001

Dwihati
Please Subscribe to read the full chapter

 

Seperti hari-hari yang lepas,hari ini abang Mark menunggu lagi kedatangan abang Namjoon si posmen muda itu datang ke rumah untuk mengirimkan surat cinta abang Mark daripada kak YoonA. Aku perhatikan saha gelagat polos abang Mark yang berdiri di tepi peti surat rumah dia dari balik tingkap bilik aku. Kelihatan,abang Mark sedang menunggu si posmen muda itu datang sambil tangan dia laju memusingkan kiub rubik. Kadangkala,ada juga dia memintal-mintal hujung rambut coklat perangnya.

Berbalik  pada tadi,kenapa aku panggil surat daripada Kak YoonA itu surat cinta? Aku tak ada pilihan sebenarnya. Abang Mark yang paksa aku panggil surat hasil nukilan kak YoonA itu surat cinta. Surat cinta Kak YoonA untuk abang Mark. Kalau diikutkan,aku nak panggil nak surat itu surat Syria memandangkan kak YoonA sekarang berada di bumi Tanah Arab kerana terlibat dalam satu misi kemanusiaan di sana.

Siapa pula kak YoonA? Aku selalu ketawa berdekah-dekah bila abang Mark selalu kata yang kak YoonA tu teman wanita dia. Padahal,kak YoonA tu cuma kawan kakak aku dan jiran abang Mark sendiri. Cuma,iyalah..aku faham perasaan abang Mark tu. Hati abang Mark jenis yang mudah terusik bila ada seseorang nak-nak lagi seperti kak YoonA,gadis kawasan perumahan aku yang sweet dan penyayang gila ambil berat terhadap abang Mark. Kalah kakak aku sendiiri.

Walaupun aku selalu bersama dengan abang Mark sejak kak YoonA berada di bumi berpasir sejak setahun yang lalu,aku tak pernah dapat buat hati abang Mark terusik. Padahal, aku pun perempuan seperti kak YoonA. Selalu jugak buat baik kat abang Mark. Yalah, dia mungkin tak perasan kot yang aku ada simpan perasaan pada dia sebab dia mungkin anggap aku ini cuma adik angkat dia alias jiran dia alias pembaca surat kak YoonA untuk dia. Lagipula,jarak umur kami juga jauh. Memang sahlah dia tak pandang aku,kan.

Dari tingkat bawah,aku dapat mendengar suara lantang kak Tiffany menjerit-jerit memanggil nama aku. Pensel yang tadinya menari-nari pada buku tulis,aku turunkan ke meja. Lantas,kaki aku laju menuruni tangga. Fakta sahih,kak Tiffany takkan menjerit-jerit nama aku umpama disampuk hantu melainkan kalau abang Mark datang bertandang ke rumah kami dengan ketukan bertalu-talu di daun pintu umpama kawasan perumahan kami bakal dibanjiri tsunami lagaknya.

"Naeil!"

"Naeil! Turunlah,Mark datang tu!" jeritan kak Tiffany memenuhi seluruh kapasiti rumah kami.

"Ya..ya..Naeil dah turun ni," balasku sambil kaki laju menuruni tangga. Kak Tiffany mendengus,kuat.

"Bawak Mark dalam bilik Naeil! Baca surat tu kat bilik Naeil sendiri! Akak tak nak dia duduk kat ruang tamu ni! Akak tak suka!" ujar kak Tiffany dalam nada amarahnya,nada yang senantiasa dia buat setiap kali abang Mark bertandang ke rumah kami. 

Aku tak pernah faham kenapa kakak aku tak pernah sukakan abang Mark. Padahal,abang Mark tak pernah buat salah pada dia. Mungkin,benar juga kata-kata cikgu aku. Tak semua orang sukakan kita. Okey,aku boleh ibaratkan ayat itu dengan situasi sekarang ini. Kata-kata kak Tiffany aku biarkan sepi. Malas sebenarnya mahu bertekak dengan pendebat terbaik universiti itu sebab aku tahu aku takkan pernah menang jika berbidas dengan mulut 'tiada- polisi- insurans' kak Tiffany itu.

Pintu rumah yang berkunci selak aku tarik selak tersebut untuk membukanya. Belum sempat aku hendak mencapai tombol pintu,daun pintu rumah terlebih dahulu dibuka rakus dari luar.

"Aduh!" aku menjerit kecil apabila dahi aku tercium hebat dengan daun pintu. Pergh..masyuk gila ciuman pintu ni sampai nak terkeluar kata-kata kesat dari mulut 'polisi -tiada -jaminan -aku -takkan -menyumpah' aku ini.

"Naeil,kenapa ni? kenapa..kenapa ni?!" tanya abang Mark,cemas apabila melihat keadaan aku yang menahan kesakitan. Dia memeriksa tubuh aku dari atas hingga ke bawah. Aku mencebik kecil. 'Kalut betul abang Mark ni'

"Tak. Tak ada apalah,abang Mark. Naeil terhantuk pintu tadi," beritahuku sambil cuba menayang senyuman walaupun kesakitan pada dahi aku mulai terasa denyutannya. Abang Mark ketawa kekok. Dia menggaru-garu kepalanya.

"Naeil,abang dapat surat! Dapat surat..abang dapat surat dari YoonA! Dari YoonA!" surat cinta dari Syria yang dikirim oleh kak YoonA terangkat-angkat di udara.

"Abang nak Naeil bacakan tak surat cinta kak YoonA ni?" tanyaku,seperti selalu. Seperti kanak-kanak comel,abang Mark menganggukkan kepalanya.

"Nak! Nak! Naeil baca..Naeil baca surat..abang dengar..abang dengar! Okey?" aku tersengih kecil. 

"Kalau maca tu,jom ikut Naeil. Kita baca dalam bilik Naeil. Kita tak boleh baca kat sini. Kak Tiffany tak suka," kata-kata terakhir itu aku perlahankan nada. Abang Mark terangguk-angguk mendengar kata-kata aku sambil meletakkan  jari telunjuknya di bibir.

"Marah..Tiffany marah..tak boleh baca kat sini..nanti Tiffany marah..Marah," aku hanya mengiakan kata-kata yang diulang berkali-kali oleh abang Mark. Tanpa banyak soal,tangan abang Mark aku capai lalu aku bawa dia ke bilikku.

 

 

"..........Kalau ada masa lagi,kita berjumpa lagi. YoonA sayang Mark selamanya. Yang benar,Im YoonA." aku menghabiskan setiap bait-bait nukilan yang ditulis oleh kak YoonA di dalam surat dengan senyuman. Wajah ceria abang Mark yang sedang menepuk tangan kerana hormon adrenalinnya yang terlalu teruja menerima sepucuk surat daripada kak YoonA,aku pandang dengan sengihan kecil.

"Abang suka tak dengan surat kak YoonA kali ni?" abang Mark menganggukkan kepalanya,laju sambil tangan dia memusing laju kiub rubik.

"Suka! Abang suka! YoonA baik! Dia tolong orang sakit..dia tolong orang sakit! Budak kecik..budak kecik pun dia tolong! YoonA tolong.." aku ketawa kecil.

"Abang, Naeil pun baik apa. Naeil tolong abang bacakan surat," aku sengaja mengusiknya. Abang Mark ketawa. Rambut ekor kuda aku sengaja dia kusutkan. Aku hanya membiarkan saja abang Mark mengusutkan rambut aku. Abang Mark kalau dia gembira,memang kelakuan inilah yang dia akan tunjukkan yang dia gembira. Kalau terlampau gembira,dia akan berlari-lari keliling laman belakang rumah aku atau dia.

"Naeil! Naeil!"

"Apa dia,abang Mark?"

"Terima kasih..terima kasih! Bacakan surat YoonA untuk abang..untuk abang!" dia tersengih-sengih memandang aku. Hujung rambutnya dipintal-pintal. Aku hanya mengangguk sahaja sambil tersenyum.

"Tapi.." abang Mark memandang aku. "Apa? Apa?"

"Abang kena belanja Naeil makan aiskrim kat simpang jalan sana. Itu sebagai upah Naeil bacakan surat untuk abang," aku sengaja menduga abang Mark. Sebenarnya,aku suka sangat tengok wajah kalut abang Mark kalau aku minta sesuatu pada dia. Muka kalut abang Mark comel sangat.

Abang Mark tergaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Dia memandang aku tidak lebih beberapa saat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Papa Tuan pernah beritahu aku yang abang Mark tak suka buat eye-contact dengan orang sekelilingnya.

"Alah! Mana boleh! Abang tak ada..duit! Tak ada duit!" 

"Kalau macam tu,abang kenalah cari duit untuk belanja Naeil makan aiskrim," abang Mark hanya membiarkan kata-kataku berlalu sepi. Dia ralit membelek-belek surat kak YoonA. Buat seketika,abang Mark seolah-olah berada dalam dunianya sendiri. sekali-sekala,dia mencium-cium bau surat kak YoonA. Jelas, abang Mark benar-benar merindui kak YoonA sementelah mereka dah lama tak bertemu.

"Abang," panggilku.

Diam. Abang Mark leka dalam dunianya.

"Kalau abang nak,Naeil boleh ajar abang menulis kalau abang nak balas surat kak YoonA. Kak YoonA mesti gembira kalau dapat surat balasan daripada abang," ujarku,aku menjeling sekilas wajah abang Mark.

Dia tersentak,sedikit.

Hujung rambutnya dipintal-pintal. Bibir bawahnya digigit-gigit umpama  dia berbahagi dengan cadangan aku tadi.

"Tak apalah,Naeil. Tak apalah. Abang tak pandai..tak pandai tulis. Tak pandai baca..tak pandai baca," kepalanya ditundukkan. Aku tersenyum kelat.

Sepanjang aku mengenali abang Mark melalui Mama dan Papa Tuan,abang Mark tak pernah ke sekolah menengah tinggi setelah dia tamat persekolahan  rendah. Walaupun abang Mark sudah tamat persekolahan rendah,dia tidak seperti pelajar-pelajar lain. Kalau budak-budak lain umur 8-10 tahun dah pandai mengeja,menulis dan mengira,abang Mark tidak. Dia masih ketinggalan,jauh. Mama Tuan cakap,abang Mark istimewa. Sebab itulah dia ada masalah dalam proses pembelajaran. Cara abang bercakap pun,agak lambat dan mengulang-ulang. Mama Tuan cakap,dia tak nak hantar abang Mark ke sekolah menengah tinggi sebab dia takut abang Mark dibuli nanti.

"Naeil boleh ajarkan kalau abang nak," aku tawarkan bantuan. Tapi,abang Mark hanya diam. Dia berpura-pura sibuk membelek surat kak YoonA.

Tiba-tiba,abang Mark menggosok-gosok kepala

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
b2stFanz
#1
Chapter 2: daebak la a/n punye crita..♥
Golden_Maknae
#2
Waa ... x sbr nk nntikn chapter seterusnya ><
Moon1991 #3
Nice story author :) *thumbs up*
comey je mark dlm cite ni wlpn skit..
X sbr nk thu reaksi mark klu dy thu yoona dh x de..
QuincyOat
#4
Hahaha..asperger tu..pernah tengok movie my name is khan tak?
Its not sindrom down. Tu beza sangat Asperger tu lebih kurang dengan autisme Cuma, penghidap asperger dia suka mlmengulang-ii benda yang dia cakap
sayhershe
#5
Chapter 1: Cher nak tanya,asperger tu what?? x sama ke ngn sindrom down?? Mark macam terencat sgt pun ada ni kita tgk... btw Yoona...kesian Markkk