Maafkan Kookie

Lukisan Untuk Kookie

Nama aku Yu Jungkook, anak paling bongsu dalam keluarga Yu.

Usia aku 17 tahun dan aku masih lagi pelajar sekolah menengah.

Keluarga aku ada 3 orang. Aku, ibu dan abang aku.

Yu Barom.

Barom dilahirkan cacat. Dia tak boleh cakap, tak boleh berjalan dan tak mampu makan dengan sendiri.

Ayah tinggalkan kami semasa kami kecil lagi.

Setiap hari, Barom akan melihat aku pergi ke sekolah melalui tingkap. Dia cuma mampu melihat sambil tersenyum seperti selalu.

Satu-satunya perkara yang dia boleh buat ialah memegang pensel dan menconteng di atas kertas. Tu saje perkara yang dia buat setiap hari.

Ibu bekerja sebagai guru sekolah rendah. Selepas sekolah, ibu tidak akan terus pulang ke rumah. Nak tahu apa yang ibu aku buat? Ibu akan pergi berniaga di pasar untuk mencari duit lebih. Ibu terpaksa bekerja keras untuk menanggung kos perubatan Barom dan juga persekolahan aku.

Apa yang aku ada hanya seorang abang yang cacat dan tidak berguna.

Aku selalu kesunyian.

Aku selalu bertanya kepada Tuhan. Kenapa dia tidak memberikan aku seorang abang yang sempurna?

______________

Masa berlalu dan aku pun sudah menamatkan pergajian aku sebagai pelajar sekolah menengah. Segalanya berubah. Tak sama seperti dulu. Aku tidak dapat menyambung pelajaran kerana kemiskinan hidup.

Aku terpaksa bekerja lebih keras untuk sementara seperti mengutip durian di dusun untuk dijual kepada peniaga tempatan.

Upah hanya 2 ringgit untuk sebiji durian.

Terasa hidup yang aku alami sekarang ini sangat sukar.

Aku selalu terfikir. Kenapa aku perlu bekerja keras untuk menyara Barom?

Aku masih muda.

Aku perlukan kebebasan dan masa untuk bergembira dengan kawan-kawan aku.

Bila ibu tiada di rumah, aku terpaksa jaga Barom.

Bagi dia makan minum.

Bagi dia ubat. Ah, ubat paling susah nak bagi. Dia mesti muntah balik.

Aku benci buat kerja nie.

Aku selalu keluar dengan kawan-kawan dan abaikan tanggungjawab aku. Kadang-kadang aku biarkan dia kelaparan di rumah sepanjang hari.

_________________

Terdengar bunyi ikan digoreng, aku tahu ibu tengah memasak di dapur. Aku tersenyum lalu menuju ke dapur untuk bersembang dengannya. Aku bersandar pada pintu sambil memerhati ibu aku memasak. Seperti biasa ibu memasak tanpa mempedulikan aku di situ.

“Ibuu..” panggil aku, suara manja seperti selalu.

“Hmm?” sahut ibu perlahan.

“Kookie rasakan baik kita hantar je abang Barom tu ke pusat penjagaan tu ibu. Tak adalah menyusahkan kita dua.” Cadangan yang sudah lama terbuku di hati aku terus aku luahkan kepada ibu.

Perlahan-lahan ibu memandang aku dengan pandangan tidak senang.

“Lagipun sekali sekala kita boleh jenguk dia, ibu.”

Air muka ibu terus berubah serta-merta.

“Apa Kookie cakap nie?!” Nampaknya ibu tidak setuju dengan cadangan aku. Kenapa? Aku mula berasa tidak berpuas hati.

“Kookie nak hantar Barom ke pusat penjagaan? Yah Kookie! Sanggup Kookie buat macam nie hah? Barom kan abang Kookie! Abang kandung Kookie sendiri! Kookie fikir tak kalau abang kamu sakit, kalau dia demam, siapa nak jaga dia?”

“Habis tu ibu nak suruh Kookie jaga dia? Sampai bila ibu? Sampai bila Kookie nak kerja kat kampung buruk nie? Kutip durian, potong rumput sampai bila ibu? Macam mana dengan masa depan Kookie, ibu? Kawan-kawan Kookie semua, semua dah ada masa depanlah ibu!” Kali ini aku terus meluahkan semuanya pada ibu.

Aku tinggikan suara, malah lawan cakap ibu. Aku terpaksa demi masa depan aku.

“Hei!” Ikan yang sedang digoreng itu diabaikan seketika oleh ibu. “Kookie nie mementingkan diri sendiri tau tak! Kookie, abang kamu Barom tak minta pun dilahirkan cacat macam nie. Ibu pun tak minta dapat anak cacat!” Ibu mula menitiskan air mata.

Ada aku kisah heh?

“S-Selagi ibu masih hidup, ibu tak izinkan, ibu tak benarkan Kookie hantar Barom ke sana!” Ibu meninggikan suaranya sambil menangis. Kecewa dengan diri aku yang agak pentingkan diri sendiri.

“Dahlah! Ibu tak nak pandang muka Kookie lagi!” halau ibu, hampir memukul aku dengan sudip panas itu. Segera aku berlari masuk ke dalam setelah aku menghempaskan semua barang-barang dapur di situ.

________________

Hari ini aku cuti kerja. Dapat jugak aku berehat kat rumah usang nie bersama abang aku, Barom yang dari tadi cuba menyiapkan satu lukisan. Entah apa yang dia lukisan tapi apa aku peduli sangat dengan lukisan tu.

Sedang aku berehat, tiba-tiba ibu datang untuk memberikan duit belanja kepada aku dan juga Barom.

Aku rasa tak puas hati bila ibu memberikan duit belanja yang sama jumlahnya kepada kami berdua. Kadang-kadang aku berfikir apa yang Barom boleh buat dengan duit belanjanya tapi aku tak pernah bertanya.

Semasa aku nak keluar, Barom sedang duduk di hadapan rumah seperti biasa. Jauh sungguh dia termenung sambil erat mengenggam sesuatu di tangannya.

Tatkala aku berjalan melepasi Barom yang sedang duduk di atas kerusi rodanya, tiba-tiba Barom menarik tangan aku.

Aku pandang Barom sambil membiarkan tangan aku terus digenggam olehnya.

Dengan susah payah Barom menghulurkan sampul dan juga sekeping kertas yang berlipat kepada aku.

Aku membuka sampul dan terdapat sejumlah duit di dalam sampul itu.

Aku keliru lalu mata aku terus terpaku pada sekeping kertas yang satu lagi.

Perlahan-lahan aku membuka sekeping kertas yang berlipat.

 

 

 

 

Di atas kertas itu terdapat lukisan gambar dua orang.

Seorang memakai jubah ijazah.

Dan seorang lagi di atas kerusi roda sambil memegang tangannya.

Lidah aku kelu.

Jelas lukisan itu ialah aku dan Barom di atas kerusi rodanya.

Aku menangis.

Aku tak mampu nak pandang wajah Barom.

Aku pegang tangan Barom seerat-erat yang boleh, aku takkan lepaskan tangan pucat tu. Pertama kali aku genggam tangan Barom dengan erat.

Sangat erat.

Aku melutut di sebelah kerusi roda Barom sambil meminta ampun dalam ketangisan Terasa kepala aku sedang dikucup lembut oleh Barom dengan penuh kasih sayang. Aku menangis dan terus menangis.

Barom telah simpankan semua duit belanjanya selama ini untuk aku sambung belajar. Jumlahnya tak cukup pun untuk membeli sebuah buku tapi niat dan kasih sayangnya sebagai seorang abang telah meruntuhkan hati aku.

Betapa baiknya hati Barom.

Dan betapa hinanya aku.

Aku pernah biarkan dia kelaparan. Selama ini, aku ingat aku je yang rasa kesunyian dan kecewa.

Baru aku sedar bahawa Barom juga sunyi dan mengharapkan perhatian dan kasih sayang aku.

Perlahan-lahan aku mengangkat wajah dan Barom sedang tersenyum kepada aku. Aku tak dapat nak kawal perasaan aku lagi.

Aku menangis lagi.

“M-Maafkan Kookie, hyung..”

Barom turut menitiskan air mata namun dia masih lagi tersenyum seperti selalu.

Kami berdua terus berpelukan dengan penuh erat.

________________

Setahun sudah berlalu, Barom sudah tiada lagi tetapi dia sentiasa di dalam hati aku sebagai anugerah hidup aku.

Baru aku sedar..

Bahawa keluarga adalah anugerah yang tidak ternilai harganya..

 

 

 

The End.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
mpreggoland
#1
Chapter 1: adoii guane ni...nangis dh ni T_T
dua2 bias sy...
Youri_Kim97
#2
Chapter 1: Izinkan gue nangis ;;
Jimin_BTS_ComeyXD
#3
Chapter 1: uwa sedih-- *baca lagi sekali*
parkyura98
#4
Chapter 1: Sedinye citer ni, serious! walaupun sye xde abg, tpi...sye dpt rse sedihnya dlm citer ni! Daebak! *Thumb's up* :')
Jimin_BTS_ComeyXD
#5
Chapter 1: S-sedih nye ;_; *menangis* Aku menangis betul2 nih ;_;
Aku jujur aku nangeh ;;
Sedih nye weh
;; HUHUHHUUHU ;_;
Banyak air mata keluar nih ha ;_;
Jimin_BTS_ComeyXD
#6
Depan2 pon dah sedih.. nangeh aku ene
Jimin_BTS_ComeyXD
#7
Magak nama aku ada eue
yukishizu #8
urghh...sedihnya...