003

R£M£MߣR
Please Subscribe to read the full chapter

Author POV

Hampir sejam telah berlalu sejak Hana dan Woohyun duduk ditepi pantai itu. Pada masa itu, Hana terlalu leka memerhatikan lautan yang biru dan besar itu. Manakala Woohyun mulai tenggelam dalam dunianya disaat dirinya terlalu leka memerhatikan Hana.

“Adakah oppa masih ingat?” tiba-tiba sahaja Hana bersuara. Matanya masih lagi tetap terhadap lautan itu. Woohyun sekadar menaikkan keningnya sahaja.

“Waktu tu, betul-betul sama seperti sekarang. Pada masa itu, kita berdua sedang duduk ditepi pantai. Matahari menyinari kita berdua. Lautan yang luas dan biru. Rasanya seperti kenangan itu masih lagi bermain difikiran Hana. Seperti baru semalam perkara tu berlaku.” sambung Hana. Dia kemudiannya mengeluh kecil. Entah kenapa kenangan itu dia tidak dapat lupakan.

Adakah dia masih harapkan Woohyun untuk kembali kepadanya? Hana kemudiannya melihat Woohyun.

Mata mereka berdua bertembung. Kelihatan seperti masa pada waktu itu berhenti dan kenangan yang tidak akan Hana mahupun Woohyun lupakan mulai menjelma diruang fikiran mereka berdua.

Flashback

Pada masa itu, Hana dan Woohyun sedang berjalan-jalan ditepi pantai. Pasir putih yang menyentuh kaki kedua-dua manusia itu membuatkan mereka tersenyum tanpa henti.

Walaupun ombak mendekati mereka berdua, tangan yang menghubungkan mereka berdua tidak pernah terlepas. Gelagat Hana yang kelihatan seperti anak kecil ketika ombak itu menyentuh kakinya membuatkan Woohyun tersenyum kecil.

Hatinya gembira apabila melihat keadaan Hana pada masa itu. Sesungguhnya dia inginkan masa pada itu terhenti. Dia ingin menyimpan kenangan ini dikotak memorinya untuk selama-lamanya.

“Oppa tak akan pernah lupakan kenangan itu. Kenangan itu terlalu bermakna untuk oppa.” Ujar Woohyun perlahan. Dia kemudiannya memegang tangan Hana.

Hana menutup matanya. Dia mengukirkan senyuman disaat tangannya mulai bersentuhan dengan tangan milik Woohyun itu.

“Begitu juga dengan Hana. kenangan itu terlalu indah. Mustahil Hana lupakan kenangan itu.” balas Hana.

Angin yang bertiup ditepi pantai itu membuatkan rambut depan Hana sedikit berterbangan. Woohyun kemudiannya menyelitkan rambut depan Hana agar dia dapat melihat wajah milik gadis itu dengan jelas.

“Maafkan oppa.” Kata Woohyun sambil mengosok lembut pipi milik Hana.

“Hana juga minta maaf.” Ujar Hana yang turut menggenggam tangan Woohyun.

“Oppa yang patut minta maaf. Oppa dah banyak buat salah terhadap Hana. Oppa terlalu ikutkan perasaan sehingga oppa tak sedar bahawa hati Hana terluka disebabkan sikap oppa.” Kata Woohyun.

“Baiklah. Apa kata kita lupakan tentang perkara tu dan mulakan hubungan yang baru pada hari ini juga.” Ujar Hana sambil tersenyum. Dia kemudiannya meleraikan pegangan tangan Woohyun lalu berdiri.

“Jom kita nikmati saat ini. Adakah oppa nak cipta sekali lagi kenangan yang terlalu berharga itu?” kata Hana lagi. Dia kemudiannya menghu

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
najwanabilla #1
Chapter 2: exciteddd ni tunggu next ep . hahaa