Mana papa dan mama ??
Jangan Lupa Kunci PintuKami adalah keluarga yang bahagia ada Mama ada Papa ada Akak dan Adik . Kami sentiasa gembira dan sedih bersama . Mama dengan Papa selalu pesan akak kena jaga adik dan adik kena jaga akak . Maksudnya saling berjaga . Papa pernah cakap kalau apa-apa terjadi kami tak boleh berpisah walauapapun sebab bila kami bersama kami akan sentiasa kuat . Takkan ada apa-apa pun yang boleh cederakan kami . Papa ada pesan lagi adik kena jaga akak lebih sebab adik adelah lelaki manakala akak adalah perempuan akak perlukan jagaan . Mama pula berkata andai apa-apa terjadi percaya pada naluri hati kami perasaan kami . Segala pesan Mama dan Papa kami ingat , Mama kata suatu hari nanti kami akan faham maksud mereka . Tetapi selang berapa hari semasa akak Dan adik pulang dari sekolah kami nampak semua orang berkerumun di hadapan rumah kami dan paling mengejutkan kami nampak kenderaan bomba sedang memadam kan api , belum sempat kami melihat semuanya Uncle Xi dan Auntie Xi tutup mata kami berdua .. Kami pelik kenapa kami tidak dibenarkan lihat rumah kami sendiri ... dan penglihatan kami berdua semakin gelap
Apabila kami berdua terjaga kami sudah berada di rumah uncle xi dia ialah kawan baik papa , kami masa kecil waktu itu . Pada mulanya kami pelik kenapa semua orang menangis ... tiba -tiba auntie xi mengajak kami ke hadapan ye kami ade dua kotak besar dan akak mula menangis kerana melihat ada tubuh dua orang yang amat dikenali dan disayangi di dalam kotak itu " Papa - Mama buat apa dalam tu keluarlah " si adik berkata . Kami tak tahu apa sebenarnya yang terjadi tetapi menurut uncle xi dan auntie xi rumah kami terbakar dan papa dan ma
Comments