Blackout [Beast - 2jun]

A Little bit Horror

 

"Awak nak ke mana?" soal Junhyung apabila dia merasakan Dujun seperti mahu meninggalkannya. Memandangkan keadaan sekeliling yang gelap disebabkan blackout, membuatkan Junhyung takut ditinggalkan sendirian. Tangannya kuat menggenggam lengan baju Dujun.

 

"Saya nak pergi ambil lilin ler. Jangan la takut sangat. Takda apa-apa la." Dujun cuba memujuk pasangannya yang sememangnya takut gelap. Tangannya mengusap perlahan lengan Junhyung sebagai cara untuk menenangkan Junhyung.

 

"Saya nak ikut." ucap Junhyung yang masih lagi memegang erat lengan baju Dujun.

 

"Awak tunggu sini. Bahaya kalau awak tersadung nanti. Gelap ni." balas Dujun.

 

"Taknak! Saya nak ikut juga. Lagi bahaya kalau saya bersendirian dalam gelap macam ni. Kita tak tahu apa yang ada dalam kegelapan macam ni." Junhyung tetap juga berdegil.

 

Dujun mengeluh. Dia tahu, memang tak menang kalau dia bertikam lidah dengan pasangannya itu. Dengan hati yang berat, dia membenarkan Junhyung mengikutnya kerana ada betul juga kata-kata Junhyung itu.

 

"Baiklah, tapi awak pegang saya. Jalan dekat dengan saya. Arasseo?"

 

"Tau la." balas Junhyung.

 

Dengan itu, mereka mula berjalan perlahan-lahan sambil meraba-raba dalam gelap menuju ke arah dapur di mana terletaknya lilin. Sesekali mereka mengaduh disebabkan perlanggaran yang tak disengajakan dengan perabot-perabot yang ada. Itu yang Dujun risaukan. Sekarang mereka dah separuh jalan. Walaupun dapur tidak la jauh, namun ia terasa jauh disebabkan keadaan yang gelap gelita.

 

"Awak okay? Baby macam mana? Tu la saya suruh awak tunggu kat ruang tamu, awak taknak. Kan saya dah kata bahaya jalan dalam gelap macam ni. Ish awak ni." Dujun membebel walaupun dia tak nampak wajah pasangannya itu, tapi dia tahu Junhyung ada bersamanya. Namun tiada jawapan daripada Junhyung membuatkan Dujun kehairanan.

 

"Junnie, awak ok tak? Jawab la. Saya risau ni." soal Dujun lagi, namun masih tiada jawapan. Mereka masih berpimpinan tangan, dan tiba-tiba Dujun merasa tangan Junhyung sejuk seperti mayat, membuatkan dia semakin kerisauan. "Junnie, jawab saya. Tangan awak sejuk ni. Awak ok ke tak? Nak patah balik ke ruang tamu ke?"

 

"Dujun!" tiba-tiba kedengaran suara Junhyung dari arah lain, mengejutkan Dujun.

 

Dujun kebingungan. Suara siapakah itu? Suaranya seperti Junhyung, tapi Dujun yakin Junhyung ada bersamanya dan suara itu kedengaran jauh sedikit dari tempatnya berdiri. Peluh mula mengalir. Bulu romanya mula meremang. Dia segera menarik Junhyung yang ada bersamanya itu ke dalam pelukannya dengan anggapan Junhyung mesti takut.

 

"Si-siapa tu?" soal Dujun. "Jangan ganggu kami! Pergi!" mata Dujun melilau bagi memastikan arah datangnya suara itu walaupun dia pasti yang dia takkan dapat melihat dalam kegelapan itu.

 

"Dujun, kenapa awak tinggalkan saya? Mana awak? Datang la ke sini!" kedengaran suara Junhyung yang seperti ketakutan dari arah ruang tamu.

 

"Siapa kau? Kenapa menyamar jadi Junnie aku? Diam!" teriak Dujun yang masih lagi memeluk Junhyung.

 

"Menyamar apa plak?! Yah, Yoon Dujun! Bini sendiri pun tak kenal, ke?" marah suara yang seperti Junhyung itu membuatkan Dujun sentap.

 

'Macam Junnie, tapi...kalau suara tu Junnie, habis siapa yang aku peluk ni?' fikir Dujun, dan dengan perlahan dia meleraikan pelukan.

 

"Si-siapa kau?" soal Dujun kepada orang yang dianggap Junhyung itu, namun tiada jawapan.

 

Dan tak berapa lama kemudian, lampu mula menyala semula. Elektrik dah kembali. Mata Dujun meliar mencari kelibat yang mengganggu dia tadi, namun tiada sesiapa di situ melainkan mereka berdua sahaja. Dia dapat melihat Junhyung masih lagi berdiri di tempatnya tadi iaitu di ruang tamu.

 

Guruh berdentum membuatkan Junhyung yang sebenar terjerit di tempatnya.

 

"Junnie!" Dujun segera mendapatkan pasangannya itu yang dah mula menangis ketakutan.

 

"Dujun, kenapa awak tinggal saya? Saya takut, tau." ucap Junhyung dalam sedu-sedan.

 

"Saya minta maaf." Dujun memeluk pasangannya itu seeratnya sambil memujuk.

 

"Awak suruh saya pegang awak, tapi belum sempat saya pegang, awak dah jalan tinggalkan saya. Sampai hati awak. Awak memang dah tak sayang saya, ke?"

 

"Saya..." Dujun tak dapat menjawab. Dia bingung. Bingung dengan apa yang berlaku tadi. Betul ke apa yang berlaku tadi, atau itu hanya khayalan dia sahaja? Dujun keliru.

 

"Maafkan saya." hanya itu yang mampu diucapkan. Dia tidak mahu menakutkan pasangannya itu dengan apa yang berlaku tadi, dan dia sendiri tidak tahu apa yang berlaku.

 

Dujun menghela nafas lega kerana semuanya dah berakhir, namun jauh di sudut hatinya, dia masih lagi bimbang tentang kejadian tadi dan berharap ia tidak akan berulang lagi.

 


Slight mpreg

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Wonderfullife_
#1
Chapter 3: seramnyerrr ... Alalala junnie jgn takut2 lagi, biaq saya temankan awk ja nnti xDD cian dujun xD
update lagi!
iheart4ever #2
Chapter 2: I don't think i can sleep alone tonight...but, i luv it...MORE!!
iheart4ever #3
You said this is not scary enough? I don't think i can sleep tonight...
Wonderfullife_
#4
Chapter 1: hahahha seram la gak xD tapi sebenarnya entah la rasa cm comei hahaha. update la agi~
bigbangtanboys
#5
Chapter 1: Hahaha...v nak usha hantu...baguslah...baik v usha aku xD
Agak seram jugak laaa...hehehe
Update soon.Nice chapter :)