefon di tangannya diangkat ke atas, ke kiri dan ke kanan bertujuan mendapatkan isyarat semula. Namun jenuh dia bergerak ke situ dan ke mari, ianya tetap tiada. Dan tanpa Seulmi sedar, dia sudah berdiri betul betul di hadapan pagar konkrit berwarna hijau yang menjadi laluan masuk ke dalam hutan.

Perasaan takut mula hadir apabila Seulmi memandang lama hutan tebal yang begitu sunyi di hadapannya. Pokok pokoknya begitu tinggi dan melalui pengamatan Seulmi, hutan tersebut amat luas. Jika sesiapa yang masuk seorang diri tanpa persedian yang lengkap, pasti akan mudah sahaja kehilangan arah tuju. Entah kenapa Seulmi secara tiba tiba membayangkan dirinya berseorang diri memasuki hutan itu. Tiada siapa yang meneman dan yang paling membuatkan Seulmi benar benar takut, dia membayangkan yang dia tersesat. Terus Seulmi menggelengkan kepalanya berulangkali untuk menghilangkan bayangan anehnya dari minda. Pelik Seulmi memikirkan mengapa dia boleh terbayang perkara sebegitu. Tanpa membuang masa, dia mengatur langkah menuju ke keretanya semula.

 

Cik,”

Seulmi pantas menoleh kebelakang. Hampir sahaja dia menjerit mendengar suara seseorang memanggilnya kerana terlampau terkejut.

Cik, kenapa tak masuk dalam?”

Err s-saya, erm.. saya sebenarnya tunggu... tunggu a-abang abang saya.”

Takut takut Seulmi membalas pertanyaan seorang lelaki separuh usia yang berdiri di pintu pagar memandangnya dengan pandangan hairan. Melihat muka tenang lelaki itu membuatkan Seulmi berasa sedikit selesa dan tidak setakut tadi.

Erm, pakcik ni siapa?”

Oh, lupa pula nak perkenalkan diri. Nama pakcik Seungwoo, penjaga hutan ni.” Seungwoo tersenyum ramah pada gadis muda di hadapannya. Seulmi mengangguk perlahan dan tersenyum kecil pada pakcik itu.

Cik ni pulak, siapa nama? Kenapa datang sini sorang sorang?”

Nama saya Seulmi. Hari ni saya dengan abang abang saya nak datang ke sini untuk camping. Tapi diorang semua belum sampai. Tu yang saya... sorang sorang je.”

Oh yeke? Hmm... bahaya cik duduk sorang sorang kat sini. Kat kawasan hutan ni sebenarnya banyak orang jahat berkeliaran. Tapi nasib baiklah cik tak jadi apa apa lagi. Sekarang ni baik cik duduk dalam kereta cik diam diam. Ke nak ikut pakcik ke dalam?”

Seulmi terdiam mendengar pelawaan pakcik yang mengaku sebagai penjaga itu. Rasa takutnya datang kembali apabila mendengar kata kata pakcik itu. Dia menoleh memandang keretanya sejenak dan kembali memandang pakcik tersebut.

Saya rasa, baik saya ikut pakcik ajelah. Takut pulak nak duduk dalam kereta sorang sorang.”

Kalau macam tu, marilah masuk. Kat dalam sana tu ada pangkin tempat pakcik duduk. Boleh duduk kat sana sementara tunggu abang cik datang.”

Seungwoo meluaskan lagi pintu pagar untuk menyenangkan Seulmi untuk masuk ke dalam. Seulmi mengangguk dan mengucapkan terima kasih pada Seungwoo. Tanpa ragu ragu dia berjalan masuk sambil ditemani penjaga hutan itu. Di ingatannya langsung tidak muncul satu pun pesanan dari abangnya yang baru sahaja disampaikan beberapa minit yang lalu. Tiada sebarang syak wasangka, Seulmi melanjutkan langkah menuruti orang yang tidak dikenalinya.

 

 



 

 

Dari tadi Namjoon tidak lepas memandang papan papan tanda yang terdapat di bahu jalan. Satu satu persatu dilihat dengan teliti untuk mencari nama hutan yang ingin dituju mereka. Seingat Namjoon, rakannya Chanyeol berkata hutan itu bernama Lame Forest. Tetapi setelah 15 minit kereta mereka di atas jalan raya, tidak sekali pun di antara mereka melihat papan tanda yang tertulis nama hutan tersebut.

Hyung, hyung pasti ke nama hutan tu betul?” Soal Jungkook yang mula berasa musykil.

A'ah lah, aku rasa nama hutan yang Chanyeol hyung cakap tu tak betul. Mungkin dia tersilap sebut.” Ujar Yoongi turut sependapat. Namjoon hanya diam tanpa memberi sebarang jawapan. Dia sendiri buntu memikirkan kebenaran tentang nama hutan yang bakal mereka tujui. Tetapi Namjoon sebenarnya lagi amat bersusah hati memikirkan keselamatan Seulmi. Risaunya sukar diungkap sehinggakan tangannya menggeletar sendiri memikirkan keadaan adik perempuannya.

Jin yang sedang fokus memandu walaubagaimanapun dapat melihat kerisauan yang begitu jelas terpancar di wajah sahabatnya itu. Namjoon sebenarnya jenis yang tenang ketika menghadapi kesusahan, musibah atau apa saja perkara buruk yang menimpa. Namjoon sangat tenang dan bijak mengawal keadaan dalam perkara begitu. Akan tetapi, jika sesuatu perkara itu melibatkan Seulmi, Namjoon tidak mampu lagi bertenang. Seulmi ibarat separuh dari nyawanya kerana hanya gadis itu yang dia punyai dalam hidup setelah kedua ibu bapa meninggal dunia.

Namjoon, kau ok tak ni?”

Namjoon masih diam membisu sambil meremas remas tangannya. Sesekali dia menegakkan kepala melihat papan tanda di bahu jalan.

Namjoon... sabarlah. Hyung yakin kita akan sampai dalam masa terdekat ni. Jangan gelisah sangat macam ni. Risau hyung tengok.”

Perlahan Namjoon menoleh pada Jin. Sayu Jin melihat wajah sugul temannya.

Seulmi hyung... aku risau tentang dia...” Jin menghela nafas. Mati kata dia mendengar Namjoon melirih seperti itu. Timbul pula rasa kasihan pada Jungkook melihat hyungnya menjadi lemah berbeza seperti yang biasa. Tanpa berlengah dia mendekatkan diri pada Namjoon.

Hyung sabarlah... aku yakin Seulmi ok kat sana. Dia tu naif naif pun, pandai cari jalan selesaikan masalah. Hyung jangan lah macam ni. Nanti tak pasal pasal aku menangis.”

Kau tak boleh macam nilah Namjoon. Kalau kau risau tentang Seulmi, kau kena kuat. Fikir sedaya mungkin nak cari jalan penyelesaian. Kami semua pun risau fikir pasal Seulmi dan kita sama sama kena usaha selesaikan perkara ni dan selagi hari masih siang, selagi tu semuanya ok. Percayalah cakap aku. Dah dah, jangan nak jiwang sangat. Strong sikit. Jangan padamkan hiphop dalam diri kau tu.”

Yoongi menepuk nepuk bahu Namjoon untuk menyalurkan sedikit kekuatan pada temannya itu. Mereka bertiga juga turut bimbang tentang diri Seulmi namun semestinya Namjoon yang paling bimbang di antara mereka. Jadi mereka faham akan keadaannya dan tidak memberikan tekanan pada Namjoon. Cuma sedikit nasihat dan semangat untuknya.

Namjoon mengangguk perlahan dan memandang wajah ketiga tiga sahabatnya. Untuk seketika dia berasa tenang dan segala perkara negatif yang muncul sedikit demi sedikit menghilang dari minda. Namun satu sahaja yang masih kekal. Namjoon tidak boleh berhenti merasakan yang ada perkara buruk sedang berlaku pada adiknya. Rasa itu semakin lama semakin kuat di dalam hati tanpa dapat Namjoon menepisnya lagi. Walaupun begitu dia hanya membiarkannya tanpa meluahkan pada yang lain.

Sedang semuanya ralit melayan perasaan, Jin secara mengejut menekan brek kereta membuatkan yang lain terperanjat dan tertolak ke depan.

Kenapa ni hyung?” Soal Jungkook dengan wajah yang amat terkejut namun terus berubah tergamam tatkala sepasang matanya memandang ke hadapan.

 

 

Apesal perempuan tu tahan kereta kita?”

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
lyly_ameera
Hai hai hai! Hello holla hullu hohohohoo.... (gile sudah) hehe... sye dh kembali. hope enjoy k? maaf sbb lama hiatus...

Comments

You must be logged in to comment
Ifahzira
#1
Tak sabar nk baca ff ni... update soon!
Sawako184
#2
Kenapa cerita ni takder tag Malay??