Prolog

The Hypnotizer
Please log in to read the full chapter
Prolog "Tengok mata aku!" Dari jauh, kelihatan seorang pelajar perempuan beruniform SMT Star menyergah seseorang di hadapannya. Bibirnya sengaja disengetkan sebelah. Sekali pandang, meremang bulu roma.  Ini Park Byulgi. Bukan calang-calang orang. Nama itu terpampang di tag leher milik pelajar perempuan tadi. Sekali sekala, dia akan meniup perlahan beberapa helaian rambut yang singgah di permukaan mulut kecilnya. Sergahan saja tidak mencukupi, di dalam hati dia bertekad, samada teman sepermainannya sejak kecil, Han Sena, ataupun dia, salah seorang daripada mereka harus tumpas. Hari ini, Byulgi akan memastikan Han Sena melutut dan memperatukan dirinya seperti kebanyakan pelajar di sekolah mereka.
Tiada ruang untuk berundur lagi, kedua-dua tangan Sena seperti mencakar dinding bangunan di belakangnya. Hampir tiada jarak yang memisahkan di antara dia dan Byulgi. Liurnya ditelan beberapa kali, matanya berkelip-kelip tanpa henti, dan semua itu jelas membuktikan bahawa semua ini bukan mimpi. 'Park Byulgi, kenapa...kau jadi seperti ini?' Pilu menemani ruang dadanya yang dahulunya dihiasi indah memori mereka berdua. 'Park Byulgi yang dulu, ke mana dia pergi...' Sena mengetap keras bawah bibirnya. Kepada siapakah persoalan itu harus ditujukan, dia pun tidak tahu.

Andai masa mampu berulang semula, dia tidak akan meninggalkan Byulgi keseorangan pada malam itu...

Daripada seorang yang bersifat penyayang, lemah-lembut, personaliti Byulgi seratus peratus mengalami perubahan drastik semenjak tragedi kebakaran rumah agam keluarganya setahun yang lepas. Gadis itu seolah-olah dilahirkan semula. Kebolehan unik yang dimilikinya mampu memukau sesiapa saja agar dapat melupakan suatu perasaan, sesuatu peristiwa yang tidak menyenangkan. Di bandar itu, siapa yang tidak kenal dengan Park Byulgi? Satu-satunya manusia alaf ke-21 yang berupaya membuatkan seseorang itu berasa kebas terhadap sesuatu perasaan. Contohnya, Arini, pelajar perempuan yang telah bercinta dengan teman lelakinya sejak sekolah rendah lagi. Lelaki itu telah memperduakannya dengan seorang pelajar perempuan gantian di sekolah mereka. Atas kebolehan Byulgi, perasaan derita yang dialami oleh Arini seratus-peratus terbasmi daripada dirinya. Memori teman lelakinya masih kekal di dalam ingatan Arini, akan tetapi perasaan terluka itu seolah-olah terkunci ke dalam dasar jantung Arini. Tiada lagi perasaan sakit sekalipun melihat bekas teman lelaki dan teman wanita barunya berpegangan tangan di hadapan mata. Tiada siapa tahu, kenapa dan mengapa gadis itu dikurniakan kebolehan ibarat 'jackpot' itu, namun yang pasti, semenjak kebolehannya tersebar ke telinga orang ramai, kehidupannya mulai berubah. Byulgi dilayan seperti seorang ratu. Semua orang ingin menjadi kawannya, dan semestinya kerana mereka memerlukan pertolongan daripadanya. Sentuhan di hujung dagu Sena oleh Byulgi membuatkan Sena berasa tercabar. Lantaran itu, Sena melemparkan renungan tajam ke atas Byulgi. "Syaitan! Aku tak minta apa-apa pun daripada kau...!" Dengan kebencian yang membuak-buak, tusukan kata-kata itu dilontarkan kepada Byulgi yang kekal menayangkan pandangan kosongnya. "Ak-Aku tak nak hidup macam kau! Tak berperasaan! Ka-Kau...raksasa! Pergi berambus sekarang! Mulai sekarang, kita bukan lagi kawan...aku benci kau! Benci...Benci..
Please log in to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
AlyssaAlessandra #1
Jap,jangan cakap kat saya yg bogeum yg sebenarnye terbunuh mina or penyebab mina mati. Dont~T_T
HeavenDelight
#2
Chapter 3: Aish...jahatnya mina..sian bogeum.
Jap...mina tu mati terbakar sekali ke dgn kai??
HeavenDelight
#3
Chapter 2: Haha..suka dgn perangai bogeum. Comel!
Selalu tgk dia berlakon..dia mmg pndai buat gaye comel.dia jd mc pun comel.haha

Tp dlm cite ni? Dia pondan ke? Knape byulgi suruh dia balik ke sekolah pondan???huhu..
Jaganlah buat dia pondan. Dia lelaki sejati tau.XD

And yg part akhe tu..kire cm flashbackkan..sebelum dia dpt kbolehan tu..
And sape lg sorg abang byulgi selain kai??baek tu adik byulgi kan?
Maaf,byk betol sy tanya.
melryn05 #4
Chapter 1: best!!! sy suka cerita awak!!
Update soon!!!
shuishui #5
Chapter 1: PLEASE UPDATE
HeavenDelight
#6
Chapter 1: Haha..comelnye bogeum.
Update agie
HeavenDelight
#7
Ahhhhhhhhhhhhhh!!!
I see park bogeum!!!!!!!
Bogeum oppa !!!!!!
*fainted already*

ala..tapi kenape watak shinhye buat nama lain??
Dua2 tu my feveret actor n actress .

kalau awak buat shinhye dgn yooseungho..lagi sy menjerit.XD
Hanna27 #8
Daebak!!!
sya tunggu update awk seterusnya!!^^