bab 6

Salahkah Aku?

Dua bulan sudah menghampiri. Dua bulan itu jugalah Baekhyun mendera Jihyun ke tempat-tempat yang ingin diperginya sebelum meninggalkan tanah Seoul yang tercinta untuk beberapa tahun. Selama dua bulan, Jungkook ada bersama-sama mereka walaupun hari kerja. Bak kata Baekhyun, susah dapat bini lawa, pergi tandas pun nak ikut.

 

“Cepat gila masa berlalu. Pejam celik, lagi tiga hari aku nak tinggalkan Seoul,” kata Baekhyun sambil mengeluh kecil. Dia duduk bersama Jihyun di ruang tamu. Kalau boleh, hari ni Baekhyun nak bawa Jihyun makan tengah hari. Tetapi kereta Baekhyun masuk bengkel. Jadi terpaksalah mereka makan di rumah.

 

“Sebab kaulah, kaki aku melecet. Sekejap Namsanlah, lautlah, apalah.. satu-satu kau nak cuba.” Omel Jihyun. Dia mengurut tapak kakinya dengan minyak.

 

Baekhyun mencebik. “Alah,.. luar Seoul mana ada suasana macam ni. inilah juga masanya untuk aku bergaduh dengan member aku yang gedik ni.” Rambut Jihyun dijadikan sasaran Baekhyun. Habis serabai rambut Jihyun dikenakan Baekhyun.

 

“Oh, ya. Mana suami kau?”

 

“Dia ada kerja sikit. Sejak kebelakangan ni, dia asyik dengan telefon bimbit dia je,” kata Jihyun. Setiap pagi Jihyun dapat mendengar suara Jungkook ketawa di dalam talian. Entah apa yang dibualnya dengan si pemanggil.

 

“Macam itulah orang pejabat. Klien dah macam bini pertama diorang buat. Kau pula janganlah fikir bukan-bukan. Sini aku peluk.” Baekhyun memeluk Jihyun dengan erat sehinggakan Jihyun sukar untuk bernafas.

 

Pada saat itu jugalah loceng rumah berbunyi. Lekas mereka berdua membuka pintu. Seorang lelaki berpakaian seragam posmen terpacak di luar pagar. Jihyun mendekati lelaki tersebut. Dia menghulurkan sebuah kotak dan sepucuk surat kepada Jihyun.

 

“Sila tandatangan di sini.” Kata posmen itu. Jihyun hanya menurut sebelum mengucapkan terima kepada lelaki itu dan masuk ke dalam rumah.

 

“Apa tu? Siapa punya?” soal Baekhyun sambil membelek bungkusan itu.

 

“Jungkook. kau rasa aku patut buka?”

 

“Buka jelah. Aku nak tau juga apa isinya,”

 

Jihyun mengoyakkan bungkusan itu dan membukanya dengan perasaan ingin tahu. Dia mengambil masa beberapa saat untuk memahami isi bungkusan itu sebelum kaki Jihyun lemah dan terjatuh di depan pintu.

 

Kotak yang terlepas dari tangan Jihyun diambil Bekhyun. Muka Baekhyun bertukar merah menahan marah.

 

“Aku tak sanggup lagi, Baek. Kenapa dia buat aku macam ni? apa salah aku?” kata Jihyun dalam tangisan. Selama ini dia hanya bersabar dengan sikap Jungkook terhadapnya. Makin lama, dia semakin dipijak dan dibuat sesuka hati.

 

Jihyun berlutut. Bahunya terhinjut-hinjut menahan tangisan yang sudah lama mengalir laju ke pipi. Baekhyun turut berlutut di hadapan Jihyun dan memeluk sahabat baiknya itu dengan erat. Dia juga mengalirkan air mata kerana tidak tahan melihat kawannya menangis. Hatinya juga ikut luluh.

 

“Tak, kau tak salah. Aku yang bersalah. Aku amanahkan orang yang tak berguna untuk jaga kawan baik aku satu-satunya ini. Kau tak layak menangis macam ni depan aku,” balas Baekhyun. Belakang Jihyun diusap perlahan.

 

“Aku sayang dia. Aku cintakan dia, Baek.. apa patut aku buat?”

 

Baekhyun meleraikan pelukan dan mengelap air mata Jihyun yang masih mengalir. Dia mengangkat Jihyun dari terus melutut.

 

“Jom. Aku bawa kau satu tempat yang jauh lebih tenang,”

 

“Mana?”

 

 

***

 

“Arghh!!!” jerit Jihyun sekuat hati. dia juga tidak sangka yang Baekhyun akan membawanya ke sini, di Hallasan Mountain. Ini antara tempat yang Jihyun ingin kunjungi bersama orang tersayang. Namun sampai sekarang hasrat Jihyun masih belum ditunaikan.

 

“Best kan tempat ni? ini tempat terawal dan terakhir aku sebelum aku pergi luar negara dulu,” kata Baekhyun sambil tersenyum memandang gunung-ganang yang menenangkan. Sekali-sekali dia menarik nafas agar oksigen gunung tersebut masuk ke organ dalamannya.

 

“Kalau aku jerit ni, kau rasa suara aku sampai mana?” soal Jihyun. Baekhyun berfikir sejenak.

 

“Aku rasa, warga nepal kat negara dia tengah bernanah telinga dengar kau menjerit. Jadi jangan jerit kuat sangat,” balas Baekhyun sambil tersengih. Jihyun mencebik.

 

“Baekhyun.”

 

“Apa?”

 

“Aku nak mati. Dekat sini sejuk gila,” Baekhyun ketawa besar. Marah punya marah, sampai tak sedar yang Jihyun cuma sehelai sepinggang datang sini. Dia pula bukan main berlapis-lapis baju yang dipakainya. Baekhyun mengalah. Dia mengambil jaket yang paling hangat dari tubuhnya dan disarungkan ke tubuh Jihyun.

 

“Selesa?” soal Baekhyun. Jihyun mengangguk.

 

“Baekhyun.” Panggil Jihyun lagi.

 

“Apa kau ni?”

 

“Terima kasih untuk segalanya. Kalau tak ada kau, aku mungkin buntu dan duduk depan TV macam orang gila. Aku sayang kau,” Ujar Jihye sambil tersenyum nipis. Baekhyun menyerabutkan rambut ikal mayang Jihyun sambil ketawa kecil.

 

“Aku pun sayang kau. Kalau kau ada masalah, kasi tahu je kat aku. Mana tahu aku boleh tolong,” Baekhyun membalas. Tiba-tiba senyuman lelaki itu pudar. “Sebenarnya,..”

 

“Sebenarnya apa?”

 

“Tiket flight aku malam ni, pukul sepuluh malam nanti. Jadi, hari ni hari terakhir aku duduk rumah,” takut-takut Baekhyun berkata. Dia dah boleh agak yang Jihyun akan memarahinya. Tetapi mahu buat macam mana. Dia sibuk.

 

“Apa ni Baek? Kau kata lagi tiga hari kan. Tak bestlah macam ni,” Jihyun sudah memasamkan wajahnya. Dia masih belum puas berborak dengan Baekhyun. Kalau Baekhyun sudah tiada, Jihyun sudah tiada teman untuk berbual.

 

“Janganlah macam ni. Aku janji aku akan selalu telefon kau bila dekat sana.” Kata Baekhyun sekaligus memujuk Jihyun. Dia juga berat hati mahu meninggalkan Jihyun bersama Jungkook. Baekhyun takut Jihyun dilukai lagi.

 

Jihyun mengeluh. Jika ini keputusan Baekhyun, dia tidak boleh menghalang. “Aku hantar kau pergi airport?”

 

Baekhyun menggelengkan kepalanya.

 

“Nanti Jungkook marah kau kalau kau teman aku. Siapa susah nanti? Aku nak nasihat dekat kau jugak. Jaga Jungkook baik-baik. Jangan putus asa dengan dia, nanti kau sendiri jugak yang luka,”

 

“Apa maksud kau? Kenapa mesti aku yang terluka?” kata Jihyun dengan nada tidak berpuas hati. Jungkook yang sepatutnya yang akan terluka bila dia sudah tiada di sisinya nanti.

 

“Kau akan sedar semua tu. Sekarang, jom kita balik. Aku nak kau tolong aku kemas barang aku. Bilik kau tu dah macam tongkang pecah dah aku kerjakan.”

 

Jihyun ketawa kecil. “Okey,”

 

Mereka menuruni satu persatu anak tangga dengan perasaan sedih. Gunung Hallasan sememangnya popular di kalangan masyarakat di situ. Gunung itu juga kaya dengan alam semula jadi. Jadi, wajarlah tempat itu berangin dan nyaman.

 

 

 

***

 

“Aku pergi dulu. Jaga diri kau baik-baik dan jangan lupa makan. Badan kau dah mengalahkan lidi. Kurus sangat! Aku yang makan brokoli ni pun tak kurus macam kau,” ujar Baekhyun di hadapan pintu. Di saat akhir ini, Baekhyun masih mahu membulinya.

 

“Kau fikir kau sorang je yang boleh diet? Kau dekat sana jangan terpengaruh pula. Balik-balik pakai singlet je,” balas Jihyun. Jihyun menghulurkan bagasi Baekhyun kepada pemiliknya. Teksi sudah lama menunggu.

 

“Aku pergi dulu. Bye!” Jihyun hanya memerhati gerak geri Baekhyun yang sedang memasukkan bagasinya ke bonet teksi. Sekarang susahlah dia mahu berjumpa dengan Baekhyun. Entah-entah lima tahun sekali baru boleh jumpa.

 

Jihyun duduk di hadapan pintu setelah teksi yang membawa Baekhyun hilang dari pandangan. Beberapa minit kemudian, Jungkook pula pulang dengan basikalnya. Dia memparkir motor dan berjalan ke arah Jihyun yang sedang termenung jauh.

 

“Baekhyun dah balik? Kenapa tak telefon aku?” tanya Jungkook setelah melihat di rak kasut yang lopong di bahagian tempat kasut Baekhyun.

 

Melihat muka Jungkook, hati Jihyun sakit kembali. Sakit yang tidak mampu ditanggung seorang diri.

 

“Awak sibuk. Saya tak naklah susahkan awak.” Balas Jihyun tanpa memandang Jungkook.

 

“Kau dah masak ke belum?”

 

“Tak. Saya tak masak hari ni. saya fikir awak dah kenyang makan dengan perempuan lain,”

 

Jihyun masuk ke dalam rumah. Air matanya seperti ingin menitis, namun cepat-cepat disekanya. Jihyun masuk ke dalam bilik asalnya dan membaringkan diri. Jungkook yang mulai bengang melangkah laju ke bilik Jihyun. Pintu bilik dihentak kuat.

 

“Apa maksud kau perempuan lain, hah!” jerkah Jungkook di tepi katil. Hatinya menggelagak seperti mahu meletup.

 

Jihyun hanya diam. Disebabkan Jihyun baring membelakangi Jungkook, Jungkook tidak tahu bahawa Jihyun sedang menangis. Jungkook menarik kasar rambut Jihyun sehingga Jihyun terjerit kesakitan.

 

“Sakitlah, Jungkook! kenapa awak marah saya bila saya kata saya ada perempuan lain? Memang betul ada kan?”

 

“Kau sebut lagi pasal perempuan lain, nahas kau aku kerjakan!”

 

Jihyun menolak tangan Jungkook yang menarik rambutnya. Air matanya semakin deras mengalir.

 

“Saya rela awak pukul saya, saya biarkan awak caci maki saya! Saya buat semua tu sebab saya cintakan awak, Jungkook! awak tak faham lagi ke? SAYA CINTAKAN AWAK!”

 

“Kalau kau cakap kau cintakan aku, kenapa kau percaya yang aku ada perempuan lain, bodoh! Kau tak ada otak untuk berfikir ke?”

 

“Tak ada otak? Awak cakap saya tak ada otak?”

 

Jihyun melemparkan bungkusan yang diterima tengah hari tadi ke muka Jungkook. dadanya turun naik menahan marah.

 

“Kau milik aku selamanya? Rantai dan surat cinta ni bukti kukuh yang awak curang terhadap saya. Apa kurangnya saya, Jungkook? Mati-matian saya cintakan awak, ini yang saya dapat?” ujar Jihyun. Walaupun diseka banyak kali air mata itu, ia tetap mengalir seperti air terjun yang sedang dipasang air.

 

Jungkook terdiam. Surat yang dilempar tadi dibaca perlahan. Dia memandang Jihyun yang sudah terduduk di bucu katil sambil menangis teresak-esak. Jungkook mencangkung di hadapan Jihyun dan tangannya cuba memegang wajah Jihyun, namun tangannya ditepis kasar oleh Jihyun. Jihyun menjeling tajam ke arah Jungkook.

 

“Ceraikan saya. Ini perkataan yang awak teringin dengar selama tujuh bulan kita berkahwin kan? Cepat! Ceraikan saya!”

 

“Jihyun,..”

 

“Awak ada dua pilihan. Ceraikan saya atau awak tak akan dapat jumpa saya lagi.”

 

Jihyun berlari keluar dari rumah. Dia menahan salah satu teksi yang berdekatan dan pergi ke suatu tempat. Jungkook cuba mengejar tetapi tidak berjaya. Jungkook menumbuk pagar sehingga berdarah tangannya. Jungkook meraup wajah.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
BiniJungkook
[19.11. 2015] Cerita ini tamat!!!

Comments

You must be logged in to comment
aquariusxpisces
#1
Chapter 7: Mula² tadi sedih wuuu, bila dah ending nasib baik happy ending kalau sad aku cekik kau authornim xD gurau gurau hehehe i love it
Infinite_Ifnt7
#2
Chapter 1: I'm reading the first chap while listening to Colour Ring by winner. Lalalalala.. cerita tak lah sedih sangat. I je yang poyosss
afiqah_LSN
#3
Chapter 7: Crita yg best...
najwanamani
#4
Chapter 7: ..... daebakk author.. sukalah Daedae dgn Taetae.. hihihihi.. cute sesangat ^^
b2stFanz
#5
Chapter 7: yeay ending yg best..tp lawak part taehyung n daehyun tu..hahahah..comel jer..
deer_ziera #6
Chapter 7: yeayy..happy ending..kipidap autonimm..
pikahbajet #7
Chapter 7: yeay........happy ending!!!!!!!!!!!!♥
jinaerin #8
Chapter 7: ok..cerita ni sedih T.T btw tambah dekat tag "jungkook" biar senang army nak cari. and tahniah sebab dapat habiskan cerita ni :D
parkyura98
#9
Chapter 7: Waaahhhh sedih+sweet!!! begitu mendalam cinta jihyun terhadap jungkook, fuhh...rupanya semua tu salah fhm...wlau ape pon! Sye ske ending die! Lgi2 time tae-tae ckap 'ibu makan adik? Sampai hati ibu,..'
Hahahaha Hahahaha sakit perut sye! XD