Goodbye

Ouija
Please log in to read the full chapter
Ouija? Perkataan yang acap kali aku dengar dari mulut teman-temanku semasa bersekolah di sekolah berasrama penuh. Salah satu cara yang popular untuk berhubung dengan roh yang berada di sekeliling kita, tidak kira baik ataupun jahat. Kadang-kala aku juga teringin untuk bermain permainan tersebut namun aku hanya simpan hasratku di dalam hati. Baik jangan buat, lagi-lagi waktu itu aku tinggal di asrama, antara tempat paling seram bagiku.     Kini, aku sudah bebas daripada tempat yang bagaikan penjara itu. Usiaku telah mencapai 22 tahun. Beberapa tahun sudah berlalu. Aku tiggal di sebuah rumah yang juga didiami oleh dua sahabat karibku, Jessica dan Minah. Sahabat yang bersamaku hampir sepuluh tahun. Yang berada disampingku dikala susah mahupun senang. Aku pasti merekalah sahabat sejatiku.     Aku mengalihkan pandangan ke luar tingkap. Malam ini adalah malam Jumaat. Kutatap langit gelap yang dihiasi dengan bulan penuh tanpa ditemani oleh bintang. Malam bagi segala jenis syaitan berkeliaran mencari cecair merah yang dinamakan darah. Sebenarnya, aku rasa setiap malam syaitan pasti akan keluar bukan? Tidak semestinya malam Jumaat sahaja. Tiada apa-apa yang aku dapat lakukan sekarang. Lagipun, sekarang adalah cuti panjang. Aku mengelipkan mata beberapa kali untuk menyedarkan diri dari lamunan. Anak dara tidak bagus menunjukkan diri di luar pada waktu malam, lagi-lagi jika bersendirian. Silap hari bulan, aku yang akan menjadi mangsa.     Aku menutup tingkap bilikku. Rambutku ditolak kasar ke belakang. Aku lihat Jessica dan Minah sedang ligat bermain telefon pintar milik mereka. Zaman sekarang, kebanyakan manusia di muka bumi ini hanya menumpukan perhatian kepada teknologi terkini sahaja. Sehinggakan kanak-kanak juga terpengaruh, jarang aku lihat budak-budak sekarang bermain di kawasan perumahan kami pada waktu petang. Aku menggelengkan kepalaku lantas mengorak langkah untuk duduk di sebelah Jessica.     "Korang ni, tak bosan ke asyik main benda tu?" Soalku sambil mencapai sebuah bantal lalu memeluknya.     "Habis tu, nak buat apa lagi?" Jawab Minah tanpa tanpa melarikan pandangannya dari skrin telefon.     "Sebenarnya aku ada terjumpa satu permainan ni, korang nak main?" Jessica mengeluarkan sebuah papan yang diperbuat daripada kayu dan sebuah benda yang dipanggil pointer.     Aku perhati papan tersebut dengan teliti. Papan Ouija. Papan yang selalu digunakan oleh remaja-remaja yang berjiwa kental untuk memuja syaitan. Mampukah aku bermain permainan ini? Permainan ini tidak layak bagi diriku. Selalunya aku dengar ramai orang akan mengalami penderitaan jika terkena dengan roh yang jahat. Tetapi, hatiku keras berkata, aku mahu main. Patutkah aku bermain permainan ini?     Akhirnya aku berjaya dihasut oleh bisikan syaitan. Aku bersetuju untuk bermain permainan ini. Walaupun aku tahu risikonya amat tinggi. Belum cuba belum tahu kan? Inilah peluang aku. Peluang untuk merasa kegembiraan yang dialami oleh sahabat-sahabat lamaku di asrama semasa bermain permainan ini. Aku betekad, aku akan main juga.     Cubaan pertama, tiada apa-apa yang berlaku. Cubaan kedua, hampa. Pointer yang kami pegang tidak bergerak langsung, walau sedikitpun. Cubaan ketiga, kami diberi respon yang kuanggap dahsyat. Percaya atau tidak, bilik kami tiba-tiba dihujani dengan angin kuat. Sedangkan pintu dan tingkap tertutup rapat. Aku tergamam seketika sebelum keadaan menjadi pulih seperti sedia-kala.     Pelbagai soalan yang dihalakan kepada roh yang ada bersama kami. Betul apa yang kawan-kawanku kata, permainan ini memberi kepuasan. Berkomunikasi dengan makhluk ghaib. Perkara yang luar biasa, lain daripada yang lain. Sedikit sebanyak kami dapat tahu tentangnya. Namanya Rin. Kalau diikutkan sekarang, umurnya sama seperti kami, 22 tahun. Malangnya dia mati seawal umur 16 tahun. Sadis. Tidak dapat menikmati hidup dengan lebih lama.     Perkara yang aku pelik, semasa roh tersebut memberitahu namanya, Jessica dan Minah memandang sesama sendiri. Bila aku tanya, lain yang mereka jawab. Jadi, aku hanya membiarkan sahaja perkara itu sedangkan di dalam kepalaku penuh dengan tanda soal. Adakah Rin mempunyai kaitan dalam hidup mereka berdua? Ah, lupakan. Bagus aku sambung main permainan ini.     Keadaan seperti biasa sahaja sehinggalah Minah melemparkan soalan yang kurang senang didengari. Bagaimanakah cara Rin mati? Jawapannya ialah bunuh diri. Mengapakah? Mengapa mesti bunuh diri? Adakah dunia ini terlalu kejam baginya? Kau adakah salah satu manusia yang mati sia-sia. Alangkah bagus kalau kau meneruskan hidup. Bukan mati dengan cara begini. Semuanya sudah terlambat. Mahu buat apa cara sekalipun kau tetap tak akan hidup.     Sudah, cukup sampai sini sahaj aku bermain. A
Please log in to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Lianasaur
#1
Chapter 2: Soalan awak, saya pernah. selalu. org kata tu kene hempap dgn jin..... sometimes, i'd see myself sitting when I'm actually sleeping and I could hear others talking. and bila saya tanya drng...drng kata ye pada apa yg saya kata...
yeemoonxxi #2
Nama Rin tu macam nama adik Chaerin la...
Cara baca Ah Rin macam Ha Rin==
Good job tho, seram sangat
juniorarmy
#3
Chapter 2: buat lagi nat ~ best gila
Hanamjoon
#4
Haha,ending dia semua org mati.....lol XD
aquariusxpisces
#5
Chapter 2: Saya x pernah kne lagi...perhh o_o
Wonderfullife_
#6
Chapter 2: Huhuhu seramnye
aquariusxpisces
#7
Chapter 1: Terlopong saya baca...smbil tgok running man
Mrs_Hana02
#8
Chapter 1: :-: seram sangat
jypnation_izz
#9
Chapter 1: not bad xD kalau baca malam2 mesti rasa seram lgi kuat-
tapi ending dia laju sangatlah awak, but still okay