The End

Forget All About Us
Please Subscribe to read the full chapter

Bunyi titisan air hujan yang membasahi bumi pada pagi ini telah mengejutkan Yena yang sedang lena tidur.Dia pun bangun dari pembaringannya dan menuju ke arah tingkap.Dia menyelakkan langsir yang menutupi tingkap biliknya itu."nampaknya hari ni hujanlah....maknanya betullah ramalan cuaca yang diberitahu dalam berita semalam"bibirnya membentukkan sebuah senyuman.Matanya melihat air hujan yang membasahi cermin tingkap biliknya.Perlahan-lahan tangan kanannya menyentuh cermin tersebut."sejuknya...."katanya kemudian melarikan tangannya daripada cermin tersebut.Dia berasa sungguh gembira kerana hujan telah membasahi bumi Korea yang sudah lama mengalami musim panas.

Jam yang berbentuk hati di atas rak kecil yang bersebelahan dengan katil tidurnya dipandang seketika.Jarum pada jam tersebut telah menunjukkan pukul 7:00 pagi bermakna ada satu jam lagi masa untuk dia bersiap pergi ke sekolah.Dia pun mengambil tuala yang tergantung di dalam almari bajunya dan berlalu menuju ke dalam bilik mandi.

"Yena makanlah sandwich tu perlahan-lahan nanti terkena baju sekolah kamu"pesan Pn.Min kepada anaknya."tak boleh....Yena dah lambat ni"beritahu Yena.Setelah menghabiskan dua keping sandwich,dia pun meneguk segelas susu yang dituangkan ke dalam gelas kaca jernih oleh Ommanya.Tn.Min yang baru sahaja selesai membaca surat khabar menggelengkan kepalanya melihat kelakuan anak daranya itu."Appa jomlah Yena dah lambat nak pergi ke sekolah ni" "hurm baiklah....Yeobo saya pergi dulu"beritahu Tn.Min kepada isterinya.Pn.Min menganggukkan kepalanya.

Sampai di luar rumah dia melambaikan tangannya ke arah suaminya dan anaknya yang berlalu keluar dari kawasan perumahannya menaiki kereta."kenapa pelik sangat kelakuan Yena hari ni dan kenapa aku berasa tak sedap hati ni?"soal Pn.Min kepada dirinya dan berlalu masuk ke dalam rumah semula untuk mengemas meja makan memandangkan dia seorang suri rumah.

"Yena pergi dulu Appa....annyeong" "nae annyeong....belajar rajin-rajin"Yena pun keluar daripada kereta Appanya dan berlalu masuk ke dalam kawasan sekolah serta menuju ke kelasnya.

Tn.Min pun memecut keretanya meninggalkan kawasan persekolahan tersebut setelah memastikan anaknya masuk ke dalam kawasan sekolah dalam keadaan selamat."annyeonghaseyo Yena!"menyapa rakan sekelas Yena.Pelajar-pelajar dalam kelas 4-1 amat baik dengan Yena walaupun Yena seorang yang pendiam. Kalau bercakap pun perlahan sahaja suaranya berbunyi."annyeonghaseyo!"balas Yena perlahan dengan memberikan senyuman yang manis.Dia pun menuju ke arah tempat mejanya.Disebelah kirinya meja Hina manakala disebelah kanannya pula meja Fei.Kedudukan meja dalam kelas 4-1 disusun satu baris tiga buah meja."lewat kau datang hari ni"tegur Hina."hehe aku terlelap dalam bilik mandi tadi"bohong Yena padahal selepas mandi tadi dia sambung tengok air hujan."apalah kau ni dalam bilik mandi pun kau nak tidur? ish ish ish kesian"menyampuk Fei yang baru selesai buat kerja sekolah sejarah yang cikgunya bagi kelmarin.

"nah....ada surat untuk kau"sambung Fei lagi."surat? dari siapa?"tanya Yena."entahlah masa kami datang tadi dah ada dalam meja kau"beritahu Hina sambil membelai rambut panjangnya.Yena pun membaca isi yang tertulis dalam surat tersebut."Jumpa aku selepas pulang daripada sekolah dekat Science Garden's".Yena menggaru kepalanya yang tidak gatal setelah habis membaca isi surat yang tidak ada nama penghantar itu."maaflah tadi kami terbaca surat kau....kau tak marahkan?"tanya Hina sambil membuat muka sedih.Yena tergelak kecil melihat kelakuan Hina itu."hurm nope"balas Yena pendek."Yena kau nak kami temankan tak? aku rasa tak sedap hatilah"tanya Fei sambil memusingkan pensel di jarinya."eh t

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
BabySprinkle98
Nmpkny subs sya smkin mngkat wlaupun scr prlhn....hurm trhruny sya TQ di ats skongn korang semua (ㄱ^ㅂ^)ㄱ

Comments

You must be logged in to comment
misz_dina #1
Chapter 1: Sequal please...nk baca masa yena dgn taetae hidup bsama...mesti as sweet as honey kan...btw,this story daebaklAh..♥♥♥
btslover21 #2
cant wait for update^^