I WILL HELP YOU

CAN I STILL SEE YOU

Kyungie termenung di atas katil miliknya sambil memegang foto dirinya bersama kawan kawan baiknya. Yixing, Sehun, Minnie,  Zizi, Myeonnie, Jongdae, Kai dan Hyunnie. Byun Hyunnie bolehkah dia berfikir bahawa dia dan Hyunnie merupakan kawan baik lepas apa yang berlaku diantara mereka. Hyunnie menyuruhnya melupakan apa yang berlaku. Tetapi Kyunggie tidak dapat melupakan peristiwa itu. Walaupun perkara tersebut telah berlaku hampir 9 bulan Kyungie masih belum boleh melupakannya. 

Kyungie masih tidak faham kenapa Hyunnie sanggup lakukan semua ni walaupun semua ini membuatkan hati Hyunnie sendiri yang terluka. Lepaskan Kai. Cinta hati Hyunnie. Kyungie masih mencari jawapan tersebut walaupun sekarang dia bergelar yeojachingu Kai. Kenapa Hyunnie tinggalkan Kai. Kyungie tahu bahawa Kai tidak mencintai dia sepertimana dia mencintai Kai. Dan Kai menjadikan dia yeojachingu Kai kerana Hyunnie menginginkannya.

Flashback~~

Hyunnie bergegas berlari ke padang belakang sekolah lalu bertemu dengan kawan baiknya Kyungie.

"Kyungie~ah" Hyunnie memanggil kawannya dengan nafas yang tercungap cungap."Kenapa awak nak jumpa saya?. Maaf saya lambat. Saya dari bilik latihan . Temankan Jongin berlatih. Maaf."ujar Hyunnie.

"Tak apa. Saya baru je sampai." jawab Kyungie dengan senyuman.

"Ye ke?. Baguslah kalau macam tu. Kenapa ye awak nak jumpa saya seorang. Kenapa x jumpa semua sekali?."

"Hyunnie~ah saya ada benda nak bagitahu awak. Saya tak tahu kenapa saya perlu bagi tahu awak benda ni. Tapi saya rasa awak perlu tahu juga. Sebab saya dah x boleh simpan benda ni sendirian"

"Apa benda?. Bunyi macam serius. Awak ok x ni?. Awak jangan bagi saya risau. Kita duduk dulu." Ujar Hyunnie sambil menarik Kyungie sekali untuk duduk dengannya di atas kerusi yang berdekatan dengan tempat mereka berdiri. Kyungie mengikut Hyunnie duduk di kerusi tersebut.

"Ok. Awak dengar dulu apa yang saya nak katakan ni. Sebenarnya saya....." Kyungie menggantungkan perkataannya sambil berfikir adakah keputusannya untuk memberitahu Hyunnie ini betul atau ia akan membuatkan persahabatan mereka retak.

"Awak..."

"Bianae Hyunnie~ah" Hyunnie mengerutkan dahinya kerana kurang faham kenapa Kyungie meminta maaf terhadapnya.

"Kenapa?"

"Bianae naneun Kai saranghae".Kyungie menamatkan kata katanya dengan memejamkan matanya.  Namun dia tidak mendengar apa apa perkataan yang keluar dari mulut Hyunnie. Lalu dia membuka matanya dan kembali melihat Hyunnie.

"Awak cintakan Jongin?" Tanya Hyunnie kepada Kyungie. Kyungie hanya menganggukkan kepalanya. Pada mulanya Hyunnie memasang muka terkejut namun selepas beberapa detik Hyunnie tersenyum . 

"Kenapa awak senyum?. Awak x marah ke?"

"X lah. Awak betul betul cintakan Jongin?". tanya Hyunnie sambil memegang kedua dua bahu Kyungie. Kyungie hanya mengangguk. 

"Ok. Saya akan tolong awak dapatkan dia" kata Hyunnie sambil tersenyum riang.

"X maksud saya..."

"X apa. Saya akan tolong awak dapatkan dia"

"Tapi kenapa?. Diakan namjachingu awak. Kenapa awak..."

"Sebab awak kawan baik saya. Dan Jongin ialah orang yang paling berharga dalam hidup saya" ujar Hyunnie.

End of flashback~~

"Huh..." keluh Kyungie. Tiba tiba telefon Kyungie berbunyi menandakan mesej masuk. Dia mengambil telefonnya dan membaca mesej di dalam group chat mereka.

Hyunnie:awak semua minggu depan datang rumah saya adakan party untuk sambut kepulangan Baekkie. Ok??

Yixing: ok.

Minnie: ok. Nanti kita hias rumah awak. Tunggu lah kepakaran saya menghias.😉

Myeonnie:saya pun.

Zizi: ok Baekkie nanti saya datang.

Sehun:.alright.

Kai ❤: mmm...

Jongdae: ok. Aku akan pukaukan Baekkie dengan suara aku.

Me: ok Hyunnie.

Minnie: Kim Jongdae!!!😈😈

Jongdae: Sorry baozi. 

Hyunnie: ok guys. Jumpa nanti kat sekolah. Minnie dah dah la tu Jongdae melawak je tu.

Kyunggie hanya mampu tersenyum melihat gelagat Minnie dan Jongdae.

"Kan bagus kalau hubungan aku dan Kai macam Minnie dan Jongdae". Kata Kyunggie.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment