Chapter 4

Seduced the Innocent girl
Please Subscribe to read the full chapter

Empire High School

Di kelas 5A2

Chorong tiba di sekolah agak lambat hari ni kerana terlupa set alarm

Ketika sampai di tempat duduk Chorong lihat terdapat satu nota yang diletakkan di atas mejanya, Chorong bertanya kepada Minah yang duduk disebelahnya sama ada Minah tahu siapa yang meletakkan nota tersebut

Minah hanya menjawab nota tersebut sudah ada disitu sejak dia datang lagi

Chorong membuka nota tersebut dan membacanya

"Datang ke bilik muzik pada waktu rehat nanti ~ secret admirer"

Chorong pelik siapa yang meninggalkan nota tersebut.

 

Pada waktu rehat

Chorong pergi ke bilik muzik seperti yang tertulis di dalam nota tersebut

Ketika Chorong sudah dekat dengan bilik muzik, Chorong terdegar alunan petikan piano dari bilik muzik, Chorong pergi ke hadapan pintu bilik muzik untuk melihat siapa yang memainkan petikan piano tersebut tetapi pelajar tersebut membelangkaginya

Chorong terleka sewaktu mendegar petikan piano tersebut sampai alunan tersebut sudah berhenti pun dia tidak sedar, tiba-tiba satu suara telah menyedarkan Chorong

"Sedap tak saya main piano tadi" tanya Suho apabila ternampak Chorong berdiri di depan pintu bilik muzik

"Apa awak buat dekat sini Suho?" tanya Chorong kehairanan

"Awak ke yang letak nota tu atas meja saya?" tanya Chorong setesetelah teringat tentang nota yang dia dapat

"Ya saya lah yang letak nota tu" jawap Suho setelah melihat muka Chorong yang kehairanan

"Tapi kenapa awak nak jumpa saya dekat bilik muzik ni?" tanya Chorong

"Saya nak awak ingat macam mana pertama kali kita berjumpa dan rasa macam mana saya rasa masa dengar awak main piano masa tu" balas Suho

"Best tak saya main piano tadi" tantanya Suho kepada Chorong

"Best sangat, pandai awak main piano" balas Chorong

"Jom kita mainkan piano sama-sama nak?" ajak Suho

"Haaaa...... saya segan lah, awak main piano lagi best, apa kata awak je yang main" balas Chorong

"Apa kata saya main lagi sekali lepas tu awak pulak main" cadang Suho

"Mari lah duduk dekat sini" ajak Suho sambil menepuk-nepuk tempat duduk disebelahnya

Chorong perlahan-lahan duduk disebelah Suho

Suho memainkan petikan piano yang sangat sedap dengar sampai membuatkan Chorong terpegun mendegarnya

"Ok sekarang giliran awak pulak" kata Suho setelah habis bermain piano

Chorong memainkan petikan piano yang sangat merdu dan membuatkan Suho terpukau dengan alunan bunyi piano Chorong

Mereka menghabiskan waktu rehat dengan bermain piano bersama dan Suho memainkan petikan piano yang romantic untuk Chorong dan tiba-tiba Suho meluahkan perasaannya kepada Chorong sambil bermain piano

"Chorong, saya dah mula suka dekat awak, saranghanda" kata Suho sambil memainkan petikan piano yang romantik

Chorong seperti tidak percaya dengan apa yang didengarnya

"Apa awak cakap ni" balas Chorong dengan riak terkejut atas pengakuan Suho

"Saya betul-betul maksudkan apa yang saya cakap tadi, saya betul-betul sukakan awak" kata Suho sambil memegamemegang tangan Chorong

Chorong terkedu dengan perbuatan Suho

"Tapi kita kan baru je kenal, macam mana awak boleh suka dekat saya" balas Chorong

"Saya tahu tu tapi saya betul- betul ikhlas suka kan awak" kata Suho cuba meyakinkan Chorong

"Tapi terlalu awal awak nak suka saya, awak tak kenal saya lagi" balas Chorong

"Saya akan usaha untuk kenal awak lagi, saya pasti awak pun akan suka saya suatu hari nanti" kata Suho dengan yakin

Chorong terus menarik tangannya dan berberedar dari situ

"Saranghae Chorong" jerit Suho sewaktu Chorong beredar dari bilik muzik

"Saya yakin awak akan suka dekat saya jugak nanti" bisik Suho dalam hati

                                                ############################################################################### 

Selepas tamat sesi persekolahan

Chorong, Minah dan Krystal berbual sambil menuju ke pintu pagar sekolah, tiba-tiba seseorang memanggil nama Chorong dari arah belakang.

"Chorong!!! Chorong!!!" jerit Jin

 Chorong, Minah dan Krystal menoleh ke belakang apabila mendengar seseorang memanggil nama Chorong

Rupa-rupanya Jin yang memanggil Chorong

"Ooohhhh Jin, kenapa panggil saya, ada apa-apa ke?" tanya Chorong

"Kau kenal ke mamat jembalang ni Chorong?" celah Minah tiba-tiba 

"Suka-suka kau je nak panggil aku jembalang ea" balas Jin geram

"Suka hati aku lah nak panggil apa, mulut aku" balas Minah saja membuatkan Jin bengang

"Dah dah, awak nak apa panggil Chorong tadi Jin" celah Krystal

Baru Jin teringat tentang tujuan dia memanggil Chorong tadi "ooohhhh sebenarnya saya ada hal sikit nak cakap dengan awak Chorong, kita cakap dekat sana sekejap" balas Jin sambil menarik tangan Chorong ke tepi pagar sekolah

"Awak nak apa? Kenapa tak cakap je dekat sana, penting sangat ke sampai kawan-kawan saya tak boleh nak dengar" tanya Chorong bertubi-tubi

"Hhhhhhmmm, bagi saya penting, sebenarnya saya nak ajak awak keluar hujung minggu ni?" tanya Jin

"Tapi kenapa pulak tiba-tiba nak ajak saya keluar pulak?"tanya Chorong hairan

"Kenapa kena ada sebab ke kalau nk ajak awak keluar?" balas Jin

"Tak lah tapi macam pelik pulak tiba-tiba awak ajak saya keluar tanpa sebabkan?" balas Chorong dengan nada pelik

"Kalau macam tu, awak anggap je yang awak keluar dengan saya untuk balas budi saya bagi share payung hari tu" jawap Jin cuba memujuk Chorong menerima ajakannya

"Jadi awak tak ikhlas share payung dengan saya hari tu?" tanya Chorong bila mendengar Jin seperti mengunkit pertolongan yang diberi

"Tak bukan macam tu, awak yang nak alasan kenapa saya ajak awak keluarkan, so awak anggap je lah pertolongan saya tu sebagai alasannya, tapi saya memang ikhlas tolong awak" balas Jin

"Tapi kalau awak tak nak saya tak paksa" tambah Jin dalam nada seperti kecewa

Cepat-cepat Chorong menjawap bila mendengar nada Jin seperi berkecil hati" tak tak bukan macam tu, ok lah saya setuju keluar dengan awak hujung minggu ni" balas Chorong

"Betul ke? Kalau macam tu hujung minggu ni kita jumpa dekat Seoul cafe" balas Jin dengan nada gembira

"OK, kita jumpa dekat sana" balas Chorong

"Chorong cepat lah apa yang kau borak dengan mamat tu yang lama-lama sangat tu" jerit Minah yang sudah penat menunggu

"Ok lah saya pergi dulu, Minah dah bising lah, bye" Chorong meminta diri untuk bereda dari situ

"Ok, jumpa hujung minggu ni" balas Jin

Chorong hanya tersenyum dan bereda, Jin membalas senyuman Chorong

"Sibuk betul lah Minah sarcas ni, aku baru nak borak-borak dengan Chorong, kacau je" kutu Jin dalam hati sambil bereda dari situ

"Kau borak apa dengan mamat jembalang uuhh yang lama sangat tadi" tanya Minah bila mereka bertiga berjalan menuju ke luar pintu pagar sekolah

"Ooohhh, tak ada apa-apa lah dia cuma nak pulangkan pen saya yang terjatuh masa terlanggar dia hari tu he" tipu Chorong

"Ooohhhh ingat apa lah tadi sampai tak nak kita orang dengar" celah Krystal

"Tak ada apa lah, mungkin dia tak selasa kot kalau korang ada, Minah dengan Jin kan selalu je gaduh" balas Chorong untuk mengelakkan Krystal dan Minah mengetahui tujuan Jin berjumpa dengannya.

"Betul jugak tu, Minah dengan Jin kan mana boleh jumpa mesti gaduhnya" balas Krystal

"Dah lah tak payah lah cakap pasal mamat uuhh" celah Minah

Chorong hanya tersenyum melihat gelagat Minah yang pantang mendegar nama Jin, Chorong tidak memberitahu hal sebenar kepada Krystal dan Minah kerana tidak mahu mereka menggangap dia dan Jin mempunyai hubungan

Tidak lama kemudian appa Chorong pun sampai "bye, saya balik dulu" kata Chorong sambil bereda

"Bye" balas Krystal dan Minah serentak.

                                                   #############################################################################

Pada hujung minggu di Seoul Cafe

Jin sampai 10 minit awal sebelum Chorong

"Maafkan data, saya lambat" kata Chorong setelah melihat Jin sudah menunggunya

"Tak ada lah saya yang datang awal sikit" balas Jin sambil meyedut air yang telah dia pesan sebelum Chorong datang"saya dah pesan air, awak nak air tak, saya boleh pesankan" tanya Jin

"Hhhhhmmm, boleh juga, saya nak Cappuccino ais lah" balas Chorong

Jin bagun dan memesan air untuk Chorong

"Ni air yang awak pesan tadi" kata Chorong sambil memberikan air tersebut kepada Chorong " hari ni biar saya yang belanja awak" tambah Jin

"Gomawo, kita nak buat apa sebenarnya hari ni, kenapa awak ajak saya keluar hari ni" tanya Chorong sambil menyedut airnya

"Ooohhhh, saya ingat nak ajak awak pergi Amusement Park, dah lama saya tak pergi sana" jawap Jin

"Ok, saya ikut je, saya pun ada juga dengar pasal Amusement Park uuhh, tapi saya tak pernah lah pergi sana lagi" balas Chorong

"Kalau macam tu kita gerak sekarang lah, nanti lambat pulak sampai sana" cadang Jin

"Jom lah" balas Chorong sambil tersenyum kepada Jin

Senyuman Chorong membuatkan jantung Jin berdegup dengan laju

"Ok" balas Jin ringkas

 

Di Amusement Park

"Waahhh, best nya tempat ni" kata Chorong yang sebaik sahaja mereka sampai di Amusement Park tersebut

Jin tersenyum melihat Chorong begitu gembira

"Kita nak buat apa dulu ni?" celah Chorong mematikan lamunan Jin

"Apa kata kita masuk rumah hantu dulu" cadang Jin

"Rumah hantu?" tanya Chorong dengan riak muka yang agak takut

"Iya, rumah hantu, awak tak payah lah takut sangat sayakan ada, jom lah" balas Jin tanpa sedar sambil menarik tangan Chorong menuju ke rumah hantu

 Di rumah hantu

"Apa kata awak jalan dulu" cadang Jin kepada Chorong ketika mereka hendak memasuki rumah hantu tersebut

"Kenapa pula saya yang kena masuk dulu?" tanya Chorong walaupun sebenarnya dia tak kisah pun kalau dia yang kena masuk dulu

"Tak ada apa-apa saja je, tapi kalau awak takut saya boleh jalan dulu" balas Jin

"Saya tak takut lah, ok saya jalan dulu" balas Chorong

Chorong cuba memberanikan diri dengan jalan di hadapan " jangan lah ada ada hantu yang sergah aku" bisik Chorong dalam hati

Tiba-tiba Chorong disergah oleh sesuatu dari tepi yang membuatkan Chorong terus menyorok di belakang Jin dan tanpa sedar telah memeluk lengan Jin dengan erat sekali

Tindakan Chorong telah membuatkan Jin terkaku, Jin merasakan perasaan yang sukar digambarkan bila Chorong memeluk lengannya tetapi dia buat-buat seperti biasa sahaja

" awak tak apa-apa ke?" tanya Jin cuba melindungi perasaannya

"Jom lah cepat kita keluar dari sini, saya takut lah" balas Chorong tetapi masih memeluk erat lengan Jin tanpa sedar

Mereka cepat-cepat cuba keluar dari rumah hantu tersebut walaupun dalam perjalanan keluar mereka disergah dengan bermacam-macam hantu, Chorong hanya menutup mata tanpa sedar mereka telah selamat keluar dari rumah hantu itu.

"Ok awak boleh buka mata sekarang kita dah keluar dari rumah hantu tu dah" kata Jin cuba setelah mereka keluar dari rumah hantu itu

Perlahan-lahan Chorong membuka mata "lain kali saya tak nak masuk rumah hantu tu lagi" balas Chorong 

Tiba-tiba baru Chorong sedar yang dia telah memeluk lengan Jin, cepat-cepat dia melepaskan lengan Jin.

"Lepas ni kita nak pergi mana pula?" tanya Chorong cuba melindungi rasa malunya

"Kita try semua permainan yang ada dekat sini" balas Jin sambil tersenyum bila melihat muka Chorong yang merah mmungkin kerana merasa malu

"Ok" balas Chorong ringkas

Mereka berdua seronok menghabiskan masa bersama di Amusement Park sehingga tidak sedar yang hari sudah beransur malam

Pada waktu malam Jin membawa Chorong melihat air pancut yang sangat cantik beserta lampu yang berwarna-warni, mereka duduk dibangku yang berdekatan

"Wahh, cantiknya" Chorong berasa begitu seronok air pancut yang begitu cantik dan menarik sekali

Jin hanya tersenyum melihat riaksi Chorong yang begitu comel

"Chorong, sebenarnya saya ada pekara nak bagi tahu awak" kata Jin tiba-tiba

Chorong terus menghadap Jin "apa dia cakap lah" balas Chorong dan terus memberikan perhatian dengan apa yang cuba Jin sampaikan

"Hhhhhmmm, sebenarnya... Saya dah suka dekat awak" kata Jin sambil tersenyum menunjukkan barisan giginya

"Hahh, awak biar betul, kitakan baru je kenal, macam mana pula awak boleh suka dekat saya, awak tak payah nak merepek lah" balas Chorong dengan riaksi terkejut dan seperti tidak percaya

"Mungkin saya suka awak sejak saya tolong awak dari terkena lopak air masa dekat bus stop kot, saya tak main-main" jawap Jin

Chorong seperti tidak percaya, Chorong tidak tahu nak jawap apa " hhhhhhmmmm, saya rasa macam terlalu awal je, saya rasa baik awak fikir balik perasaan awak tu, jom lah kita balik dah malam ni" balas Chorong dan terus bagun dari situ

Jin tidak berputus asa dia akan buat sampai Chorong suka padanya, itu misi Jin tekat Jin dalam hati.

 

                                                   ############################################################################

 

Sudah seminggu berlalu sejak Jin Meluahkan perasaannya kepada Chorong, sejak itu Chorong cuba tidak bertembung dengan Jin kerana tidak mahu memberikan harapan kepada Jin, kebetulan pula minggu itu Jin sering tidak ada di sekolah kerana mewakili sekolah.

Pagi tu sebelum masuk ke kelas Chorong pergi ke lockernya untuk mengambil buku sebelum kelas bermula. Apabila Chorong membuka lockernya terdapat sebuah bag kertas.

"Apa pulak ni?" Chorong keairanan melihat bag kertas tersebut, pada bag kertas tersebut terlekat sekeping kad, Chorong mengambil kad tersebut dan membacanya

"Saya harap awak terima hadiah yang saya bagi ni, saya betul-betul ikhlas sukakan awak, harap awak suka hadiah ni ~ Suho" Chorong membaca isi kad tersebut

Chorong mengeluarkan sebuah kotak dari bag kertas itu, Chorong terkejut apabila melihat isi kotak tersebut ialah kotak muzik crystal yang sangat cantik kemudian Chorong membuka kotak muzik itu, ada sebuah replika patung kaca seorang budak perempuan sedang bermain piano di dalamnya.

"Waahh cantiknya" Chorong terleka melihat kota muzik tersebut, tanpa sedar loceng telah berbunyi menadakan kelas akan bermula, Chorong cepat-cepat menyimpan semula dalam kotak dan menyimpan di dalam lockernya kembali.Chorong cepat-cepat bergegas ke kelas.

                              

 Pada waktu r

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet