Chapter 1

Rahsia

Wohoho balik kampung.... wohoho balik kampung.... wohoho balik kampung... hati riang~~ wohoho- aduhh!”

Jungkook menggosok dahinya yang terasa perit dek terkena batu sebesar 20 sen. Entah dari mana datangnya tiba tiba sahaja mendarat di dahi licinnya. Yoongi disebelahnya pula menggelengkan kepala melihat tingkah Jungkook yang serupa budak first time naik kereta. Agak agaklah nak menyanyi pun. Ni di bukak tingkap bukan main lagi luas. Kan dah terkena batu. Tu kira nasib baik lah batu tu terkena dahi. Kalau termasuk mulut dia yang tengah melalak tu? Heishh seram den.

Aduhh... sape baling batu ni?! Sakitlah woi!” Jerit Jungkook sambil tangannya laju menggosok dahinya. Habislah berparut dahi licin ku... huhuhu...

Kau ni pun Jungkook agak agak lah nak nyanyi. Kau bukak tingkap luas luas pastu melalak macam nak lawan bunyi angin je. Kau tahu tak sakit telinga orang dalam kereta ni dengar?”

Eleh, macamlah aku tak tahu hyung jeles dengar suara lemak santan aku. Kata jelah sedap. Jangan simpan simpan. Kookie tak suka. No no no.”

Kata Jungkook dengan megah dan gediknya pada Yoongi. Dengan bibir tercebik cebiknya bahu terangkat angkat nak je Yoongi bagi penampor. Tapi tak apelah, maknae ni dia punya pelik memang dari dulu ada. Jadi Yoongi redho aje.

Kau ni takda keje betul la Jungkook. Suka sangat buat perangai pelik. Tengok Yoongi hyung kau tu ha. Dah runsing sangat dah tu dengan kau.”

Aku dah tak tahu nak buat ape dengan si arnab ni.” Serentak Namjoon dan juga Jin yang sedang memandu ketawa mendengar suara Yoongi yang lirih saja bunyinya. Jungkook pula memandang Yoongi sambil mengelipkan matanya berulang kali dan tersenyum sumbing.

Kau ni kan!”

Tidak semena mena Yoongi melakukan headlock pada Jungkook dan kepala maknae itu di tonyoh tonyoh dengan penumbuknya. Jungkook apa lagi, terjerit jerit dia minta dilepaskan. Tapi Yoongi rasa sayang pula nak lepas cepat sangat sebab dia dah lama tak buli budak Jungkook ni. Hehehe

Aahh hyung! Sakitlah!Aduh! Jin hyung tengoklah Yoongi hyung ni!” Kasihan Jungkook terjerit jerit panggil nama hyung hyung dia tapi diorang semua dok seronok tergelak macam setan. Kuwajo betul.

Haa tahu sakit. Padan muka kau.” Sambil ketawa Yoongi melepaskan kepala Jungkook dari lengannya. Ketawa Namjoon dan Jin juga mula reda. Jungkook pula, jangan ditanya dia punya masam macam mana. Kemain lagi muncung bibirnya dan melihat muka Jungkook begitu membuatkan Yoongi semakin ingin ketawa pula. Memang dari mula mereka berkenalan lagi setiap kali Jungkook bermuka cemberut pasti menggelikan hatinya. Lagi lagi kalau dia sendiri yang menjadi punca.

Yoongi, Jungkook, Namjoon dan Jin sudah 6 tahun bersahabat bermula dari alam universiti. Mereka berempat berkenalan di universiti yang sama dan setelah tamatnya pembelajaran, mereka tetap berhubung malah kini mereka tinggal serumah dan sama sama mencari kerja menyara hidup. Sepanjang tempoh 6 tahun itu mereka banyak mengenali sikap dan hati budi masing masing. Suka dan duka pasti bersama dan sesuatu perhubungan itu pastilah akan ada kesalah fahaman dan wujudnya pergaduhan. Tetapi semua itu dapat diatasi kerana hubungan persahabatan yang kuat. Gurau senda, usik mengusik sudah menjadi biasa pada mereka yang telah seperti adik beradik dan bukan mereka sahaja. Ada lagi seorang gadis manis yang dijaga rapi oleh mereka persis seorang puteri iaitu Kim Seulmi. Satu satunya ahli keluarga Namjoon setelah kedua ibu bapa mereka meninggal dunia. Namjoon dan Seulmi sangat rapat dan kerana itu Jin, Yoongi dan Jungkook turut rapat denganya. Tambahan pula Seulmi seorang yang ramah dan baik membuatkan mereka semua selesa berkawan dengan adik Namjoon itu.

Hari ini mereka semua bersepakat untuk melakukan aktiviti bercamping di sebuah hutan pada musim cuti ini. Kini hanya Namjoon, Jin, Jungkook dan Yoongi sahaja yang berada di dalam satu kereta manakala Seulmi bergerak seorang diri atas permintaannya. Namjoon dan yang lain puas juga memujuk Seulmi untuk pergi bersama demi mengelakkan perkara buruk berlaku. Namun gadis itu tetap dengan keputusannya dan akhirnya mereka mengikut sahaja kehendak Seulmi. Telah mati kata ingin membantah.

 

- - - - - - - - - -

 

Taehyung mendongak memandang pokok pokok hutan nan meninggi di hadapannya. Matahari yang tegak memanaskan hari hanya dapat terlihat di celah celahnya. Agak terlindung dari penglihatan. Perlahan Taehyung mengatur beberapa langkah maju ke hadapan dan sekali lagi dia mendongak. Hutan tebal yang menjadi tempat mereka bercamping hari ini ditenung lama dan waktu ini bermacam rasa bertandang di lubuk hatinya. Berbanding dengan dua orang sahabatnya, Taehyung berasa gementar dan tidak seceria mereka berdua untuk menjalankan aktiviti bercamping ini. Taehyung sendiri pun tidak tahu mengapa dia berasa begini padahal dia telah berjanji pada dirinya sendiri untuk berhibur sepanjang aktiviti mereka di hutan ini. Tetapi dia belum cukup kuat. Walau peristiwa menyakitkan itu telah lama berlalu, Taehyung masih merasakan kepahitannya seolah olah baru semalam terjadinya semua itu.

Taehyung menghela nafas dalam dan dengan mata terpejam dia menghembuskan nafasnya perlahan lahan. Dia terus menoleh apabila menerima tepukan lembut di bahu kirinya. Wajah Jimin yang sedang tersenyum menyapa pandangannya lantas senyuman sahabatnya itu dibalas.

Kau ok tak Tae?” Taehyung mengangguk kecil.

Ok. Aku rasa... ermm... excited lah jugak nak start kita punya camping. Cuma... aku macam... kau tahu kan. Aku still tak boleh lupa dia.”

Jimin tersenyum dan merangkul bahu Taehyung kemudian Hoseok ataupun Jhope datang pada mereka dan turut merangkul bahu Taehyung.

Taehyung, aku tahu kau memang tak boleh lupa dia. Dan aku tak mungkin akan betul betul nak faham keadaan kau sebab yang terima semuanya kau. Tapi aku sebagai kawan, aku nak sangat tengok kau gembira. Jadi aku nak kau cuba kuatkan diri dan sentiasa fikir kedatangan kita ke sini untuk berhibur. Release tension dan bukannya untuk kenang masa lalu.”

Tapi kitorang takkan paksa kau. Kau kawan kami jadi kami tak kesah bagi kau berapa banyak masa untuk lakukan apa yang Jimin cakap tu. Kau jangan risau, hyung dengan Jimin akan sentiasa bantu. Cuma kau, kena kentalkan jiwa. Janganlah leleh sangat kang hyung sekali terikut leleh tau. Hilang gentle.” Jhope berkata pada Taehyung dan di akhirnya diselitkan dengan gurauan membuatkan Taehyung ketawa kecil.

Haa... Tae, kau bawak bawak lah ingat yang hyung kita ni mat jiwang. Dia sekali nangis macam pelakon drama.” “Kau memang nak kena eh Jimin. Ha ambik kau!”

Dengan kepantasan tertinggi tangan Jhope mendarat di kepala Jimin hingga bergema sekitar kawasan itu dengan jeritan Jimin. Nasib baik kepantasan tertinggi. Kalau kekuatan tertinggi, pengsan gamaknya abe macho tu. Huhuhu~

Ok ok korang. Dahlah tu. Kita dalam perjalanan nak masuk hutan ni pun korang sempat bergaduh.” Kata Taehyung sambil ketawa. Kelakar tengok dua orang member dia ni yang bergaduh macam budak budak. Dari dulu sampai sekarang tak berubah. Jimin dengan perangainya yang suka mengusik dan bajet diva. Jhope pula dengan sifatnya yang semulajadi ceria dan setiap kata dan tingkah lakunya yang melucukan. Melihat kerenah mereka berdua sahaja telah dapat menghidupkan moodnya.

Tiga sahabat karib itu dengan perasaan tidak sabar memulakan perjalanan merentasi hutan yang dikatakan mempunyai pemandangan pergunungan yang indah dan air terjun setinggi 7 meter. Taehyung agak teruja dan sepanjang perjalanan dia asyik memandang sekeliling melihat kehijauan bumi setelah berbulan lamanya terperangkap dalam kesibukan bandar. Kerja kerja yang dilakukan di sana sangat melelahkan dan idea kedua orang sahabatnya untuk bercamping ini sangat bagus untuk merehatkan diri dan juga minda. Taehyung yakin waktunya untuk memajukan diri telah tiba. Di sini sarat dengan keindahan, dan mungkin di sini hati Taehyung akan tidak lagi penuh dengan kesuraman. Ketenangan akan datang mengambil tempat kemudiannya.

 

- - - - - - - - - -

 

Yes! Siap akhirnya. Dia nak tangan aku jugak yang pasang cantik cantik macam ni. Korang mana boleh... tangan tak berseni padahal aku dah bertahun tahun tak pasang khemah tapi nampak macam pro kan. Takpe aku tahu. Tak payah cakap ok? I know.”

Jimin dengan megahnya berdiri bercekak pinggang memandang khemah bersaiz besar yang baru dipasangnya. Tapi jangan silap, bukan dia seorang je yang pasang. Si Jhope dengan Taehyung pun tolong pasang sekali tapi cara dia bercakap macam dia dah berjaya pasang sendiri. Kan dah cakap, Jimin ni memang bajet diva. Tak kenang budi betul. Jhope dengan Taehyung pula dah pandang sama sendiri dengan muka mengidam nak bagi penumbuk kat diva macho tu. Diva macho lah pulak. Hehe...

Tulah perangai kau... cepat benor lupa diri. Rasanya baru tadi kau panggil kitorang tolong pasang khemah ni. Sedar lah diri sikit Park Jiminie oi~ kau ingat kitorang halimunan ke?” ujar Taehyung dengan muka berkerut bukan main lagi. Menyampah sangat lah tu agaknya. Dah, jangan kacau hal laki bini. (maafkan saya)

Opss sorry, for your information I tak boleh dengar suara halimunan. Hahaha...” Kata Jimin dengan gedikss dan ketawa terkakah kakah macam Dato Vida. I, U bagai. Geli teman nengok.

Eeeii kau ni tertelan miang buluh ke apa masa jalan tadi. Gedik semacam je aku te- Auch! Sakitlah!”

Padan muka.” Jimin menjelir lidah pada Jhope yang baru sahaja menerima tamparan di lengan darinya. Sakit pulak hati ni bila Jhope tu dok kata dia gedik. Nak buat macam mana, orang yang tulis cerita ni bagi dia watak cenggitu. Terpaksalah ikut walaupun takda payment. (maafkan saya. Lagi.)

Jhope menggosok lengannya yang terasa perit ditampar tangan berpangkalkan lengan berketak Jimin itu. Ingat tak sakit ke? Lengan dah lah macam batu. Pukul pukul orang pulak. Tak guna punya kawan. Taehyung pula dah tergelak tengok muka Jhope hyung dia yang pandang Jimin macam nak cakor.

Wehh, sekarang ni selain pasang khemah kita kenalah cari kayu api dengan air kan?” Tanya Jimin secara umum. Hamboi, macam pm.

Yelah. Lepas dah siap tempat kita nak tidur ni kenalah cari semua tu. Tapi yang paling penting kayu api lah sebab malam nanti gelap pastu sejuk. Kang tak pasal pasal tidur menggigil.” Jawab Taehyung yang sedang menggalas beg dibahu untuk dibawa masuk ke dalam khemah. Jimin dan Jhope mengangguk mendengar kata kata Taehyung.

Kalau macam tu hyung dengan Jimin pergi cari kayu api. Tae tunggu sini jaga barang barang kita takpun pergi sungai depan sana tu ambik air. Alahh tak jauh pun. Dari sini pun kita boleh dengar bunyi air kan? So Tae pergi lah ambik air biar kitorang cari kayu api. Hati hati tau. Kami pergi dulu. Byee”

Eh nanti nanti, aku taknak ikut hyu-”

Shut up lah. Ikut je. Cepat jangan lambat. Wasting time betul lah kau ni. Bye Taehyung!”

Jhope tanpa aba aba memeluk kepala Jimin dan lelaki itu dipaksa mengikutnya menuju ke dalam hutan. Dalam hatinya sudah ketawa jahat berdekah dekah untuk memulakan sesi pembuliannya terhadap Jimin. Tadi sedap dia pukul lengan orang haa sekarang, biar dia pula dera cari kayu api dalam hutan. Taehyung hanya memandang kelibat kedua dua rakannya yang semakin menjauh ke dalam dan sempat dia melambai Jimin yang memandangnya dengan muka meminta pertolongan dan ke tidak relaan. Kesian.

Taehyung tanpa menunggu lama membuka beg barang keperluan pekhemahan yang telah disediakan mereka. Dia mengambil tiga biji botol air besar yang kosong di dalamnya lalu beg itu di zip semula. Taehyung terus berjalan menuju ke sungai yang sudah ditemukan mereka sebelum ini. Sungai itu tidak terlalu jauh namun jalan untuk ke sana agak merbahaya kerana tumbuhan berduri merata di kawasan situ. Berhati hati Taehyung berjalan dan akhirnya dia tiba di sungai dengan selamat. Segera botol botol yang dibawanya di isi dengan air yang mengalir agak deras. Sungai itu tidak terlalu besar dan ia panjang melurus yang Taehyung tidak pasti hingga ke mana. Di hadapannya pula ada batu batu yang tidak terlalu tinggi namun di situ ada sebuah gua kecil yang mampu memuatkan manusia. Cantik. Di situ penuh dengan kehijauan dan air sungai yang jernih mengalir samar samar menampakkan dasar. Taehyung leka memandang suasana sekeliling sambil tangannya menadah air ke dalam botol. Selesai sahaja botol yang ketiga di isi penuh, Taehyung menutupnya lalu menegakkan badan. Namun niatnya untuk melangkah terhenti apabila telinganya dapat menangkap satu bunyi dari arah kanan. Ianya diamati betul betul hingga Taehyung mula berasa tidak tenteram kerana bunyi itu sememangnya pelik. Ia adalah bunyi seperti sesuatu sedang berlari dan bunyi itu lama kedengaran seperti sesuatu yang sedang berlari itu lebih dari satu. Sangat perlahan namun telinga Taehyung dapat mengesan.

Taehyung menegakkan kepalanya untuk mengintai di sebalik semak samun arah datangnya bunyi itu. Dia melangkah setapak ke arah situ dengan wajah yang tertanya tanya. Langkah seterusnya diambil dan apabila hampir ke langkah yang ketiga, Taehyung berhenti dan dia berpusing ke jalan menuju ke tapak perkhemahan. Dia kembali memandang ke hadapan dan tanpa teragak agak dia meninggalkan sungai itu dengan hati yang lebih membimbangkan tapak perkhemahan mereka. Takut di serbu binatang yang akan menyebabkan apa apa kemusnahan. Bunyi aneh yang didengarinya tadi hanya di anggap sebagai bunyi yang dilakukan oleh haiwan di dalam hutan. Biasalah, di dalam hutan memang akan ada bunyi bunyi yang agak pelik di telinga manusia. Fikirnya.

 

- - - - - - - - - -

 

Kedua dua anak matanya tajam melihat ke hadapan dari balik semak samun yang meninggi. Kelibat seorang lelaki bert-shirt biru tidak lepas diperhatikannya. Raut wajah lelaki itu yang sedang dalam kebingungan dan tingkah lakunya seperti sedang mencari sesuatu di lihat dengan teliti sehinggalah susuk tubuhnya menghilang pergi meninggalkan sungai. Perlahan dia menegakkan badan setelah pasti lelaki itu benar benar jauh dari tempat dia bersembunyi. Lalang lalang yang tertahan dengan tangannya bergoyang ke kiri dan ke kanan apabila dia mula melangkah pergi dari situ. Dia kembali semula ke laluannya di mana ada sekumpulan lelaki berjalan agak jauh ke hadapan.

 

 

Dia dah datang.”

Bersambung....



 

Sebelum sye start membebel, sye betul betul nak mintak maaf sbb lmbt smbung. sorry sbb tk tepati janji yg sye tulis kt foreword tu. kata nak sambung esoknya tapi terlajak tiga hari. sorrylah... tak sengaja waakkk... T_T (eleh... mcm la org kisah) ye kak, sye tahu akak tak kesah. *menangis dlm kotak tisu* sekali lgi sye mintak maaf dn maaf juga lagi sbb tulisan kecik kemetot. sye tk paham lagilah sistem ni mcm mna. pening mak. hrp diampunkan ye? tolong, jgn apa2 kan sye. sye budak baru. huhu~ haaa mcm mna chapter 1 ni? merepek? boring? tak menarik? ye, sye tahu kak. *menangis dlm bakul yang penuh dengan tisu* takpe2, ini cubaan pertama dan in sha Allah nnti sye akn cuba perbaiki mana yg kurang tu. tegurlah saya, bantulah saya! sifu tongga! XD sorrylah sye ni memang rajin bergurau atas keyboard. (apakah...?)

Dan selain mengarut, di sini sye sebenarnya nk ucap ribuan terima kasih kepada @Sawako184 kerana awk org pertama yg subscribe ff serba tak cukup ni. Terima kasih banyak^^ <3

lastly, hope enjoy ;)

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
lyly_ameera
Hai hai hai! Hello holla hullu hohohohoo.... (gile sudah) hehe... sye dh kembali. hope enjoy k? maaf sbb lama hiatus...

Comments

You must be logged in to comment
Ifahzira
#1
Tak sabar nk baca ff ni... update soon!
Sawako184
#2
Kenapa cerita ni takder tag Malay??