Seventeen

Description

 

   

 

It's okay, love.

There is nothing to fear.

Hold my hands and close your eyes,

now... tell me, can you feel it?

 

 

A story of friendship, trust, and growing adolescent love.

 

 

Aku sedar aku bukanlah malaikat dari kayangan, tidak seperti gadis yang kau idamkan.

Cukup sebagai seorang gadis biasa yang tiada apa-apa, aku teruskan hidup yang kadang-kala terasa sia-sia.

Aku tahu kau terlalu jauh untuk kugapai, tapi aku akan sentiasa di sini seandainya kau memilih untuk berpaling.

Tidak mengapa, biarlah terluka. Asalkan kau gembira... Adakah kau bahagia?

Kau lebih memilih 'Wendy'.

Namun aku akan terus menjadi 'Tinkerbell' yang mengharapkan cinta daripada seorang 'Peterpan'.

 

 

Usia aku tahun ini genap tujuh belas. Ayah aku merupakan seorang peladang, manakala ibu mengambil upah menjahit baju pada waktu-waktu terluang, selebihnya dihabiskan dengan tanggungjawabnya sebagai suri rumah tangga. Hanya aku satu-satunya anak mereka. Mungkin itu yang membuatkan hubungan kami sekeluarga bertambah erat. Keluarga kami sebuah keluarga yang kecil, itu benar, tetapi aku memiliki keluarga yang sempurna. Aku mempunyai seorang ayah yang tegas dan penyayang, ibu yang selalu mengambil berat dan prihatin tentang keluarga. 

 

Oleh sebab ayah berkhidmat di bawah majikannya, kami sering berpindah tempat kediaman bagi memenuhi tuntutan kerjayanya. Aku tak kisah pun sebab perkara itu sudah acap kali terjadi. Sejenak aku mengingat kembali, pertukaran ayah kali ini sudah masuk kali ke lapan. Kami tidak pernah menetap lama, paling lama kami boleh bertahan cuma dua hingga tiga tahun. Sebab itulah apabila aku bersekolah di sekolah baru, aku lebih sering mengasingkan diri daripada rakan sekelas. Bukannya apa, aku takut kedekatan kami akan membuatkan aku tidak mampu meninggalkan mereka apabila tiba masanya nanti.

 

Tapi kali ini berbeza. Tahun ini merupakan tahun terakhir aku berada di sekolah menengah sebelum  aku menjejakkan kaki ke alam dewasa. Aku sendiri tidak pasti sama ada aku sudah cukup bersedia untuk menghadapinya. Apa yang aku pasti adalah, zaman remaja ini tidak akan berulang lagi. Semakin meningkat usia seseorang individu, semakin berat tanggungjawab yang perlu dilunaskan. Aku mesti memanfaatkan masa yang tersisa. Terkadang aku menyesali tindakan bodoh aku selama ini yang menyekat tali persahabatan yang pernah mereka tawarkan. Bukankah itu yang aku perlukan? Sahabat?

 

Aku mahu merasakan dunia sebenar persekolahan. Aku ingin berubah. Tapi aku tidak pernah terfikir bahawa semuanya akan menjadi sesukar ini. Terutamanya dengan kehadiran Kim Jongin, seorang lelaki yang tidak mampu aku jelaskan dengan kata-kata. Di mataku, dia sebuah enigma. Dia sangat cerah, seperti sang Mentari, kontra kepada dunia monokrom ini. Kehadirannya dalam hari-hariku membuatkan aku terfikir. Adakah dia betul-betul bahagia? Atau itu semua kepura-puraan semata-mata? Cara pergaulannya, senyuman dan tingkah lakunya hanya mencerminkan satu perkara dalam mindaku: I see myself in him, yet he is someone that I want to be.

 

Tanpa aku sedari, perlahan-lahan tetapi pasti, keunikan dirinya melembutkan hati perempuanku.

 

 

 

 

Foreword

 

 

TINTA PENULIS

 

Hai, korang!! So, saya rasa tak ramai kot yang kenal saya. Haha. Entah2 takde sorang pon yang kenal. xP Anyway, selamat berkenalan semua :)) Macam yang korang nampak, nama saya nuranissha (well, it's not the exact name, but it resembles mine). Saya still baru kat aff ni. Actually takde la baru sangat tapi masih dikira newbie rasanya. So, this is my first published story and first time jugak sertai contest (information kat bawah). Saya tak tahulah apa yang orang Malay sekarang ni gemar baca, saya cuma tulis apa yang saya nak. 

Tajuk tu pretty obvious la kan. Banyak sebab saya pilih 'tujuh belas'. Korang boleh figure out sendiri sepanjang penceritaan ni nanti. Alright, saya tahu idea cerita ni agak cliche. (Nope, ni bukan cerita peterpan. Maybe sikit kot...). But give it a try will you? Saya rasa yang paling penting sekali adalah mesej yang saya nak sampaikan melalui cerita ni. And saya nak ingatkan yang this is (somewhat) based on real life. Most things dalam fic ni betul-betul terjadi dalam kehidupan sebenar.

Cerita ni jugak tertumpu pada kehidupan dan cara pemikiran seorang remaja yang kebanyakannya merupakan apa yang saya sendiri rasa dan hadapi. Hidup pada stage ni banyak berdepan dengan konflik, emosi dan perasaan takut. Saya masih lagi seorang remaja dan saya minta maaf kalau penceritaan ni nanti jadi sesi meluahkan perasaan. Entahlah, tapi saya rasa remaja banyak memerlukan sokongan dan bimbingan sebab mereka ni rapuh. Masih belajar untuk membesar dan erti kehidupan sebenar. Apa-apa pun saya harap sangat saya mampu menyampaikan cerita ni dengan baik. Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca! :D

 

 

Tajuk cerita : Seventeen

Tarikh mula : 22 May 2015

Tarikh akhir : -

Status : One - shots

Khas untuk : Kris VS kai EXO XOXO - nickynick's writing contes malay 

 

 


Credit:

Poster

made by awkwardloser from First Snow RE;

 

 

 

Comments

You must be logged in to comment
fourteenone
#1
Aww, i like your writing style! Can't wait for ur story!
GreenDecember #2
Saya suka dgn foreward awk...
BlueHeartStarlight
#3
Saya suka bahasa awak. Puitis ^^