The fifteen
Under His WingsBaekhyun membaling cawan antik yang digenggamnya itu ke dinding menyebabkan kaca yang tidak berdosa itu berderai.Kata-kata berbau bisa dari Minseok tadi itu masih bermain di dalam fikirannya dan menyebabkan darahnya mendidih dan kepalanya berserabut."Kau salah Minseok,kau salah.Ni bukan salah aku,ni salah Taehyung. Ya,semua ni sebab dia" satu keluhan kasar terbebas dari mulutnya sebelum badannya dihempas ke atas kerusi mewah miliknya itu.
___________________________________________________________________
Minseok terus menapak laju ke arah isterinya dan juga Sungyeol.Luhanie yang masih dalam awang-awangannya sendiri terus melompat bangun dan memeluk suaminya.Mukanya ditekap pada bahu Minseok dan titisan air mata yang belum sempat kering itu kembali mengalir.
Sebagai seorang isteri yang tidak dapat memenuhi tanggungjawabnya untuk memberikan zuriat, Luhanie telah bergantung dengan Taehyung sebagai tempat untuk menumpang kasih dan mengisi kekosongan di hatinya.Taehyung, walaupun tidak berkongsi setitik darah pun dengannya telah menjadi sebahagian besar dari dirinya dan Luhannie yakin dia belum bersedia untuk melepaskan Taehyung pergi.
Minseok mengusap lembut belakang isterinya dan tidak henti membisikkan kata-kata semangat bahawa Taehyung akan selamat.Sejujurnya Minseok juga tidak pasti dengan kata-katanya itu tapi dia tahu bahawa dia juga tidak boleh terima sekiranya Taehyung dirampas tiba-tiba dari mereka.Namun kerana maruah seorang lelaki dia mesti kuat demi Luhannie, Sungyeol dan Taehyung.
Sungyeol memeluk kakinya dan mukanya masih dilekapkan pada lututnya.Air matanya tidak henti-henti turun.Dunianya gelap gelita ketika itu dan Sungyeol bersumpah dia tidak akan maafkan papanya sekiranya Taehyung gagal diselamatkan.
Tangannya digenggam erat, Xuan yang berada di situ hanya mampu melihat dengan pandangan sayu sambil mengusap-ngusap belakang Sungyeol.Chen yang kepenatan menangis telah terlena di atas ribaannya. Amber dan Daehyun yang duduk bersila di lantai itu hanya dapat melihat
Comments