chapter 1

Ice Princess

 

 

“Dalam cinta, jangan pernah menunggu orang yang tepat untuk menghampirimu. Akan lebih baik jika menjadi orang yang tepat untuk menghampiri hidup seseorang” Hayi terus membelek-belek halaman yang lain. Baginya, buku itu bukanlah 'seleranya'.  "Asal budak Soohyun ni jiwang sangat?" ucap Hayi sambil menahan ketawanya. Hayi lebih suka menjamah buka yang berunsurkan 'horror'. Bak kata orang 'mysterious' gitu. Tulah padan sangat dengan karakter dia. 

"Hai Hayi! Seorang je ke?" seorang lelaki menyapanya. 

"Tak. Ni ada kawan aku kat sebelah. Takkan tak nampak kot?" jawab hayi dengan nada sinis. Lelaki tersebut terus mengalihkan pandangannya ke sebelah Hayi. Hampir gila dibuatnya apabila lelaki tersebut asyik mengerakkan kepalanya . Jelas sangat budak ni gila. Aku tak nampak pun kelibat manusia kat sebelah dia. Takkan dia bela saka kot? hati kecil sang lelaki berkata. 

"Dah habis merenung aku, cik abang? " lelaki itu tersentap.

"Kau cantik sangat hari ni, tu lah aku tak boleh alihkan pandangan dari kau."  dia menunjukkan gigi 'rabbit'nya itu.

"aku tahu. Kenapa kau ke sini? Takde kerja lain ke? Mana geng kau? Bukan kau dengan dorang ke selalu?"Hayi terus mengajukan soalan .

"aku saja je nak jumpa kau. Rindu rasanya~" Lelaki tersebut mengambil kerusi lalu duduk di sebelah Hayi.

"Whatever. Untuk pengetahuan kau, aku rasa fangirl kau kat sana tu dah meluap-luap dengan perasaan amarah mereka tu. So, untuk kebaikan kita, lebih baik kau berambus sebelum benda yang kau tak pernah jangka akan berlaku!" Bentak Hayi, seperti separuh berbisik.

Lelaki tersebut menoleh kepalanya ke arah gadis yang Hayi sebutkan. Dia tersenyum sinis. "Aku rasa tu tak penting, Yang penting adalah.." Dia berhenti bercakap lalu berdiri dan mendekati mukanya kepada Hayi.  Ruang yang dia tinggalkan hanya mampu membuat hayi mengundurkan badannya. Tetapi sudah terlambat, tangan lelaki tersebut sudah dibelakang Hayi. Menahan Hayi supaya tidak bergerak ke belakang. Hayi boleh merasa hangatnya nafas lelaki itu. "Aku akan tetap membuat mu untuk mencintaiku"bisik lelaki tersebut di telinga Hayi. 

Hayi menjadi kaku. Lelaki tersebut lalu meninggalkannya , lebih membiarkan Hayi dengan muka mongnya~

"KIM JIWON!!!" hayi yang baru sedar akan kejadian tadi terus menjerit namanya. Dengan rasa kesal dia terus berdiri dan meninggalkan tempat itu. 

Gadis-gadis yang berada di sekeliling Hayi menatapnya dengan penuh tanda tanya. "asal si Bobby tu cium dia?" "Bobby bukan cium dialah" "Eh, kau kan sendiri yang nampak tadi? Dia cium Hayi lah!" "Ini akan jadi Hot topik kat sekolah kita" "Habislah Bobby, kalau Winner tau,.kena siat-siat badan dia nanti" 

Hayi mendengar perbualan sekumpulan gadis tersebut. Dia cuba untuk tidak mendengar. Alangkah baiknya kalau Soohyun ada, dia pasti akan tolong aku .

**********

"Unnie! Unnie! Unnie!!!" Hayi tersentak. Dia kenal suara itu. Mahu saja dia membuka pintu tandas tu, dan bertemu dengannya. Tapi keadaan tidak mengizinkan. Gadis-gadis yang berada di luar tadi menyuruh Soohyun pergi . Soohyun tidak mempu untuk melawan mereka. Dia budak freshman kat Academy ni. So, faham-faham lah. Budak junior takkan mampu lawan budak senior. 

Hayi menghela . Dia membuka pintu tandas tersebut dan berlalu pergi. Gadis-gadis tersebut terkejut . Mereka menyangka Hayi tiada kat dalam. "Habislah kita beb, aku sangka dia takde kat dalam" "Kau pun satu! Asal mulut kau ni celupar sangat" 

Hayi menghiraukan mereka . Dia berlalu pergi dan terus menuju ke kelas.

*loceng berbunyi*

Hayi sampai di kelas tepat pada waktunya. Fuhh..Nasib sempat, kalau tak..Habis aku oleh Cikgu Kook  

Hayi hanya duduk diam, dan tidak bergerak seinci pun. Entah mengapa, dia rasa marah bercampur malu dengan kejadian tadi. Chanhyuk perasaan dengan tingkah laku Hayi yang aneh. Dia berdiri dan menuju ke tempat Hayi.

"Hayi!"

Hayi terkejut. Hampir saja dia nak melompat. "Kau ni! Boleh tak jangan kejutkan aku macam tu! Kalau aku kena sakit jantung cam ne?!"

"haha. Okay! Sorry ya~ Aku tak sengaja"

"Hmmm, ya,"

"Oh ya! Kenapa kau diam je ni? Ada masalah ke? Cuba cerita sikit."

"hmm. Nanti je lah masa pulang"

Perbualan mereka terhenti ketika cikgu Kook memasuki kelas. Dengan segera, Chanhyuk berlari menuju ke tempat duduknya. 

Cikgu Kook merupakan cikgu Fizik kelas Hayi. Cikgu ni berotot, Ngam sangat jadi cikgu PJ.

Hayi dengan malasnya,cuba menumpukan perhatian di kelas tersebut. Namun, fikirannya masih tidak tenang.

Akhirnya, kelas tamat. Dan tiba masanya untuk semua murid pulang. Hayi mengemaskan begnya dan berlalu meninggalkan kelas. Dia nak sangat pulang dan me'release'kan tension dia.

Dia menuju ke kelas Soohyun kerana sudah berjanji dengan gadis molek itu untuk pulang bersama-sama.

"Unnie!" Soohyun menyapa Hayi dengan wajah yang ceria dan mata 'eye smilenya'  

"Macam mana buku kau tu? Sorry, aku terpaksa tinggalkannya kat sana. Kau tahu juga kan kejadian tadi. Aku rasa sangat malu Soohyun"

"Takpelah unnie. Bukannya kau sengajakan. Lagi pula,..memang salah aku juga. Sorry ya unnie!" Soohyun memeluk Hayi dengan erat. Murid yang lalu-lalang di tepi mereka hanya bersenyum dengan tingkah laku Soohyun yang comel.

"ehmm! Soohyun-ah ~ tolong lepaskan aku boleh?" 

Soohyun yang baru saja tersedar tadi melepaskan Hayi. "Sorry Unnie! Aku tak sedar pula. Kau terlalu kecil sangat " Soohyum menjelir lidahnya.

"Yah!"

"Arasso~ yuk pulang unnie!" Soohyun menarik tangan hayi dan mereka berlalu pergi. 

"Oi! Kurang asam betul lah kamu dua ni! Aku kan suruh tunggu tadi" Chanhyuk yang baru saja dari bilik guru tadi berlari menuju kearah mereka berdua.

"Oh ya kan! Lupa pula aku!" Hayi baru ingat yang Chanhyuk menyuruh mereka untuk menunggu dia.

"Asal kau jadi pelupa ni unnie?! Haha" Soohyun terus mentertawakan Hayi

"Dah! Mari kita pulang sekarang!" Hayi menghiraukan Soohyun yang ketawa berdekah-dekah dan mereka berlalu pergi.

**********

"Bro, aku dengar kau buat hal tadi dekat budak Hayi tu. Betulkah?" 

"Takde la. Aku sapa dia je" Bobby berkata sambil menyusun bukunya di atas meja. 

"Kau jangan main-main beb, kalau budak winner tu tahu. Sangkut kita jadinya." Jinhwan mencelah.

"Rilek lah. Lagi pula, aku takkan biarkan dorang sentuh Hayi" Bobby mengambil begnya dan berlalu pergi. Dia sedar apa yang dia buat, dia takkan pernah mengalah untuk dapatkan cinta Hayi .

Hanbin yang dari tadi mendengar perbualan mereka menahan perasaan marahnya. Dalam fikirannya tak pernah terlintas bahawa gadis yang Bobby cintai selama ini adalah Hayi. Hanbin kenal sangat dengan perangai Bobby. Bobby bukan jenis orang yang mudah mengaku kalah dan tidak pernah berputus asa untuk mendapatkan apa yang betul-betul dia nakkan. Dia takut persahabatan mereka ini akan hancur kalau Bobby tahu yang Hanbin juga mencintai Hayi. Tapi semua sudah terlambat. Hanbin hanya berharap yang semuanya akan berjalan dengan lancar. Dengan berat hati, Hanbin berlalu pergi dan meninggalkan sekolah itu. Masihkah kau mahu menerima ku Hayi?

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet