Sakit Gigi!

Sakit Gigi!

"Ish, aku rase aku kene pergi servis la gigi aku ni." Jaehyo melihat gigi gerahamnya yang berlubang di tengah akibat dimakan kaviti dan mahluk mahluk perosak yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar.

"Esok kau free tak?" Jaehyo berpaling dari cermin dan beralih pandangan kepada Minhyuk yang sibuk membelek majalah terbaru yang mereka baru buat photoshoot bulan lepas.

"Hmm, takde. Macam la aku selalu keluar tv." Minhyuk membalas sinis.

"Ala, tak payah nak bitter sangat la. Kita 2X5 10 jugak."

"Ko nak pergi bile ni?" Minhyuk menutup majalah lalu meletakkannya di ribanya."Entah, sekaranglah. Kite tak buat pape pun."

"Ok., aku nak pergi siap jap." Minhyuk bangun dari katilnya lalu ke almarinya yang hampir meletup dengan lambakan baju bajunya. Sementara Jaehyo hanya berpakaian biasa sahaja. Seperti groupnya tidak dibayar gaji.

Minhyuk volunteer nak drive hari tu. Dia kata dah lama tak drive kereta sendiri (diorang songlap kereta Kyung). Jaehyo pun tak kisah. Janji ade orang teman dia. Minhyuk pusing pusing dulu sebelum sampai ke klinik gigi sampai si Jaehyo terlentok dalam kereta.

"Weh dah sampai ni bangun la." Minhyuk mengerak gerakkan badan Jaehyo yang sedap tidur dari tadi.

"Ha? Da sampai da? Aku rase macam pergi balik Busan je tadi." Jaehyo menggosok matanya dan mengupas taik mata yang berkumpul di hujung matanya.

Mereka masuk klinik dan terus ke kaunter. Minhyuk terus mencari spot baik punya kat klinik tu. Kerusi empuk bawah aircond, pergh..boleh buat tidur nih. Jaehyo pun duduk sebelah dia, sementara menunggu giliran. Minhyuk terus mengeluarkan iphone 6 nya dan membuka kamera.

"Weh, jom amik gamba."

"Ok." Jaehyo merapatkan badannya lalu Minhyuk mengangkat handphonenya ke atas, mencari angle favoritenya.

CLICK. "Jap, aku edit jap." Minhyuk menekan nekan screen phonenya memilih filter yang kelihatan cantik. Dia lalu memilih filter earlybid dan memuat naik ke dalam instagram dengan caption 'dengan Jaehyo nak repair gigi dia'.

"Ape caption macam tu?" Jaehyo menjeling screen phone Minhyuk yang masih memuat naik ke instagram.

"Mampus la aku nak letak caption ape."Minhyuk mencebik marah. "Aku letak caption bukan bukan baru tau."

"Aduu, tak yah nak marah sangat."

Tetiba,

"En Jaehyo!" Satu jururawat keluar dari pintu. Badannya cukup hot dan mantap seperti fantasi fantasi lelaki tentang jururawat. Jaehyo hampir tergamam tetapi cepat cepat dia bangun dan menuju ke bilik doktor.

Jaehyo disambut oleh doktor perempuan yang sangat ayu lagi sedap mata memandang.

"Wuih, nurse hot, doktor ayu!" Setan Jaehyo bercakap kepada dirinya. "Ape lagi, ngorat ah pasni" Jaehyo menggeleng kepale supaya anasir anasir jahat tidak menguasai dirinya dan menumpukan matlamatnya untuk menyervis giginya.

"En, boleh baring dulu kat kerusi itu sementara saya siapkan peralatan saya." Doktor ayu itu menunjukkan kerusi baringan yang masih baru lagi. Kulitnya masih licin, tiada terkopek kopek.

Dia berasa agak berdebar walaupun dia datang hanya untuk servis giginya, mungkinkah kerana doktor ayu itu yang membuatkan hatinya berdegup? Doktor ayu kembali ke tempat pembaringan lengkap dengan sarung tangan dan penutup muka. Bau plastik sarung tangan yang cukup biasa dibaunya menusuk ke rongga hidungnya.

Doktor mengarahkan Jaehyo untuk menganga mulutnya untuk diperiksa. Rasa sejuk besi dapat dirasanya apabila doktor memasukkan cermin dan scraper untuk melihat keadaan gigi Jaehyo.

"Erm, bila last check gigi?" Doktor ayu masih lagi membelek gigi Jaehyo.

"Tak ingat sangat, maybe sebulan yang lalu."

"Nampaknya, saya kena cabut gigi encik..." doktor berkata dengan tenang.

"Ha?!!" Minhyuk yang sedap terlena tidur dibawah aircond ditambah pula kerusi klinik yang empuk tersentak bangun apabila mendengar jeritan Jaehyo di dalam bilik doktor.

"Pesal budak tu? Kene cabut gigi ke?"

Tiba tiba pintu terbukak dan Jaehyo keluar dari bilik dengan tangannya dipipi, seperti baru sahaja ditampar oleh seseorang. Matanya berair dan pipinya kelihatan bengkak.

"Kene cabut ke?" Minhyuk bertanya risau. Jaehyo hanya mampu mengangguk lemah. Dia menarik Minhyuk dilengan bajunya, mengajaknya ke kaunter untuk mengambil ubat dan membayar bil mencabut gigi.

"Sakit eh?" Minhyuk menjeling Jaehyo yang tersandar lemah dikerusi penumpang melalui cermin pandang belakang. Jaehyo hanya menjeling balik. Malas untuknya menjawab soalan bodoh dari Minhyuk.

"Dah kene cabut gigi memang la sakit gile!"

"Tula, malas lagi gosok gigi. Kan da hilang satu gigi. Dah lah tak tumbuh balik da tu."

Minhyuk memusing sterengnya dan kereta mereka berpusing masuk ke parking condo mereka. "

Bebel je la kau ni."

"Eh bersyukur sikit aku bawak pergi klinik." Jaehyo terdiam, dia terus menuju ke lift dan berdiri menunggu lift itu terbuka. Mukanya masam dari perjalanan balik dari klinik. Minhyuk mengambil keputusan tidak mengusiknya lagi.

Jaehyo menekan nekan butang naik lift yang sepertinya mengambil bertahun untuk sampai.

"Sabor la... kang rosak bende tu" Minhyuk memandang Jaehyo dari sudut matanya.

Jaehyo menurunkan tangannya dari butang lift. "Ish!"

Apabila pintu lift terbuka Jaehyo terus keluar dan menuju ke condo mereka. Menekan kod rumah dengan ganas. Minhyuk melihat dengan risau, takut butang butang tersebut rosak dek Jaehyo yang bad mood setelah di cabut giginya. Jaehyo menghempas pintu tanpa membenarkan Minhyuk masuk dahulu.

"Ish budak ni nak kena ni." Minhyuk menyentak geram. Dia segera menekan punat di pintu dan masuk ke rumah.

"Pesal budak tu?" Taeil bertanya. Dari nadanya, dia kelihatan tidak menyukai cara Jaehyo menghempas pintu.

"Baru cabut gigi. Dia bad mood skit." Minhyuk menjawab penat. Minhyuk mahu memarahi Jaehyo kerana menghempas pintu, tetapi dia tidak sampai hati. Dia tidak pernah merasa di cabut giginya. Dia mungkin tidak memahami kesakitan yang Jaehyo rasakan. Minhyuk mengambil keputusan untuk membiarkannya.

 

Minhyuk mengetuk pintu bilik Jaehyo perlahan. Berhati hati. "Jaehyo..." Dia menekap telinganya ke pintu untuk mendengar jawapan. "Jaehyo..." Dia mengetuk pintu lagi sekali, tetapi tiada jawapan dari Jaehyo. "Aku ada buat bubur ni sikit. Kau tak makan lagi kan?" Kening minhyuk berkerut risau.

Dia memusing tombol dan masuk ke dalam bilik Jaehyo. Di dalam Jaehyo terbaring mengerekot. Bunyi tangisan kecil boleh didengarnya. Jaehyo masih lagi kesakitan. Minhyuk meletakkan mangkuk bubur itu di meja komputer Jaehyo dan duduk di tepi katil.

"Kau okay tak ni?"

"Sakit...." tangisan Jaehyo bertambah kuat.

"Tau...meh sini, jangan nangis lah. Kau kan lelaki." Minhyuk mengangkat Jaehyo dan memeluknya. Dia mengusap usap belakang badan. Jaehyo memeluk balik Minhyuk dan mula menangis teresak esak. Dia cuba untuk berhenti menangis tapi dia tidak dapat menghentikan air mata nya dari mengalir.

Tiba tiba Jaehyo terbau sesuatu yang sedap dari meja komputernya. "Bau ape tu?" Minhyuk melepaskan pelukannya dan memandang kearah tempat yang Jaehyo pandang. Ia bubur yang dia masak untuk Jaehyo, terbiar keseorangan disitu. Dia mencapai mangkuk yang berisi bubur itu. Nasib baik masih panas lagi.

"Oh, bubur aku buat. Takde la spesial sangat. Instant je. Gigi kau kan sakit. So aku buat la bubur. Tak yah kunyah. Ahh, bukak mulut tu. Meh makan." Dia mengkaup sesudu bubur, sedia untuk menyuap Jaehyo.

Jaehyo terharu. Bukan senang Minhyuk nak masak untuk orang. Apatah lagi dia, yang mungkin selalu mencari pasal dengan Minhyuk. Air matanya mengalir lagi.

"Pehal kau menangis balik ni?!"

"Takde, touching. Kau suapkan aku."

"Ngade la kau ni." Pipi Minhyuk kemerahan malu. "Suap la sendiri." Minhyuk menolak mangkuk itu ke Jaehyo.

" ahhhh...nak kau suap..." Jaehyo menolak balik ke Minhyuk. Dia menganga menunggu Minhyuk untuk menyuapnya.

"Ish nyampah pulak aku..." Minhyuk menyuap nye dengan kasar.

"Ow!" Jaehyo mengerang kesakitan apabila sudu tersentak di bahagian gigi yang baru dicabutnya.

"Oh sorry sorry." Dia menyuap dengan lembut selepas kesakitannya reda.

"Terima kasih Minhyuk. Sayang kau." Jaehyo memberikan satu ciuman pantas di pipinya.

"Takde hal la." dia membalas dengan mengenyitkan matanya dan membuay ekspresi muka yang seksi. Jaehyo membuat muka namun mereka berdua ketawa bersama selepas itu.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
YongShiShiGuk
#1
Chapter 1: Lawak lah! Hahahah XD aku gelak je!
Lol aku kena cabut dua atas, dua bawah, takde ahh gitu kan? XD takleh cakap, duhh
Ahh, brings old times XD
axelblaze
#2
Chapter 1: gedik ahhh jaehyo cabut gigi je pun! domakkk. so shuetttt. :')
ShiMatoki
#3
Chapter 1: hahaha nice try bebe, good job!! Alahai Jae mcm pompuan, cabut gigi je pun. Sian Minhyuk kena suapkan bubur bwahaha ngade punya Jae!
Aku gelak je dari tadi XD