Last Year
Love Me Or Hate IIJungkook tersenyum seorang diri apabila mengingati kembali kenangan pahit dan manis yang dilaluinya bersama Hyemi.
"Bila lah aku dapat menambat hati kau Hyemi.."
Tiba-tiba kepala Jungkook berasa sakit, sakit kerana dipukul dari belakang oleh JHope. Jungkook menggosok kepalanya yang terasa sakit itu. Sengaja mulutnya dimuncungkan tanda merajuk dengan rakannya Jhope.
"Cakap seorang diri. Kau okay tak ni?" Kata Jhope kepada Jungkook setelah mengambil tempat duduk disebelahnya.
"Hyung! Jungkook okay la. Nampak segak hari ni, dapat teman wanita baru ke?" Kata Jungkook kepada Jhope.
Dia akui Jhope kelihatan segak. Rambutnya kemas, bajunya juga kemas, mukanya kelihatan ceria dan terdapat bau wangi wangian yang jarang sekali Jungkook terbau dari diri Jhope.
"Hmm.. aku dapat masuk uji bakat untuk Big Hit Entertainment." Kata Jhope ceria. Jelas kelihatan raut wajahnya amat gembira.
"Tahniah Hyung! Tak sangka. Good luck." Kata Jungkook. Walaupun ada perasaan cemburu di hatinya namun dia buang perasaan itu jauh-jauh.
Jungkook menepuk bahu Jhope sambil tersenyum melihat Jhope makan.
"Hey cutie!" Sapa Jungkook kepada Hyemi sambil tersenyum nakal. Jimin disebelah Hyemi mencuit Jungkook memintanya agar berhenti mengganggu Hyemi. Jimin simpati terhadap Hyemi kerana sering di ganggu oleh Jungkook.
"Kau nak apa?!" Balas Hyemi dengan nada yang tinggi.
"Hyemi makin cun. Long time no see sayang." Jungkook mengenyitkan matanya.
"Sudah la tu Jungkook. Jangan kacau Hyemi." Kata Jimin kepada Jungkook sambil mengajaknya pergi dari situ.
"Sayang, balik sekolah ni macam biasa." Kata Jungkook separuh berbisik kepada Hyemi. Jimin yang mendengarnya hanya mampu menggeleng kepala melihat Jungkook dan Hyemi.
Selepas mereka berdua beredar Hyemi tersenyum seorang diri. Bohong jika dia berkata dia tidak suka dengan apa yang Jungkook buat. Namun, dia perlu menyimpan perasaan itu agar orang sekeliling mereka tidak menjadi wartawan tak berdaftar.
Hyemi melangkah malas memasuki kelas barunya. Dia dipindahkan ke kelas hadapan kerana peperiksaan akhir tahunnya cemerlang dan terpaksa berpisah dari rakan-rakannya.
Matapelajaran biologi membuatkan mata Hyemi semakin kecil. Perasaan ngantuk menguasai dirinya ketika ini. Dia merenung jam di dinding.
5 saat lagi...
4 saat...
3 saat...
2 saat...
1 saat...
RINGGGGGG RINGGGGGGG
Loceng sekolah berbunyi menandakan tamat waktu persekolahan hari ini. Hyemi tersenyum ceria. Akhirnya dia dapat pulang kerumah dan meluangkan masanya bersama katil kesayangannya itu.
Hyemi melihat sekeliling kawasan sekolahnya itu. Melilau mencari kelibat Jungkook merata-rata tempat.
"Mana kau pergi ni Jungkook.
Comments