bab 7

Salahkah Aku?

Bab7

 

Jungkook bersandar di birai katil sambil menutup mata. Walaupun sudah mata serapat mungkin, air mata tetap jatuh dengan lebatnya. Jungkook berfikir sejenak. Adakah kelakuannya terlalu melampau?

 

“Aku memang egois. Aku lukakan hati kau, Jihyun. Aku tak bagi tahu perkara sebenar,” memori lama mula bermain di fikirannya,. Sewaktu dia dan Jihyun mula-mula berkenalan dulu.

 

Flashback

 

*Sebelum Jungkook dan Jihyun berkahwin*

 

Dahulu, Jungkook gemar mengambil gambar dengan kamera kesayangan yang dihadiahkan oleh si ayah sewaktu hari jadinya yang ke-13 tahun. Dia akan mengambil gambar apa-apa yang menarik perhatiannya. Pada suatu hari, Jungkook ke padang untuk menyiapkan kerja folio yang harus dihantar pada keesokkan harinya. Tetapi dia tidak mempunyai orang untuk dijadikan model dalam folionya.

 

“Macam mana ni? folio ni esok dah kena hantar. Mana aku nak cari model,” rungut Jungkook lalu duduk di sebuah pokok yang rendang. Dia menyandarkan kepalanya bersama kamera di ribanya.

 

Jungkook mengecilkan mata kirnya memandang sekeliling padang. Lensa kameranya terhenti pada seorang gadis yang sedang berteduh di pokok yang redang sambil membaca buku. Jungkook membesarkan lensa kamera agar dapat melihat gadis itu dengan lebih jelas. Tanpa sedar, Jungkook tersenyum  sendiri memerhati gerak geri gadis itu. Seolah-olah apa yang dilihat itu sebuah perkara yang lucu.

 

Cepat-cepat Jungkook menjatuhkan kameranya apabila gadis itu memandang tepat pada lensa kameranya. Jungkook sempat menekan ‘klik’ sebelum berpura-pura menulis kerja folionya yang sebenarnya langsung tidak disentuh. Gadis itu berjalan menghampiri Jungkook.

 

“Ada apa yang boleh saya tolong awak?” soal gadis itu kepada Jungkook. Sejujurnya lakonan Jungkook tadi langsung tak menjadi. Dia fikir minah tu buta ke apa yang Jungkook ambil senyap-senyap gambar dia. Orang bodoh je yang tak nampak apa yang Jungkook buat.

 

“Ah? Apa?” Jungkook pandang langit, pokok, rumput dan segala macam asalkan matanya tidak masuk ke dalam mata gadis itu. Jungkook tidak mahu gadis itu tahu yang mukanya sedang merah menyala.

 

“Saya tak rabun. Kenapa awak ambil gambar saya hah? Awak nak mati?”

 

Jungkook terkejut dengan kata-kata gadis itu. Kemudian wajahnya bertukar bengis. Jungkook tersenyum sinis.

 

“Kau siapa nak cakap tu macam tu dekat aku? Aku kingka sekolah tau!” Jungkook tiada pilihan selain marah. Itu saja pilihan untuk dia menutup sifat terlebih pemalunya pada gadis itu.

 

“Masalahnya awak ambil gambar saya tanpa kebenaran! Awak ni stalker ke apa? Saya nak tengok gambar yang awak ambil tadi,”

 

Gadis itu menarik tali kamera yang tergantung di leher Jungkook. disebabkan tidak mahu mati tercekik, Jungkook terpaksa menggunakan seluruh tenaganya untuk menghalang gadis itu dari mahu mengambil kamera kesayangannya. Adengan tarik-menarik itu membuatkan tali kamera itu terputus dan badan gadis itu jadi tidak seimbang lalu jatuh di dada Jungkook.

 

“Kamera aku!”

 

Jungkook menolak badan gadis itu ke rumput dan berlari ke arah kamera yang tidak berapa jauh dari mereka. Gadis itu serba salah, apatah lagi melihat Jungkook meraung seperti meratapi kematian isteri.

 

“Awak okey? Saya minta ma-

 

“Kau tau tak kamera ni berharga buat aku? Senang-senang je kau nak jahanamkan.” kali ini Jungkook betul-betul marah. Kamera ini sudah lama dia simpan. Sikit pun tidak rosak atau calar. Tetapi bila gadis ini mahu memegang kamera ini, macam-macam berlaku.

 

Gadis itu juga tidak mahu mengalah. “Dah awak ambil gambar saya tanpa izin, saya marahlah..” dia membalas.

 

“Dah tangan kau jenis yang suka merosakkan barang orang! Kau kena ganti rugi!”

 

“Fine! Saya ganti rugi. Awak nak apa?”

 

Tiba-tiba Jungkook gelak seorang diri. Pelik semacam gadis itu memandangnya yang ada lagak seperti orang gila. Tadi marah, sekarang ketawa pula.

 

“Siapa nama kau?” suara Jungkook kembali seperti biasa. Malu ketawa lama-lama.

 

“Jihyun. Yoon Jihyun. Awak?”

 

“Jeon Jungkook. Jumpa aku depan pagar balik nanti.” Kata Jungkook. Jihyun menggelengkan kepalanya.

 

“Pak cik Joo ambil saya balik nanti. Saya tak boleh tunggu awak,” balasnya.

 

Jungkook memeluk tubuhnya. “Aku tak peduli. Kalau tak, aku akan buat satu sekolah bencikan kau. Nak?”

 

Jungkook mendekatkan wajahnya dengan wajah Jihyun dan membuka muka sinis sebelum pergi meninggalkan Jihyun yang sedang mengajuk kata-kata Jungkook sebentar tadi.

 

“Cakap macam sekolah ni bapak kau yang punya! Kingka hampeh!”

 

Sejak hari itu, Jungkook dan Jihyun sering berjumpa, tidak kira di mana sahaja. Ibu bapa mereka juga sudah seperti isi dan kuku. Cuma anak mereka saja yang asyik bergadug setiap kali berjumpa dan Baekhyun terpaksa menjadi pengadil yang berwibawa untuk menghentikan pergaduhan mereka.

 

Dalam setiap pergaduhan, mereka membawa satu kenangan yang tidak mungkin tidak dapat dilupakan. Seperti kawan baik yang lain, rajuk mereka hanya sementara. Selepas itu, mereka kembali bermain seperti dunia ini milik mereka seorang. Dalam diam, Jungkook menyukai Jihyun. Setiap kali mereka bersama, Jungkook akan berbual tentang perasaannya pada Jihyun tetapi menggunakan kaedah yang sukar difahami. Kemungkinan Jihyun tidak faham dan menganggap Jungkook sengaja mereka cerita untuk menceriakan suasana. Jungkook pasrah dengan cintanya.

 

Sehinggalah satu hari mereka harus disatukan kerana syarikat keluarga Jihyun hampir bankrap dan memerlukan rakan kongsi untuk memajukan syarikat itu semula. Jungkook benar-benar gembira dengan berita itu dan pergi mencari Jihyun. Saat Jungkook berlari ke taman, matanya kaku melihat Jihyun dan Baekhyun sedang berpelukan dan Jihyun sedang menangis di pelukan Baekhyun. Hati Jungkook bertambah sakit apabila Jihyun berkata,

 

“Aku tak nak perkahwinan ini!”

 

Terasa hendak menangis Jungkook di situ. Ternyata hanya dia yang beria-beria yang ingin melangsungkan perkahwinan ini sedangkan Jihyun tidak. Jungkook mengambil keputusan untuk pergi tanpa sempat mendengar lagi apa yang dikatakan Jihyun.

 

“Aku tak nak perkahwinan ini! Aku nak perkahwinan atas dasar cinta, bukan paksaan. Aku cintakan Jungkook.”

 

Sejak kejadian itu, Jungkook mula dingin pada Jihyun. Tidak seperti Jungkook yang dikenal dulu, yang suka mengusik, peramah dan baik hati. Bila Jihyun bertanya, hanya satu ayat yang diucapkan kepadanya.

 

“Pergi mampus dari hidup aku, perempuan.”

 

Sepanjang perkahwinan mereka, Jungkook mendera Jihyun dengan teruk. Marah Jungkook terhadap Jihyun masih bersisa dan menganggap inilah masanya untuk dia membalas dendam walaupun lahirnya bukan dari hati. Segala esakkan dan rintihan Jihyun setiap kali dipukul dan dipaksa melakukan perbuatan intim, Jungkook berasa bersalah. Jungkook sedar, perbuatan kejamnya selama in hanya untuk membalas dendam dan ianya salah. Dia sayang Jihyun, tetapi dia benci Jihyun! Jihyun yang menjadikan dia begini.

 

“Maafkan aku, Jihyun. Aku sakit.. aku sakit tengok kau tak suka dengan perkahwinan ni.”

 

End Flashback

 

Jihyun menutup buku putih yang berada di tangannya. Perasaan sedihnya sudah tidak dapat dibendung lagi. Akhirnya Jihyun menangis di sebelah Baekhyun. Baekhyun memegang bahu Jihyun yang lagi bersedih. Dia menyesal kerana tidak memberi tahu kebenaran diantara Jungkook dan Jihyun. Diari putih milik Jungkook diambil senyap-senyap itu menguatkan lagi cinta mereka. Mereka patut bahagia dari dulu lagi.

 

“Aku rasa Jungkook cari kau sekarang ni. Baik kau balik.” Ujar Baekhyun.

 

“Aku malu, Baek. Aku malu nak berhadapan dengan dia setelah apa yang aku buat. Aku berdosa dengan suami aku.”

 

“Ya,. Kau memang isteri derhaka. Sekarang pergi balik.”

 

Jihyun menampar perlahan pipi Baekhyun sambil menangis.

 

“Janganlah cakap macam tu!” marah Jihyun sambil mengelap air matanya.

 

“Maafkan aku. Sepatutnya aku bagi tahu kau berdua awal-awal. Flight aku nak berlepas ni. Aku pergi dulu.”

 

Mereka saling berpelukan. Pelukan yang membawa makna yang tersirat. Baekhyun sudah lama berputus asa dengan Jihyun kerana dia tahu cinta Jungkook dan Jihyun amat kuat.

 

“Aku pergi dulu.”

 

“Aku nak anak kembar tau.”

 

Jihyun terus berlari ke luar lapangan terbang dan mencari teksi yang sudah sedia ada. Hanya Jungkook yang bermain di fikirannya. Patutlah selama ini Jungkook dingin dengannya.

 

Sampai di hadapan rumah, Jihyun berlari masuk ke dalam rumah dan menuju ke biliknya, di mana Jungkook sedang terbaring di atas katil. Lengannya menutupi mukanya yang banjir dengan air mata. Jihyun melutut dan memegang lengan Jungkook.

 

“Saya sayangkan awak dan tolong jangan ceraikan saya! Sejak dari dulu awak sukakan awak tapi awak tak pernah tahu. Saya takut nak beritahu awak sebab saya takut cinta saya ditolak. Saya gembira dengan perkahwinan kita sekarang. Tolong maafkan saya!”

 

Jungkook mengalihkan lengannya dari muka. Mukanya begitu sembab akibat terlalu banyak mengalirkan air mata.

 

“Peluk Baekhyun dekat taman dan cakap ‘Saya tak nak perkahwinan ini’ apa maksudnya?” soal Jungkook dengan suara yang serak.

 

Jihyun memandang Jungkook. “Saya tak nak perkahwinan ini. Saya nak perkahwinan ini atas dasar cinta, bukan paksaan. Saya cintakan awak, Jeon Jungkook.”

 

Jungkook memeluk Jihyun dengan erat. Dia terus menangis teresak-esak di dalam pelukan. Sudah bertahun dia memegang kata-kata yang salah. Dia memang seorang yang tidak berguna.

 

“Aku minta maaf. Aku cintakan kau,” ucap Jungkook.

 

“Saya tahu. Diari ni dah ceritakan semuanya kepada saya dan saya maafkan awak.”

 

“Kita mulakan hidup baru?”

 

“Ya.”

 

 


10 tahun kemudian

 

 Jihyun hampir pening kepala melihat telatah dua orang anaknya yang sedang merengek di hadapannya. Dahsyat betul rengekkan diorang, siap guling-guling atas lantai lagi. Jihyun menjerit nama suaminya yang sedang memasak di dapur.

 

“Abang! Tengoklah Daedae dengan Taetae ni. Seorang nak cheese cake, seorang lagi nak cookies. Peninglah!” rungut Jihyun sambil memegang kepalanya.

 

Jungkook keluar dari dapur bersama apron dan senduk yang dipegangnya.

 

“Ayah kan dah beli cheese cake dengan cookies semalam. Takkan lah nak beli lagi,” ujar Jungkook ala-ala mak cik. Kalau anaknya itu sudah besar, sudah lama senduk tu dah lekat atas kepala anaknya itu.

 

“Alah, itu semalam. Ini hari ni punya!” balas si Daehyun, dan disokong kuat oleh adiknya Taehyung. Mereka membuat high five sebelum tersengih memandang si ayah.

 

“Kami mengidamlah, ayah..” kata Taehyung.

 

“Banyaklah mengidam! Yang boleh mengidam cuma ibu kamu tau. Korang berdua janganlah macam-macam. Dalam perut ibu dan ada adik kamu.” Ujar Jungkook. Mereka terkejut besar.

 

“Ibu makan adik? Sampai hati ibu,..”

 

Jihyun dan Jungkook mengerutkan dahinya. Siapa yang mereka bukan-bukan. Ini mesti si Baekhyun yang ajar diorang dalam facebook ni. Cakap pasal Baekhyun ni, bila dia nak sampai Korea? Kata nak balik sini.

 

Tiba-tiba kedengaran enjin kereta di luar rumah. Mereka satu keluarga meninjau kereta Swift yang terparkir di laman rumah di pintu utama. Figura Baekhyun sambil memegang dua beg besar kelihatan.

 

“Long time no see, kawan!”

 

Jihyun tersenyum bahagia. Nampaknya perkahwinan ini sudah bahagia seperti yang dijangkakan. Jihyun dan Jungkook sememangnya ditakdirkan untuk bahagia bersama dua anak lelaki dan seorang lagi cahaya mata yang bakal lahir. Jeon Daehyun dan Jeon Taehyung ialah anugerah yang paling berharga dalam hidup Jihyun bersama Jeon Jungkook, suami yang paling dicintai.

 

 

T.A.M.A.T

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
BiniJungkook
[19.11. 2015] Cerita ini tamat!!!

Comments

You must be logged in to comment
aquariusxpisces
#1
Chapter 7: Mula² tadi sedih wuuu, bila dah ending nasib baik happy ending kalau sad aku cekik kau authornim xD gurau gurau hehehe i love it
Infinite_Ifnt7
#2
Chapter 1: I'm reading the first chap while listening to Colour Ring by winner. Lalalalala.. cerita tak lah sedih sangat. I je yang poyosss
afiqah_LSN
#3
Chapter 7: Crita yg best...
najwanamani
#4
Chapter 7: ..... daebakk author.. sukalah Daedae dgn Taetae.. hihihihi.. cute sesangat ^^
b2stFanz
#5
Chapter 7: yeay ending yg best..tp lawak part taehyung n daehyun tu..hahahah..comel jer..
deer_ziera #6
Chapter 7: yeayy..happy ending..kipidap autonimm..
pikahbajet #7
Chapter 7: yeay........happy ending!!!!!!!!!!!!♥
jinaerin #8
Chapter 7: ok..cerita ni sedih T.T btw tambah dekat tag "jungkook" biar senang army nak cari. and tahniah sebab dapat habiskan cerita ni :D
parkyura98
#9
Chapter 7: Waaahhhh sedih+sweet!!! begitu mendalam cinta jihyun terhadap jungkook, fuhh...rupanya semua tu salah fhm...wlau ape pon! Sye ske ending die! Lgi2 time tae-tae ckap 'ibu makan adik? Sampai hati ibu,..'
Hahahaha Hahahaha sakit perut sye! XD