WIN: Who Is Next Ep 2

Jovial | YG Entertainment's New Girl Group | Story Starting
Please Subscribe to read the full chapter

note: (Backgroud suara) (Caption)

 

Kamera Semua

Semua member Win: Who Is Next berkumpul di lobi YG Entertainment dengan bagasi pakaian masing-masing. Semua melayan perasaan sendiri dan ada juga yang sedang menggunakan telefon pintar masing-masing. Kesunyian mereka dihentikan oleh Mirae yang tiba-tiba bersuara dan menarik perhatian semua.

"Wei, kenapa banyak sangat beg kau ni Kiddo? Kau bawa baju ke kau bawak rumah kau sekali?" Tanya Mirae dengan lancang kepada Aerin tanpa memikirkan perasaan Aerin. Aerin terdiam dan menundukkan kepalanya kerana dia agak sentap dengan kata-kata yang diujarkan oleh Mirae. (Banyaknya beg Aerin-shi.) (OMG 0.o)

"Sudahlah tu, aku malas nak dengar korang bergaduh. Berjumpa mesti bergaduh. Bergaduh mesti berjumpa. Diam boleh tak?" Kata-kata Eunra yang membuat semua member terdiam termasuklah 2 manusia yang tadi bergaduh juga terdiam dan menundukkan kepala. (Eunra, seorang unnie yang terbaik!) "Tak akan ada sesiapa pun yang berani melawan Eunra unnie. Lebih baik diam bila dia marah pesanan ikhlas daripada saya." Kata Nini kepada kamera dengan sangat perlahan.

"Yah, halmeoni! Apa yang kau cakap tadi?" Tanya Eunra kepada Nini. Pertanyaan itu membuat Nini terdiam dan terpaku.

"Joesonghabnida unnie." Kata Nini dengan perlahan sambil membongkokkan sedikit badannya.

 

Interview

PD = Kenapa semua orang macam takut dengan Eunra?

Eunra = Mungkin sebab saya paling tua kot. Saya pun tak tahu kenapa mereka takut dengan saya.

PD = Nini, kamu okay?

Nini = Ne, saya okay. Dah biasa dengan perangai Eunra unnie sebab kami satu bilik sejak saya jadi trainer. Masa awal-awal tu memang asyik terasa je. (Sebak)

PD = Kenapa ni Nini?

Nini = Tetapi bila saya dengar kisah hidup dia dari senior, memang sedih. Ayah dengan ibunya meninggal kemalangan di Malaysia semasa umurnya 15 tahun. Selepas tu, dia pindah ke Korea tetapi atas faktor masalah pertuturan, dia dibuli agak teruk di sekolah. Saya rasa sebab itu, dia tak suka ada orang yang pandang rendah dekat dia lagi. (TT_TT)

 

Kamera Semua

"Nampak semua sudah berkumpul. Jadi, mari kita bergerak sekarang." Kata PD kepada 13 gadis itu dengan beg masing-masing

"Bergerak? Pergi mana?" Tanya Gaeul dengan kening yang berkerut.

"Kita akan pergi dorm baru kamu semua." Jawab PD.

"Wahhhhhh!" Jerit mereka serentak dengan teruja. (Mesti best dapat dorm baru!)

"Baiklah, 6 orang naik satu van dan 5 orang nak van lain, jelas?" Tanya PD kepada 13 gadis itu . Mereka semua mengangguk sebelum semuanya berlari ke arah van terutamanya Han.M. Dialah orang yang paling depan sekali.

 

Van 1 (Han.M, Gaeul, Hyora, Nini, Aerin, Angel)

"Tak sabar! Tak Sabar! Tak Sabar!" Kata Gaeul yang duduk di seat tengah bersama Han.M dan Aerin.

"Agak-agak, dorm baru nanti lagi besar daripada dorm lama kita tak?" Tanya Angel yang duduk di seat belakang bersama Hyora, dan Nini.

"Mestilah! Wah, dah dapat bayangkan betapa besarnya dorm kita nanti!" Kata Hyora dengan teruja.

"Korang nak roommate dengan siapa nanti?" Tanya Aerin yang diam sejak tadi.

"Harap-harap dapat satu dorm yang sekepala dengan kita. Baru best!" Jawab Han.M mewakili semua.

"Kalau dapat roommate yang tak sekepala dengan kita, macam mana?" Tanya Hyora sambil memandang mereka semua.

"Kau tidur luar. Hahaha!" Jawab Nini lalu tergelak dengan kuat. Macam lawak sangat je apa yang dia kata itu.

"Unnie, tak lawak." Kata Angel sambil memandang Nini tanpa perasaan, begitu juga dengan member yang lain. Hanya Nini sahaja yang ketawa dalam van tu. (Kesian Nini)

 

Van 2 (Nara, Han.J, QZ, Eunni, Mirei, Mi Hi, Eunra)

"Bestnya dapat dorm baru~" Kata Mi Hi dengan senyuman. Yang lain hanya mengangguk kecuali Nara sebab dia dah tidur. Keadaan di dalam van 2 tidak seperti van 1 yang kecoh memanjang. Mereka di van 2 hanya membuat kerja masing-masing. Eunni sedang google search tentang abangnya dalam telefon dan diperhatikan oleh Han.J sebelum ditegur oleh Eunra. "Dia mesej dengan siapa tu? Asyik tersenyum je unnie tengok?" Tanya Eunra.

"Entahlah, saya pun tak tahu." Jawab Han.J.

Krik... Krik... Krik...

"Eh, kejap. Eunni ni adik Chanyeol ea?" Tanya Eunra yang duduk di hadapannya. Eunni memandang Eunra sambil mengangguk. "Lah, mati-mati unnie ingat adik Sehun..." sambung Eunra. Mihi yang mendengar nama abang tirinya disebut terus memandang Eunra daripada bermain telefon.

"Kenapa dengan Sehun?" Tanya Mihi. Eunra dan Eunni saling berpandangan.

"Kenapa dengan dia?" Tanya Eunra semula.

"Tak, tadi unnie ada sebut pasal abang saya tu. Kenapa dengan dia?"

"Wait. Sehun abang Mihi?" Tanya QZ tak percaya.

"Abang tirilah QZ..." Han.J menjawab bagi pihak Mihi. Mihi hanya tersenyum dan mengangguk. (Diperkenalkan adik tiri Oh Sehun EXO, Mihi!) (Kamera ke arah muka Mihi)

 

20 minit kemudian...
 

Semua sudah turun dari van  dengan membawa beg masing-masing. Mereka semua melihat bangunan yang berada di hadapan dengan perasaan yang teruja. Tak sabar rasanya nak masuk dorm baru. Apabila PD menyuruh mereka masuk, mereka akur.

"Kita akan bahagikan kamu semua kepada 4 bilik. Jadi, kamu semua boleh pilih bilik masing-masing memandangkan kamu semua sudah besar." Kata PD. Mereka semua mula berlari ke arah bilik tanpa mendengar kata-kata PD yang seterusnya. (Tentu mereka sangat teruja!)

 

Bilik 1

"Uwahhhhhh~~~ Hyon unnie, tengok bilik ni..." Kata Angel kepada Hyora apabila mereka masuk ke dalam bilik yang paling hujung.

"Lawa gilosssssss!" Kata Hyora dengan mata yang tak berkelip. (Betul betul betul)

"Unnie, kita cop bilik ni nak? katil ada tiga, lebih cukup untuk kita," kata Angel sambil memandang Hyora di sebelah.

"Bol-" belum sempat Hyora menghabiskan ayatnya, dia dan Angel telah dirempuh oleh Han.M, Mirei, Aerin dan Nini.

"Yaaaaa~ cantiknya bilik ni!" kata Han.M sambil duduk di atas katil.

"Aerin nak bilik ni!" kata Aerin sambil duduk di sebelah Han.M.

Please Subscribe to read the full chapter

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
YumiLala
Satu lagi apply please~

Comments

You must be logged in to comment
atinybuddy
#1
Chapter 15: Aigoo hanjae-yaaa~~~~~~~~~~
aydameow
#2
Chapter 15: Apalah diorang ni sempat lagi berebut bilik~ xD
WuYiYing #3
YumiLala , roseclair , femalemonstaa wow nice name ha, korang mesti kiut miut kan , anyway kalau ada apply Malay fic calling" ye
I dah upvote cite you
Haks best citenye and I love angel character soooo much
Muah
Love from here ♥
atinybuddy
#5
Chapter 14: Huhuhu~Tak sabarnya~^O^
aydameow
#6
Chapter 14: Tak sabar~xD