FINAL

Bahana Keyboard Warrior
Please Subscribe to read the full chapter

 

Woozi, nama yang tidak asing di mata kpoppers kpoppers yang membencinya. Ramai yang mengatakan bahawa Woozi saja ingin dirinya di viral atau lebih tepat, 'nak famous cepat' atau attention seekers. Sejak fanpage miliknya mendapat sambutan hangat hasil dari kpoppers-kpoppers yang 'sudi' sharing fanpage itu, kini dia tidak serik untuk post segala hentaman idola idola kpop meskipun banyak tomahan hinaan, cacian dan makian dari kalangan kpoppers, dia menganggap itu semua perkara biasa yang tak perlu dilayan. Woozi menganggap mereka semua "bajet baik". Yang penting, dia akan memastikan rating fanpage dia sentiasa naik dan menjadi perhatian orang lain.

Bukti lagu Shinee unsur Illuminati! Gambar artis kpop sebelum dan selepas pembedahan plastik Peminat kpop gila - Sasaeng Fans Gambar group BTOB peluk cium - GAY

 

Namun, tiada seorang pun yang tahu bagaimana rupa sebenar Woozi. Ya, nama 'Woozi' menjadi hangat dan berani di dunia media sosial, tetapi dia seorang pendiam di dunia realiti. Ya, dia akan memastikan wajah sebenar sentiasa dijaga di dunia realiti agar tidak dicemari teruk dan berkemungkinan besar boleh menjejaskan kehidupannya.

 

Woozi duduk berseorangan di rumah. Cahaya malam bulan purnama menusuk masuk ke tingkap kaca walaupun sudah di tutup dengan langsir putih. Ibubapanya keluar outstation atas urusan kerja. Selesai membersihkan diri, dia buka laptop miliknya dan terus pergi ke web facebook fanpage seperti biasa. Banyak notification diterima dan kebanyakkan dari kpoppers tidak berhenti berdebat setiap status yang dia post sejak beberapa jam yang lalu. Namun, dia tidak mengendahkan mereka kerana di anggap membuang masa dan tenaga untuk balas kesemua komen bajet baik mereka. 

Kemudian, Woozi membuka mesej dari fanpage itu. Matanya tertarik pada satu mesej dari salah seorang yang dikenalinya; dan orang itu juga adalah seorang anti-kpop dan penyokong Woozi. 

 

To: Anti-Kpopers Hye bro, aku tengok budak2 kpoppers sekarang bukan je gilakan idol sampah, ada yang gedik nak mati siap buat fanfic imagine bagai, siap dok mengaku kawin ngan artis korea, serious nak muntah aku baca. Cer kau tengok, mesti muntah punya. Nah link: http://www.asianfanfics.com/viewcintagdragon

 

 

Tanpa berfikir panjang, Woozi membuka link web itu dan mula rajinkan diri untuk membaca fanfic itu.

Namun, niat dia untuk meneruskan membaca fanfic itu berhenti di tengah jalan setelah apa yang dibacanya membuatkan dia ingin muntah hijau.

 

Bodoh. Gedik. Perosak. Kebudak-budakan.

 

Itulah empat kata dilemparkan kepada si penulis yang bernama Blvck Bunny.  Baginya, fanfic itu tersangatlah bosan dan muak dengan kisah cintan cintun antara si penulis dan idolanya, G-Dragon. 

Maka, jari jemari Woozi mengenggam tetikus, melangkah pergi ke profile si penulis yang menggelarkan diri sebagai Blvck Bunny. Dalam sekelip mata sahaja dia dapat link akaun facebook si penulis itu kerana si penulis telah meninggalkan link akaun facebook di bahagian "About Me." Ya, akhirnya dia berpeluang untuk menghentam si penulis melalui chat facebook.

Woozi menekan butang "friend request" di akaun facebook si penulis.

Tidak sampai beberapa minit berlalu, si penulis menekan butang "accept" akaun facebook Woozi. Dengan itu, Woozi memulakan bicara; sambil tersengih kejam.

 

 Woozi (Online) •

You: Hi

Blvck Bunny: Hi

You: Awak ke author yang buat fanfic Cinta G-Dragon tu?

 

Blvck Bunny: yup, saya yang buat ff tu...hehe...

 

Bagi Blvck Bunny, ini...kali pertama ada orang mention fanfic dia di facebook. Hatinya rasa ingin menjerit kegembiraan. Dia tak sangka ada orang sudi baca fanficnya padahal fanfic itu kurang mendapat sambutan kerana mungkin berlambak lagi fanfic sebegitu rupa di web asianfanfics. Terdetik di hati rasanya nak update fanfic tu lagi. Ya, fanfic itu masih belum completed lagi.

Tetapi, kegembiraannya hanya bertahan sementara apabila,

 

Woozi (Online) •

You: Okay. Aku nak cakap yang cerita kau tu tak best langsung! menyampah aku baca. plot cerita ntah apa apa. Grammar kau tu dahlah cacat! Short forms and typo pun banyak. Ingat readers kau tu boleh baca semua ke bahasa alien kau? Cerita kau punya bapak jiwang. Dengan nama kau pun terlibat sekali masuk jadi bajet heroin ff tu? macamlah si GD bodoh tu nakkan kau. PERASAN! Kalo ginilah cerita buruk kau baik delete je! 

 

Hatinya ibarat berkecai menjadi kepingan kecil seraya badannya menggigil, tidak tahu apa hendak ingin dikata. Ya, dia sedar bahawa dia seorang peminat fanatik G-Dragon, hingga sanggup meletakkan nama dirinya sebagai heroin dalam fanfic cintanya, tapi tak dijangka dia mendapat komen yang pedas sebegitu rupa buat pertama kali. Kalau hendak diikutkan hati, mahu sahaja melayangkan penumbuknya ke arah mangkuk sampah itu betul-betul depan mata. Nasib baik lah ini dunia maya. Bila difikirkan balik, kalau dia balas chat orang itu, mungkin membuatkan hatinya jadi lebih sakit. Mungkin orang itu takde kerja lain nak dibuat dan sengaja menyakat hati orang. Dengan itu, dia mengambil keputusan untuk berdiam diri. Itu lebih baik.

 

"Dah fanfic aku, sukahati akulah kalau aku jadi heroin fanfic aku. Lagipun aku yang buat fanfic, kau yang panas pehal?" omel hati si penulis. Pada masa yang sama, sudah tentu dia tidak menerima teguran sebegitu.

 

Setengah jam sudah berlalu. Namun, tiada balas dari si penulis. Woozi yakin si penulis itu dah baca komen pedasnya berdasarkan last seen dinyatakan

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
-airataeyeonie-
#1
Chapter 1: wow!!!!! daebak!!!
Qee_Ha
#2
Wah, saya suka cerita awak. Satu vote dan subcribe untuk awak. Memang lain drpd lain drpd genre yang ada pada tag malay. Hope awak wujudkan lagi ff genre macam ni ya.
Heart_love
#3
Chapter 1: Wow,daebak!cara penulisan awak membuatkan bulu roma saya naik.serammm..teruskan menulis karya-kaya yg bagus.Fighting!!
pikahbajet #4
Chapter 1: mesti PUAKA SERIGALA 88 !!!!!!apapon cite ni daebak!!!!!
Dahliaa
#5
Chapter 1: uishh meremang bulu roma siott
baekki_kook #6
Chapter 1: Chapter 1:WHAT??!!SAPA WAT WOOZI JADI CAMTU??!!O.M.G!!bahananya kalau hina k pop..erhh..scary abis!!
miss_almond #7
Chapter 1: Craze of 2015 . Daebak
happineseu
#8
Chapter 1: What!! What!! ???
Watak jahat dlm ff akak suma ni ada kaitan, I mean,ada hubungan yg rapat ke ape??
ExoLoveable
#9
Chapter 1: wuishhh....nsb baik malam masih awal...and Woozi..katanya terlalu pedas..klu saya jadi Blvck Rabbit saya pun benci...and sayang author bagi hint..hehehehhehe muah ciket :*
lyly_ameera #10
Chapter 1: Klau sye org tetiba maki mcm tu, sye pun menangis dn dlm masa yg sama marah. Tpi tkde lh pulak nk bawak keluar otak org potong jari tu semua. Cek tak ndak masuk penjara!!! Ape2 pun ff authornim memang daebak! Jinjja! Sye memang lyn sesangat bca ff authornim. :D