Situasi 8
Short Random FanfictionSITUASI 8
EXO MINI DRAMA
Suamiku Suamimu Jua Bahagian 2
“Opah, kenapa opah ada kat sini? Eww, kenapa dengan dua orang perempuan yang gedik ni? tak habis-habis cari masalah,” ujar Baekhyun dan terus berlari ke arah Kris.
Kris hampir terkena heart attack apabila datangnya dua orang lagi tetamu tanpa diundang. Mampus kau Kris, ujar Chanyeol dalam hatinya sambil tersenyum senget dekat kris. Tulah pasal, aku kau tak nak tolong.
“Apa opah, opah, kau ingat suami aku ni opah nenek kau yang ada dekat rumah tu ke?” hembur D.O dengan garangnya.
Saat ini Tao dan Sehun sudah pun kaku dan hanya mampu berdiri tercegat di situ sahaja. Mereka berdua sangat takutkan kakak mereka yang garang mengalahkan anak singa.
“Suamiku Jandamu , okey.” Balas Baekhyun.
“Drama apa pula ni? Tadi Suamiku Suamimu, ni Suamiku Jandamu…” bebel Tao kehairanan. Sukar dia mentafsir ayat yang pelik itu.
“Hello, suamiku Dudamu. Okey. Oppa, oppa dah ceraikan perempuan gedik ni kan?” tanya D.O menggoyangkan lengan Kris. Kris hanya mampu tertunduk sahaja. Memang mati dia kali ini.
“Hai cik kak, Suamiku suami akulah…” marah D.O, mencerlung matanya memandang Baekhyun. Bergetar kaki Tao melihat kakak tirinya itu.
“Oh, suami kau. Suami aku mana? Ni pun suami aku jugaklah,” pergaduhan merebut Kris semakin rancak di antara Baekhyun dan D.O. apa lagi inilah peluang Kris dan Chanyeol mahu melarikan diri.
“Oppa, jangan nak mengada lari yer. Mari kita selesaikan di bilik mesyuarat,” Sehun terus menarik Chanyeol dan Tao ke bilik mesyuarat. Biarkan mereka bertiga selesaikan masalah rumah tangga mereka.
“Amboi, mulut kau. Aku cili guna asam jawa addabi baru tahu,” kata Baekhyun sambil bercekak pinggang.
“Oh! Aku tak tahu pulak yang asam jawa itu ada cili. Huh! Patutlah Oppa kawin lain, masak pun tak pandai. Ada ke patut nak cili aku guna asam jawa,” sindir D.O.
“Yang kau tu apa? Kemas rumah pun tak reti. Patutlah hari tu Jabatan Kesihatan datang sembur nyamuk aedes, eeww. Mesti sekeliling rumah kau banyak nyamuk aedes kan?”
“Kau stalker rumah aku ke?” tanya D.O dengan terkejut. Dari mana Baekhyun mendapat informasi sebegitu.
“SUDAH!!!!!!! Peninglah aku dengar korang berdua bergaduh ni, apa kata korang berdua berbaik sahajalah. Lagipun madu itu kan manis, bak kata ustaz.” Dah datang dah mood ceramah Yifan.
“Oh, pandai pulak abang jadi ustaz dekat sini. Yang kawin dua tak bagitahu tau tu apa cerita,” Baekhyun yang sudah tidak tahan itu terus menarik telinga Kris. Mujurlah dia pakai high heels senang sikit nak mencapai ketinggian Kris.
Nasib Chanyeol dan Kris amatlah sama apabila dimarahi, dileter, dipukul dan dirotan oleh kedua-dua isteri mereka. Itulah siapa suruh kawin senyap-senyap. Sibuk dengan kerja konon, sebenarnya meraka berdua ada dua orang lagi isteri yang disembunyikan. Aiyaa, susah macam ni punya orang.
p/s: Klise malay drama. >_<
Comments