Trouble 3

Trouble

 

"Hah! Lega betul semuanya dah berakhir," ujar Taehyung dengan lega. Mereka berlima sekarang tengah dalam perjalanan nak keluar daripada sekolah. Jungkook hanya mendiamkan diri. Maklum la... Budak baru lepas pengsan!

 

Seokjin dan Yoongi mendahului di depan. Taehyung yang berada di sebelah kanan Jungkook pula sedang seronok bersembang dengan Jimin. Selepas turun dari tangga, Jungkook menjeling sekilas ke arah sebuah cermin besar yang berada di sebelah Jimin. Matanya membulat apabila ternampak sesuatu yang sangat mengejutkan...

 

Jantungnya mula berdegup laju dan peluh jantan membasahi dahinya. Dia menjeling ke arah Taehyung dan Jimin. Dalam diam, dia menarik sedikit lengan baju Taehyung membuatkan lelaki itu berpaling ke arahnya. Jungkook segera membuat isyarat mata agar Taehyung memandang ke arah seseorang. "Hah? Apa?" soal Taehyung. Jungkook mengetap giginya lalu menuding jarinya ke arah Jimin secara diam-diam. Sambil itu mulutnya cuba untuk mengatakan sesuatu.

 

"Jimin? Kenapa dengan dia?" soalan Taehyung membuatkan Jungkook terus memijak kakinya. Kuat. "Auch!" jerit Taehyung sekaligus menarik perhatian semua orang. Jungkook buat-buat sengih. "Hehe, korang jalan je la dulu. Kitorang ikut kat belakang," katanya dengan gaya tangan seperti menghalau sekali. Kemudian, tanpa berlengah Jungkook menarik Taehyung agar berjalan di belakang sedikit. "Yah! Apesal kau tadi hah?!" Taehyung menjerit berbisik. "Kau tengok je apa yang aku nak tunjuk," arah Jungkook lalu mengeluarkan phonenya. Dia membuka camera lalu membuat night mode.

 

Perlahan-lahan, dia mengambil gambar Jimin yang berada di hadapan mereka lalu menunjukkan gambar itu kepada Taehyung. Alangkah terkejutnya Taehyung apabila melihat Jimin tiada dalam gambar. Yang ada hanyalah Seokjin dan Yoongi, sedangkan Jimin sedang berada betul-betul di belakang mereka. Taehyung menekup mulutnya dengan mata yang bulat.

 

"Tadi masa kita lalu kat cermin, aku tak nampak pun pantulan Jimin, aku nampak kau je," bisik Jungkook. "Apa kita nak buat? Ada hantu depan kita sekarang ni!" balas Taehyung dengan bisikan juga. "Macam ni-"

 

"Hah! Finally, out from this damn school!" jeritan Yoongi membuatkan kedua-dua mereka tercengang. Kini, mereka sudah keluar daripada sekolah. "Eik? Cepatnya..." omel Jungkook. "Kita patut bagitau hyung dengan Yoongi," bisik Taehyung dengan risau. Jungkook mengangguk. Tiba-tiba mereka semua berhenti di tepi jalan raya yang penuh dengan orang ramai. "Wey Namjoon, kenapa ni?" soal Yoongi kepada Namjoon yang kebetulan berada di situ.

 

"Eh, korang dah balik! By the way, ada accident," balas Namjoon. "Siapa?" soal Seokjin pula. Namjoon mengeluh. "Jimin... Dia kena langgar dengan kereta tadi..." keluhnya. "A-apa...?" Seokjin dan Yoongi mula tak sedap hati. "Aku tau memang susah untuk kita terima sume ni... Tapi...Jimin meninggal kat tempat kejadian," tambahnya lagi.

 

Serta-merta bulu roma mereka menegak. Kalau Jimin dah tak ada, siapa yang diorang jumpa tadi? Siapa yang ada kat belakang diorang sekarang? Serentak itu juga mereka berkalih ke belakang dan kelibat Jimin sudah tiada di mana-mana. Cuma kelihatan Taehyung dan Jungkook yang pucat lesi dan terketar-ketar sahaja. "Ma-mana Jimin...?" soal Yoongi. "Di-dia tiba-tiba menangis, le-lepas tu dia hilang macam tu je..." terang Jungkook dengan ketakutan. Seokjin mengeluh perlahan.

 

"Haih... Dia tak sedar yang dia dah mati..."

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
SoraSuzu
mintak maaf la dengan kemerapuan terlebih cite ni... T^T

Comments

You must be logged in to comment
pikahbajet #1
Chapter 3: suga cakap loghat ganu.haahahaha .....kesian jimin dah mati...huhuhuhu....
Jisooshua17
#2
Chapter 3: part jimin tu sedih tapi lawak. i dunno how to say. hahahaha lawak doe. sakit perut. siapa suruh kita bertentang mata ahahaha aduh sakit perut aku doe.. nice story ^^
aishahdaebak #3
Chapter 2: Wow!suga ckp tganu!Nk dgr lgi!update soon!
bubble_na_baebeul #4
Chapter 2: Wuuuuuuu....update wooooo..best.nk tngok suga pi cekik rapmon.x sabaq..mesti habis si rapmon suga kerjakan kan..
LayYyixing #5
Chapter 2: Wuu~ suga berloghat tranung.. makin semangat aku nak baca bila ada loghat terengganu hehe... update soon,, and wat la suga meroyan loghat terengganu banyak2 xD