Rahsia

Description

Sungguh gembira empat sekawan ini apabila mereka akhirnya berpeluang untuk melaksanakan hasrat mereka pada musim cuti kali ini. Namjoon, Jin, Yoongi, Jungkook juga bersama adik perempuan Namjoon pergi bercamping di sebuah hutan sebagai aktiviti percutian mereka. Seulmi yang merupakan satu satunya adik Namjoon telah menganggap kawan kawan abangnya seperti abang dia sendiri memandangkan usia persahabatan mereka telah mencapai 6 tahun. Jadi oleh kerana masing masing mempunyai kelapangan masa, empat sekawan itu tidak lupa mengajak Seulmi untuk ikut serta aktiviti mereka. Tanpa berlengah mereka menyiapkan segala persiapan untuk bercamping. Sebuah hutan yang agak jauh dari bandar di pilih mengikut kata beberapa rakan mereka yang pernah menjejakkan kaki ke situ dan sesampai sahaja di sana, mereka benar benar teruja kerana di dalam hutan itu ada bermacam keindahan yang begitu memukau mata.

Akan tetapi sesuatu yang tidak dijangka telah berlaku. Mereka tersesat dan secara tidak sengaja terserempak dengan tiga sekawan iaitu Taehyung, Jimin dan Jhope yang turut bercamping di hutan yang sama. Namun malangnya, mereka bertiga juga tersesat seperti mereka. Sejak pertemuan itu mereka berlapan nekad bersatu untuk mencari jalan keluar demi keselamatan diri masing masing. Akan tetapi semakin mereka meningkatkan usaha, semakin banyak halangan yang tidak di duga menimpa. Pelbagai perkara misteri dan benda pelik berlaku pada mereka sehinggalah kemunculan tiba tiba Sojin di hutan itu akhirnya dapat menemukan jawapan di sebalik misteri yang di alami mereka.

Sojin seorang gadis yang sering berkelakuan aneh dan setiap butir katanya memiliki maksud yang bukan sembarangan dan adakalanya menggerunkan jiwa yang mendengarnya. Dia juga menyimpan satu rahsia yang tiada seorang pun tahu. Rahsia itu mempunyai kaitan dengan hutan tempat mereka terperangkap dan rahsia itu juga disimpan kemas setelah satu kejadian berlaku di dalam hutan tersebut suatu masa dahulu. Hanya dia yang tahu perkara yang sebenar dan dia memilih untuk merahsiakannya oleh kerana dia telah melakukan kesalahan. Tetapi kini Sojin nekad ingin memberitahu segalanya dan menebus kesalahannya. Kerana telah tiba waktunya untuk Taehyung tahu perkara yang sebenar benarnya terjadi pada Hyojin.

 

Characters

Kim Taehyung

Kim Namjoon

Kim Seul Mi

Park Hyojin

Jeon Jungkook

Park Jimin

Min Yoongi

Kim Seokjin

Jung Hoseok

Park Sojin

 

Special Character

Exo (Suho, Xiumin, Chen, Chanyeol, Baekhyun, Tao, Kris, Kai, D.O, Luhan, Sehun, Lay)

 

Foreword

Haaa.... ada nampak ka ini nama? tada kan? memang lah tada nampak sebab saya baru semalam saja jadi author. sebelum ini saya jadi reader saja... tapi kakak, abang, adik, pak ngah, tok dalang pasti pernah nampak ini nama dekat komen kan?? kan?? XDXD

Hai semua! akhirnya dpt jugak sye jdi salah seorang author kt malay fanfic. good news kan? hehee.... jdi skrg sye happy dn teruja nk buat ff sbb sebelum ni sye jdi reader je dn tk prnh sekali pun buat ff. sbb sye tk yakin sye boleh buat. tk confident diri ni pndai menulis ke idok, stailo ke idok. (tetiba) hehehe.. so bila sye baca bnyk ff author yang memang awesome dkt sini sye rasa sye perlu mencuba. memang fanfic yg ada kt sini semuanya best best belaka jdi dri situ sye dpt cari ilham. sepanjang sye jdi reader ni sye rasa seronok sangat sbb authornim semuanya ramah. tpi mula mulakan, sye memang tk sangka diorang sanggup layan komen tk waras sye. tpi bila diorang balas rasa seronok sgt sbb dpt ckp dgn tuan punya ff. kyaaa!!

memang daebak lah :D dn sye sebagai org baru nk mintak sedikit sebanyak sokongan dari anda semua. Terima kasih banyak2 pda yg terima ff sye dn diri sye sendiri xD. sye tk letak harapan tinggi tpi kalau dh ada rezeki, sye memang nk ucap bebanyak terima kasih. :) ada salah tolong betulkan. ada yang kurang, tolonglah bantu mempertingkatkan. jasa anda amat sye hargai <3 mlm ni atau esok sye akn update chapter1^^

 

 

 

Credit to:

D U L C E N T Graphic Shop Ft. EXO http://www.asianfanfics.com/story/view/886702/d-u-l-c-e-n-t-graphic-shop-ft-exo-ll-open-batch-two-ll-we-are-fast-ll-graphic-malay-poster-exo-open-graphicshop

 

Thank you so much for an awesome poster^^ I really like it and satisfied with your quickness. Good job! :)

lyly_ameera
Hai hai hai! Hello holla hullu hohohohoo.... (gile sudah) hehe... sye dh kembali. hope enjoy k? maaf sbb lama hiatus...

Comments

You must be logged in to comment
Ifahzira
#1
Tak sabar nk baca ff ni... update soon!
Sawako184
#2
Kenapa cerita ni takder tag Malay??