Until You Return.

Waiting II ( Until You Return )

                                                          

                          Anda boleh mendengar lagu ini sambil membaca yee hee ^^ (baca maksud yang mendalam dalam lagu)

 

 

 

Waiting II : Until You Return.

 

     Malam itu hujan amat lebat sehinggakan aku terpaksa menggunakan jalan gelap dihujung bandar untuk pulang ke rumah aku. Itu satu-satunya jalan yang mengambil masa yang singkat (shortcut), tetapi agak menakutkan. Jalan hitam. Jalan yang mempunyai lorong yang sunyi dibalik banggunan yang telah lama ditinggalkan. Lorong yang penuh samseng, gangster jalanan yang menunggu umpannya dan agak ‘Keras’. Aku sudah lewat untuk pulang menemui buah hatiku, Kim Jisoo. Hari ini hari ulang tahun hubungan kami. Kami sudah bertunang, kini dia menetap di rumah ku.

      Aku memberanikan langkah memasuki lorong gelap itu. Sesekali aku memaling ke belakang kerana aku terasa diriku seperti diikuti. ‘Jangan kacau aku lah sial.’ Bisik hatiku. Hujan semakin lebat. Ahh, mengapa aku harus memasuki jalan yang sebegini teruk dan menakutkan? Ya, aku sebenarnya seorang yang penakut.Itu aku mengakuinya.

        “Heyy!” Jerit seorang lelaki berbadan besar seperti gajah. Aku tidak berpaling wajah kearahnya. Aku mempercepatkan langkahku.

         “Hey! Kau pekak ya?” tanya lelaki itu yang mula mendekati aku. Aku hanya berdiam diri. ‘, jangan dekati aku lah..’ jerit hati kecil ku. Aku meneruskan perjalanan.

         “Tak guna! Kau tak pedulikan aku?!” Jerit lelaki itu.

Lalu datang sekumpulan samseng datang dari arah depan menutupi jalanku. Langkah ku terhenti.

          “kau nak lari mana hah?” Seorang lelaki yang berambut kerinting menarik kolar baju ku. Aku cuba kelihatan tenang.

           “Aku nak pulang.” Jawab aku dengan berani.

           “Aku nak semua duit kau! Baik kau serah kan.”

          “Aku tidak mempunyai sesen pun.”

           “Kau ingat kami bodoh? Lelaki yang berbaju mahal seperti kau tidak mungkin tidak mempunyai wang?! Haha Jangan tipu lah, kau ingat kami bodoh seperti kau ya?” lelaki berbadan gemuk pula yang bersuara.

           “Tak. Aku tak tipu.” Jawab ku ringkas. Mereka pun meraba-raba poket ku. Aku cuba mengelak.

           “Kau dah kenapa?” aku menolak salah seorang yang menyelup poket di punggung ku.

            “Bro, dia ada cincin!” Katanya teruja. Cincin itu untuk jisoo. Cincin itu amat penting untuk aku. Untuk aku melamarnya malam ini. Sekiranya hilang, aku terpaksa mengeluarkan wang lagi dan hari ini tidak dapat aku melamar wanita yang aku cintai selama 8 tahun. Kami mula bercinta sewaktu umur 13 tahun, dan dia sudah tinggal di rumah aku pada setahun yang lalu sejak kematian ibu bapanya dalam satu kemalangan. Aku juga piatu, tinggal di rumah agam bersama datuk aku sejak kecil dan beberapa tahun lalu datuk aku meninggalkan aku dan dunia ini.

     “Bagi balik cincin aku!!” aku menjerit sekuat hati aku supaya samseng-samseng ‘pekak’ itu memulangkan semula harta berharga aku. Malam ini aku akan pastikan Jisoo menjadi milik aku. Aku betul-betul mengiginkan dia menjadi isteri aku yang sah.

     Samseng-samseng tak guna itu menolak aku jatuh. Mereka cuba membelasah aku. Aku sempat menumbuk muka salah seorang samseng yang berambut kerinting yang telah mengambil cincin aku. Samseng itu jatuh tergolek ke lantai bersama cincin ku. Aku mengambil cincin ku kembali.

     Samseng yang lain terkejut, dan mula agresif. Tanpa berfikir panjang, aku melarikan diri. Mereka mengejar aku. Aku berlari sepantas mahu ku.

 

 


 

COLOR RING

 

       “Fuhhh, lega aku dibuatnya. Aku terlepas.” Kata ku. Dari jauh aku dapat melihat rumah agam ku yang kelihatan classy, unik dan antic. Rumah yang dibina dari zaman jajahan perancis, rumah yang masih elok seni binanya berbanading rumah lain yang musnah dek peperangan beberapa tahun lalu.

 

Di hadapan pintu rumah ku.

 

         “Jisoo, abang dah balik.” Kata ku dengan badan ku lenjun, basah kuyup kerana merentasi hujan lebat. Jisoo masih tidak menyahut. Aku melihat jam didinding. “Ahh, sudah jam 12 malam.” Kata ku. Agaknya kekasihku sedang tidur.

          Aku ke ruang makan berhampiran dapur. Aku terlihat susuk tubuh manusia sedang duduk di meja makanan sambil menundukkan kepalanya. Dia terdiam. Di hadapannya, terhidang pelbagai jenis makanan dihiasi bunga mawar dan lilin seperti candle light dinner. Sungguh romantis.

       “Sayang? Abang dah balik. Maaf.” Kata ku.

       “Kenapa abang selalu lewat?” Tanyanya tidak memandang muka ku. Dia kelihatan amat marah.

       “Tadi boss suruh abang buat kerja sikit, tak sangka pula kerja tu ambil masa.. lepas tu hujan lebat. Abang kena kejar dengan samseng tadi.. sebab tu abang lambat.” Terang ku.

       “Song Mino penipu!” Nadanya marah, dia berlalu pergi meninggalkan aku di meja makan itu.

       “Abang tak tipu lah Kim Jisoo!” Aku bangun dan mengejarnya.

       “Mino tak pernah tepati janji! Kau buat aku tunggu macam orang bodoh dalam rumah kau ni. Kau tak pernah sayang aku mino!” katanya. Matanya mula berair, mukanya merah.

    “Apa panggil kau-aku ni?” Tanya ku pelik.

     “Kau selalu buat aku macam patung kat rumah ni? Kau tak bagi aku kebebasan, kau kurung aku dalam sangkar ni. Kau buat aku macam apa! Aku bukan perempuan simpanan kau Mino!” Kini jisoo berang.

    “Abang bukan kurung sayang! Maafkan abang. Abang taknak apa-apa terjadi pada jisoo. Abang tak nak jisoo kerja , cari duit untuk abang. Biar abang yang bersusah payah cari duit untuk kita. Abang tak pernah anggap jisoo perempuan simpanan! Tak pernah! Sumpah tak pernah! Abang sayang jisoo!” Ya, aku amat menyayangi Kim jisoo sehingga aku tidak mahu dia tercedera. Bagi aku dia seperti permata, Aku menyimpannya di dalam rumah agam ini. Dia begitu indah untuk aku tonjolkan pada orang lain. Begitu cantik untuk aku pamerkan di luar. Aku tidak mahu orang lain mengambilnya. Aku tidak mahu dia terluka. Aku tidak mahu dia membuat kerja yang berat-berat. Aku mengizinkan dia untuk ke pasar. Itu pun aku menghadkannya. Dia perlu meminta izin dahulu sebelum menjejak keluar dari kawasan rumah ku. Adakah aku dikira psyco? Apa salahnya aku menjadi gila disebabkan dia? Sebab aku cinta akan Kim jisoo, tetapi Jisoo membenci perbuatan ku. Jisoo tidak memahami niatku. Dia selalu mengugkit hal ini.

            “Aku mahu melihat dunia luar..” katanya sebak.

            “Akan abang berikan sayang dunia yang lain. Yang lebih indah dari kehidupan yang luar.”

            “Aku benci tinggal bersama penipu! Psyco!” Jisoo duduk di ruang tamu.

            “Biarlah abang dibenci… Abang tetap menyayangi mu, jisoo.”

             “Kau kata kau mahu bersama ku malam ini.. tetapi kau mengingkarinya.” Air mata jisoo mengalir. Aku duduk menghadap wajah kekasih hatiku.

              “Maaf abang lewat.” Aku serba salah.

               “Kau lupa hari ini hari apa?” tanyanya sambil memandang aku.

               “Hari ulang tahun kita. Abang ada sesuatu untuk sayang.” Kata ku sambil mengelap air matanya. Jisoo hanya mendiamkan diri. Dia kelihatan tenang semula.

                Aku mencari-cari cincin yang aku beli tadi. ‘eh, takkan tercicir. Jebbal’ Kata hatiku cuak. ‘mampus aku!’ tambah ku lagi. Muka aku naik biru kerana ketakutan. Jisoo kelihatan bosan menunggu lalu dia bagun.

                 “Aku mahu tidur.” Katanya ringkas. Dia ke bilik tanpa menunggu aku yang ingin membuat kejutan yang tidak menjadi kepadanya. “Dasar penipu!” Katanya.

 

               Aku menahan amarah ku. Sekiranya aku marah, aku bakal menyakiti jisoo. Jadi aku mengawal kemarahan aku. Aku mencari cincin tersebut disekitar. Aku yakin, cincin itu pasti jatuh ketika aku sedang berlari tadi. ‘Damn!’

           Aku pun ke bilik tidur, melihat sekujur tubuh sudah baring di atas katilku dan sedang menangis teresak-esak.

         “Jisoo sayang, maafkan abang ya.” Kata ku, lalu aku duduk diatas katilku dan memandang wajahnya.

          “Aku tak sanggup kehilangan mu..” Katanya.

          “Aku betul-betul mencintai mu.” Tambahnya lagi

          “Abang tahu jisoo cinta abang.” Aku membelainya, mengusap rambutnya yang wangi.

          “Aku tidak mahu ditinggalkan lagi.. Aku mahu kau sentiasa disisi ku..” katanya. Air matanya deras mengalir.

           “Kan abang dah janji untuk sentiasa bersama mu. Abang mahu melamar mu jisoo. Sudikah kau menikahi ku?” Kata ku, lalu aku baring dan memandangnya. Dia terdiam. Aku menyelak rambut yang menutupi wajahnya yang ayu. “Ahh, sayang sudah tidur.” Kata ku.

           Aku pun mencium bibir munggilnya. “Selamat malam, sayang.” Aku tersenyum.

 

   


 

DIFFERENT

 

         Keesokkan harinya,

          Cahaya matahari menyilau terpancar dimuka ku membuatkan aku terjaga dari tidur. ‘Ahh, matahari!’ Aku mendengus lalu bangun. Aku melihat di sebelah ku kosong. Ku fikir dia sudah bangun, pasti dia sedang menyiapkan sarapan, lalu aku ke dapur. Kelihatan dapur ku juga kosong tiada manusia, dan meja makan masih terhidang makanan semalam. Aku mula cuak. Aku terus mencari Jisoo di setiap pelusuk rumah dan di setiap bilik tetapi tidak menemuinya.  

            “Ahhh, pasti dia keluar lagi tanpa pengetahuaan ku!” Aku geram. Aku menunggunya di ruang tamu. “Aku akan pastikan kau tidak akan keluar lagi tanpa aku.” Kata ku. Aku terus menunggu.Aku mengenggam buku lima ku menahan marah yang teramat. Jisoo buat perangai lagi.

 

            Jam menunjukkan sudah pukul 5 petang. Jisoo masih tidak pulang. Cuaca di luar tidak baik. Langit semakin gelap. Pastinya mahu hujan sebentar lagi. Marah aku membuak-buak. Aku tidak akan memukulnya, tetapi aku mahu memberi ‘pengajaran’ kepadanya. Buat petama kalinya dia keluar dari pagi hingga petang tanpa pengetahuan ku. Hati ku semakin sakit.

        Jisoo pualng kerumah dengan tidak berdaya. Aku mahu memarahinya tetapi niat ku terbantut kerana jisoo hampir terjatuh di hadapan pintu, nasib aku sempat menyambutnya. Badannya basah.

        “Sayang pergi mana?” Aku bertanya menahan amarahku.

        “Pergi mati.” Katanya ringkas tetapi amat menyakitkan. Sentap. Bau alcohol yang kuat datang darinya.

         “Sayang pergi minum?” Tanya ku lagi. Aku cuba mengangkatnya tetapi dia enggan bangun.

         “Aku menyanyangi mu Song mino! Aku mencintai mu Song Mino! Mengapa kau harus lakukan aku begini?” Jisoo menyoal ku. Ku fikir ini mesti kes cemburu lagi, disebabkan itu dia mabuk. Cemburu dengan anak majiakan aku iaitu Yoo Lalice. Lalice adalah seorang yang cantik, dia berkerja sebagai peragawan pakaian di Bandar ini. Gadis cantik ini selalu mendekati ku. Kerap memikatku, tetapi aku tidak mengendahkannya. Aku hanya melayannya sebagai anak majikan ku. Semalam, waktu aku menyiapkan tugasanku, Yoo Lalice datang membawa makanan untuk aku. Silap aku, kerana perut ku berbunyi-bunyi seperti gendang cina lalu aku makan bersamanya. Kerja ku terus menjadi lambat. Aku tidak menyalahi Kim Jisoo untuk cemburu, aku sebenarnya lebih suka dia cemburu terhadap ku. Ini bermakna dia amat mencintaiku. Cemburu tanda cinta.

         “Sayang cinta abang?” Tanya ku pula.

         “Aku amat mencintaimu! Sungguh! Aku tidak pernah menipu tentang perasaan ku terhadapmu.” Dia mula menangis. Kali ini, dia meraung sekuat hatinya. “Song mino, Aku cinta pada mu! Kenapa kau lakukan aku begini?? Mengapa kau perlu lakukan aku begini? Kenapa kau hancurkan hati aku?”

        Aku fikir kerana dia mabuk, dia terlalu mengikut perasaan. “Abang juga mencintai sayang.” Aku cuba memujuknya. Lantas, dia bangun dan mula menolak barang-barang perhiasan diatas meja jatuh kebawah. ‘Pranggg’ barang-barang tersebut pecah. Jisoo naik gila.

         “Aku tidak boleh hidup begini! Aku tidak mahu hidup begini!” katanya sambil mencampak gambar-gambar kami jatuh kebawah. Pecah. Berkecai bingkai gambar tersebut. Hati ku turut berkecai melihatnya. Apa sudah terjadi pada mu sayang? Kau betul-betul marah kepada ku?

        “Aku benci penipu! Mungkir janji!” Kim jisoo berteriak kuat. Bergema rumah agam itu.

        “Aku sayang pada mu, ini yang kau balas pada ku mino?” katanya lagi. Aku terdiam dengan perbuatannya.

        “kau kata kau mahu menikahi ku? Bina istana mahligai bersama ku dan anak-anak kita. Tapi kau penipu!” Katanya.

         “Anak? Kau mengandung?” tanya ku.

         “Aku tidak bakal ada zuriat tanpa mu… Aku mahu hidup bersama mu.” Katanya shahdu. Aku mula menarik nafas lega. Aku mahu anak yang sah. Lalu, aku memeluknya. “maafkan aku sayang..” bisik ku ditelinganya.

         “Aku tidak akan memaafkan mu.. tidak.. aku benci kau Song Mino.” Katanya, dia melepaskan pelukanku. Aku seorang lelaki yang berbeza. Setia dan hanya cinta pada kekasihnya. Walaupun aku kelihatan psyco dimatanya, tetapi aku hanya ingin melihat dia bahagia.

 


 

TONIGHT

 

       Malam itu, jisoo tidak bercakap dengan ku. Dia lebih menyendiri. Aku naik musykil dengan tindakannya. Besarkah salah ku terhadapnya sehingga dia begitu benci akan aku? Aku hanya makan bersama Yoo Hani, bukan meniduri Yoo Hani. Tidak akan. Aku tidak akan meniduri gadis lain kerana aku mencintai Kim jisoo.

       Aku cuba memeluknya, tetapi dia tidak membalas pelukanku. Dia kerap menangis dan kelihatan murung.

      Keesokkannya juga begitu, dia kerap menangis, mengamuk dan memaki hamun ku. Aku cuba tenang, aku tidak akan marah. Mungkin jisoo terlalu sayang kepada ku, dia tidak dapat menerima tindakan ku yang makan bersama orang lain, sedangkan dia menunggu ku. Dia ingin melakukan kejutan buat ku, tetapi aku lewat. Makanan yang dimasaknya dibuang, bunga yang menghiasi ruang makan menjadi layu, dia pula dikurung di dalam sangkar rumah ini. Dia berhak marah. Aku mengurungnya seperti puteri repunzel yang dikurung oleh nenek kebayan di dalam sebuah menara. Dia langsung tidak mengetahui dunia luar. Dia tidak mempunyai sesiapa selain diriku. Aku pula melakukan perkara itu kepadanya, dia patut menghukum ku.

 

      Sudah 3 hari berlalu, dia tetap begitu. Aku fikir dia sudah gila kerana tidak mahu makan, mandi dan terus menangis. Dia tidak tahan tinggal bersama ku. Dia tidak bahagia. Dia menganggap aku menyeksanya. Malah Jisoo pernah cuba mencederakan dirinya, tetapi aku sempat menghalang perbuatannya. Dia memang gila. Tetapi, aku tidak kisah tentang kegilaannya, aku juga seorang yang gila terhadap cintanya. Aku tidak mengalah dan terus memujuknya, Cinta itu pedih. Aku tidak hairan. Aku tidak putus asa untuk memenangi hati jisoo kembali. Aku sanggup bertarung nyawa deminya. Cinta ku padanya cinta mati.

 


 

 

EMPTY

 

        Pagi itu, langit cerah, cuaca sangat nyaman. Aku terjaga dari tidur ku kerana pelukanku mejadi kosong. Maksudku, jisoo tiada disisi ku. Aku melihat sekeliling, kenapa aku rasa sesuatu yang aneh. Aku terus mencarinya di bilik-bilik, ruang tamu, loteng, dan halaman rumah. Jisoo hilang lagi. Jantung ku berdegup kencang lain macam. Hati ku mula tidak sedap. ‘pasti ada sesuatu yang terjadi.’ Lantas aku memasuki bilik ku, melihat almari bajunya. Kosong. Aku terkaku, lalu jatuh terduduk. Aku tidak percaya.

        “Dia meninggali aku..” Aku menahaan sebak.

        “Dia betul-betul meninggali aku..” Air mata jantanku mula mengalir.

         Aku berjalan kaku ke dapur. Aku mendapati ada sepucuk surat terselit dibawah piring, bersama sekeping sandwich telur kegemaran ku, segelas susu dan beberapa keping pancake chocolate.

 

 

Dear Song Mino.

     Sayang pergi. Sayang akan pergi jauh dari sini. Jauh dari kampung. Sayang akan pergi luar dari Bandar ini .Sayang tidak sanggup hidup disini lagi.

Sayang ingin mencari kebahagiaan sayang. Abang jangan lupakan sayang. Jangan lupa setiap kenangan kita. Sayang cintakan abang sepenuh hati, tetapi hati sayang pedih bila memikirkan abang. Sayang taknak abang tersakiti. Sayang nak sematkan nama abang dalam hati Jisoo. Sayang takkan pernah lupa cinta kita. Walaupun telah banyak kita lalui. Terima kasih kerana memilih sayang dan menjaga sayang selama ini. Terima kasih kerana cinta abang. Sayang harus pergi membawa kesedihan dan penderitaan sayang ini. Sayang akan pergi. Sayang akan ikut abang kemana abang pergi.

Jangan tunggu sayang. Jangan lupa makan. Jangan lupakan kisah kita. Jangan tunggu. Jangan tunggu Jisoo. Jisoo akan turut bersemadi dan mati dalam hati abang.
 

Yang benar,
- Kim Jisoo -

 

 

        Aku terus berlari keluar, berlari sepenuh hati ku ke jeti di hujung bandar. Boat penumpang untuk keluar dari Bandar telah pun pergi beberapa minit tadi. Ini satu-satunya jalan untuk keluar bandar diatas sebuah pulau yang kecil ini. Boat bergerak tidak jauh dari pandangan ku, aku masih dapat melihat boat tersebut. Aku dapat melihat kelibat jisoo yang sedang duduk. Aku menjerit sekuat hatiku “Kim Jisoo!!!!!” tetapi dia langsung tidak berpaling, dan terus memandang hadapan. Tampaknya, Jisoo bertekad untuk meninggalkan aku dan kisah cintanya.Selamat tinggal Song Mino, Jisoo sudah meninggali mu....

     Aku tersentak. Hati aku hacur berkecai. Hati ku luntur. Hatiku musnah punah. Kenapa dia sanggup melakukan perkara sebergini kepada ku. Aku duduk diatas jeti dan mula teriak. Air mata ku mengalir deras. Buat pertama kalinya air mata ku mengalir sebanyak itu. ‘Cinta hatiku sedang pergi…’ hatiku turut berteriak. Aku berjanji akan tetap menunggunya. Dia tidak akan menemui kebahagiaannya, kerana kebahagiaannya itu adalah diri aku. Hanya aku yang bisa membahagiakan dia. Tiada sesiapa boleh membahagiakan dia seperti aku. Aku akan tetap menunggunya walaupun seribu tahun sudah berlalu. Aku yakin dan pasti dia akan kembali kepada ku. Pasti! Ya, dia akan pulang! Pulang dengan kerinduan yang melampau terhadapku.

 


 

 

LOVE IS A LIE

 

     Sudah masuk setahun aku menunggunya. Jisoo pasti pulang. Hari ini hari ulang tahun kami. Aku yakin dia pasti pulang. ‘Ya.. sayang akan pulang kan..’ Aku menahan sebak ku.

     Aku tidak hairan orang memandang ku sebagai orang gila kerana sanggup menungunya disitu. Setiap petang aku akan  menunggunya di jeti, Aku turut menunggunya hingga larut malam.

      Aku mengigati saat perkenaal kami. Sungguh indah takdir pertemuan kami. Ketika umur ku 12 tahun, aku ditemukan dengan seorang budak perempuan di jeti ini. Dia ialah Kim Jisoo. Sungguh anggun. Bagiku dia seperti bidadari. Senyumannya telah memberhentikan jantungku. Dia amat memukau ku ketika itu. Jisoo memakai baju blouse berwarna putih.

      Saat kami bercinta, aku telah melakukan pelbagai masalah, tetapi dia mengharunginya tanpa merungut. Dia sebenarnya seoarang yang penyabar. Dia juga seoarang yang ceria. Aku merindui tertawanya. Lawaknya cukup menggelikan hati.

      Cinta itu penuh penipuan. Ketika aku menyakitkan hatinya, dia hanya menipu hatinya dengan tersenyum dihadapan ku, sebenarnya dia menahan kesedihannya. Dia sangat penyabar. Tetapi, setelah kami bertunang, ibu bapanya pun meninggal dunia dan dia mula menetap dengan ku, perangainya mula berubah. Dia tidak seceria dulu. Dia kelihatan terseksa.

      Aku turut menipunya dan hatiku. Aku berlakon tenang, sedangkan aku menangis kerananya. Ahh Kim Jisoo aku sanggup mati dari kehilangan mu.

      “Aku mendengar ada aur-aur berita tentang mu. Mereka mengatakan Kau sudah mati kerana membunuh diri. Betulkah?” soal ku.

      “Aku turut mendengar khabar mu bahawa kamu mati dalam kemalanagan. Betul kah?” tambah ku.

     “Aku turut mendengar…..” Aku tidak menahan sebakku, aku tidak dapat menghabiskan kata-kataku, air mataku mengalir lagi. “y-yang kau sanggup menikahi orang lain. Betulkah?”

      Aku melihat diriku di dalam air yang jernih. Aku terdiam. Adakah aku berhak menunggu mu? Adakah sayangku sudah menemui kebahagiaannya?

 


 

CONFESSION

 

        Aku tetap menunggunya di jeti itu siang dan malam. Aku yakin sayangku bakal kembali.

       “Abang, sudah senja ni. Boat takkan kembali ke sini pada waktu begini.” Seorang kanak-kanak menarik-narik baju ku.

       Aku pun memandangnya.

      “Penyibuk. Jangan ganggu aku lah budak.” Kata ku tidak melayannya.

      “kau masih menunggu Kakak itu?” Tanyanya.

      “Siapa? Kim Jisoo? Aku harus menjemputnya sekiranya dia pulang.” Balas ku.

      “Bagaimana kau tahu aku menunggunya?” Tambah ku.

      “Kerana aku telah memerhatikan abang sejak hari pertama kau disini. Kau teriak dan memanggil namanya. Rumah ku disana. Aku dapat melihat perbuatan mu dari jauh.” Katanya lagi. Lalu, seorang nenek tersangatlah bongkok mendekati kami.

       “ya nak, kami memerhatikan gerak geri mu disini.” Nenek itu pula menyampuk. Orang tau ni penyibuk juga ya.

         “Aku tidak hairan langkah ku diperhati. Aku harus menunggunya.” Jawab ku tegas.

        “Tapi kau harus beringat. Tempat ini ‘keras’. Maksud ku, jeti ini berpenunggu. Penduduk Bandar ini mengadu telah terserempak dan melihat penunggu jeti. Lebih baik sekiranya kau pulang awal.” Kata nenek itu lagi.

       “Aku tidak takut. Akan ku mintanya izin untuk aku terus menunggu disini dan sampaikan salam kalian kepada mereka.”Kata ku angkuh.

 


 

SMILE AGAIN

 

             6 tahun berlalu, aku masih menunggunya disitu. Aku kerap berulang dari rumah ku dan ke jeti untuk menyambut kepulangan kekasih hatiku. Aku masih yakin untuk menunggu kepulangannya. Aku ingin melihat dia membawa kebahagiannya. Sedikit-sedikit hati ku beransur pulih. Cintaku padanya tidak pernah hilang walaupun sesaat. Seperti yang aku bilang, cintaku cinta mati.

         Hari ini hari ulang tahun kami. Untuk tahun ke-enam tanpa Kim jisoo disisi, entah mengapa naluri hatiku kuat berkata kau akan pulang kepada ku. Kau bakal merindui ku sepenuh jiwa raga mu. kau akan tersenyum apabila melihat aku yang menjemput mu.

        Jam menunjukkan pukul 7 pagi, boat akan sampai pada waktu begini. Dada ku semkin berdebar-debar.

       Aku dapat melihat kelibat dari jauh dengan samar-samar kabus yang agak menebal. Aku tidak dapat melihat dengan teliti muka penumpang-penumpang yang turun dari boat. Tetapi, aku mengenali harumannya. Aku tidak pernah lupa bau harumannya walaupun sudah 6tahun dia pergi meninggalkan aku.

        “Bau haruman Kim Jisoo.” Aku mencari-cari kellibatnya.

       Akhirnya aku melihat seseorang yang amat aku kenali. Gadis itu mengikat sangul rambutnya, memakai topi dan baju putih dan berskrit hitam. Sungguh elegan. Itu Kim Jisoo kesayangan aku. Dia terlihat matang dengan menggayakan pakaian itu. Aku ingin memeluknya, tetapi langkah ku terhenti. Jisoo mendukung seorang kanak-kanak perempuan dan bersama seorang lelaki.

      “Hanbyul-ahh kita dah sampai.. ke kampung mama.” Katanya kepada budak kecil itu.

      ‘Mama?’ mataku membulat. Itu bukan anak aku, rupanya seiras jisoo dan lelaki disebalahnya. Kelihatan anak itu lingkungan umur 3 hingga 4tahun. Badannya kecil.

     Lelaki itu memegang pinggan Jisoo, Jisoo tersenyum manis.

     “Sayang, kita pergi rumah sayang ye..” kata lelaki itu.

      ‘Sayang?’ hatiku seperti dirobek. Aku rindu untuk memanggilnya ‘sayang’. Aku yakin jisoo akan pulang, tetapi bukan ini yang aku mahukan. Kini, aku mahu apa yang terjadi di depan mata ku hanya lah mimpi ngeri.

     Mata Jisoo memandang ku. Dia sedang melihat ku. Dia tersenyum. Sungguh cantik. Aku merindui senyumannya. Aku sangat-sangat merindui senyuman itu. Senyuman ikhlasnya. Sudah lama aku menginginkan senyuman itu kembali sejak kami bertunang.

     Aku terus menyorok dibelakang tiang di jeti itu. Aku berharap agar dia tidak menegur ku dihadapan suaminya. Kini, aku sedar bahawa dia benar-benar telah mendapatkan kebahagiaannya. Aku kalah. Song Mino, akhirnya mengalah.

 

 


 

HAPPEN ENDING.

      Aku berlari kerumah dengan hati yang hancur. Air mataku mengalir seperti air, tidak dapat diberhentikan. Kau tahukan apabila hati kau dihancurkan? Kau tahukan perasaan orang yang menunggu dengan sia-sia.

       Tiba-tiba pintu rumah ku dibuka. Kedengaran suara seorang kanak-kanak perempuan, seorang lelaki dan seoarng perempuan memasuki rumah agam ku.

        “Mama… rumah ni seram lah..” kata anak kecil itu.

        “Ini rumah mama dengan kekasih mama dulu.” Katanya.

        Itu suara jisoo. Ahhh damn. Aku belum menukarkan kunci rumah ini. Kunci pendua padanya.

       Aku turun ke ruang tamu, untuk melihat tetamu yang tidak diundang itu.

       “Ini ke rumah Song Mino?” Tanya suaminya.

        “Nae, kelihatan rumah ini tidak berubah.. Semakin using dan berhabuk sejak Kematian Song Mino.” Kata Kim Jisoo.

       ‘Kematian Song Mino? Adakah kematian aku?’

       “Surat ku masih disitu..” kata Jisoo sebak. Mukanya merah, air matanya mengalir.

      “Kenapa mama menangis?” tanya anak kecil itu lagi. Jisoo tidak menjawabnya.

        “Hari ini ulang tahun kami, dan hari ini merupakan hari ulang tahun kematian Song Mino yang Ke-enam.” Kata Kim Jisoo yang mula menangis teresak-esak. Dia tidak dapat menahannya. Suaminya memeluknya. Aku juga mahu mmeluknya. Rindu aku terhadapnya amat mendalam, tetapi aku tidak dapat menyentuhnya. Ya, aku sudah mati 6 tahun yang lepas.

            Sewaktu hujan lebat, aku dikejar oleh samseng jalanan, tanpa melihat kiri dan kanan aku melintas jalan. Lalu, aku dilanggar lari oleh sebuah lori yang melalui jalan hitam itu. Mayat ku hancur. Malam itu aku tidak menyedari bahawanya aku adalah roh, aku pelik dengan tindakan jisoo yang mula berubah.

 

*Flashback*

Aku teringat kata-kata Kim Jisoo sewaktu itu...

            “Aku benci penipu! Mungkir janji! Kau janji mahu bersama ku selamanya.” Kim jisoo berteriak kuat. Bergema rumah agam itu.

        “Aku sayang pada mu, ini yang kau balas pada ku mino? Kenapa kau masih meninggalkan aku? Kenapa kau pergi tanpa aku?”

        “kau kata kau mahu menikahi ku? Bina istana mahligai bersama ku dan anak-anak kita. Tapi kau penipu! Kau tetap meninggalkan aku!” Katanya.

         “Aku tidak akan memaafkan mu.. tidak.. aku benci kau Song Mino. Tetapi aku menyanyagi mu, aku tidak dapat hidup begini tanpa mu.. kau adalah naywaku Mino. Cinta ku Mino.” Katanya.

*Flashback tamat*

 

      Pagi dimana jisoo menghilangkan diri dan pulang dengan mabuk, hari itu adalah hari pengebumian aku. Aku tidak menegtahuinya.

        Aku mula pelik dengan kata-katanya. Setelah dia pergi, Aku mula menunggunya di jeti dengan harapan dia kembali. Ketika itu aku tidak menyedari bahawa aku sudah mati. Aku melihat wajah ku di dalam sungai yang memisahkan Bandar ini dengan Bandar lain. Tiada bayangku. Tiada refleksi wajahku. Aku mula hairan dan kembali melihat cermin, ya wajah ku tidak muncul dicermin. Sah aku adalah Roh. Barulah aku teringat tentnag kemalangan itu. Saat terakhir sebelum aku menghembuskan nafas adalah menyebut namamu, Kim Jisoo.

         Penunggu jeti yang dimaksudkan penunduk kampung adalah diriku sendiri, sebab itu aku tidak mengambil hairan kata-kata nenek tua dan budak itu. Aku roh yang tidak tenteram kerana cinta.

 

        Aku kembali melihat jisoo.

      “Sayang, dia dah taida.. ini bukan salah sayang. Sudah ditakdirkan begitu. Dia pasti sedang melihat kita” Lelaki itu memujuk. Ya, aku sedang melihat kalian. Alangkah bagusnya,aku ditempat lelaki itu. Aku cuba menyentuh jisoo. Tetapi tangan ku tidak dapat menyentuhnya. Aku seperti angin. Air mata ku mengalir. Aku terlihat sesuatu dijarinya. ‘Itu cincin yang ku beli dulu… dia memakainya.’ Aku tersenyum pahit menahan sebak yang menguasai diri. Aku menyimpan separuh gajiku dan berkerja keras hingga lewat malam untuk membeli cincin itu dan melamarnya. Tetapi, malang itu tidak berbau kan?

      Lelaki itu mengambil anaknya dari jisoo dan keluar.  “abang tunggu diluar.” Katanya. Jisoo hanya mengangguk.

 

      “Song mino…” kata jisoo.

     “Sekiranya abang melihat sayang sekarang, sayang sudah bahagia bersama Kang Seungyoon. Maafkan sayang kerana memungkiri janji kita untuk sehidup semati. Selama 6tahun, Jisoo memulihkan hati Jisoo. Jangan risau ya, Jisoo takkan melupakan abang. Jisoo cintakan abang. Sepanjang Jisoo merantau memulihkan derita merindui abang, Jisoo jatuh sakit. Kegagalan buah pinggang. Kang seungyoon telah mendermakan salah satu buah pinggangnya untuk jisoo. Kerana terhutang budi, Jisoo mengahwininya, dan jisoo terasa sisa-sisa bahagia itu… Jisoo tahu abang sedang melihat jisoo, malangnya jisoo tidak dapat melihat mu.. Jisoo tidak dapat mencium tangan mu, bibir mu, merasa kehangatan pelukan mu. Jisoo terlalu merindui mu. Jisoo tak kuat untuk hadapi kenyataan ini, tatapi setelah 6 tahun berlalu, akhirnya jisoo kuat, abang. Maaf buat abang menunggu jisoo. Jisoo mintak maaf. Jisoo cintakan abang. Sayang abang. Jisoo minta diri dahulu.” Air mata jisoo mengalir deras seperti air mata ku. Jisoo meletakkan sejambak bunga di hadapan gambar ku. Aku betul-betul mahu mengucupnya buat kali terakhir. Dia melangkah pergi dari rumah ku. Badan ku mula samar-samar dan aku turut hilang seperti angin. Penungguan ku tidak sia-sia, dia berhak mendapat kebahagiaan itu. Itu namanya pengorbanan cinta.

-The End-

Until You Return.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
BarmyDew
2018: cover baru. Huhu tak sangka dah 3 tahun dah. yang best tu, time aku buat fics ni, Jisoo masih lagi trainer YG. Sekarang, Jisoo a.k.a Chichoo / jichu aku nih adalah member BLACKPINK. Sesiapa suka cerita ni, boleh la re-call- re-call bacca tuh. HIHI Thanks for those yang support saya.

Comments

You must be logged in to comment
Qnaa1999
#1
Chapter 1: Sooooooo beautiful
inaequanimous
#2
Bacer balik :')
youngminbfminwoo
#3
Chapter 1: Awak buat saya memangis lagi
Tak sangka macam tu ending nya
TT_TT
m_nanakim
#4
Chapter 1: woah..... boleh dibuat movie crita ni! memang daebak! *thumbs up*amazed*
Eli_Shane
#5
Chapter 1: /cry hard
sedihnya wuuuuuuu u_u
whitelove
#6
Chapter 1: Maigad--TTT____TTT / hnya mmpu nangis/
ShiMatoki
#7
Chapter 1: sumpah ff kau dah buat aku mengalir air mata /tak tipu/
angst thp superb. rupanya last skali baru aku tau yang mino dah mati u,u
best best bestt /hntar kat penerbit fixi/ lol
parkyura98
#8
Chapter 1: Sedihnye..mino baik sgt..x sgke rupunye due dh mati! sedihnyeee :'(
inaequanimous
#9
Chapter 1: whyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy