bab 5

Salahkah Aku?

 

Jihyun berasa tidak selesa dengan keadaan sekarang. Bagaikan ada satu perasaan kekok di antara dia dan Jungkook. Adakah Baekhyun sengaja berbuat begitu untuk mendekatkan dia dengan Jungkook kembali? Jihyun hampa. Kata-kata romantis yang sering dikatakan Jungkook untuknya semua palsu. Lebih baik sakit sekarang.

 

Jihyun dan Jungkook di belakang hanya diam. Masing-masing buat hal sendiri. Seorang main telefon, seorang dengar lagu. Bengang semacam Baekhyun dibuatnya. Dia membisik ke arah Jungkook.

 

“Apa?” jawab Jungkook malas., dia tak tahu kenapa Baekhyun beria mahu dia beri perhatian sepenuhnya pada Jihyun. Dah macam bapak Jihyun pun ada.

 

“Pergilah layan dia. Kau jantan ke betina?” kata Baekhyun sambil memandang figura dua manusia di belakang tempat duduk melalui cermin.

 

“Senyaplah ! kalau kita kemalangan, aku cari roh kau.” Gumam Jungkook dengan nada perlahan. Takut  suaranya itu didengari Jihyun.

 

Jungkook berfikir panjang. Apa yang harus dia lakukan untuk membuang suasana kekok di dalam kereta itu. Pandangannya terpaku kepada earfon yang dipakai Jihyun. Tanpa segan silu, dia menarik earfon belah kanan dan menyumbatkan ke telinga. Jihyun yang perasan terus memandang ke arah Jungkook. MP3 Jihyun turut diambil Jungkook.

 

“Awak nak apa?” soal Jihyun dengan pelik. Tidak pernah-pernah Jungkook begini dengannya. Jungkook buat-buat tidak dengar dan terus meng’scroll list lagu di mp3 Jihyun.   

 

“Apasal lagu kau semua sedih-sedih? Tak ada lagu yang sedap kah?” Jungkook bertanya. Dia memandang mata Jihyun membuatkan Jihyun terdiam. Mata Jungkook betul-betul masuk ke dalam matanya. A-pa yang Jungkook dah lakukan ini?

 

“S-aya suka lagu jenis balada. Senang ikut rentak.” Balas Jihyun.

 

Jungkook membuka lagu ‘I Wonder If You Hurt Like Me’ yang dinyanyikan oleh kumpulan 2am. Lagu memenuhi gegendang telinga mereka yang mendengar. Tanpa Jungkook sedari, Jihyun menundukkan kepala ketika mendengar lagu tersebut. Hatinya mula membengkak. Tetapi Jihyun tidak mengerti. Apa motif Jungkook berbuat begitu? Adakah dia sengaja mahu menceriakan suasana?

 

“Dah sampai, guys ! Aku nak jalan-jalan dekat atas menara tu. Kau berdua berborak lah dulu, kita jumpa dekat atas. Bye!” Baekhyun mematikan enjin kereta dan terus keluar dengan gembira. Langkahnya jauh meninggalkan pasangan itu.

 

Keadaan kembali kekok seperti asal dan tiada siapa yang ingin menghidupkan semula suasana. Jihyun terpaksa memulakan dahulu.

 

“Awak pergilah mana tempat yang awak suka. Nanti jumpa kat atas.” Kata Jihyun. Dia membuka membuka pintu, tetapi Jungkook lebih pantas menarik pintu itu kembali.

 

“Kau nak tinggalkan aku?”

 

“Jadi awak nak jalan dengan saya?” Jihyun menyoal Jungkook kembali. Jungkook terdiam. Sebuah keluhan berat keluar dari mulut Jihyun. Dia terus keluar dari kereta dan meninggalkan Jungkook seorang diri. Soalannya tadi semestinya mampu membuat Jungkook terdiam. Buat apa Jihyun mahu berjalan berdua dengan orang yang tidak sudi mahu berjalan dengannya.

 

Langkah Jihyun ke sebuah gerai kecil yang menjual kentang bakar. Tergerak hatinya mahu makan kentang yang panas dan manis itu. Kebetulan pula sekarang musim sejuk.

 

“Pak cik, kentang bakar satu.”

 

“Nak mayonis lebih ke keju cair lebih?” soal pak cik itu.

 

“Mayonis lebih.” Jihyun membalas dengan senyuman. Tiba-tiba Jungkook datang dan berdiri di sebelah Jihyun.

 

“Pak cik, kentang bakar satu. Keju cair lebih,” ujar Jungkook kepada pak cik tersebut. Dia berdehem kecil sebelum memandang Jihyun di sebelah. “Kenapa pandang aku macam tu?” soal Jungkook dengan muka tak bersalahnya.

 

“Awak buat apa dekat sini?” Suara Jihyun kedengaran tidak beberapa suka.

 

“Aku lapar. Apa masalahnya?” balas Jungkook dan duduk di bangku awan yang berdekatan. Jihyun mengekori lelaki itu.

 

“Kamera awak mana?” tanya Jihyun apabila kamera kesayangan Jungkook tiada di jinjang leher Jungkook. Bukan Jungkook membawa bersamanya tadi?

 

 “Aku buang. Jangan tanya lagi.”

 

“Kentang bakar dah siap, untuk korang berdua.” Teriak pak cik dari gerainya. Mereka bergegas ke gerai itu semula untuk membayar.

 

Jungkook menahan tangan Jihyun dari mengeluarkan sebarang duit dari dompetnya. Jungkook menyeluk poket seluarnya dan memberikan beberapa not kepada pak cik itu.

 

“Saya bayarkan untuk dia sekali. Terima kasih,” ujar Jungkook lalu berjalan ke bangku awak tadi. Perlahan-lahan dia menggigit kentang bakar yang masih panas itu. Dia malas mahu memandang Jihyun yang memandang pelik terhadapnya.

 

“Apa maksud awak? Kenapa awak buat saya macam ni? Kenapa awak layan saya dengan baik?” akhirnya Jihyun meluahkan kata-kata ini. Dia berasa kecewa dan sedih pada masa yang sama.

 

“Kau nak aku layan kau macam mana lagi? Sepak teranjang kau setiap hari?”

 

Mata Jihyun sudah merah. “Saya lebih rela awak sepak teranjang saya setiap hari daripada awak terus menerus memberi saya harapan palsu. Saya tak nak harapan,..” air mata sudah mengalir deras ke pipi.

 

“Siapa yang bagi kau harapan palsu pada kau? Kau nak Baekhyun tau kita macam ni? makan jelah!”

 

Tanpa melengkahkan masa, Jihyun terus berlari meninggalkan Jungkook buat kesekian kalinya. Kentang bakar yang dibayar oleh Jungkook tadi dibuang ke tanah begitu saja. Jihyun kecewa kerana Jungkook masih tidak faham akan perasaannya pada dia.

 

Jungkook memandang kentang bakar yang dibuang Jihyun dengan pandangan yang sukar ditafsir. Seorang lelaki datang ke arah Jungkook. Dia menghulurkan kamera tersebuat kepada pemiliknya.

 

“Terima kasih,” ucap Jungkook sambil menundukkan sedikit kepalanya kepada lelaki itu. kemudian yang mengeluh kecil.

 

 

***

 

 

Jihyun duduk di kerusi panjang sambil memandang sepasang kekasih yang lalu lalang di situ. Mereka semua kelihatan gembira di samping orang yang dia sayangi, tetapi aku,.. aku seorang diri. Ada peneman tetapi dibiarkan sendiri menderita. Hatinya egois!

 

“Aku benci drama dia ! Kenapa aku yang harus berlakon dengan dia? Kenapa aku mesti heroinnya?” ujar Jihyun dengan sedih. Dia meraup wajahnya yang sedikit pucat.

 

“Drama apa kau ni? dari tadi aku tengok kau asyik mengelamun je. Kau ada masalah?” Baekhyun muncul dengan dua kopi susu panas di tangan. Dia tahu Jihyun sedih dengan sikap Jungkook padanya.

 

Jihyun tersentak. “Tak ada. Semalam aku tengok cerita Si Gila, En Byun dekat TV. Baekhyun tak percaya dekat Jina walaupun Jina isteri dia,.. haha” sedaya upaya Jihyun mahu menutup masalahnya di hadapan Baekhyun. Dia tidak mahu Baekhyun melihatnya sebagai isteri yang lemah. Baekhyun membuat riak pelik.

 

“Bukan cerita tu dah habis ke? And bila kau tengok TV? Setahu aku, kau terus masuk bilik malam tadi”kata Baekhyun.

 

“Kau fikir aku tengok TV semalam je ke? Jangan kacau akulah,..”

 

“Wei,! Your precious husband dah datang.” Kata Baekhyun setelah melihat Jungkook yang sedang berjalan ke arah mereka.

 

Jihyun malas mahu memandang Jungkook yang tersenyum ke arahnya dan Baekhyun. Senyuman itu bukan ikhlas mana pun.

 

“Aku ada beli love padlock untuk kita bertiga. Tulislah hajat masing-masing. Jangan tengok aku punya !” ujar Baekhyun membuatkan Jungkook menyampah.

 

“Tak siapa yang nak tengok kau punya. Aku bet yang kalau kau tulis pasal jodoh dalam tu.” Balas Jungkook.

 

“Hehe,. Mana tahu? Kau berdua tulislah hajat korang.”

 

Jihyun menulis hajatnya dengan tekun. Segala kata hatinya yang terbuku diluahkan di atas lock itu. Setelah selesai menulis, Jihyun menyorok lock nya itu. Takut-takut Baekhyun ingin membacanya.

 

“Jihyun, kau tulis apa? Nak baca!”

 

“Tak boleh !”

 

“Alah,..” Baekhyun memuncungkan bibirnya.

 

“Kau cuma perlu doakan aku je. Doakan hajat aku tercapai.”

 

Mata Baekhyun beralih ke lock Jungkook pula. matanya menunjukkan aura-aura yang kurang senang di mata Jungkook. Dengan pantas Jungkook menolak kepada Jungkook. Dia tahu Baekhyun ingin membaca hajatnya yang ditulis di atas lock nya itu.

 

“Kalau kau tak nak kena free kick aku, cubalah baca.” Bakhyun mencebik.

 

“Korang memang kedekut ! cukup sedondon dan serasi ! suka aku melihatnya,”

 

Mereka mengambil jarak yang berbeza untuk mengunci love padlock masing-masing. Jihyun mengambil nafas sedalam-dalamnya sebelum mengunci padlock nya dan membuang kunci itu ke laut.

 

“Aku harap ia menjadi kenyataan. Ini untuk kebaikan aku dan,.. suami aku.”

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
BiniJungkook
[19.11. 2015] Cerita ini tamat!!!

Comments

You must be logged in to comment
aquariusxpisces
#1
Chapter 7: Mula² tadi sedih wuuu, bila dah ending nasib baik happy ending kalau sad aku cekik kau authornim xD gurau gurau hehehe i love it
Infinite_Ifnt7
#2
Chapter 1: I'm reading the first chap while listening to Colour Ring by winner. Lalalalala.. cerita tak lah sedih sangat. I je yang poyosss
afiqah_LSN
#3
Chapter 7: Crita yg best...
najwanamani
#4
Chapter 7: ..... daebakk author.. sukalah Daedae dgn Taetae.. hihihihi.. cute sesangat ^^
b2stFanz
#5
Chapter 7: yeay ending yg best..tp lawak part taehyung n daehyun tu..hahahah..comel jer..
deer_ziera #6
Chapter 7: yeayy..happy ending..kipidap autonimm..
pikahbajet #7
Chapter 7: yeay........happy ending!!!!!!!!!!!!♥
jinaerin #8
Chapter 7: ok..cerita ni sedih T.T btw tambah dekat tag "jungkook" biar senang army nak cari. and tahniah sebab dapat habiskan cerita ni :D
parkyura98
#9
Chapter 7: Waaahhhh sedih+sweet!!! begitu mendalam cinta jihyun terhadap jungkook, fuhh...rupanya semua tu salah fhm...wlau ape pon! Sye ske ending die! Lgi2 time tae-tae ckap 'ibu makan adik? Sampai hati ibu,..'
Hahahaha Hahahaha sakit perut sye! XD