Bab 1

My Eyes Adored You [Malay Version]
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

 

 

Jika aku jatuh cinta pada kau, adakah kau akan jatuh juga?

 

Sehun hampir tersenyum membaca mesej yang tertulis pada nota itu tetapi segera menghentikan dirinya sendiri. Selama dua minggu semenjak dia berpindah ke universiti barunya, dan hanya tiga hari selepas hari pertamanya di sana, dia mula menerima sekotak jus strawberi dengan sebuah nota yang melekat padanya.

 

Sesiapa pun yang meninggalkan benda tu di dalam lokernya setiap hari masih merupakan sebuah misteri buatnya. Reaksi awal semasa kali pertama dia menerima benda-benda itu sudah semestinya terkejut. Dia tahu perkara ini adalah perkara-perkara yang dilakukan oleh seorang peminat rahsia, tetapi dia tidak mahu percaya yang minuman-minuman serta mesej-mesej romantik tersebut betul-betul datang daripada seorang penggemar. Siapa saja yang mungkin menyukai dirinya? Tiada sesiapa pun yang sukakan dia. Kecuali mungkin satu-satunya sahabat yang dia punya sewaktu zaman kanak-kanaknya. Namun sahabatnya yang itu juga turut meninggalkan dirinya. Dia sentiasa tidak diterima dalam kumpulan sosial. Dia merupakan budak nerd yang typical daripada rupanya sehinggalah personalitinya: Rambut yang dibelah tengah. Kaca mata besar. Seluar yang ‘tinggi’. Introvert. Pandai.

 

Dia berbeza, dan dia tahu itulah sebabnya mengapa dia tidak memiliki kehidupan sosial yang normal. Dia tidak pernah mahu menjadi seorang penyendiri pada mulanya. Dia dahulunya seorang kanak-kanak yang mahukan kawan-kawan dan merasakan bahawa dirinya disayangi, tetapi orang-orang lain selalu menolaknya. Sehinggalah dia sudah biasa bersendirian dan berhenti mengharapkan interaksi sosial sepanjang masa dia membesar. Lebih baik begitu daripada terus ditolak lagi dan lagi.

 

Oleh sebab itulah dia yakin sesiapa pun yang meninggalkan benda-benda tersebut dalam lokernya hanya mahu memperbodohkan dirinya. Lelaki atau perempuan itu pasti sedang memerhatikan dia sekarang, ketawakan dia, jadi dia memastikan untuk mengekalkan wajah tanpa ekspresi apabila dia membaca mesej yang tertulis pada nota itu, tidak kira betapa manis dan romantiknya kata-kata tersebut. Ianya telah berlangsung selama dua minggu dan dia mula terbiasa dengan minuman dan nota yang dia jumpa dalam lokernya setiap hari, yang mana perkara ini adalah buruk kerana dia tahu pemberi itu tidak ikhlas. Semuanya cuma satu gurauan melampau. Sekurang-kurangnya itu adalah apa yang dia mahu percaya kerana dia tidak mahu meletakkan harapan yang tinggi.

 

Melepaskan sebuah keluhan, dia menutup lokernya dan menuju ke kelas pertamanya. Professor tiada di sana lagi ketika dia tiba, jadi dia membuka novel fiksi sains yang menjadi kegilaannya kini dan sambung membaca dari tempat yang dia tinggalkan malam tadi.

 

“Kai, aku ingat kau ada photoshoot hari ni?” Suara seorang lelaki berteriak, serta-merta membuatkan Sehun mengangkatkan kepalanya. Dia memerhatikan Kai yang berjalan masuk ke dalam ruangan dan menuju ke tempat duduknya yang biasa, terletak beberapa barisan dari tempat duduk Sehun. Mengambil tempat duduk di samping dua orang siswa yang sering bersamanya, pandangan mata Kai bergerak pantas ke arah Sehun untuk sesaat, membuatkan Sehun cepat-cepat menundukkan kepalanya.

 

Jantung Sehun berdegup dengan pantas, bukan hanya kerana dia tertangkap memerhatikan Kai, tetapi dia cuma masih tidak terbiasa melihat Kai setiap hari. Ianya masih terasa tidak nyata. Dia telah terbiasa melihat Kai di dalam majalah fesyen yang adik perempuannya suka kumpul. Bila-bila masa adiknya menunjukkan gambar Kai padanya, mengatakan bahawa dia bercita-cita bagi mendapatkan lelaki itu sebagai modelnya memandangkan dia terinspirasi untuk menjadi pereka fesyen, dia tidak mampu berbuat apa-apa tetapi berasa kagum. Dia rasa Kai itu menarik. Dan semasa pertama kali Sehun melihatnya di kelas, dia hampir melepaskan minuman yang sedang dia pegang. Dia tidak tahu bahawa Kai menuntut di universiti ini, dan dia sudah semestinya tidak pernah membayangkan yang dia juga akan berada di dalam kelasnya. Kai lebih mempesonakan dalam kehidupan sebenar dan Sehun tidak dapat dinafikan telah tertarik padanya, walaupun dia sangat sedar yang seseorang macam Kai tidak layak buatnya. Kai adalah bintang dunia yang terkenal dalam industri peragaan. Hot, popular, kaya. Sesuatu yang Sehun tiada, dan tidak akan pernah ada. Kai duduk hanya beberapa barisan dari tempat duduknya, tetapi tentunya terasa seolah-olah satu juta batu darinya.

 

Membuang fikirannya itu tadi, dia mengambil mp3 player lama miliknya di dalam beg dan menghanyutkan dirinya dengan genre muzik kegemarannya – rock, kemudian berbalik semula menyibukkan dirinya dengan buku fiksi sains di atas mejanya.

 

“Ianya dibatalkan. Kenapa?” Kai menjawab Minseok.

 

“Aku beritahu kau malam tadi dalam phone yang kakak aku beli copy Vogue dan dia nak tandatangan. Tapi aku tak bawa sebab kau cakap semalam kau tak akan ada dalam kelas hari ni.”

 

“Bawalah esok.”

 

“Aku tak ada esok.”

 

“Kenapa?” Luhan dengan cemas bertanya.

 

“Perjumpaan keluarga. Esok hari terakhir mak cik dan sepupu aku kat Seoul.”

 

Luhan memasamkan muka. “Oh. Okay…”

 

Kai memerhatikan Luhan sesaat sebelum bepaling semula kepada Minseok. “Kita keluar hari sabtu ni, kan? Kalau macam tu bawa sekali majalah tu.”

 

Minseok mengangguk. “Okay.”

 

 

 

 

“Tema kita untuk minggu depan adalah fiksyen sains. Saya nak awak sediakan satu kajian tentang filem Interstellar. Awak akan present hasil kajian awak kat depan kelas hari Isnin nanti. Buat secara berpasangan.”

 

Ketika mendengarkan Mr.Choi mengatakan yang mereka perlu membuat tugasan itu secara berpasangan, Kai cepat-cepat berpusing untuk melihat Sehun. Dia risau kerana dia tahu orang macam Sehun yang sentiasa bersendirian dan tidak pernah berinteraksi dengan rakan sekelasnya mungkin berdepan dengan saat-saat sukar bagi menanyakan seseorang untuk menjadi pasangannya. Dia memerhatikan Sehun yang duduk diam di kerusinya dan menundukkan kepalanya, kelihatan cemas. Kai sepatutnya boleh mendatanginya dan menanyakan dia untuk menjadi pasangan, tetapi dia tidak dapat turut serta dalam aktiviti sebab dia tiada dalam kelas minggu hadapan. Dan sekiranya dia ada sekali pun, dia tidak pasti jika dia betul-betul mampu mengumpulkan keberanian untuk berbicara dengannya. Akhirnya, dia melepaskan sebuah nafas apabila dia nampak Baekhyun menghampiri Sehun. Memalingkan kepalanya semula ke hadapan sebelum Sehun menangkapnya, dia berharap Sehun akan jumpa sekurang-kurangnya satu kawan di dalam kelas mereka. Kai mahu menjadi kawan itu, atau lebih daripada itu, tetapi buat masa sekarang, semua yang mampu dilakukan adalah mengekspresikan kekagumannya secara ‘anonymous’, kerana dia masih tiada keberanian bagi mengambil langkah berikutnya.

 

 

 

 

“Hai,” sapa Baekhyun.

 

Sehun mengangkat pandangannya dan memandang Baekhyun, terkejut.

 

“Kau nak kita jadi partners?” Baekhyun terus bertanya walaupun Sehun tidak menyapanya kembali. Apabila Sehun cuma berkedip padanya, dia tiba-tiba tersedar yang dia belum mengenalkan dirinya terlebih dahulu. “Oh, aku Baekhyun, by the way.” Dia menghulurkan tangannya dan menunggu sebab ia mengambil masa sekurang-kurangnya empat saat sebelum Sehun menyambut tangannya dengan sopan.

 

“Aku Sehun.”

 

Baekhy

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Peacenowar #1
Chapter 1: lama tak update, update please
-nahyun
#2
Chapter 1: kyaaa~ palli update!! kai gay ke? hehe