Siapa? [KNK]

A Little bit Horror

 

"Hyung, jom teman saya gi toilet jap." Heejun mengajak salah seorang daripada ahli kumpulannya.

 

Memandangkan show mereka habis pada lewat malam, itu yang membuatkan Heejun takut untuk ke tandas berseorangan.

 

"Ish, hyung malas la. Kamu pergi je la. Bukannya ada apapun." balas Inseong.

 

Heejun mencebik sebelum dia beralih arah kepada ahli yang lain.

 

"Seungjun hyung, temankan saya?"

 

"Sejak bila kamu jadi penakut ni? Pergi je la. Jihun ada kat tandas tu juga. Tak payah la kamu nak takut sangat." ucap Seungjun membuatkan Heejun tersenyum.

 

"Jihun hyung ada kat sana? Baru la tak takut. Okay, saya gerak dulu." dengan itu, Heejun segera pergi ke tandas yang terletak agak jauh dari bilik persalinan mereka. "Harap-harap la, Jihun hyung tak selesai lagi."

 

Setibanya Heejun di tandas tersebut, dia lega melihat Jihun sedang membasuh tangan.

 

"Hyung, tunggu saya tau?" Heejun berpesan, namun tiada jawapan daripada Jihun. "Hyung, dengar tak saya cakap ni?" soal Heejun bagi memastikan Jihun mendengar pesanannya tadi dan tidak meninggalkan dia sendirian.

 

Jihun masih lagi membasuh tangannya di sinki. Dengan tidak memandang pada Heejun, Jihun hanya mengangguk perlahan.

 

'Pelik la hyung ni.' fikir Heejun, namun diabaikan.

 

"Thanks, hyung." dengan itu, Heejun memasuki salah satu tandas di situ.

 

Beberapa minit kemudian, selesai menunaikan hajatnya, Heejun melangkah keluar daripada tandas itu. Dia kehairanan melihat Jihun masih lagi membasuh tangan di situ. Bulu romanya meremang, namun digagahkan juga untuk bertanya.

 

"Hyung tak habis basuh tangan lagi, ke?" Heejun menyoal sambil dia juga membasuh tangan di sinki sebelah Jihun. Jihun tidak menjawab. "Hyung, saya tau hyung pendiam, tapi takkan la sampai tak boleh nak jawab." Heejun menegur lagi.

 

Pili air ditutup. Jihun memandang Heejun dengan pandangan yang menakutkan.

 

"Ala hyung ni. Takkan yang tu pun nak marah?" Heejun dah mula rasa tak sedap hati. "Ok la, hyung. Saya pergi dulu." dengan itu, Heejun segera beredar daripada tandas itu, dan menuju ke bilik persalinan KNK, iaitu bilik kumpulannya.

 

Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam bilik itu, Heejun segera menutup pintu. Nafasnya naik turun seperti orang yang baru lepas maraton. Mana tak penatnya, selepas dipandang tajam oleh Jihun, dia segera berlari menuju ke bilik itu.

 

Ahli-ahli yang ada, memandangnya.

 

"Kenapa dengan kamu ni? Macam dikejar dek hantu je." tegur Youjin.

 

"Tu la. Kamu pergi tandas ke, kamu sertai maraton?" Inseong mengusik.

 

Heejun berjalan menuju ke arah mereka. "Tadi, Jihun hyung..."

 

"Kenapa dengan aku?" soal satu suara dari belakang Heejun, dan Heejun mengenali suara itu. Dia segera berpaling, dan dia melihat Jihun sedang makan bersama Seungjun di meja makan.

 

"Ji-Jihun hyung...cepatnya hyung sampai. Bukan ke tadi hyung..."

 

"Sampai mana pula? Aku memang dari tadi ada kat sini la. Aku tak ke mana-mana pun." jelas Jihun membuatkan Heejun menelan air liur dengan gugupnya. Dia memandang Seungjun.

 

"Tadi Seungjun hyung kata, Jihun hyung gi tandas."

 

"Hahaha, kau percaya ke? Aku gurau je la. Dari tadi Jihun ada kat sini. Dia tidur kat belakang tu. Ni baru bangun." jelas Seungjun.

 

"Da-dari tadi?" Heejun memandang Jihun. "So, hyung tak pernah pergi tandas?"

 

"Tak la. Aku baru bangun tidur je ni." balas Jihun membuatkan bulu roma Heejun meremang. Seluruh tubuhnya diserang kedinginan.

 

"Habis, yang saya jumpa tadi..." belum sempat Heejun menghabiskan ayatnya, dia rebah tidak sedarkan diri.

 

Kalau Jihun ada di dalam bilik itu sedari tadi, jadi siapakah yang dijumpai Heejun di tandas itu? Hehehe...

 


Ok, sampai di sini sahaja citer ni...

Seram tak? Sorry kalau tak seram...

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Wonderfullife_
#1
Chapter 3: seramnyerrr ... Alalala junnie jgn takut2 lagi, biaq saya temankan awk ja nnti xDD cian dujun xD
update lagi!
iheart4ever #2
Chapter 2: I don't think i can sleep alone tonight...but, i luv it...MORE!!
iheart4ever #3
You said this is not scary enough? I don't think i can sleep tonight...
Wonderfullife_
#4
Chapter 1: hahahha seram la gak xD tapi sebenarnya entah la rasa cm comei hahaha. update la agi~
bigbangtanboys
#5
Chapter 1: Hahaha...v nak usha hantu...baguslah...baik v usha aku xD
Agak seram jugak laaa...hehehe
Update soon.Nice chapter :)