Roommate [BTS - Vkook]

A Little bit Horror

 

"Ni bilik kau." ucap Jimin sebaik sahaja mereka tiba di bilik 303.

 

Taehyung melangkah masuk ke dalam bilik itu dan dia memerhati setiap pelusuk bilik itu.

 

"Ok, thanks sebab tunjukkan bilik aku. Kalau kau takda, maybe sesat aku dalam sekolah yang besar ni." ucap Taehyung.

 

"Haha, itu la gunanya ketua blok."

 

"Ketua blok?" Taehyung memandang Jimin atas bawah membuatkan lelaki itu tidak selesa.

 

"Yah! Aku tau la aku kecik dari kau. Tak payah la usha aku macam tak puas hati je. And kalau kau tak puas hati, kau gi la mengadu kat warden blok ni sebab dia yang lantik aku sebagai ketua blok ni." ucap Jimin dengan nada tak puas hati.

 

"Hey, chill la...aku tak kata apa-apa pun."

 

"Okay. And lagi satu, kau akan ada sorang roommate...dia belum sampai lagi." sambung Jimin sebelum dia beredar daripada situ.

 

"Sensitif sungguh. Aku tak kata apapun." ngomel Taehyung sambil dia memerhati Jimin berlalu pergi sehingga kelibat lelaki itu hilang dari pandangannya. Dia tersenyum nakal sebelum dia menutup pintu biliknya.

 

Memandangkan hari itu hari pertama dia di sekolah berasrama penuh, dan hari itu juga adalah hari cuti, Taehyung mengambil kesempatan untuk mengemas dan menyusun atur segala barang keperluannya ke dalam almari yang disediakan.

 

Setelah selesai semuanya, Taehyung berbaring di atas katilnya untuk melepas kepenatan yang dirasainya. Matanya hampir terlelap apabila pintu biliknya diketuk dari luar.

 

"Aduii, siapa pula la yang mengacau ni? Baru nak rehat." ngomel Taehyung sebelum dia turun dari katilnya dan menuju ke arah pintu bilik.

 

Sebaik sahaja pintu dibuka, kelihatan seorang pelajar lelaki berdiri di hadapan muka pintu itu. Pelajar itu kelihatan penat, dan mukanya pucat.

 

"Kau ni siapa?" soal Taehyung.

 

"Roommate awak." balas pelajar lelaki itu sebelum dia segera melangkah masuk ke dalam bilik itu membuatkan Taehyung tercengang.

 

"Amboi! Dah la sombong, sesuka hati je masuk tanpa diundang." Taehyung bergumam sendirian sebelum dia menutup pintu bilik dan berjalan ke arah katilnya yang bertentangan dengan katil yang satu lagi.

 

Di dalam setiap bilik terdapat dua buah katil bujang, dua buah almari, dan dua set meja tulis. Setiap bilik akan diduduki dua orang pelajar.

 

Taehyung duduk di katilnya sambil memerhati pelajar itu mengemas dan menyusun atur barangannya di tempat yang disediakan. Entah kenapa, hatinya mula tertarik dengan kecomelan lelaki itu. Tanpa disangka, bibirnya mengukir senyuman.

 

"Jungkook."

 

"Huh?"

 

"Nama saya Jungkook, dan tak payah la awak usha saya sampai macam tu. Saya bukannya hantu." ucap Jungkook yang masih melakukan kerjanya itu.

 

"Aku tak tanya pun. Dan bila masa aku usha kau. Excuse me." balas Taehyung yang cuba cover malu sebab ditangkap kelakuannya tadi yang seperti ert memerhati mangsanya.

 

Taehyung berbaring di katilnya sambil membaca komik yang dibawanya.

 

"Siapa nama awak?" soal Jungkook yang entah sejak bila berdiri di sebelah katil Taehyung membuatkan Taehyung terkejut.

 

'Biar betul dia ni. Baru tadi aku tengok dia ada kat penjuru tu tengah mengemas barang dia, and sekarang tetiba muncul tepi katil aku. Cepatnya. Dia dah siap mengemas ke?' getus hati Taehyung sebelum dia memerhati semua barang-barang Jungkook dah terletak elok di tempat yang sepatutnya.

 

"Yah! Lain kali jangan kejutkan orang macam ni, boleh tak? Nasib aku takda heart attack." marah Taehyung.

 

"Sorry." balas Jungkook ringkas.

 

Taehyung bangun dari pembaringan, dan duduk bersila di atas katilnya. Dia menepuk ruang kosong di hadapannya sebagai isyarat dia mempersilakan Jungkook duduk.

 

"Thanks." Jungkook duduk di ruang itu.

 

"Nama aku Taehyung. Kim Taehyung." balas Taehyung sambil menghulurkan tangan untuk berjabat.

 

"Saya Jungkook. Jeon Jungkook." Jungkook menyambut tangan Taehyung dan mereka berjabat tangan.

 

Namun Taehyung segera menarik tangannya. "Pergh, sejuknya tangan kau. Kau demam, ke?" soal Taehyung.

 

Jungkook mengangguk. "Hari first di asrama la katakan. So, nervous sikit. Tu yang sampai demam."

 

"Oo, patut la muka kau nampak pucat. Gi la rest. Nanti kalau ada makluman apa-apa, aku gerak kau."

 

"Ok. Thanks!" balas Jungkook dengan senyuman sebelum dia beredar ke katilnya.

 

 

 

 

---

 

 

 

 

 

 

Pada petang itu, pintu bilik 303 diketuk. Taehyung yang sedang membaca komik sambil berbaring segera menuju ke pintu bilik dan membukanya.

 

"Yo, ada apahal?" soal Taehyung kepada Jimin yang mengetuk pintu biliknya tadi.

 

"Kau ingat tak pasal roommate kau yang aku gitau tadi?"

 

"Tak payah ingat. Dia dah..."

 

"Dia terlibat dalam kemalangan masa on the way ke sekolah ni dan dia...meninggal di tempat kejadian."

 

Mata Taehyung terbeliak. Jimin ni main-mainkan dia ke, apa? Sebab roommate tu...

 


Okay saya tau ini mengarut, tapi sampai sini saja citernya...

Sorry kalau tak seram, sebab kalau seram sangat, saya pulak yang takleh tidur XD

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Wonderfullife_
#1
Chapter 3: seramnyerrr ... Alalala junnie jgn takut2 lagi, biaq saya temankan awk ja nnti xDD cian dujun xD
update lagi!
iheart4ever #2
Chapter 2: I don't think i can sleep alone tonight...but, i luv it...MORE!!
iheart4ever #3
You said this is not scary enough? I don't think i can sleep tonight...
Wonderfullife_
#4
Chapter 1: hahahha seram la gak xD tapi sebenarnya entah la rasa cm comei hahaha. update la agi~
bigbangtanboys
#5
Chapter 1: Hahaha...v nak usha hantu...baguslah...baik v usha aku xD
Agak seram jugak laaa...hehehe
Update soon.Nice chapter :)