002

Dwihati
Please Subscribe to read the full chapter

Tiga hari telah berlalu sejak aku tahu tentang kematian kak YoonA. Satu dunia kecoh tentang  peristiwa berdarah itu yang dianggap kejam dan tidak berperikemanusiaan. Mereka mengecam sekeras-kerasnya tindakan tentera zalim itu.

Aku duduk bersandar di kepala katil. Selimut tebal membalut separuh daripada tubuhku. Entah kenapa,sejak akhir-akhir ini aku suka duduk termenung di birai katil apabila bangun saja dari tidur. Aku memandang ke luar tingkap bilik. Dari cermin tingkap,aku dapat melihat abang Mark masih setia lagi menanti surat dari kak YoonA. Dari memintal rambut,dia memusingkan pula kiub rubiknya. Kadang-kadang,mama Tuan memujuk abang Mark masuk ke dalam rumah memandangkan hujan mulai turun rintik-rintik. Tapi,abang Mark degil. Dia tetap setia berdiri di tepi peti surat itu menunggu surat kak YoonA dari abang posmen Namjoon.

Aku menghela nafas lemah. Terlalu dalam cinta abang Mark terhadap aktivitis rupawan itu.

"Naeil," wajah ibu terpacul di daun pintu. Aku tarik senyuman kecil.

"Ibu,masuklah." ibu masuk ke dalam bilik. Mata ibu sembab. Mesti ibu pun turut sedih dengan pemergiaan tak terjangka kak YoonA. Tubuh kecil aku,ibu peluk,lama.

"Hari ni,jasad mendiang kak YoonA akan balik sini," beritahu ibu,lembut.

Diam.

"Naeil tahukan apa yang perlu Naeil buat?" tubuh aku dilepaskan. Ibu memandang air muka aku yang berubah.

"Tapi ibu..Naeil rasa serba salah dengan abang Mark. Ibu tak rasa ke kita lagi buat abang Mark menderita,bila semua orang tahu kak YoonA dah tak ada tapi cuma abang seorang je yang tak tahu?" soalku,aku betul-betul rasa tawar hati nak turutkan rancangan ibu ini. Bagi aku,rancangan ibu tak nak beritahu abang Mark tentang kak YoonA bukanlah satu perkara yang mampu membuatkan abang Mark berpuas hati. Abang Mark takkan pernah berpuas hati selagi dia tidak tahu perkara sebenar yang terjadi pada kak YoonA.

"Ibu tahu tapi kita semua tak nak tengok abang Mark cederakan diri dia,kan? Ibu buat semua ni untuk kebaikan abang Mark juga," aku hanya diam membisu mendengar kata-kata ibu. Aku tahu semua ini untuk kebaikan dan keselamatan diri abang Mark. Semua orang di kawasan perumahan ini tak nak tengok abang Mark cederakan diri dia lagi jikalau dia tahu tentang kematian kak YoonA. Cuma,ibu tak terfikirkah? Ibu lagi membuatkan jiwa dan batin abang Mark terseksa tanpa sedar. 

 

 

Aiskrim coklat aku jilat,perlahan. Aku tak ada selera sebenarnya. Selera makan aku sejak akhir-akhir ini seolah-olah mati. Sama seperti matinya kak YoonA yang selama ini aku anggap dia seperti kakak aku sendiri. Walaupun kak YoonA kesayangan abang Mark,aku tak pernah rasa sedikit walaupun tercalit pun perasaan benci dan terasa hati. Sebaliknya,aku rasa gembira dengan hubungan kak YoonA dan abang Mark,lelaki yang aku suka dalam diam. Tak semua orang mampu jalinkan hubungan dengan insan istimewa seperti abang Mark. Dan kak YoonA,she's one of a kind. Aku senang sangat dengan sikap penyayang kak YoonA pada abang Mark.

"Naeil? Naeil?" tangan abang Mark melambai-lambai di hadapan mukaku. Aku tersedar dari lamunan.

"Kenapa..kenapa Naeil termenung? Naeil tak suka..aiskrim tu ke?" tanya abang Mark. Jelas terpancar riak risau pada wajah polos abang Mark.

"Tak delah. Naeil suka aiskrim yang abang belikan ni. Sedap," balasku sambil mengukirkan senyuman padanya. Abang Mark tertawa lega. Tangannya memintal-mintal hujung rambutnya.

"Naeil..Naeil suka rupanya! Abang ingat...abang ingat Naeil tak suka! tak suka.." dia ketawa lagi. Aku hanya tersenyum kecil. Hari ini,abang Mark gembira apabila aku bawa dia jalan-jalan keliling bandar. Buat seketika, dia lupa sebentar dengan hal surat kak YoonA. Tapi,aku tahu.Walaupun seronok mana pun abang Mark hari ini,aku tahu lambat laun nanti pasti hal kematian kak YoonA akan terbongkar juga. Aku bukan penyimpan rahsia yang hebat dan aku juga bukan seorang manusia yang mampu menyembunyikan airmata dan kesedihan yang teramat buat jangka masa yang lama. Itu adalah salah satu kelemahan aku,yang aku tahu ibu pun maklum tentang perkara tersebut.

"Abang," abang Mark memandang aku.

"Abang sayang tak...kak YoonA?" aku memandang dia. Sambil menjilat aiskrim,dia mengangguk. 

"Sayang..sayang sangat! Abang rindu YoonA! Abang rindu YoonA!" mendengar saja kata-kata abang Mark,airmata aku menitis jatuh.

"Naeil..Naeil? Kenapa..kenapa Naeil menangis? Janganlah nangis..janganlah nangis,Naeil!" tangan abang Mark mengesat airmataku di pipi. Aku dah tak sanggup. Aku dah tak sanggup lagi hendak berada di sini dan bawa abang jauh dari kak YoonA. Abang Mark perlu tahu.

"Abang..abang boleh tak janji satu perkara dengan Naeil?" abang Mark menganggukkan kepalanya. Aku mengesat saki baki airmata.

"Abang janji dengan Naeil yang abang takkan cederakan diri abang masa kita sampai rumah nanti," terangguk-angguk kepala abang mendengar kata-kataku. Dia mengangkat tangannya umpama berikrar.

"Janji dengan Naeil yang abang..abang takkan menangis macam Naeil bila kita sampai rumah nanti?"

"Abang..abang janji! abang janji!"

"Naeil..Naeil jangan menangis! Nanti..nanti abang pun ikut..ikut menangis macam Naeil jugak!" tangan abang Mark tidak henti-henti mengesat airmataku. Wajah dia terpancar riak risau.

Aku cuba. Aku cuba menjadi tabah didepan abang Mark. Tapi,aku tak mampu. Aku tak sampai hati rasanya mahu membiarkan abang Mark menunggu kedatangan orang yang takkan kembali lagi. Dengan tangisan yang sayup-sayup kedengaran,aku bersuara pada abang Mark.

"Abang.."

"Ya? Ya,Naeil?"

"Hari ni,kak YoonA balik rumah."

 

Hari itu,tidak seperti yang dijanjikan,aku dan abang Mark tiba di rumah lebih awal dari yang dijangka ibu. Aku memegang tangan abang Mark apabila kami melalui jalan kecil yang menghubungkan kami dengan kawasan rumah kami.

Jantung aku bagaikan terhenti apabila abang Mark tiba-tiba menghentikan langkahnya.

Betul-betul di depan rumah kak YoonA.

"YoonA balik! Naeil..YoonA balik!" aku pantas mencengkam tangan abang Mark apabila dia cuba memasuki rumah makcik Im yang ternyata luar biasa ramainya hari ini.

"Ramai orang..ramai orang datang rumah YoonA! Naeil..Naeil! Diorang pun..mesti nak jumpa YoonA,kan?" aku hanya mengangguk perlahan,saja.

"Abang janji dengan Naeil? Abang takkan menangis depan kak YoonA?" pinta aku lagi. Walaupun abang Mark tidak mengerti akan apa yang aku maksudkan,dia tetap juga menangguk.

"Janji..janji..cepatlah..abang..abang nak jumpa YoonA! Abang nak jumpa YoonA

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
b2stFanz
#1
Chapter 2: daebak la a/n punye crita..♥
Golden_Maknae
#2
Waa ... x sbr nk nntikn chapter seterusnya ><
Moon1991 #3
Nice story author :) *thumbs up*
comey je mark dlm cite ni wlpn skit..
X sbr nk thu reaksi mark klu dy thu yoona dh x de..
QuincyOat
#4
Hahaha..asperger tu..pernah tengok movie my name is khan tak?
Its not sindrom down. Tu beza sangat Asperger tu lebih kurang dengan autisme Cuma, penghidap asperger dia suka mlmengulang-ii benda yang dia cakap
sayhershe
#5
Chapter 1: Cher nak tanya,asperger tu what?? x sama ke ngn sindrom down?? Mark macam terencat sgt pun ada ni kita tgk... btw Yoona...kesian Markkk