WIN: Who Is Next Ep 1

Jovial | YG Entertainment's New Girl Group | Story Starting
Please Subscribe to read the full chapter

"Wah, daebak oppa dan unnie akan ikut kami kemana-mana ke ?" Tanya Nara dengan teruja dan dijawab dengan anggukkan oleh VJ. Dan semua trainer YG dalam rancangan Win:Who Is Next? menyapa VJ dan PD masing-masing.

"Annyeonghaseyo, kami akan ikut kamu semua sehingga program ini habis dan sebentar lagi CEO YG akan datang dan memberikan tugas."Kata PD dengan lantang sekali kepada 13 gadis. 

"Takutnya unnie." Kata Aerin apabila mendengar kata-kata PD.

"Macam mana ini?" Tanya Eunra pula.

Tok! Tok! Tok!

"Annyeong, girls!" Sapa CEO YG selepas dia betul-betul berdiri di hadapan 13 gadis.

"Anneonghaseyo!" Serentak 13 gadis mengucapkan hello dan menundukkan badan 90 darjah kepada CEO kesayangan mereka itu.

"Saya akan bagikan kamu tema untuk minggu ini. Temanya adalah bebas. Kamu nak menari ke nak menyanyi ke atau nak masak ke terpulang. Sekarang tiba masa untuk kamu bersinar jadi rebutlah 9 tempat untuk menjadi member Jovial." Kata CEO YG dengan nada yang bersemangat kepada trainernya.

"Baik tuan!" Jerit 13 gadis dengan lantang.

"Ok, nampaknya kamu semua faham jadi kita bersurai. Annyeong!" Kata CEO YG sambil berlalu pergi. 

"Esok kamu semua bersiap untuk pindah ke dorm baru dan akan dibahagikan kepada 3 kumpulan. Jumpa esok."Kata PD dengan lantang kepada 13 gadis.

"Oklah, Mi Hi ada benda nak buat sekarang. Annyeong!" Mi Hi memecahkan kesunyian antara mereka semua. Apabila Mi Hi beredar bersama VJnya, Hyora, Angel dan Hye Eun pula beredar tentunya bersama VJ mereka. Mereka yang lain membuat hal masing-masing.

 

Mi Hi Kamera

"Kita tak berkenalan lagi kan? Annyeonghaseyo. Nama saya Kim Ha Anna tapi panggil saya Mi Hi. Selamat berkenalan dan gembira berkenalan dengan kamu semua." Kata Mi Hi dengan gembira dan Mi Hi berhenti di sebuah bilik.

"Ini tempat saya mencari ilham untuk tulis lagu. Jadi untuk cabaran pertama ini, saya akan menanyi lagu yang saya buat sendiri."Kata Mi Hi lagi apabila dia melangkah ke dalam bilik yang ada gitar dan piano.

 

Hyora dan Angel Kamera

"Anne, kau nak buat apa untuk cabaran pertama ini? Menari ke?"Tanya Hyora yang sedang membuat regangan kepada Angel dengan menggunakan perkataan informal.

"Yelah tu je yang aku terfikir. Mungkin lagu Bang Bang Bang kot. Kau pulak?" Balas Angel dengan informal. Kejadian ini menjadi tanda tanya kepada penonton.

"Lagu Ah Yeah kot." Balas Hyora sambil tersenyum penuh makna.

"Takkan kau nak menari juga?" Tanya Angel lagi bagai faham akan senyuman Hyora. Hyora hanya menjawab dengan anggukkan sahaja.

 

Interview

PD = Kenapa kamu dengan Hyora bercakap dalam informal sedangkan jarak umur korang berdua dekat 2 tahun dan Hyora lebih lama trainer di YG berbanding kamu?

Angel = Oh, Hyon Unnie yang suruh saya bercakap dalam informal sebab kami berdua berlatih bersama-sama dan sering berkumpulan melibatkan semua latihan. Jadi kalau kami cakap dalam formal, ia agak sukar untuk kami.

PD = Bermakna kamu berdua ni rapatlah? Berapa lama kamu berdua berkawan?

Hyora = Boleh dikira rapatlah juga sebab kami selalu pergi ke sekolah bersma-sama. Dekat 5 tahun jugaklah. Masa hari pertama training dia, masa tu saya baru je masuk ke YG Entertainment 3 hari sebelu

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
YumiLala
Satu lagi apply please~

Comments

You must be logged in to comment
atinybuddy
#1
Chapter 15: Aigoo hanjae-yaaa~~~~~~~~~~
aydameow
#2
Chapter 15: Apalah diorang ni sempat lagi berebut bilik~ xD
WuYiYing #3
YumiLala , roseclair , femalemonstaa wow nice name ha, korang mesti kiut miut kan , anyway kalau ada apply Malay fic calling" ye
I dah upvote cite you
Haks best citenye and I love angel character soooo much
Muah
Love from here ♥
atinybuddy
#5
Chapter 14: Huhuhu~Tak sabarnya~^O^
aydameow
#6
Chapter 14: Tak sabar~xD