05

Enemy Or Friend ?

"Gieokhaejwoooo-"

"HYUNGG!" mereka berenam terjerit geram. "Hyung, kenapa suara hyung pecah?!" Sungjong menghentakkan kaki, geram. 

"Duh, dah 3 kali kita ulang.." Sungyeol mengeluh, botol mineral dicapai. Sunggyu menggosok mukanya berkali kali. Stress. Mereka berhenti dari latihan tersebut.

Suasana tegang. Woohyun mendekati Sunggyu dan duduk di sebelahnya. "Gyu, kau okay tak ni? Story lah dekat kitorang.." dia mengusap belakang Sunggyu. 

"Aku minta maaf korang, aku cu-"

"Hyung! Jangan minta maaf! It's okay." Dongwoo tersenyum lebar. Hoya mengangguk perlahan. "Takpelah hyung, comeback lama lagi. Apa kata kita rileks dulu.." Myungsoo menyampuk.

Tingtong!

"Siapa pulak yang datang studio petang petang ni? Pergi bukak pintu!" arah Sungyeol. Sungjong mencebik dan berlari turun untuk membuka pintu.

INFINITE telah melabur duit untuk bangunan persendirian ini. Ada dua studio - studio biasa dan studio cermin. Untuk mirror dance.

Ada bilik muzik - menempatkan piano sebiji, satu set dram dan 3 gitar eletrik dan satu gitar akustik.

Dan ada bilik rehat - pendingin hawa, satu set sofa dan televisyen.

"Hi?"

"KAIIII!!"

"Hehe." Kai meletakkan plastik Domino dan plastik air. "Domino?" Hoya mula teruja. "Jom makan!"

Kai mengeluarkan empat set pizza large. Mereka makan bersama. "Kau dengan Daeun, amacam? Okay?" Sunggyu menyiku Woohyun di atas soalan yang tidak pintar sama sekali itu (maigod tatabahasa aku)

"Entahlah. Hyung belasah Jungkook eh semalam?" Sunggyu tersengih.

Kai tergelak kecil. "Tahu. Nampak semalam. Dekat belakang 7E kan?"

Semua tergelak. Loceng berbunyi lagi. "Arghh!" semua mengeluh kasar. "Biar Kai buka."

PANG!

Tamparan wanita. "Kau ni memang tak guna kan?" 

"KAU KAN YANG BELASAH JUNGKOOK?!" Daeun menengkingnya. 

Kesabaran Kai makin menipis. Sewaktu dia membuka pintu, Daeun menariknya keluar dan menamparnya, kuat.

"AKU TANYA NI, JAWABLAH!"

"HAAH! MEMANG AKU YANG BELASAH JANTAN TU! PAHAL?"

PANG! Kena lempang lagi. Kai makin bengang. Kebetulan, ada budak kelas mereka yang hang out di situ. Mereka berbisik satu sama lain.

"KAU KENAPA CARI PASAL? DAHLAH AMBIL BUKU AKU! BELASAH JUNGKOOK! KAU NAK APA SEBENARNYA?!"

"APA JERIT JERIT NI?" Sunggyu datang. Dia meradang, sangat. INFINITE hanya menggelengkan kepala.

"KAU MEMANG TAK BOLEH BIAR AKU HIDUP TENANG KAN?! KAU NAK APA SEBENARNYA?" Daeun semakin menggila. Dia memukul dada Kai. 

"Aku nak kau putus dengan Jungkook." kawan sekelas mereka yang berkumpul tadi berbisik bisik.

"Kai suka Daeun?"

"Jungkook kena belasah?"

Daeun terlopong. "ALONG! DENGAR TU! SURUHLAH DIA BERAMBUS DARI RUMAH KITA!"

"DIAMLAH DAEUN!" tengking Sunggyu. Mata Daeun berkaca.

"Tak payah halau." Kai berlalu, lalu berhenti di belakang Daeun. "Aku tahu dekat mana aku berpijak. Aku sedar diri."

 

 

 

 

 

 

"Along dah malas nak marah marah lagi, Daeun.." Sunggyu mengeluh lemah. "Pandai pandailah kau fikir. Kau dah besar." Daeun tersedu sedu. 

Sungjong mendekati Daeun dan memeluknya. "Dahlah Eun.." Mereka duduk di dalam bulatan dan berbincang. Dan Daeun sudahpun mendengar rakaman perbualan Jungkook dan Eunsae.

Hatinya sarat, dengan rasa bersalah. Kesian Kai! Sekarang semua dah jelas! Jungkook memang tak guna.

"To be honest, oppa lagi suka Kai dari Jungkook. Kai jujur. Jungkook fake." terang Sungyeol, selaku 'oppa' paling disayangi oleh Daeun. "Takpelah Daeun, biar oppa je lah jadi boyfriend Daeun.." Daeun tergelak kecil, dalam tangis.

"AYEEEEEE~ Sibuk nak test jugak. Sunggyu hyung tak restu! Tak boleh!" Myungsoo membuat tanda 'X' bermaksud tak boleh.

"Takpe Daeun. Oppa rasa mesti Kai akan maafkan. He's nice." tambah Dongwoo. "Tapi besar kot kesalahan Daeun! Lempang dua kali, menuduh, menengking dan memaki! Nak ke Kai maafkan dia?" semua menjeling ke arah Woohyun.

Ish, tak membantu betul!

"Daeun.. " semua memandang Hoya. 

"Tahu tak? Orang yang first, ialah orang yang special."

"Maksudnya?" Daeun memandang Hoya dengan berkerut. "Kai orang first yang selalu kena maki.."

"Kai orang first yang Daeun belasah.."

"..Kai orang first yang terjun dalam kolam untuk selamatkan Daeun.."

"..Kai yang pertama kena lempang dengan Daeun.."

"Hati boleh berubah ubah. Sekarang, jawab dalam hati.."

"Daeun nangis ni, sebab perangai Jungkook ke.. ataupun sebab rasa bersalah dekat Kai?"

Shot! Jantung Daeun ibarat dipanah oleh soalan Hoya.

 

 

 

 

 

 

"Kenapa awak ajak saya keluar malam malam ni?" soalan Jungkook dibiar sepi. Malam ini Daeun tak mahu marah marah, cukuplah dia tengking Kai petang tadi.

"Awak? Okay tak ni?" Jungkook memandang wajah Daeun. "Awak sayang saya tak?" suara Daeun bergetar. Tak sangka, first love dia seorang penipu.

"Mestilah saya sayang! Awak .. kenapa ni?"

"Saya nak break up. "

"Kenapa?" Jungkook bagaikan terkena eletric shock. 

"Awak penipu. Buku tu kerja awak kan? Bukan Kai." tangisan Daeun pecah.

"Eunsae tu girlfriend awak. Saya cuma classmate awak."

Jungkook memang terkejut gila.

"Along saya yang tumbuk awak. Bukan Kai."

"Awak tak layak sakitkan Kai, awak tahu?" Jungkook geram.

"Awak rampas Eunsae dari dia. Sekarang awak still nak sakitkan hati dia?!" 

"AWAK DIAMLAH!" Jungkook menengking. "Pergi mati." Daeun melanggar bahu Jungkook dan berlari pulang ke rumah. 

Sampai sahaja di rumah, dia membuka kasut Vans miliknya dan meletakkannya di rak kasut. Kasut Vans milik Kai tiada. 

Daeun teringat saat mereka berdua membeli kasut Vans bersama.

"Aku nak warna biru ni! Cantik!" Daeun menunjuk ke arah kasut Vans keluaran terbaru itu. 

"Beli je lah." 

"Ibu sekat duit belanja aku!" Kai tergelak kecil. "Jom!"

"Pergi mana?" kening diangkat. "Test kasut." wajah Daeun agak pelik.

"Aku belanjalah!" Daeun terlompat kegembiraan.

"Tahu tak kenapa aku belanja kau?" Kai tersenyum nakal. "Sebab aku cantik?"

"Sebab kau special dalam hati akuuuuu."

"Cheesyyy! Blah lah kau!" 

Daeun tersenyum kecil. Tiba tiba dia rindu Kai yang dulu. Dia rindu dirinya yang dulu. Dia rindu hubungan mereka yang dulu.

Kai adalah kawan, dan juga musuh. Dan seperti yang Hoya katakan, Kai memang special di dalam hati Daeun. Tapi tak tahu dekat mana tarafnya? musuh? kawan? kawan baik? crush?

Daeun segera naik ke tingkat atas. Sedarlah dari lamunan, Daeun oi! Kai dah tak ada!

Terima je hakikat. 

Hakikat yang Kai dah berambus dari rumah tu! Puas hati?

Kai pergi tanpa sebarang nota atau mesej!

Dan terimalah hakikat, yang hati kau tu kosong. Tanpa dia. 

'Moga moga dia datang sekolah esok.'

 

 

 

 

 

 

"Ala.. Kai dah tak ada, siapa nak belanja kita ddubeokki nanti.." kata Gokju, gadis tembam yang kuat makan.

"Dia dahlah baik. Tak sombong. Pemurah. Runginya dia pindah.." sambung Nana, naib pengawas.

"Siapa nak layan basketball dengan aku petang petang nanti.." keluh Hyunsik, kawan basketball Kai.

"Kalau lah dia tak kecil hati dengan Daeun semalam..." Dongjun, si kaki prank turut merasai kehilangan Kai. Selalunya Kai akan prank dia balik bila dia kena prank.

Walaupun baru sebulan Kai pindah situ, semua sayang dia. Sebab dia happy go lucky, selamba dan baik.

Daeun masuk ke dalam kelas. Matanya bengkak, wajahnya muram. Jungkook tak datang sekolah harini, dan Daeun tak kisah pun sebenarnya.

"Daeun.." Daeun memandang Gokju, kosong. "Ini Kai bagi." satu kotak dihulur. Daeun berdebar. "Dia.. dah pindah, pagi tadi dia datang kejap je."

Airmata yang ditahan, jatuh jua. Daeun teresak kecil. "E-eodi? Dia .. tsk.. pindah mana.."

"Dia tak beritahu. Mata dia bengkak. Pagi tadi dia muram."

Daeun membuka kotak tersebut. Kasut Vans. 

"Kai... tsk .. tskk.." makin kuat esakan Daeun. Hatinya pedih. Kasut Vans yang mereka beli bersama sama. Kai bagi pada Daeun. 

Selain itu, ada juga gelang biru.

"Gelang apa ni?" Kai menyarungkan gelang itu pada tangannya."Itu gelang permusuhan!"

Kai tergelak. 

Daeun terduduk, tersedu. Rakan sekelas mereka memandang simpati.  

Dan akhir sekali, Daeun mencapai satu sampul surat. Dia membuka sampul surat tersebut.

APINK LIVE IN SEOUL

"Kaii.."

"Kai, pinjam duit!"

"Sukati kau je! Nak buat apa!" Kai menjeling. "Aku nak pergi konsert Apink!!"

"Tak boleh."

"KEDEKUTT!"

Daeun memegang tiket itu. Ada dua. 

Mesti Kai dah rancang untuk pergi ke konsert itu bersama sama. Sudah tentu.

Daeun tersedu sedu. "Jangan nangis.." Nana memeluk Daeun. Diikuti Gokju dan semua murid perempuan kelas itu.

Sekurang kurangnya mereka tahu, sesombong sombong Daeun, dia masih lagi ada rasa timbang rasa.

 

 

 

 


 

 

Long update lagi. hihi

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Ayien_yen #1
Chapter 5: T~T...so sad..update soon
JiiHan #2
Chapter 2: cerita ni sangat best!!
update! update! please~
exo_baekhyun99 #3
Chapter 3: Daebak cita nie..!!..ppalli update..!!