Forgotten

The Hypnotizer
Please log in to read the full chapter
Forgotten Tersembur air jus daripada mulut Byulgi apabila pelajar lelaki di depannya mula menyanyi, kononnya ingin mengotakan janji andai kata gadis itu mengizinkan dia untuk duduk bersarapan pada meja yang sama. "Yah, kau nak mati ke?" Jerit Byulgi seraya mengelap saki-baki jus epal yang mengelilingi bibir kecilnya. Sambil menjegilkan mata, dia mengangkat genggaman tangannya di hadapan wajah pelajar lelaki tadi. Mengetap keras giginya, dia menyeru, "Sebelum aku kerjakan kau, baik kau berambus sekaranggg!" Teriakan bak ngauman singa si Byulgi itu seolah-olah menggegarkan seluruh bangunan Sekolah Menengah Tinggi Park Lang. Pelajar-pelajar di sekeliling mereka belarian ketakutan, masing-masing meninggalkan tempat duduk di kafeteria yang seluas padang sekolah itu. Di dalam kekalutan itu, pelajar lelaki yang dikenali sebagai Bogum tadi masih lagi setia di tempat duduknya. Tersengih-sengih, dia melambai-lambaikan telapak tangan kanannya ke arah Byulgi yang sudah kelihatan seperti singa betina sedang mengeran untuk melahirkan anak pertama. "Aiii, nuna, jangan camni. Bogum cuma nak ceriakan hari nuna dengan nyanyian..." ujarnya seraya tersenyum sumbing. "Kau memang sengaja cari nahas kan? Yahhh! Bogumah! Sebelum aku telan kau hidup-hidup, baik kau balik ke sekolah pondan kau sekarang juga! Right Now!!!" Serentak dengan hentakan kuat pada muka meja, Byulgi bangkit dari tempat duduknya. Wajah Bogum ditenung lama. Sungguh dia tidak mengerti, semua orang menemuinya agar dapat menghilangkan perasaan sakit, sedih, marah, mahupun cinta terhadap seseorang, tetapi lain pula kesnya dengan lelaki seorang ni. "Byulgi-noona! Boleh tak noona pulihkan ingatan Bogum setahun yang lepas? Mina...hilang begitu saja, ta-tapi Bogum tak mampu buat apa-apa! Kalau Bogum berjaya mengingati semula peristiwa lalu tu, mungkin akan ada klu untuk jejaki Mina semula...jadi, tolonglah! Tolong...kembalikan ingatan Bogum, huh?" Umpama kapal yang diperbuat daripada kertas, diterbangkan ke udara, namun hanya beberapa saat dan ia tumbang ke tanah semula – begitulah perasaan yang merundum teras hati Byulgi sewaktu mendengar luahan pelajar lelaki yang memiliki wajah sesuci bulan purnama – Park Bogum. 'Setiap hari, orang datang menemuiku, tidaklah kira di rumah, dalam perjalanan ke bandar, sekolah, di mana-mana sahaja, merayu kepadaku agar menghilangkan rasa sakit yang menyeksa jiwa dan raga mereka, tetapi budak ni datang dengan membawa hajat yang berbeza. Baru lima belas tahun, berapa banyak yang dia tahu tentang cinta? Pada usia begitu, dia berani datang dan meminta aku melakukan sesuatu yang begitu kontra dengan sifat semula jadiku, iaitu...mengingati.' "Jangan lagi muncul di depan aku, pabo!" Sudah tidak terkira, betapa banyak kali ayat-ayat itu dilemparkan kepada Bogum, namun pemuda yang tidak mengenal erti berputus asa itu sentiasa muncul di mana-mana sahaja Byulgi berada sehinggakan kewujudannya itu saja bagaikan satu rutin buat Byulgi. "Ahh, noonaaa, jaebal...uhh," Setiap kali dihalau, Bogum akan memuncungkan bibir, kemudian, menapakkan kedua belah tangan di bawah dagunya. Memperagakan matanya yang bulat dan bersinar-sinar seperti seekor anak kucing meminta makanan, ditambah pula dengan letikkan bulu mata panjangnya itu telah
Please log in to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
AlyssaAlessandra #1
Jap,jangan cakap kat saya yg bogeum yg sebenarnye terbunuh mina or penyebab mina mati. Dont~T_T
HeavenDelight
#2
Chapter 3: Aish...jahatnya mina..sian bogeum.
Jap...mina tu mati terbakar sekali ke dgn kai??
HeavenDelight
#3
Chapter 2: Haha..suka dgn perangai bogeum. Comel!
Selalu tgk dia berlakon..dia mmg pndai buat gaye comel.dia jd mc pun comel.haha

Tp dlm cite ni? Dia pondan ke? Knape byulgi suruh dia balik ke sekolah pondan???huhu..
Jaganlah buat dia pondan. Dia lelaki sejati tau.XD

And yg part akhe tu..kire cm flashbackkan..sebelum dia dpt kbolehan tu..
And sape lg sorg abang byulgi selain kai??baek tu adik byulgi kan?
Maaf,byk betol sy tanya.
melryn05 #4
Chapter 1: best!!! sy suka cerita awak!!
Update soon!!!
shuishui #5
Chapter 1: PLEASE UPDATE
HeavenDelight
#6
Chapter 1: Haha..comelnye bogeum.
Update agie
HeavenDelight
#7
Ahhhhhhhhhhhhhh!!!
I see park bogeum!!!!!!!
Bogeum oppa !!!!!!
*fainted already*

ala..tapi kenape watak shinhye buat nama lain??
Dua2 tu my feveret actor n actress .

kalau awak buat shinhye dgn yooseungho..lagi sy menjerit.XD
Hanna27 #8
Daebak!!!
sya tunggu update awk seterusnya!!^^