I Like You The Best

Description

Loyal Primadonna itulah aku. Aku perlu hadiri setiap event yang ada Ft Island. Tetapi.., aku ada satu masalah.

"Tak kiralah Ft island ke, HongKi ke, Hong Kong ke, eomma takkan benarkan anak dara tunggal eomma ni keluar 10 kilometer jauh dari rumah selagi SeolHyun belum mencapai umur 18 tahun ke atas!" Tegas suara eomma menentang hasrat aku yang ingin pergi ke konsert Ft Island. Pada mulanya aku rasa kecewa, tapi... baru aku sedar satu perkara kecil namun begitu penting

"Eomma, tahun ni tahun berapa?" Aku menyoal bodoh.

"2012," jawab eomma sangat ringkas.

"SeolHyun lahir tahun 1995 kan?" Aku menyoal lagi. Sekali gus mengukir seribu kedutan di dahi eomma.

"Yellah, kenapa ni?! Tanya macam tu?" Eomma menyoal dengan nada geram.

"Maknanya... Tahun ni SeolHyun dah umur 18 tahun!" Aku ceria menjawab soalan eomma. Tiba-tiba riak muka eomma berubah.

"Tapi..." Belum sempat eomma mahu meneruskan kata-katanya aku pantas mencelah.

"Takde tapi-tapi! Tadi eomma sendiri cakap yang limit age SeolHyun 18 tahun. So SeolHyun bolehlah pergi konsert Ft Island tahun ni. YaHoo!!!" Eomma senyap seminit sebelum mula berbicara.

"Konsert tu kat mana?"

"Japan!" Jawabku penuh semangat sambil menunjukkan eomma poster konsert tersebut.

"Hah?! Apa?! Jepun!!" Eomma terkejut beruk. 

"Ala eomma, kat negara jiran je... Takdelah jauh sangat! Please eomma, jangan ubah fikiran. Sejak sekolah rendah lagi SeolHyun minat dengan Lee HongKi, Ft Island. Teringin sangat nak tengok dia," aku merayu sambil memeluk kedua-dua kaki eomma.

Dan... Akhirnya eomma memberi keizinan padaku. Aku dan persatuan Primadonna Seoul berangkat ke Jepun sehari sebelum Ft Island dijangka tiba di bumi Matahari terbit itu. Kami sengaja berbuat demikian, supaya boleh bersama-sama menyambut kedatangan band rock kegemaraan kami itu di airport nanti.

 

Ini aku. Comel kan? Menwan sungguh senyuman aku. Hak hak hak! Pedulik kan aje orang kat belakang tuh.


Ini pulak idol aku merangkap boyfriend aku merangkap future husband aku. Muahahaha!!! Hensem kan? kan? kan? Sesuai sangat dengan eden. Huhuhu. Apa pun ini adalah kisah kami.

Malam konsert itu,

"THANK YOU JAPAN! YOU ALL ROCK!!!" ucap terakhir vokalist Ft Island, Lee HongKi sebelum dia masuk ke belakang pentas dan lenyap dari pandangan ribuan Primadonna.

"SeolHyun, konsert dah habis. Jomlah balik hotel," Ajak ChanMi yang juga ahli persatuan Primadonna Seoul. 

"Tak nak! Korang pergilah dulu. Aku nak tunggu sampai diorang tutup tempat ni. Ni kan first time aku datang konsert Ft Island... Biarlah aku lama-lama kat sini," ujarku selamba. Aku tidak fikir panjang masa menyampaikan kata-kata itu. Yang ada dalam otakku masa itu hanyalah Lee HongKi. Ye, aku percaya kalau aku lebih lama di sini aku pasti dapat berjumpa dengan idolaku. 

Kalau aku tahu segalanya mengarut. Aku takkan cakap macam tu. Aku takkan pergi Jepun. Aku akan patuh cakap eomma. Eomma, mianhaeyo~

 

Foreword

Annyeong~~ Welcome to my 4th Fanfic. Cerite ni sesuai sangat untuk Primadonna , fanz Ft Island espcially yang bias dia Lee HongKi. Dalam fanfic ni aku harap korang boleh bermimpi, dan merasai setiap yang aku cuba sampaikan. Oh ya, sebagai foreword, sengaja aku guna warna hitam/kuning (warna rasmi Ft Island gitu) ByTheWay, for all information Lee HongKi adalah cinta pertama saya. Dialah yang buat aku demam kpop. Hihihi..I hope you enjoy! Kalau suka please comment.. O(≧∇≦)O

JunAra
honestly, saya harp sangat readers bole komen ff. Bole kn? kn? Please.... *puppy eyes*

Comments

You must be logged in to comment
Yana_xoxo
#1
Hai, story awak di Caramel Review Malay Shop telah pun siap. Awak boleh check di link ini :DD

https://www.asianfanfics.com/story/view/925195/10/caramel-review-malay-shop-malay-review-shop-reviewshop-storyreview