001

R£M£MߣR
Please Subscribe to read the full chapter

Hana POV

“Apa semua ni oppa?” soal aku yang tidak mengerti dengan apa yang dimaksudkan oleh Woohyun oppa.

“Hana, oppa kata oppa tak suka Hana kerja kat sana.” Balas Woohyun oppa kemudian minum jus orennya. Aku mencebik apabila mendengar jawapan daripada Woohyun oppa.

“Kenapa pula?” soal aku tidak puas hati.

“Hana, oppa tak suka lihat Hana rapat dengan rakan sekerja lelaki dan klien lelaki Hana.” balas Woohyun oppa. Mwoya?

“Jangan cakap oppa.....”

“Ya. Oppa cemburu.” Woohyun oppa memotong percakapan aku.

“Oppa! Buat apa nak cemburu dengan mereka semua tu? Oppa sendiri tahu bahawa Hana hanya cintakan oppa seorang sahaja. Tak ada yang dapat menggantikan oppa dalam hati Hana ni.” kataku kemudian meletakkan tangan aku didada.

“Oppa tahu. Tapi oppa tetap nak Hana berhenti kerja kat sana.” Kata Woohyun oppa yang masih lagi tetap dengan pendiriannya.

“Sorry to say oppa. Tapi Hana tak akan berhenti kerja. Benda ni dah menjadi sebahagian daripada hidup Hana.” balas aku yang kini memandang tepat ke arah Woohyun oppa.

“Hana. Tak bolehkah untuk kali ini sahaja Hana dengar cakap oppa?” kata Woohyun oppa kemudian membalas pandangan mata aku.

Untuk seketika kami berdua bertatap mata sebelum aku mengeluh kecil. Aku kemudiannya menyandar dikerusi.

“Oppa, dah banyak kali Hana dengar cakap oppa. Gara-gara permintaan oppa tu, Hana menjarakkan hubungan antara Hana dengan kawan-kawan lelaki Hana. Tak bolehkah untuk kali ini oppa terima permintaan Hana ni?” kini aku merayu. Aku kemudiannya memandang ke arah Woohyun oppa.

Tanpa sedar aku mengeluh kecil sekali lagi. Aku kenal pandangan mata itu. Woohyun oppa tak akan pernah mengalah. Ya, dia memang degil. Selama ini hanya aku yang selalu mengalah.

“So, selama ni Hana seorang sahajalah yang selalu mengalah? Takkan Hana tak tahu, oppa pun selalu mengalah? Selama ni, oppa banyak mengorbankan masa kerja oppa semata-mata untuk bertemu dengan Hana?” balas Woohyun oppa dengan tajam.

Entah kenapa hati aku rasa sakit mendengar jawapan daripada Woohyun oppa itu. Aku tak pernah minta pun semua ini. Perlahan-lahan aku menutup mata aku.

“Yakah? So selama ni, Hana menjadi penyebab oppa bazirkan masa kerja oppa?” soal aku kemudian melihat Woohyun oppa.

“Baiklah. Mungkin ini yang terbaik untuk kita berdua. Buat masa ini, Hana tak nak ada apa-apa hubungan dengan oppa lagi. Hana dah serik hidup dibawah telunjuk oppa. Selama ini Hana hanya turut sahaja kehendak oppa. Segala larangan oppa, Hana turuti dengan rela. Hana dah serik dengan hubungan ni.” sambung aku apabila Woohyun oppa hanya mendiamkan diri.

Aku hanya melihat sahaja Woohyun oppa yang kini memandang aku tanpa berkelip. Selepas hampir 1 minit mendiamkan diri. Woohyun oppa bersuara.

“Baiklah. Mulai hari ini, Hana dan oppa dah tak ada apa-apa hubungan lagi. Dengan erti kata lain, kita putus.” Kata Woohyun oppa kemudian bangun dari tempat duduknya dan pergi meninggalkan aku di restoran itu.

Aku hanya tersenyum kecil apabila mendengar ucapan itu dari mulut Woohyun oppa. Tanpa sedar air mata yang telah lama aku tahan tadi mulai jatuh membasahi pipi aku.

‘Ya. Mungkin ini yang terbaik untuk kami berdua.’ Aku berkata dalam hati. Aku kemudiannya mengelap air mata aku lalu bangun dari tempat duduk aku.

Dengan langkah yang longlai, aku bergerak keluar dari restoran itu.

Author POV

Dengan langkah yang kurang keyakinan, Hana bergerak menuju ke tempat duduknya dipejabat itu.

Rakan sekerjanya yang menyapa dirinya dibiarkan sahaja. Perangai Hana pada pagi itu, membuatkan ramai rakan sekerjanya pelik dengan diri Hana itu.

Hana kelihatan seperti mayat hidup. Apa tidaknya, pagi itu dia hanya berjalan dengan riak muka yang tidak berperasaan. Rambutnya pula tidak terurus. Matanya yang bengkak begitu juga dengan lingkaran gelap yang mulai muncul dibawah matanya.

Chaera yang pelik dengan perangai kawan baiknya itu bergerak menuju ke meja kerja milik Hana.

“Hana! Apasal kau tidak bersemangat ni?” soal Chaera kepada Hana sebaik sahaja dia tiba di meja Hana.

“Yah! YOON HANA! Kenapa dengan kau ni?” soal Chaera sekali lagi apabila Hana tidak membalas soalannya.

“Entahlah. Kepala aku pening sangat.” Kata Hana kemudian mengukirkan senyuman kecil kepada Chaera.

Chaera mengelengkan kepalanya apabila melihat senyuman yang diukir oleh Hana itu. Dia kenal senyuman itu.

“Mesti sesuatu dah berlaku ni. Apa yang berlaku seben

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
najwanabilla #1
Chapter 2: exciteddd ni tunggu next ep . hahaa