002

R£M£MߣR
Please Subscribe to read the full chapter

Author POV

Sebulan telah berlalu sejak Hana dan Woohyun berpisah. Kehidupan Hana menjadi semakin serabut. Setiap malam dia pasti akan menangis apabila teringat akan Woohyun.

Chaera yang sedar akan perubahan diri Hana itu hanya mampu melihat sahaja. Dia tahu. Walaupun pada masa itu, Hana sedang tersenyum ataupun ketawa. Semua itu hanyalah lakonan.

Perbuatan Hana menunjukkan bahawa dia dah lupa tentang Woohyun tetapi mata bundar milik Hana itu menceritakan segala-galanya. Bagi Chaera, mata bundar milik Hana yang dahulunya bersinar dan ceria telah menjadi kosong dan gelap.

‘Hana telah berubah.’ Desis hati Chaera. Chaera juga dapat melihat bahawa berat badan Hana semakin susut. Baru-baru ini, dia juga mendapat tahu bahawa pemakanan Hana tidak teratur.

Bukan Hana sahaja yang berubah. Woohyun turut berubah. Chaera dapat melihat diri sepupunya itu. Sejak kebelakangan ini, Woohyun telah menjadi seorang yang agak panas baran.

Pernah sekali Woohyun telah menengking Puan Nam dihadapan Chaera dan juga keluarganya. Woohyun juga sentiasa pulang ke rumah dalam keadaan yang mabuk.

Chaera mengeluh apabila teringat akan kedua-dua orang yang penting dalam hidupnya selepas keluarganya dan teman lelakinya.

‘Mereka berdua memang ego dan keras kepala.’ Keluh Chaera dalam hatinya. Dia kemudiannya mencapai telefonnya lalu menelefon seseorang.

“Hello oppa.” Sapa Chaera sebaik sahaja panggilannya disambut.

“Hello babe.” Chaera tersenyum apabila mendengar suara itu.

“Oppa, Chaera rindukan oppa.” Ucap Chaera.

“Babe, oppa pun rindukan babe sangat-sangat.” Balas lelaki itu. Chaera ketawa kecil apabila mendengar jawapan daripada lelaki itu.

“Love you oppa.” Kata Chaera lagi.

“Eh... Love you too babe. By the way, ada apa-apa yang babe nak oppa tolongkah?” balas lelaki itu. Sekali lagi Chaera ketawa ketawa kecil.

“Oppa ni macam tahu-tahu sahaja kenapa Chaera call oppa.” Kata Chaera.

“Of course. Oppa dah memang tahu yang babe nakkan sesuatu. Buktinya sekarang ni babe telefon oppa yang sedang bermesyuarat.” Balas lelaki itu.

“Mesyuarat? Really? I’m sorry oppa.” Ujar Chaera terkejut. Lelaki itu ketawa kecil apabila mendengar balasan daripada Chaera itu.

“Yah. Lee Howon a.k.a Hoya! Jangan nak main-main boleh tak.” Marah Chaera apabila sedar dirinya dipermainkan oleh Hoya.

“Haha!. Sorry babe. Oppa sukalah tengok diri babe yang sedang marah.” Chaera hanya mampu memuncungkan mulutnya apabila mendengar jawapan daripada Hoya itu.

“Ok. Oppa minta maaf. So apa yang sweetheart oppa nak? Nak oppa kiss? Ataupun nak oppa temankan babe dirumah malam ni?” kata Hoya apabila Chaera hanya mendiamkan dirinya.

“Eee.... Tak naklah semua tu. Chaera nak minta tolong sikit dengan oppa.” Balas Chaera.

“Apa yang babe nak minta tolong ni?” soal Hoya.

“Hmm... Oppa ingat lagi tak apa yang Chaera bincangkan dengan oppa tempoh hari tu?” soal Chaera kembali.

“Pasal Hana dan Woohyunkah?” soal Hoya.

“Yup.” Balas Chaera sambil tersenyum.

“So, bila nak laksanakan plan tu?” tanya Hoya kepada Chaera.

“Well, hujung minggu ni. Pastikan Woohyun oppa tak bawa keretanya.” Balas Chaera.

“Alright. Oppa akan pastikan Woohyun tak bawa keretanya hujung minggu ni.” ujar Hoya pula.

“Ok. Sorry oppa, Chaera kena pergi sekarang. Boss nak jumpalah.” Kata Chaera.

“Ok. See you tomorrow babe. Miss you. Love you. Mmuahh!!” ujar Hoya.

Chaera ketawa apabila mendengar ucapan daripada Hoya itu.

“Bye oppa. See you tomorrow. I miss you too. Love you so much. Muahhhh!” balas Chaera kemudian mematikan panggilan tersebut.

Hana POV

“Chaera~~ kemana pula kau nak bawa aku pergi ni?” soal aku apabila awal pagi lagi Chaera memaksa aku untuk pergi ke suatu tempat dengannya.

“Alah.. Ikut jelah. Jangan nak banyak tanyalah.” Kata Chaera yang kini sedang memandu. Aku kemudiannya memuncungkan mulut aku apabila mendengar jawapan daripada Chaera itu.

“Hana, aku nak ajak kau untuk menenangkan fikiranlah. Sekarangkan hujung minggu. So kita patut relaks. Lupakan tentang kerja untu

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
najwanabilla #1
Chapter 2: exciteddd ni tunggu next ep . hahaa