Just One Day.. ( I just need one day to be with you)

Just One Day.. ( I just need one day to be with you)
Please Subscribe to read the full chapter

“Cik Yerin kamu telah menghidap penyakit Leukimia.”

“Apa? Leukimia?!,” ulangku kerana tidak percaya apabila mendapati bahawa aku telah menghidap penyakit Leukima.

 

          “Ya, kamu telah lama menghidapnya dan mengikut anggaran saya peluang kamu untuk hidup adalah sangat tipis kerana telah berada pada tahap yang amat kritikal. Kamu sepatutnya membuat pemeriksaan dengan lebih awal agar dapat mencegah dengan lebih cepat,” sambung doktor Nam dengan panjang lebar.

 

           “Tapi.. Doktor.. agak-agak berapa lama lagi saya boleh bertahan untuk hidup?,” aku bertanya untuk mendapat kepastian dengan nada suaraku yang sedikit bergetar menahan  rasa sebak di dada.

          “Dalam seminggu atau kurang,” jawab Doktor Nam dengan nada suara yang agak jelas dan serius.

 

*I Keep Falling In Love Falling In Love Neoman Bomyeon Nae Maeumin Oh Oh Oh Oh*

     Aku tersedar daripada lamunan apabila terdengar telefon bimbit ku menjerit-jerit meminta untuk diangkat. Aku tatap lama nama yang tertera pada skrin telefon bimbitku. Hatiku tiba-tiba terasa sebak lalu air jernih mula mengalir dari mataku. Aku ragu-ragu mahu menjawab atau tidak panggilan tersebut.

      Aku hanya membiarkan ianya berdering lalu aku membaringkan badanku di atas tilam katil yang empuk sambil memejamkan mata buat seketika. Aku hanya ingin bersendirian dan mengosongkan fikiran buat sementara waktu. Terlalu beban untuk aku memikirkan semuanya yang sedang terjadi terhadapku. Kata-kata doktor pada tempoh hari masih terngiang-ngiang pada telingaku.

     Kini wajah teman lelakiku Chanyeol yang sering bermain di fikiranku. Wajah yang akan aku rindui buat selama-lamanya. Sudah lebih 4 tahun kami bersama dan terlalu banyak kenangan manis mahupun pahit yang telah kami harungi bersama.

 

     Aku pasti merindui suara gelak tawa, nyanyian dan senyumannya yang sering menerangi hidup aku. Usikkan nakalnya yang sering membuat aku tidak kering gusi malah sedikit geram dan tidak senang duduk apabila bersamanya. Sifat romantik dan penyayang yang membuatkan aku jatuh cinta terhadapnya.

     Aku masih teringat waktu pertama kali kami berjumpa. Waktu itu aku sedang berjalan-jalan di sekitar taman yang dipenuhi dengan pelbagai jenis bunga yang berwarna-warni. Sedang asyik melihat keindahan bunga-bunga di taman aku merasa seperti ada seseorang sedang memerhatikan aku dari jauh. Aku terus menuju ke tempat yang  mempunyai ramai orang kerana berasa tidak sedap hati terhadap gelagat orang tersebut. Tanpa aku sedari seorang lelaki telah mengambil gambarku. Aku tersentak apabila diperlakukan begitu. Aku mendongakkan sedikit kepala untuk memandang wajahnya kerana kelihatan dia seorang yang tinggi mengalahkan galah.

 

          “Apa yang kau buat ni? Kenapa kau sesuka hati tangkap gambar aku?,” marahku kerana geram apabila ada seorang lelaki yang aku tak kenal mengambil gambarku dengan sengaja.

          “Maafkan saya. Saya tertarik dengan rupa awak ketika awak sedang asyik memerhatikan bunga-bunga itu tadi. Kalau awak tak kisah boleh tak awak jadi model untuk assignment kerja saya?,” balasnya bersertakan soalan dengan alasan yang tak munasabah.

          “Tak boleh! Kau cari la orang lain. Banyak lagi perempuan yang cantik boleh kau jadikan model,” bentakku dengan suara yang kasar lalu aku terus beredar meninggalkannya  bersendiri. Aku memang seorang yang tak suka ambil gambar dan aku tak suka lelaki yang lembut gigi daripada lidah. 

     Tanpa aku sedari kakiku tersepak batu yang menyebabkan aku hilang kawalan lalu tergelincir ke hadapan. Terasa pedih pada bahagian kanan lutut kerana aku hanya mengenakan seluar pendek pada paras peha. Kedua belah tapak tanganku juga sedikit luka akibat daripada cubaanku untuk menahan diri daripada terjatuh.

     Kelihatan lelaki tadi meluru ke arah aku dengan pantas apabila menyedari aku telah terjatuh. “Awak tak apa-apa ke?,” dia bertanya dengan nada suara yang sedikit risau.

 

           “Tak aku okey je. Thanks ambil tahu,” balasku sedikit jual mahal.

          “Awak tak payah la nak jual mahal. Ni lutut awak dah berdarah dengan teruk pun masih nak jual mahal,” Katanya dengan serius lalu mengeluarkan sapu tangan dari dalam poket seluarnya dan terus membalut lutut aku. Dia dengan pantas menarik kedua-dua belah tapak tanganku lalu meniup dengan lembut.

 

     Aku hanya terdiam apabila dia perlakukan begitu walhal baru saja berjumpa. Aku merasakan seperti aku telah lama mengenalinya. Hatiku  berdegup dengan pantas manakala terasa berjuta-juta rama-rama sedang cuba untuk melepaskan diri dari dalam perutku. Aku tertarik terhadap telinganya yang memang unik kerana kelihatan sedikit capang tapi masih comel.
 

     Dia tersedar apabila mendapati aku sedang asyik melihatnya lalu menoleh ke arahku dan melemparkan satu senyuman yang boleh mencairkan  mana-mana hati perempuan yang melihatnya. Dia menghulurkan tangannya lalu memperkenalkan dirinya.

 

          “Saya Park Chanyeol boleh panggil saya Chanyeol,” katanya ditambah dengan senyuman yang  amat tampan.

          “Ohh.. emmm.. s-saya..P-Park Yerin..orang panggil s-saya Rinnie,” balasku sedikit gagap sambil membalas huluran tangannya sebentar tadi. Entah sejak bila aku tiba-tiba berubah menjadi gagap. Musyikil dengan perubahan diri sendiri.

 

     Chanyeol hanya tersenyum sambil mengambil gambarku dengan sengaja sekali lagi. Bayangkan muka aku yang sedang terkejut pada waktu itu, dia dengan sengaja mengambil gambarku. Perasaan geram aku tidak ada sama sekali seperti awal tadi malah perasaan suka pula yang timbul apabila diperlakukan begitu. Jantungku berdegup dengan kencang, fikiranku bercelaru, aku menjadi tidak tentu hala, terasa darahku mengalir dengan pantas ke seluruh tubuh badanku apabila melihat wajahnya.

 

     Sejak peristiwa itu aku dengan dia menjadi semakin rapat sehingga sekarang. Tidak pernah terbit rasa bosan di hati walaupun sesaat apabila bersamanya. Hari-hari yang aku lalui denganya sentiasa ceria dengan usikkan dan gurauannya. Sifat bertolak ansur dia terhadap aku membuatkan aku bertambah sayang terhadapnya. Ini yang membuatkan hubungan kami bertambah mekar dan mewangi. 

      Aku berasa risau apabila memikirkan teman lelakiku jika aku telah tiada dan pergi meninggalkannya sendirian dengan keadaan kesihatanku yang menghalang kebahagiaan antara aku dengan dia.

     Akhirnya aku terlelap sendiri dan lena dibuai mimpi indah bersisakan air mata jernih yang mengalir dengan sendiri pada pipi mulusku.

 

     Pada keesokkan harinya, aku bangkit daripada tidur yang lena. Aku sempat membetulkan rambut yang sudah kusut menggunakan jari. Aku melihat jam pada dinding telah menunjukkan pukul 7 pagi. Terdetik dalam hatiku untuk melawat ke apartmen teman lelaki yang paling aku cintai. Aku terus menuju ke bilik air untuk bersiap membersihkan diri.

     Akhirnya aku tiba dihadapan pintu apartmennya. Jariku dengan pantas menekan punat loceng di hadapan pintu apartmennya. Tetapi tiada jawapan setelah 5 minit aku menunggu. Tanpa berfikir panjang aku terus masuk ke dalam kerana Chanyeol telah pun memberi kata laluan untuk masuk kepadaku.

 

     Mataku  melilau di setiap ruang apartment  itu untuk mencari kelibat Chanyeol tetapi gagal. Aku terus menuju ke kamar tidurnya. Pintu aku kuak dengan perlahan agar tidak mengganggunya. Kelihatan sepasang tubuh yang lemah sedang tidur nyenyak dibuai mimpi di atas katil. Aku merapati tubuh itu dengan perlahan-lahan untuk memastikan yang di benar-benar tidur. Tampak tenang pada wajahnya yang mungkin buat kali terakhir akan aku tatap. Tanganku terus mengusap lembut pada rambutnya.

 

     Aku terus keluar lalu menuju ke dapur untuk menyediakan sarapan yang istimewa buatnya sementara dia masih lagi tidur. Sudah menjadi kebiasaan aku menyediakan sarapan buatnya kerana dia sering pulang ke rumah lambat sehingga bangun pun turut lambat yang menyebabkan dia sendiri tidak sempat membuat sarapan pagi.

     Aku terus membuka peti ais untuk mencari bahan-bahan yang diperlukan. Semua bahan-bahan aku letakkan di atas meja.

 

          “Menu hari ni Scramble Egg with Bread,” kataku sambil tanganku pantas menyediakan sarapan tersebut dengan penuh kasih sayang.

     Chanyeol terus bangkit daripada tidurnya apabila tercium bau yang harum dari luar biliknya yang terbuka luas. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal kerana berasa sedikit hairan lalu dia terus menuju ke dapur untuk melihat siapa yang hadir. Dia sudah dapat mengagak yang teman wanitanya berada di situ sedang asyik menyediakan sarapan untuknya sehingga tidak sedar yang dia sudah pun berada di belakangnya.

 

     Idea nakalnya tiba-tiba muncul lalu dia merapati teman wanitanya dengan perlahan. Tangan nakalnya dengan pantas memeluk erat  pada pinggang Yerin sehingga membuatkan Yerin hampir menjerit kerana terkejut.

 

              “Chanyeol oppa (abang)?! Terkejut jagiya (sayang) dibuatnya. Nasib tak terbaling periuk kuali semua ni. Kalau tak siapa yang susah? Oppa (abang) jugakkan? Kalau macam  ni selalu, lama-lama boleh kena serang jantung tau,” ngomel Yerin sambil bercekak pinggang akibat geram dengan  tindakan Chanyeol sebentar  tadi.

     Chanyeol mula menarik muncungnya lalu meletakkan dagunya pada bahu Yerin. Pelukkannya masih belum dilepaskan.

          “Mianhae(maaf).. Oppa  bukan sengaja nak buat jagiya terkejut. Jagiya pun terkejutkan Oppa dengan bau masakkan  Jagiya yang sedap sampai Oppa terjaga daripada tidur. Jagiya pun dua kali lima jugak. Main masuk apartmen  Oppa senyap-senyap tak kejutkan  Oppa pun.  Oppa ingat ada pencuri yang masuk datang untuk buatkan sarapan untuk Oppa tadi,” balas Chanyeol sambil ketawa.

          “Yela.. Jagiya jugak yang salah. Maaf.  Jagiya tengok Oppa tidur nyenyak . So taknak la ganggu. Jagiya tahu Oppa penat,” jawab Yerin sambil menoleh ke arah Chanyeol.

          “Kalau betul Jagiya rasa bersalah kiss sini dulu,” balas Chanyeol yang telah memuncungkan bibirnya.

 

 Yerin memukul lembut pada dadanya yang bidang. Geram dengan perangainya yang mengada-ngada tak ubah macam budak  5 tahun. Tanpa banyak cakap aku hanya menuruti sahaja kemahuannya itu.

          “Eh, sekejap. Oppa dah cuci  muka dengan gosok gigi ke belum?,” Yerin menyuakan soalan.

          “Hehehe, ketot rasa?,” sambil memberi senyuman yang nakal.

          “Eeee ! Capang ! Pergi sekarang !,” jeritku. Geram.

          “Baiklah Madam  Ketot!,” usiknya sambil berlari-lari anak menuju  ke bilik air.

 

Sarapan yang sudah siap terhidang  di atas meja. Aku terus mengambil tempat duduk sambil menunggu kehadiran Chanyeol dengan penuh kesabaran.

 

       Kelihatan Chanyeol muncul tanpa sehelai baju pada badannya. Aku sudah biasa apabila dia berperangai begitu. Alasannya kerana aku terlalu ‘hot’ sehingga menyebabkan dia panas. Aku mengaku  memang cair hati perempuan aku ni tetapi

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
xoxogirl2 #1
Daebak....
MiKen9192 #2
Chapter 1: This was so short ~ I wish it was longer XD
Nice oneshot btw ╰(*´︶`*)╯♡
atikahbp #3
ingatkan ni sinopsis je .. rupa-rupanya terus chapter .. btw your ff so daebak~~
GreenDecember #4
Kenapa letak chapter kat foreward??