CHAPTER 10

Mate
Please Subscribe to read the full chapter

6 bulan tak update.. Sorry sangat-sangat T-T.. New update.. Enjoy.. Thanks for subcribers and upvoters ^^

 

Suasana pagi sangat nyaman dengan matahari masih belum menampakkan wajahnya. Sebatang tubuh yang tadinya lena di atas katil, mula resah. Sejenak kemudian terus terbuka sepasang mata itu. Mungkin waktu ini terlalu awal. Seketika, dia rasa macam dejavu apabila terbangun di tempat baru itu. Terasa asing.

 

Rasa itu hilang apabila teringatkan dirinya di mana dan kenapa dia berada di sini. Lalu tanpa berlengah, Hyura mencapai tualanya dan bergerak ke bilik air. Cukup lima belas minit, Hyura keluar dengan badan yang segar. Sambil menunggu matahari muncul, Hyura duduk di atas tempat yang berkusyen, di sebelah tingkap.

 

Hyura yakin satu masa dahulu, di tempatnya duduk ini adalah sebuah balkoni kecil sebelum diubah suai menjadi almari kecil paras paha dan balkoni itu kemudiannya ditutup dengan cermin kaca, menjadikan ia sebahagian ruang besar bilik ini.

 

Hyura bersandar sambil merenung ke luar. Dia perasan ada sebuah balkoni sederhana besar disirami lampu di tingkat atas sebelah kanan biliknya dan Hyura tahu milik siapa balkoni itu. Senyuman nipis terukir di bibirnya mengenangkan pemilik balkoni itu.

 

Lama Hyura hilang dalam khayalannya. Rancangannya selepas ini, dapatlah dia meninjau-ninjau sekitar rumah ini sebelum penghuni-penghuninya yang lain memulakan hari.

 

Rancangannya bermula dari biliknya, Hyura melangkah ke bilik hujung sekali di lorong itu. Bilik yang malam semalam diberitahu oleh Taehyung bahawa merupakan bilik bacaan yang terletak bersebelahan bilik orang tua Baekhyun. Bilik Hyura pula di kedua hujung terletak di antara bilik Baekhyun dan Taehyung. Bilik Baekhyun ? Di sebelah kanan biliknya. Hyura hanya tahu pintunya, tetapi Hyura tidak rasa dia akan melihat biliknya kerana dia tahu di sebalik pintu kayu itu, ada anak-anak tangga yang perlu didaki sebelum sampai ke bilik lelaki itu. Yalah… kalau tak semalam, Hyura dah sempat nak mengintip bilik suaminya itu.

 

Nak juga Hyura tahu macam mana rupanya bilik Baekhyun. Kata orang, bilik tidur melambangkan keperibadian seseorang. Aduh, mak

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Schakiera
#1
Chapter 9: update pls . :)
Nabila_Pss
#2
Chapter 9: Huhuhu...update soon !!!♥♥♥
SyiqaYeollie
#3
Chapter 9: Asal sikit sangat author??.. sob sob..
nurulizzahramanlee
#4
Chapter 8: Ppalli updateuuu!!!"!