Chanyeol si Aladdin

Tao Dalam Kisah Dongeng

Kisah sebenar kenapa Chanyeol hilang dari kisah dongeng ini!

 

“Kita sudah nak sampai!!” Laung kapten kapal.

 

Baekhyun Tanggang yang mendengarnya itu terus mengambil sauh dari kapal dan memusingkan sauh tersebut ke semua arah menyebabkan kapal itu bergoyang dan menjadi tidak stabil.

 

“Bengong punya raja,” Kapten Kapal hanya mampu menyumpah Baekhyun Tanggang itu dengan habis sumpah seranah dah. Ada ke patut dia pergi pusingkan sauh kapal itu ke semua tempat. Disebabkan hal itu, maka terbaliklah kapal yang dinaiki oleh Raja Baekhyun Tanggang.

 

Mujurlah ada Mermaid Chen yang datang menolong Baekhyun Tanggang itu.

                                                                                                    

 

Baekhyun sudah pun tersedar, dia tidak sangka yang dia berjumpa dengan ikan duyung tadi. Dia memandang di sekelilingnya dan dia terkejut apabila melihat unta manusia.

 

“Bukankah awak ikan duyung yang selamatkan saya tadi?” tanya Baekhyun.

 

“Yup, saya Chen Ikan duyung, tapi saya sudah disumpah jadi manusia saat kapal awak tadi terbalik, saya sendiri pun tak tahu kenapa,”kata Chen Ikan Duyung.

 

Baekhyun hanya mampu mengangguk sahaja.

 

“Jom, saya bawak awak jumpa dengan keluarga saya,” kata Baekhyun yang mengajak Chen Ikan Duyung.

 

 

“Eh! Kejap, kau tahu tak apa benda yang terampung dekat ombak sana tu?” tanya Chen Ikan Duyung apabila dia ternampak objek terampung-ampung di lautan itu.

 

“Jap, biar beta pergi lihat apa benda kat sana,” kata Baekhyun tanggang dan terus ke sana, Chen pun mengikuti dari belakang.  

 

 

“Chen Ikan Duyung, mari tolong Beta angkatkan periuk belangga yang berat ini,” laung Baekhyun Tanggang dari jauh yang sedang berusaha dan bersusah payah mengangkat periuk belangga yang berat dan besar itu.Keadaan periuk belangga itu tersangatlah besar dan berwarna hitam seperti baru lepas dipanggang di atas arang.

 

Chen Ikan Duyung segera ke tempat Baekhyun Tanggang dan menolong Baekhyun tanggang megangkat periuk belangga itu seperti belalang yang tak cukup kaki.

 

“Fuh! Penatnya, apalah yang ada dalam periuk belangga ini,” kata Baekhyun Tanggang.

 

“EMASSSS!!” Chen Ikan Duyung terus menjerit kegembiraan di situ apabila dia terfikirkan yang mungkin itu adalah emas dan harta karun.

 

“Alamak! Beta sakit pinggang belakang lah, ChenChen Ikan Duyung, engkau tolong Beta angkat ke tak?” kata Bakehyun Tanggang yang sudah kelihatan nazak terdampar di tepi pantai itu.

 

“Hehehehe,” Chen Ikan Duyung hanya tersenyum seprti ikan busuk.

 

Chen Ikan Duyung terus meneliti periuk belangga itu dengan teliti sekali sehingga dia terjumpa tulisan yang sangat kecil untuk di baca tetapi mereka harus membacanya.

 

“Baekhyun Tong Gas, cuba datang tengok dan baca ini,” kata Chen Ikan Duyung.

 

“Baekhyun Tanggang lah,” marah Baekhyun Tanggang dan terus membaca tulisan yang di perkatakan oleh Chen Ikan Duyung tadi.

 

“Dia kata, kalau kita nak bukak periuk ini, kita mesti panaskan periuk ini di atas api yang panas, hmm,menarik, tak pernah Beta jumpa benda sebegini,” kata Baekhyun meletakkan tangannya di dagu seperti Hulu Jembalang sedang berfikir.

 

“Jom! Cari api,” laung Chen Ikan Duyung dengan kuat sekali. Boleh pekak Baekhyun Tanggang dengan Chen Ikan Duyung lama-lama.

 

“Sekarang Beta dah faham kenapa banyak ikan berlumba-lumba mati dalam lautan sana, mungkin sebab ada ikan duyung yang suka buat high note begini agaknya,” kata Baekhyun Tanggang seorang diri.

 

 

Maka, Baekhyun dan Chen pun mencari sabut kelapa, tempurung kelapa, dan segala jenis benda yang ada dekat pantai itu untuk di bakar.

 

“Baekhyun Tunggang, pokok kelapa tak nak bakar ke?” tanya Chen Ikan Duyung.

 

“Kau diam boleh tak, memekak aje, kan aku bakar Ikan Duyung  jadi santapan Beta buat hari ini,” ugut Baekhyun Tanggang. Senyaplah si Chenchen.

 

 

Bila api sudah menjadi besar, maka Baekhyun Tanggang dan Chen Ikan Duyung pun mengangkat periuk belangga itu bersama dan terus membalingnya ke dalam api, nah ambik kau, nak suruh bakar sangat, kan dengan ikan duyung ni sekali aku baling dalam api, omel Baekhyun Tanggang dalam hati. Suci murni sungguh niatmu Baekhyun.

 

 “ARHHH, panas, panas,” maka kelaurlah satu suara yang menyebabkan Baekhyun  Tanggang dan Chen Ikan Duyung terkejut.

 

“Oh my… bunyi apa tu?” kat Chen Ikan Duyung.

 

Baekhyun Tanggang yang ternampak penutup periuk belangga itu terbuka sedikit, maka dia terus membaling buah kelapa ke arah penutup periuk itu supaya terbuka. Maka keluarlah, Chanyeol si Aladdin yang kepanasan berlari-lari di sekelilingnya.

 

“Woah!” dasyat sungguh,” Chen Ikan Duyung memuji Chanyeol Aladdin.

 

 

“Siapa kamu?” tanya Baekhyun Tanggang.

 

“Nama saya Chanyeol Aladdin dan saya akan menunaikan permintaan kamu berdua, tetapi ingat kamu berdua hanya boleh buat 1 permintaan sahaja,” kata Chanyeol Aladdin memeluk tubuh.

 

“Woah, bestnya…” serentak Baekhyun Tanggang dan Chen Ikan Duyung berkata.

 

“Nama saya Chen Ikan Duyung.”

 

“Nama saya Baekhyun Tanggang.”

 

“Oh, jadi awaklah yang di sumpah oleh Ibu awak sebab jadi anak derhaka kan? Okey, saya faham, kalau tak silap saya mak awak sumpah awak jadi batu, kenapa mak awak tak sumpah awak jadi batu ais terus?” kata Chanyeol Aladdin.

 

“Saya bukannya anak derhaka lah,” marah Baekhyun Tanggang.

 

“Mesti awak nak mintak dengan saya supaya baiki kapal awak yang rosak kan? Jangan risau. Saya akan bagi awak kapal yang baru…,” kata Chanyeol Aladdin dan telah membaca mentera.

 

“Tada…perkenalkan kapal selam yang baru…”

 

“Bodoh punya Aladdin, aku tak buat permintaan pun lagi, pandai-pandai dia aje,” marah Baekhyun.

 

“Jadi, permintaan Baekhyun Tunggang Langgang sudah habis, ChenChen awak nak minta awak, jap, saya tahu, awak ni mermaidkan, mesti awak nak minta sayap yang baru supaya awak boleh terbang,” Chanyeol Aladdin berdiskusi seorang diri menyebabkan mereka berdua sudah benggang.

 

Maka Chanyeol Aladdin pun pandai mandai dia sahaja terus memberi sayap pari-pari yang sangat cantik kepada Chen menyebabkan Chen susah nak mengawalnya.

 

“Chenchen permintaan awak sudah pun habis jugak, hahahaha,” Chanyeol Aladdin ketawa jahat seorang diri.

 

Baekhyun Tanggang dan Chen Ikan Duyung yang benggang itu terus mengambil periuk belangga tadi dan mengurung Chanyeol kembali. Mereka membuang periuk itu ke dalam laut, nasib kaulah Chanyeol Aladdin.

 

“Dasar Aladdin bodoh, ada ke patut pari-pari dengan mermaid pun tak boleh nak bezakan, bangau betul,” Chen Ikan Duyung sedang mengumpat Chanyeol Aladdin, mujurlah dia boleh buang sayap itu.

 

“Jom ChenChen mermaid kita pergi ke rumah Ibu Beta, Bawang Merah,” ajak Baekhyun semula dan mereka berdua pun berjalan menuju ke rumah Bawang Merah Xiumin.

________________________________________________

Editing; 15/7/2015 done.

 

Penulis punya nota:

Bila saya baca balik cerita ni...oh my...apa kebenda aku tulis ni? Merapu nak mampus XD

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
misz_dina #1
Chapter 4: Memandai je chanyeol buat wish.padahal org x ckp pape pon lg.ish3.ape pon,citer ni tetap daebak.
Mytwin306vixxN #2
Chapter 4: Adoii...chanyeol ni! Memandai je wat permintaan sendiri...diorang tak mintak pape lgi da wat permintaan..(erm..chanyeol pandai baca jawi?..xD)
Dragneel09 #3
Chapter 4: Apalah masalah si Aladdin chanyeol ni? Orang xbuat wish pun...dia pandai mandai aje...XD!!!
jjongkeylover
#4
Chapter 4: Hahaha...chen ada sayap..xDDD
Baekhyun TongGas XDDD *gelak sampai jatuh katil*
JIMPXS
#5
Chapter 2: apa yang aku baca ni? LOL LOLOLOLOLOLOLOL
Jungsoomine #6
Chapter 3: Haha... pecah perut gelak... cerita ni mmg bestlah author-nim... But wait... Aladin xde! Ke manakah Chanyeol pergi ???