2..

Friend Request

 

 

"Kau hodoh.Tiada siapa nak kan kau." 

"Tak aku tak hodoh.Kau bukan aku.Muka aku tak buruk macam kau." 

"Aku adalah kau.Terimalah hakikat yang kau tu raksaksa."

"Aku tak macam ni dulu.Semua ni salah dia.SALAH CHO SARANG !"

"Betul,ni semua salah dia.Bunuh dia,seksa dia.Hancurkan dia."



Hampir sebulan juga Kai tidak menjejakkan kaki ke rumah sementaranya dan sekolah.Sarang malas hendak fikirkan tentang kehilangan kai.Dia merasakan yang lelaki itu sama seperti jantan diluar sana yang hanya inginkan badan dia."Semua lelaki sama sahaja." 

 

Semasa ketiadaan Kai di dalam hidupnya,Sehun telah berjaya mengisi ruang kosong yang ditinggalkan oleh kai.Entah kenapa tapi kehadiran Sehun dalam hidupnya menceriahkan hari-hari yang dilaluinya terutama sekali di sekolah.Nampaknya semua pelajar dah tahu tentang identiti rahsia nerd ketika berada di luar pagar bangunan pembelajaran itu kecuali Sehun dan guru-guru.Hingga kini Sarang masih pelik.macam mana Sehun boleh tak tahu sedangkan rakan sekelasnya mempunyai telefon bimbit.

 

"Sehun tak malu ke jalan dengan noona?" Tanya sarang kepada Sehun yang sedang menyedut air kotak.Nak tersedak budak tu dibuatnya bila soalan tu terpacul keluar dari mulut wanita didepannya.

 

"Buat apa Sehun nak malu.Noona bukannya buat benda tak senonoh pun." Kata Sehun dengan nada yakin.Sarang terasa bersalah kerana tidak mampu untuk memberitahu kebenaran kepada junior kesayangannya yang dianggap sebagai adik sendiri itu.Kalau lah Sehun tahu tentang aktiviti tak bermoralnya pasti Sehun akan jijik untuk mendekati dia."Noona hari ni Sehun tak boleh temankan noona balik.Ada mesyuarat dengan kelab menari petang nanti" sarang mengangguk faham.Sehun ni nampak je macam budak terencat tapi sebenarnya dialah yang paling macho bila bab menari.Pernah sekali Sarang hampir terkam ke arah sehun bila juniornya itu membuat y dance.

 

Tanpa menunggu kemunculan Sehun,Sarang terus berlalu pulang ke rumah teresnya tanpa menghiraukan pandangan yang dilontarkan oleh pelajar-pelajar lain.Langkahnya menjadi perlahan bila dia perasan akan orang ramai yang berkumpul di hadapan rumahnya."Kenapa pula ni?Ada pencuri pecah masuk ke?" Tanpa mempedulikan orang ramai yang tak diundang itu,Sarang terus menolak mereka ketepi dan membuat laluan agar dia boleh lalu.Mata yang sepet akibat menahan bahang panas terus menjadi besar bila dia berjaya merempuh orang ramai." KAI !!!". Sarang segera bergegas ke sisi Kai yang sedang terlantar sakit di hadapan pintu rumahnya dengan muka yang bengkak dan baju yang dipenuhi dengan cecair hanyir berwarna merah.Laju tangannya membuka pintu rumahnya dan memapah badan Kai ke dalam,meninggalkan orang ramai dengan penuh tanda tanya.

 

Badan Kai yang kotor dibaringkan di atas sofa.Kotak kecemasan di keluarkan dari kabinet dapur,kain lebih dibasahkan dan sehelai baju lama milik ayahnya digenggam.Sarang tidak tentu arah bila mata kai tertutup,telinganya di di letakkan di atas dada.Bunyi denyutan jantung sudah cukup untuk buat Sarang bertenang.Dengan perlahan Sarang menanggalkan baju Kai yang berlumuran darah dan mengelap badan tegap lelaki itu dengan kain basah.Walaupun susah tapi akhirnya dia berjaya menyarungkan baju bersih ke badan Kai yang masih tidur lena.Muka yang lebam dan bengak dibersihkan terlebih dahulu sebelum dia menyapu ubat dibahagian yang mula membiru.

 

Malam tu,Sarang menunggu Kai untuk sedar dari tidurnya dan jelaskan semuanya.Malangnya jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi dan kai masih belum menunjukkan tanda-tanda untuk bangun.Sarang mengeluh dan membuat keputusan untuk tidur sahaja memandangkan esok hari sekolah.Pagi itu Sarang terbangun bukan dengan bantuan dari jam loceng tetapi dari tangan yang melingkar di pinggang dia.Sarang cuba bangun dari posisi baringnya tetapi ditolak semula oleh pemilik tangan yang masih memeluk erat dia."Ngghh Sarang tidurlah." Disebabkan terlampau mengantuk Sarang langsung tidak sedar yang pembela sementara telah tersasul dan menyebut nama sebenar dia padahal Sarang tidak pernah beritahu Kai tentang nama surat beranaknya.

 

"Kai lepaslah.Aku ada kelaslah hari ni." Muka Kai yang sedang baring disebelah dia dipandang lama.Bila masa pula budak ni naik bilik aku ni?Makin disuruh lepas makin kuat pelukan di pinggang dia.Akhirnya lilitan di pinggang dia dilepaskan bila Sarang mula memukul lengan Kai.Selesai bersiap untuk ke sekolah,Sarang menyediakan sarapan untuk kai yang dianggarkan mungkin akan menyambung tidurnya hingga tengahari tetapi jangkaan dia salah bila Kai turun dari tangga dengan rambut yang berserabai.

 

"Kau nak pergi mana.Temanlah aku~" Lagi sekali pinggang dia dirangkuldari belakang.Sarang tidak mempedulikan Kai yang sudah mula meroyan."Ni bukan uniform sekolah aku ke?Kenapa aku tak pernah nampak ka Sally?" Soalan cepumas di pagi hari itu tidak dilayan.Sarang terlupa habis yang lelaki dibelakang dia sama sekolah dan sekelas dengan dia.Nasib baik cermin mata masih belum dipakai.Ketukan di pintu membisukan kai buat seketika dan menghentikan lamunan kecemasan Sarang.Siapa pula yang datang pagi-pagi ni?Sarang terpaksa mengheret Kai yang masih melekat.Tombol pintu dipulas dan...

 

"Hai Noona~" Sehun menyapa dengan senyuman gembira dibibir.

 

"Siapa ni?" Kai meletakkan dagu dia di atas bahu Sarang sambil memandang Sehun atas bawah.Sehun yang perasan akan kehadiran orang ketiga terus berubah murung.Kepala kai ditolak ke tepi.Balik nanti Sarang akan belasah kai cukup-cukup.

 

"Tak ada siapa.Kenapa Sehun datang rumah noona pagi ni?" tanya Sarang tanpa melayan kai yang sudah muncung sedepa kerana tidak dilayan.

 

"Uhh Sehun ingatkan nak pergi sekolah dengan noona.Sehun ganggu noona ke?" Tanya sehun dengan riak bersalah.

 

"Aah memang kau gan-" Mulut kai ditekup kuat.Sarang hantar jelingan maut pada Kai sebelum melemparkan senyuman pada Sehun.

 

"Taklah.Noona memang dah nak pergi sekolah pun.Jom jangan layan budak senget tu." Sehun disuruh tunggu sekejap dan sarang masuk ke dalam untuk mengambil beg."Aku dah siapkan sarapan,balik nanti kita bincang pasal semalam.Kau jangan cuba nak lari pula." Sarang kata tanpa memandang kai kerana dia tahu lelaki tersebut berada di belakang dia.
 

***

 

Perjalanan ke sekolah yang mengambil masa 15 minit terasa lama bila tiada siapa yang mulakan perbualan.Sehun buat-buat sibuk dengan memandang kasut Converse dia yang baru tu.'Adoi kenapa tiba-tiba pendiam pula junior kesayangan aku ni?' Fikir Sarang sambil menjeling ke arah Sehun yang pura-pura membetulkan tali leher."Sehun okay ke?"

 

"Uhh mestilah ok.Kenapa noona tanya?" Balas Sehun tanpa memandang anak mata Sarang.Biasanya bila mereka berbual mesti mata mereka bertentang jadi kenapa Sehun mengelak dari pandang dia.

 

"Tak noona tanya je sebab Sehun diam sangat hari ni" Dan semuanya kembali janggal.Dalam perjalanan ke kelas fikiran Sarang tidak berhenti berfikir.'Takkan dia dah tahu pasal identiti aku?' Dia jadi tak keruan bila memikirkan yang adik angkatnya itu tahu tentang aktiviti tak senonoh dia.

 

Walaupun susah tapi dia kena tumpukann perhatian untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang pelajar.Seperti biasa Cikgu Luhan akan beri quiz Fizik mengejut dan siapa yang tak dapat jawab tak boleh duduk sampai rehat.Lebih kurang 30 minit lepas waktu pembelajaran bermula pintu kelas dibuka.Quiz terpaksa diberhentikan buat seketika bila wajah yang baru sahaja tidur disebelah dia pagi tadi muncul di depan pintu dengan nafas yang tercungap-cungap.

 

"Ma-Maaf saya la-lambat cikgu." Dia menunduk 90 darjah pada Encik Luhan.

 

"Kenapa kamu lambat Kim Kai.Baik tak payah datang langsung sebab dekat buku laporan dah tertulis yang kamu tak hadir ke sekolah selama 3 minggu.Lepas ni jumpa saya.Pergi duduk." Sarang hanya memandang Kai dari hujung mata.Kai disapa mesra oleh Kyungsoo dan Chen.Perhatian Sarang kembali pada soalan yang ditujukan oleh Encik Luhan.Tanpa dia sedari ada anak mata yang penuh dengan dendam memerhatikan dia.

***

"Noona petang nanti noona datang rumah Sehun boleh tak?" Tersedak dibuatnya bila Sehun mempelawa dia ke rumah anak teruna tu.Muka Sehun yang mula memerah ditenung lama.Budak ni 'jemput' aku ke? "Cermin mata noona tu hiasan je kan." sarang mengangguk lemah dan sekelip mata je bingkai besi tu dah hilang dari matanya.Kini cermin mata bertukar muka."Handsome tak?" Macam mana la dia masih boleh kekal kacak walaupun pakai cermin mata bingkai buruk tu." Satu lagi anggukan diberi bersama senyuman manis."Hehe kalau noona nak balik benda ni noona kena datang rumah Sehun hari ni.Ok bye-bye noona."

 

"Eh sehun kejap..." Lajunya budak ni lari.Rambut depan diturunkan sedikit bagi menutup muka dia.Cukup lah muka dia yang sebenar terdedah dekat video tak guna tu.Disebabkan Sarang berjalan sambil tunduk pandang ke bawah dia tidak perasan akan 2 orang lelaki didepannya.Dahi yang berselindung di sebalik rambut bertembung dengan dada tegap salah seorang lelaki tu."Ouch.."Dahi diusap lembut.

 

"Hey awak tak apa-apa." Oh ianya satu kesalahan besar bila dia menangkat muka untuk melihat pemilik dinding daging yang keras itu."Sa-Sally kau ke tu?" Oops kantoi.

 

"Siapa ni?P-Perempuan dalam video!"Chen yang berada di sebelah kai tergagap-gagap bila memandang wajah Sarang dalam versi Sally tu.Kai memandang Chen pelik.Dia tak tahu ke buat-buat tak tahu ni?Tanpa mempedulikan pandangan semacam dari sekawan tu sarang terus memecut ke salah satunya tempat dimana dia boleh menyorok.

***

Tanda tingkat 5 dimana terletaknya tandas lagenda yang dikatakan berhantu.Sejak tahun 1 lagi Sarang menjadikan tandas tu tempat persembunyian dia.Tidak pernah pula dia bertembung dengan mana-mana jembalang.Dia duduk dekat situ selama 4 jam lebih dan sebaik sahaja loceng berbunyi dia lah orang pertama yang tiba di loker murid.Nasib baik lah dia dah simpan awal-awal barang sekolah dekat loker.Seperti yang dijangkakan dia juga lah orang pertama yang tiba di depan pagar sekolah.Lebih kurang 10 minit juga dia tunggu kehadiran Sehun.Nasib menyebelahi dia bila Kai terpaksa pergi ke pejabat.

 

"Noona maaf lambat,tadi cikgu Baozi suruh kitorang hafal sifir 15.Jom~" Belum sempat Sarang balas,Sehun sudah menarik tangannya bersama.

 

Rupanya rumah sehun tidak jauh dari rumah dia.Apa yang bezanya ialah Sehun tinggal di kondominium bersama rakannya yang sama menumpang di situ.Sarang teragak-agak untuk masuk ke dalam tapi lepas diyakinkan oleh sehun terus dia melangkah ke dalam kondominium mewah itu."Noona duduk lah dulu,biar Sehun buatkan air." Sarang mengambil pelung dengan menjelajah isi rumah tu.Pintu pertama dibuka dan terdapat banyak gambar yang dilekatkan ke dinding.Sarang memberanikan diri dengan masuk ke bilik tu dan lihat setiap penjuru.perhatian dia terhenti di sebuah meja yang berselerak dengan gambar polaroid.Bingkai gambar berwarna merah jambu menarik minat dia.Sarang tersenyum sendiri bila memandang gambar seorang budak yang sedang buat pose V.

 

"Comelnya Sehun masa kecil." Selesai bilik pertama Sarang bergerak ke bilik kedua yang berada di hujung kaki lima.Belum sempat dia memegang tombol pintu dia disergah oleh sehun dari belakang."Noona tak tahu pun yang kamu minat ambil gambar." Sehun tersenggih malu sambil menghirup air teh yang dibuatnya sebentar tadi.Selesai minum dan menyejukkan tekak,Sehun mengajak Sarang ke biliknya.Keadaan yang awalnya sejuk terus naik secara mendadak kepada panas bila mereka berdua-duaan dalam satu bilik.Sarang duduk di hujung katil manakala Sehun berdiri didepannya lebih kurang 2 meter jauhnya dengan wajah memandang ke arah lantai."Sehun nak noo- KAMU BUAT APA NI?" Tindakan Sehun dengan menanggalkan bajunya mengejutkan senior wanita yang berada didepannya.

***

Satu persatu pakaian dilemparkan ke lantai.Sehun menutup badan six packs nya dengan tuala sambil memerhatikan noonanya menyelongkar almari bajunya."Kenapa kamu tak ada baju yang bergaya sikit.Macam mana nak pergi dating macam ni?" Rupanya Sehun hanya ingin meminta tolong Sarang untuk memilih pakaian untuk date dia pada hujung minggu ni."Cuba ni dan ni dan oh skinny jeans." Sehun menangkap semua baju yang dicampak oleh Sarang dengan pantas.Kemudian Sehun diusir ke bilik air dan cuba pakaian yang dipilihnya.Sambil menunggu Sehun bersiap Sarang mengambil keputusan untuk mundar-mandir dekat bilik anak teruna tu.'Banyak juga gambar dalam bilik ni.' Tengah kyusyuk dia menelaah muka Sehun waktu kecil salah satu wajah dalam frame gambar tu berjaya menarik perhatian dia tapi tak lama bila suara Sehun sedang memanggil dia kedengaran.

 

"Ok tak noona?" Sehun hampir terduduk bila Sarang menerkam ke arah dia.Sehun berpakaian serba hitam dari atas hingga bawah tapi apa yang menjadi tarikan utama adalah kaki dia.Pergh ripped skinny jeans betul-betul mencengkam hingga menampakkan bentuk kaki Sehun yang panjang lagi seksi ditambahkan dengan bahagian lutut yang koyak hingga menyerlahkan keputihan kulit Sehun.Hampir terliur dibuatnya Sarang tapi entah kenapa kupu-kupu malamnya tidak menjadi liar walaupun Sehun sangat sesuai untuk jadi pasangan katilnya.Mungkin juga sebab dia sudah menganggap Sehun sebagai adik dia sendiri.

 

2 thumb up diangkat.Bertuahnyanya la pasangan Sehun ni."Noona tahu yang kamu kacak tapi tak sangka pula sekacak kpop idol.Tapi noona rasa macam ada someting missing la tapi ape eh?" Agak lama Sarang berfikir sampai naik lenguh lutut Sehun.Baru je si Junior tu nak bersuara tapi belum sempat apa-apa dia ditolak hingga terduduk di atas kerusi meja solek.Naik pucat muka Sehun bila Sarang mengeluarkan sesuatu dari beg sekolahnya.Rancak kepala Sehun menggeleng menidakkan langkah seterus noonanya."Time for makeover~".

 

***

 

Masa yang berlalu terasa begitu pantas.Hari sabtu yang terang benderang lagi panas telah berjaya menganggu tidur Sarang yang semestinya tidak cukup kerana melayan marathon Criminal minds semalaman.Jejak langkah yang lemah diatur ke destinasi akhir iaitu dapur.Perut yang sudah bergelora ditampar perlahan sambil menyeret kaki yang berat ke tempat yang dtuju. Kaki Sarang berhenti dengan serta mertanya bila kerusi diruang tamu tidak berpenghunim dan yang tinggal hanyalah selimut yang tidak dilipat.

 

"Bertuah punya penumpang tak berbayar.Bukan nak lipat selimut ni dulu,main bla je tau.Pergi lepak dengan Chen la tu." Selimut dicapai dan dilipat separuh tetapi pergerakannya terhenti bila ketukan dipintu bergema hingga ke dalam."Siapa tu?kalau Kai mesti dia jerit nama aku." Pintu depan dibuka tanpa syak wasangka.Mata yang masih ngantuk digosok beberapa kali kerana terkejut dengan tetamu dihadapan dia itu."Sehun?Apa kamu buat dekat rumah noona ni?"

 

Dongsaengnya tidak membalas dan hanya tunduk memandang kasut Converse dia.Sarang buntu dengan kelakuan si Sehun yang pelik itu.Bila ditanya kenapa hanya jari sahaja yang bergerak.Sarang ketawa malu,padanlah Sehun tak nak pandang dia.Sarang hanya mengenakan T-shirt labuh paras paha sahaja.Selimut dalam genggaman diikat paras pinggang.Muka merah Sehun yang comel dicuit manja."Sehun nak pergi dating." Sarang angguk dan tanya apa masalahnya."Macam mana nak pergi kalau tak ada teman." Watak utama kita masih blur walaupun muka Sehun dah merah tahap epal masak."Sehun nak dating dengan noona." cengkerik di siang hari pun menyanyi.....

 

***

 

"Sehun jom main bungee jumping lak." Ye akhirnya Sarang keluar dari kepompong dia dan jelajah dunia luar dengan adik angkat kesayangannya itu malangnya Sehun tidak menganggap Sarang sebegitu.Sehun geleng lemah.Lagi sikit je isi perut dia nak keluar.Kenapalah Sarang pilih permainan yang menghancurkan imej dia sebagai seorang lelaki.Setelah rayuan meminta dikurangkan sedikit keekstreman permainan akhirnya Sehun yang membuat keputusan dan memilih rumah hantu memandangkan noona dia yang seorang tu peminat cerita seram.

 

Boleh tahan seram pada awalnya dan tahap kemuncak pun tiba.Pasangan diarahkan berpisah.Entah kenapa wajah penjaga yang dihalang topi itu kelihatan seperti dikenali .Sarang ke lorong A manakala Sehun ke lorong  B dan mereka berdua akan bertemu semula di penghujung jalan."Harap noona jumpa jalan keluar,kita tak tahu apa yang menunggu dalam kegelapan ni." Kata-kata Sehun meremangkan bulu roma Sarang dan senyuman terakhir yang dilemparkan oleh Sehun amatlah sukar ditapis?

 

***

 

Okay rumah hantu ni gila seram.Tak guna punya hantu jepun Ju-on.Kan dah teruk kena hentam dengan aku,ingatkan dalam movie dia jalan terbalik dekat sini pun sama.Memang pecut 15 meter terus.Rasa macam dah lama berjalan tapi cahaya menuju ke penghujung masih belum muncul dalam pandangan.Walaupun penghawa terpasang,panas kerana gemuruh mampu membuatkan Sarang berpeluh satu badan.Bunyi-bunyian yang menggerikan melajukan lagi kaki Sarang ke arah penamat neraka sementara itu.

 

Suasana yang senyap tiba-tiba memberhentikan langkah Sarang dari maju ke hadapan.Tiada bunyi kedengaran malah bunyi penghawa dingin dan burung hantu turut tiada."Blackout ke?" Pergerakan kaki yang berhenti disambung kembali.Keadaan yang gelap gelita langsung tidak membantu dan menterhadkan lagi pergerakan Sarang."He-Hello.Ada sesiapa tak?" Peluh di dahi meluncuri turun membasahi leher.Sarang cuba memegang apa-apa tak kiralah kepala orang ke apa ke asalkan dapat menampung kaki dia yang hampir longlai ke lantai."Sabar Sarang mesti akan ada penyelamat datang nanti." Hati yang lemah cuba dikuatkan.

 

Dalam keadaan yang buntu itu tiba-tiba suatu suara kedengaran.Bukan suara yang menggerikan tetapi suara yang hampir setiap hari dia dengar."NOONA.SARANG NOONA." Air mata yang ditahan akhirnya tewas jua setelah mendengar suara penyelamat  itu.Lagi sekali Sehun menjerit memanggil Sarang.

 

"SEHUN NOONA DEKAT SINI.NOONA TAK NAMPAK APA-APA." disebabkan tak tahu berapa jauh jarak mereka Sarang terpaksa menjeit.

 

"TAK APA.NOONA IKUT JE SUARA SEHUN.DENGAR BETUL-BETUL." Agak sukar untuk tahu posisi Sehun kerana suara adik dia tu bergema.Setelah mengikut arahan Sehun Sarang semakin yakin dan melajukan kaki dia tetapi pancaran terang yang menerjah masuk berjaya memberhentikan sarang sekali lagi tetapi tidak lama kerana lama-kelamaan itu bertukar menjadi lampu berwarna merah bak darah.Kaki Sarang bagai terpaku bila sesuatu yang pelik muncul dihadapan dia.

 

Kupu-kupu..Beribu kupu-kupu berwarna hitam ungu yang sudah mati memenuhi lantai dan terdapat juga sarang labah-labah diatas ceiling dengan labah-labah sebenar yang besar dan berbisa.

 

"BILA AGAKNYA PERMAISURI KUPU-KUPU MALAM BOLEH TURUT SERTA BERSAMA SPESIS DIA YANG SUDAH MENJADI BANGKAI ITU.HMMM MUNGKIN JUGA SEKARANG BETUL TAK CHO SARANG. HAHAHAHAHA"

 

Siapa dia..siapa dia yang tahu identiti sebenar aku.Telinga ditekup,mata dipejam rapat-rapat.Badan Sarang seperti tidak dapat kerana dia terus jatuh melutut sambil berdoa dan berharap agar tuhan mendengar serta memakbulkannya.Beberapa saat kemudian semuanya kembali seperti tiada apa yang berlaku.Bunyi serigala dan burung hantu kedengaran dan ini memberikan lampu hijau buat Sarang untuk bergerak.Bangkai Kupu-kupu dipijak dan dia terus bergegas ke pintu keluar dan beberapa minit  kemudian cahaya menunjukkan penghujung permainan pun muncul dengan kelibat seseorang dihadapan sambil membuka tangan untuk memeluk dia.Sarang tersenyum lega tetapi tanpa dia sedari ada ular dibelakang yang sudah bersedia untuk mematuk dia dan kemudian semuanya kembali gelap.Benda terakhir yang dia nampak ialah senyuman nakal yang dia kenali dan suara Sehun memanggil dia.

 

Nampaknya tuhan tidak memakbulkan doa kupu-kupu malam seperti aku.

 

 

 

 

 


WAAAAAAA SAYA MINTA MAAF SEMUA SEBAB LAMBAT UPDATE

MESTI KORANG DAH TAK NAK BACA CERITA AUTHOR-NIM KAN

TAKPE FAHAM SEBAB SAYA UPDATE LAMBAT MACAM SIPUT KHINZIR.

TAHUN NI SAYA BUSY SANGAT DENGAN EXAM STPM...RESULT PON X TAHU LAGI

OK LEPAS NI CHAPTER LAST..JADI KUATKAN IMAN ANDA SEBAB LEPAS NI SEMUANYA KEKEJAMAN DUNIA DAN DARAH YANG AKAN MENGHANTUI ANDA ATAU TAK

SIAPA YANG MASIH SETIA BACA TERIMA KASIH I LUV U GUYS

*MUAH SKIT*

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
lyanaesyaz #1
Chapter 3: what sehun adik bradik tiri sarang..crita nii menakutkann ae..
lugege_
#2
Chapter 3: Bile nak update lagi ;(
hjkyung #3
Chapter 3:
lugege_
#4
Chapter 3: Kai act sayangkan dgn Sarang? Tapi dia tak mampu buat apa2ㅠㅠ
aquariusxpisces
#5
Chapter 3: Plot twist yang hebat tapi ni Rated M authornim TT Saya terpaksa skip part yang tut... Tut..

Tak sangka pulak Sehun jadi anak tiri Cho hahahaha
dunmineme
#6
Plot twist dia 0_0.. Jjang authornim..best sangat ^^
aquariusxpisces
#7
Chapter 2: wow.....saspens wooo
5days_fin
#8
Chapter 2: sehun??? sehun ke tu? /drama bangla/
huhu... fighting author! saya faham masa awk sbb dlu sya pun amk stpm...
axelblaze
#9
Chapter 2: bila nak updateeeeeeeeeee
April1699
#10
Chapter 2: Huwaaaaarrrggg timr ni pulak bersambung . Cliffhanger. Takpelahhh ada masa update lagi. Fighting!!