Beginning

The Hypnotizer
Please log in to read the full chapter
Bagaimana ia bermula... Sambil menggendang atas meja, pelajar lelaki memakai uniform sekolah sama dengan Bogum di meja sebelah ternganga ketika melihat beberapa gambar dari kaca skrin handphonenya."Park Bogum...Park Byulgi...woah! Daebak!" "Park sisters!" Serunya beberapa saat kemudian, dengan tapak tangan kanannya terlekap di hadapan mulut. Lelaki bertindik anting-anting sebelah kiri itu sekali-sekala mengerling ke sebelah kirinya, memerhatikan reaksi Park Bogum terhadap berita sensasi yang baru dihantar ke kumpulan whatapps kelas mereka pada pagi ini—berkenaan insiden ketika dia terlantar di hospital minggu lepas. "Betul ke?" Dia mengujar seraya mengiringkan kepala sedikit ke kiri. "Park Byulgi...ialah sekutu kau sekarang? Wow, tahniah!" Bibit soalan itu sepertinya bersulam usikan berserta senyuman yang kecil di hujung bibir. Seolah-olah sedang membaca pemikiran kawan baiknya, pemuda memakai tag nama 'Myungso' itu memancarkan pandangan yang tampak berbeza daripada sebelum ini.  'Bukan ke ini yang kau mahu, Bogum-ah? Menggunakan dia demi memulihkan ingatan tentang Mina...habis tu, kenapa? Kenapa kau nampak sedih? Apa...sebenarnya yang telah berlaku di antara kau dan Park Byulgi? Kenapa korang jadi rapat tiba-tiba?' Pelbagai persoalan timbul di dalam benak fikiran Myungso. Kalau ikutkan hati, mahu saja dia menanya terus kepada Bogum namun, dia sendiri tidak yakin sekiranya Bogum akan menjawab setiap persoalannya tadi. Dengan mata kasar, memanglah Bogum berketrampilan seperti budak-budak, namun tidak banyak yang mengetahui bahawa sebenarnya jejaka itu sangat berbeza di dalam. Sesama mereka, jarang sekali dia bercerita perkara selain daripada perihal sekolah dan aktiviti kelab dengan Myungso. Merenung udara kosong di hadapan, Bogum meletakkan kedua lengannya di atas meja, dan salah satu dibengkokkan agar menyokong dagunya. Sinaran anak matanya tampak seperti seseorang yang baru terjaga daripada mimpi buruk, bahkan langsung tidak terusik dengan kata-kata daripada rakan sekelasnya, Myungso. "Mulai hari ni, noona...akan melindungi Bogum," Kata-kata Byulgi tempoh hari terngiang-ngiang di tepi telinga, dan Bogum asyik terbayangkan ekspresi wajah Byulgi tatkala meluahkan kata-kata tersebut. 'Kenapa noona berubah? Adakah sebab berasa bersalah dan ingin membalas budi menyelamatkan dia?' 'Sepatutnya aku gembira lah kan? Kerana lepas ni, Park Byulgi akan tolong aku dan...setelah segala-galanya berakhir, kami tak perlu berjumpa lagi...' Setiap benih persoalan yang terbit di dalam minda Bogum seakan-akan membuka cabang yang lain, lantas membuatkan jejaka itu hanyut di dalam dunianya. Dia sedar, apa yang sedang dilakukannya sekarang ini tiada beza dengan kebanyakan orang, yang mana agenda mereka ialah mahu mengambil kesempatan terhadap kebolehan Park Byulgi, dan bak kata pepatah, habis sepah madu dibuang.  Byulgi ikhlas terhadapnya—Bogum pasti akannya—dan kerana itu, sekarang ini, dia diserang perasaan serba salah. Saat berlalu, keluhan pendek semakin kerap dibebaskan melalui bibir munggil milik Bogum sehingga ia menarik perhatian beberapa rakan kelas lain yang duduk berdekatan. "Park Bogum," Seorang pelajar perempuan berambut pendek memakai seutas klip rambut rama-rama berwarna ruby di atas tepi telinga kanannya menegur Bogum di hadapan mejanya. Bogum mendongakkan wajahnya melihat sekujur tubuh pelajar di hadapannya namun tag nama pelajar itu yang terlebih dahulu ditelitinya, Chen Suzie.  "Ikut aku sekarang," Memaparkan wajah kosong, pelajar bernama Suzie itu menyilangkan tangan ke dada sambil bersuara. "Ada sesuatu yang aku nak cakap dengan kau," sambungnya kemudian. Bogum menelan liur tatkala mendengar deretan ayat-ayat si gadis, Suzie, yang jarang sekali berbicara dengannya terutama ketika di dalam kawasan sekolah. Lima tahun Suzie bergelar jirannya, namun tidak pernah sekalipun gadis itu bertegur sapa meskipun keluarga mereka berdua terikat menerusi hubungan bisnes sejak berpuluh tahun lamanya.  Setiap langkah Suzie mengambil jarak sama, kelajuan yang sama. Kedua-dua tangan putihnya masih lagi mendepani seragam depan bajunya yang dihiasi reben berwarna ruby, menandakan dia ialah pelajar tahun akhir seperti Bogum, cumanya pelajar lelaki sebaliknya akan memakai tali leher berwarna biru tua. "Aku perlukan Park Byulgi,"  Sebaik saja berada di hadapan sebuah makmal kosong, Suzie bersuara tanpa berpaling menghadap Bogum. "Suzie-ah, a-apa maksud kau?" Bogum menyoal. Dalam sesaat, persekitaran mereka seperti dicemari udara 'suram', menaikkan bulu roma sesiapa saja yang berada di tempat kejadian. "Aku nak lupakan sesuatu," Tenang saja suara Suzie berbicara, masih lagi membelakangkan Bogum. "Seseorang..." ujarnya perlahan. Bogum semakin percaya bahawa hubungan istimewanya dengan insan bergelar 'Hypnotizer' itu hanya akan menjurus ke arah penghujung yang begini. Setiap hari, setiap masa, akan ada orang yang galak menemuinya semata-mata untuk meminta pertolongan dengan Byulgi. Sedikit-sebanyak, barulah dia faham, mengapa Byulgi bersikap begitu dingin terhadap orang di sekelilingnya, satunya, kerana dia tahu, dalam pandangan mereka, dia hanyalah seseorang yang 'diperlukan' untuk menyelesaikan masalah. Dipendekkan ceritan, Park Byulgi ialah alat, atau lebih tepat lagi, seseorang yang tidak mungkin akan bergelar sahabat. Bernafas di dalam dunia yang tidak ubah seperti kristal, cantik namun mudah pecah, Bogum tidak berhenti berfikir: bagaimana Park Byulgi dapat mengatasi kesunyian itu seorang diri? "Kau nak lupakan seseorang..." Bogum meniru kata-kata Suzie sebentar tadi sambil bergerak ke kanan, berjalan perlahan menuju dinding bangunan tersebut. Pabila sampai di hujung, dia merehatkan kedua-dua lengan di atas alas melintang separa besi yang bersempadan dengan bangunan sebelah. "Kenapa semua orang memilih untuk lupa..." Percakapan Bogum tadi kedengaran seperti soalan menerusi tafsiran Suzie, membuatkan gadis itu akhirnya berpaling melihatnya. Dia mengambil posisi di sebelah Bogum, tidak peduli dengan seruan rakan-rakan sekolah yang berpusu-pusu keluar dari kelas demi menyaksikan interaksi dia dan Bogum. Seiring dengan nafas yang dalam, Suzie berkata, "Because it's easier...and more comfortable," jawabnya yakin tetapi masih kedengaran getaran suara dari dalam yang seakan-akan di
Please log in to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
AlyssaAlessandra #1
Jap,jangan cakap kat saya yg bogeum yg sebenarnye terbunuh mina or penyebab mina mati. Dont~T_T
HeavenDelight
#2
Chapter 3: Aish...jahatnya mina..sian bogeum.
Jap...mina tu mati terbakar sekali ke dgn kai??
HeavenDelight
#3
Chapter 2: Haha..suka dgn perangai bogeum. Comel!
Selalu tgk dia berlakon..dia mmg pndai buat gaye comel.dia jd mc pun comel.haha

Tp dlm cite ni? Dia pondan ke? Knape byulgi suruh dia balik ke sekolah pondan???huhu..
Jaganlah buat dia pondan. Dia lelaki sejati tau.XD

And yg part akhe tu..kire cm flashbackkan..sebelum dia dpt kbolehan tu..
And sape lg sorg abang byulgi selain kai??baek tu adik byulgi kan?
Maaf,byk betol sy tanya.
melryn05 #4
Chapter 1: best!!! sy suka cerita awak!!
Update soon!!!
shuishui #5
Chapter 1: PLEASE UPDATE
HeavenDelight
#6
Chapter 1: Haha..comelnye bogeum.
Update agie
HeavenDelight
#7
Ahhhhhhhhhhhhhh!!!
I see park bogeum!!!!!!!
Bogeum oppa !!!!!!
*fainted already*

ala..tapi kenape watak shinhye buat nama lain??
Dua2 tu my feveret actor n actress .

kalau awak buat shinhye dgn yooseungho..lagi sy menjerit.XD
Hanna27 #8
Daebak!!!
sya tunggu update awk seterusnya!!^^