End Chapter

Who Are you ?
Please Subscribe to read the full chapter

*Selepas 2 tahun*

 

 

Sekarang aku tidak berpunya dan bebas. Aku boleh buat apa sahaja. Mulakan hidup baru yang lebih tenang dan ceria. Aku harap, aku jumpa seorang lelaki yang lebih baik, menghargai aku dan tidak akan tinggalkan aku seperti mana si dia tinggalkan aku.

 

 

*Flashback*

 

 

"Mana lah Kai ni. Aku telefon tak angkat. Aku mesej tak jawab. Perlu ke aku pergi ke rumahnya?" Aku bermonolog di dalam hati. Risau di hati memikirkan Kai.

 

 

 

Aku keluar dari rumah dan terus pergi ke kereta lalu memandu. Aku pergi ke rumah Kai. Apabila aku sampai di rumah Kai, aku melihat seperti Kai tiada di rumah. Aku mengetuk pintu rumah Kai tetapi tiada sebarang jawapan dari dalam rumah itu.

 

 

 

Aku mencuba menelefon Kai tapi Kai langsung tidak menjawab panggilan aku. Aku cuba pergi ke tempat-tempat kegemaran Kai tapi tiada. Aku juga cuba bertanya pada kawan-kawan Kai tapi mereka juga tidak tahu di mana Kai berada. Air mata aku mula jatuh ke pipi. Secara tiba-tiba Kai menghilang. Aku tidak faham kenapa. Perlu ke dia pergi tanpa sepatah kata ? Kenapa dia buat begini pada aku ? Kenapa dia perlu tinggalkan aku ?

 

 

 

Puas mencarinya tapi aku tidak jumpa. Terlampau banyak kenangan aku bersama Kai tapi itu hanya lah tinggal KENANGAN.

 

 

*End Flashback*

 

 

Aku bekerja di Winx Cafe. Berumur 26 tahun. Aku bekerja di cafe itu selama 2 tahun. Selepas Kai meninggalkan aku, aku mula bekerja di sini. Sekarang aku sudah dapat melupakan Kai. Aku anggap Kai dah mati. Tiada ruang lagi di hati aku untuk dia.

 

 

 

Aku bangun pagi seperti hari biasa pada pukul 7 pagi. Aku bersiap-siap untuk pergi kerja. Sampai di Winx Cafe, aku menukar pakaian aku kepada seragam di cafe itu. Aku menjadi pelayan pelanggan. Aku mengambil pesanan pelanggan di cafe itu seperti biasa.

 

 

 

"Mocha satu dan kopi satu. Itu sahaja ke? Ada apa-apa lagi nak tambah?" Aku bertanya pada pelanggan itu.

 

 

 

"Ermm tak ada." Pelanggan itu menjawab. "Baiklah. Sila tunggu sebentar ye. Terima kasih." Aku menunduk sedikit dan aku terus pusing kebelakang lalu aku terlanggar seseorang lelaki.

 

 

 

"Opss ! Maafkan saya Encik. Saya tidak sengaja." Aku menunduk berkali-kali di depan lelaki itu sambil meminta maaf.

 

 

 

"Owh tidak mengapa, Je Jae." Lelaki itu menyebut nama aku. Aku terus memandang tepat pada muka lelaki itu dan lelaki itu ialah

 

 

"Kai..."

 

 

Apa aku cakap ni ?? Kai dah mati lah. Ini bukan Kai. Ini orang lain. Dalam dunia ni ada 7 orang yang muka sama. Aku tersilap orang.

 

 

 

"Je Jae. Awak masih ingat saya kan?" Lelaki itu tersenyum di depan aku. Aku hanya menunduk di depannya lalu pergi ke dapur. Aku hanya endahkan kewujudan dia di dalam cafe itu. Aku membuat kerja seperti biasa. Dia masih lagi di cafe ini. Melihat aku. Aku berasa agak tidak selesa disebabkan dia.

 

 

 

"Siapa dia? Aku tidak kenal. Macam mana dia mengenali aku ?" Aku bermonolog di dalam hati.

 

 

 

"Kenapa kau dari pagi ada di sini? Kau tak ada benda lain nak buat ke? Siapa kau?" Aku berkata padanya.

 

 

 

"Je Jae. Tak akan awak tak kenal saya?" Dia memandang pelik pada aku. Aku hanya membuat muka dingin di depannya.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
xoxogirl2 #1
Story dia daebak...
baehwililly
#2
Chapter 1: Uhuuu TTTT.... Asal sedih sngt ni kai dh matii .. Tu lah je jae tk nk maafkan kai .. Tngk kai dh matiii ... Woahh citer ni mmng best sya suka sngt2 .. Thanks sbb join contest sya buat ni ^^ ...