Penjaga Hati

Description

Sejak daripada bangku sekolah rendah lagi, Hoseok yang lurus bendul sering menjadi bahan ejekan dan sindiran oleh pelajar-pelajar lain. Mereka tidak membulinya secara fizikal namun mereka mengejek kelakuannya. Mereka mengaku Hoseok sebagai rakan mereka, berbual dengannya, serta berkongsi jenaka dengannya. Sedangkan, mereka hanya ingin mengambil kesempatan ke atas kebendulan Jung Hoseok.

Emosinya dipermain namun hatinya terjaga.

Choi MiRan. Gadis yang selalu menjadi penyelamat bagi dirinya. Yang setia berada di sisinya. Yang diharapkan menjadi penjaga hatinya.

 

Namun, apa yang akan terjadi jika si penjaga pergi? 

 

 

PREVIEW

 

Choi MiRan meninggalkan kelasnya dengan langkah yang gopoh. Hatinya berdebar-debar memikirnya Jung Hoseok yang menghilang sejak beberapa puluh minit yang lalu. Waktu rehat sudah hampir tamat, namun kelibat lelaki itu masih tidak dilihat olehnya. Itu bukan sikap Jung Hoseok. Dia takkan sekali-kali ponteng kelas tanpa sebarang sebab.

Kakinya dihayun menyelusuri laluan hallway yang agak lengang daripada para pelajar yang masih berkumpul di cafeteria. Mata MiRan meliar di segenap ruang, mencari tanda-tanda kehadiran rakan baiknya itu.

“Hoseok!” laungnya dengan cemas. MiRan memberhentikan langkahnya dan menjenguk ke dalam kelas berhampiran. Kosong.

Telinga gadis itu kemudiannya menangkap satu suara yang tidak jelas, datang dari penjuru hallway yang menempatkan bilik stor. Hatinya umpama dihempap sesuatu apabila pelbagai fikiran bermain di benaknya. Hati kecil MiRan berharap agar sesuatu yang buruk tidak menimpa Hoseok tatkala dia berdiri di hadapan pintu kayu bilik stor itu. Tangannya perlahan-lahan memulas tombol pintu.

Berkunci.

“Hoseok?” MiRan mengetuk lembut permukaan pintu dan merapatkan telinganya. Bunyi seretan kaki menghampiri pintu kedengaran dari dalam.

“MiRan?”

Hampir terbuntang mata si gadis itu, mendengar suara Hoseok dari dalam. Tombol dipulas berkali-kali dengan sedaya upaya. “Hoseok! Kau okay kan?!” Akalnya ligat mencari jalan untuk membuka pintu.

“Aku okay..”

 

Foreword

 


Tarikh Mula : 24/10/15

Tarikh Tamat : 1/11/15

Tema : Klise / Cliche

Khas untuk : DOPE: BTS Malay Fanfic Writing Contest 2015

 

Idea dan ditulis oleh saya sendiri 100%

Sebarang persamaan dengan fanfic lain, hanyalah kebetulan.

Terima kasih pada yang sudi baca, subscribe, komen & upvote! Ia sangat dihargai ^^

 Good luck for me and other contestants!

Credit to :

for the beautiful poster :)

currently using mine.

Comments

You must be logged in to comment
Seasony
#1
Chapter 1: Bestnyeee. Ini one shot ke ? Saya nak tanya kalau buat one shot, berapa perkataan ye ? Heheh.
bigbangtanboys
#2
Chapter 1: Huah!!!T T.....jhope dah mati kerr??apapun daebak cerita ni....^_^
bigbangtanboys
#3
Menarik.Hwaiting author nim...semoga berjaya...