Trouble 1

Trouble

Pada suatu malam yang hening di Bangtan High School...

 

"Omma! Takut...!"

 

"Shh! Diam la!"

 

"Huu... Aku pun takut jugak!"

 

"Haish... Macam mana la aku boleh terjebak dengan korang...?!"

 

"Shhh!"

 

Ok, tak berapa hening sebenarnya... Kelihatan empat orang remaja lelaki sedang berjalan dalam gelap di koridor sekolah. Punca cahaya yang menerangi jalan kat depan diorang hanya la daripada dua batang lampu suluh. Obviously lampu tu tak cukup terang untuk diorang. Kenapa diorang berjalan dalam gelap malam-malam buta macam ni? Senang. Semuanya sebab pagi tadi...

 

 

 

FLASHBACK

 

Pagi tu, kelas 4-4 riuh dengan suara 21 orang pelajar lelaki. Guru yang akan mengajar diorang pagi tu tiba-tiba saja dikhabarkan tak akan hadir sebab cirit-birit. Ada pelajar yang buat-buat menangis, tapi majoritinya ketawa terbahak-bahak.

 

"Yeah! Plan kita letak julap dalam dinner En. Kang dah berjaya!"

 

Suara sorakan pelajar kelas 4-4 bergema satu sekolah. Kelas diorang sebenarnya telah berpakat untuk meluangkan masa yang kosong tu dengan bermain 'truth or dare'. Permainan tu berjalan dengan lancar hingga la giliran kena pada Seokjin, penolong kelas 4-4. "Dare!" katanya dengan berani sambil berpeluk tubuh.

 

"Kalau korang nak tau...kelas 4-5 tu dulu, tempat orang Jepun zaman dulu-dulu buat pemujaan! Kalau korang try pergi kelas tu malam-malam, lepas tu tepuk tangan dua kali, tunduk dua kali, tepuk empat kali, then tunduk sekali lagi kat belakang kelas tu, ada benda akan datang," cerita Namjoon, ketua kelas dengan bersungguh-sungguh.

 

"Wait, apasal kau cerita panjang-panjang ni kat kitorang?" soal Seokjin. Namjoon hanya tersenyum penuh makna...

 

END FLASHBACK

 

 

 

"Kenapa dalam ramai-ramai budak kat sekolah kita ni... Kau pilih aku untuk temankan kau...?!" marah Yoongi dengan bisikan kepada Seokjin. "Siapa suruh kita bertentang mata(ecewah ayat -_-) masa aku tengah pilih orang untuk temankan aku?" balas Seokjin bersahaja. Selain daripada Yoongi, Seokjin juga telah mengajak Taehyung, adiknya. Yoongi pula mengajak adik saudaranya, Jungkook. Tujuannya nak kurangkan rasa takut kalau ada ramai orang...

 

Tapi malangnya, kedua-dua orang yang dibawak ni penakut tahap gaban! Dengar bunyi tapak kaki sendiri pun dah menjerit panggil mak!

 

Tangan Jungkook erat menggenggam lengan Seokjin. Taehyung juga melakukan perkara yang sama pada Yoongi. Entah macam mana boleh tertukar anak buah pun tak tau la... Semakin diorang menghampiri kelas 4-5, keadaan menjadi semakin sunyi dan sejuk. Apabila tiba di kelas yang dituju, Yoongi yang memang (agak) berani terus membuka pintu.

 

'KREEEK!'

 

Semua terdiam. Tak lama kemudian, Jungkook bersuara perlahan. "Bu-bukan ni pintu sliding ke...? Kenapa bunyi macam...pi-pintu kayu yang dah lama...?" "Shh!" marah Yoongi. Dia pun berdebar jugak sebenarnya! "Dah la... Baik Jin-hyung buat 'dare' tu cepat. Pastu kita balik je la terus," celah Taehyung, tangannya masih lagi menggenggam lengan Yoongi. Seokjin meneguk air liur yang terasa manis (Dia tengah hisap gula-gula je ok) lalu mengangguk perlahan.

 

Seorang diri, Seokjin melangkah masuk ke dalam kelas melalui pintu belakang. Tanpa berlengah dia terus melakukan apa yang disuruh Namjoon pagi tadi. Yoongi pulak diberi tugas untuk mengambil gambar Seokjin yang sedang membuat pemujaan tu. Bukti perlu ada untuk Namjoon tengok esok! Sebaik saja selesai melakukannya, Seokjin terus mengeluh lega. "Wey, apasal kau tercongok lagi kat situ? Jom la balik...!" jerit Yoongi berbisik. Seokjin segera berjalan ke arah pintu.

 

'Graa!'

 

'PANG!'

 

Tak semena-mena, pintu tertutup sendiri membuatkan keempat-empat diorang tersentak kuat. Seokjin cuba menarik pintu tu tapi ianya seolah-olah tersekat. "Apa ni Suga...? Cepat la bukak, aku tak nak main-main time-time macam ni!" marah Seokjin masih lagi cuba menarik pintu. Yoongi yang baru hendak membalas terkedu apabila 'ter'perasan something kat roda pintu tu.

 

Ianya...

 

Ianya...

 

Gumpalan rambut! Terlalu banyak dan panjang! Yoongi meneguk air liur. "Err... Hyung...? Apa...tu?" soal Jungkook sambil menyentuh bahunya, tangan kanannya pula menunjuk ke arah satu lorong. Yoongi memandang ke arah lorong itu lalu mengecilkan matanya. Dia nampak sesuatu seperti...

 

Seseorang yang sedang mengesot ke arah mereka!

 

Terdetik seketika di fikiran Yoongi cerita Suster Ngesot yang dia tengok dengan Hoseok minggu lepas. Memang sama!

 

Tiba-tiba saja orang tu mula mengesot dengan laju membuatkan diorang bertiga ternampak muka 'orang' tu dengan lebih jelas. Obviously bukan orang!!

 

"Omma!!! Aku tak kawin lagi!!"

 

"Uaarghh! Mati aku!!"

 

"Holy sh*t!! Lari! Run for your life!!"

 

Dalam sekelip mata, ketiga-tiga diorang sudah jauh meninggalkan Seokjin seorang diri di dalam kelas. "Weh! Apesal korang menjerit?! Jangan tinggal aku!!" jerit Seokjin yang tak tau apa-apa sambil masih lagi cuba untuk membuka pintu. Tanpa disangka-sangka, tiba-tiba saja perempuan mengesot tadi sudah berada di hadapan pintu.

 

Seokjin terdiam apabila perempuan tu merenung tajam ke arahnya melalui tingkap kecil di pintu. Dengan teragak-agak, Seokjin mengangkat tangan kanannya."Err... Hai... :'D"

 

 

 

Sementara itu...

 

"Stop!" Yoongi segera menarik tangan Jungkook dan Taehyung yang sedang lari bertempiaran kerana ketakutan. Mereka berhenti berlari apabila sudah tiba di dewan tertutup. "Tadi tu... Perempuan mengesot...ke?" soal Yoongi tercungap-cungap. Saja nakkan kepastian. "Shh! Aku tak nak dengar!" jerit Taehyung lantas menekup kedua-dua belah telinganya. Diorang diam seketika untuk mengumpul semula oksigen dalam badan masing-masing.

 

"Perempuan tadi...datang sebab pemujaan yang Jin buat tu ke?" soal Jungkook perlahan. Yoongi berpaling ke arah Jungkook dengan mata yang bulat. "Ha'ah la! Macam mana aku boleh tak terfikir pasal tu ek?" Yoongi mencebik.

 

"Korang!" Taehyung tiba-tiba menggenggam lengan Yoongi dan Jungkook serentak. "Kita tinggal Jin-hyung kat dalam kelas..." ujarnya dengan muka yang pucat. "Kita kena selamatkan dia!" tambahnya lagi. Mana tak risau... Abang sendiri kot! "Tapi, macam mana nak buat 'menatang' tu pergi?" soal Yoongi. Tiba-tiba lampu dewan yang dibuka oleh diorang tadi mula berkelip-kelip. Serentak itu, diorang bertiga berpelukan sesama sendiri.

 

"Yang kena pergi sekarang adalah kamu semua..." suara perempuan bergema melalui pembesar suara di dalam dewan tu. Diorang bertiga berpandangan.

 

"Waarghh!"

 

"Shh! Jangan la menjerit!"

 

Yoongi terus saja berlari ke arah pintu dewan diikuti dengan dua orang budak penakut yang menjerit tadi. Sebaik saja diorang semua keluar dari dewan, tempat utama yang dituju diorang tak lain tak bukan, kelas 4-5. Tiba di kelas, Yoongi terus membuka pintu dan diorang bertiga segera masuk ke dalam. Sekali lagi, diorang tercungap-cungap keletihan.

 

"Boleh pulak bukak pintu..." omel Yoongi dalam lelahnya. "Kejap, mana Jin-hyung?" soal Taehyung apabila dia perasan abangnya tak ada dalam kelas tu. Mata diorang semua meliar ke seluruh kelas. "Haish... Masalah betul la!" keluh Yoongi dengan kuat.

 

"Korang jugak yang mulakan..."

 

Serentak diorang berpaling ke arah punca suara tu, hadapan kelas. "Jin...? Apasal kau kata camtu? Kau marah kitorang sebab tinggalkan kau ke?" soal Yoongi. Seokjin hanya tersenyum sinis. Tahu la diorang yang bercakap dengan diorang tadi bukan lagi Seokjin.

 

"Suga... 'Menatang' tu rasuk abang aku..." bisik Taehyung dengan riak muka seperti hendak menangis. "Tau la!" balas Yoongi garang. Mana taknya... Dua orang budak tu tengah menyorok kat belakang badan dia yang kecik. Serabut!

 

Tak semena-mena, Seokjin rebah ke lantai. Yoongi, Taehyung dan Jungkook yang masih lagi takut hanya terkebil-kebil memandang Seokjin yang sudah pengsan...

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
SoraSuzu
mintak maaf la dengan kemerapuan terlebih cite ni... T^T

Comments

You must be logged in to comment
pikahbajet #1
Chapter 3: suga cakap loghat ganu.haahahaha .....kesian jimin dah mati...huhuhuhu....
Jisooshua17
#2
Chapter 3: part jimin tu sedih tapi lawak. i dunno how to say. hahahaha lawak doe. sakit perut. siapa suruh kita bertentang mata ahahaha aduh sakit perut aku doe.. nice story ^^
aishahdaebak #3
Chapter 2: Wow!suga ckp tganu!Nk dgr lgi!update soon!
bubble_na_baebeul #4
Chapter 2: Wuuuuuuu....update wooooo..best.nk tngok suga pi cekik rapmon.x sabaq..mesti habis si rapmon suga kerjakan kan..
LayYyixing #5
Chapter 2: Wuu~ suga berloghat tranung.. makin semangat aku nak baca bila ada loghat terengganu hehe... update soon,, and wat la suga meroyan loghat terengganu banyak2 xD