LAPAN

Di Sebalik Pintu [LONG HIATUS]
Please Subscribe to read the full chapter

Langkahku menuju ke dapur terhenti apabila aku terdengar suara lelaki-lelaki BTS itu sedang berbual dengan eomma aku.

 

Tetapi yang peliknya, mereka bukan sekadar berbual-bual kosong. Ada sesuatu yang dipertikaikan mereka.

 

Aku menyorok di sebalik dinding, cuba mencuri dengar ‘perbualan’ terbabit.

 

“Makcik, saya bukan apa…” kedengaran suara Hoseok. “Tetapi saya kasihan dengan dia itu. Dia berhak tahu perkara sebenar.” sambungnya.

 

Eomma meletakkan senduk yang digunakan untuk mengacau sup di dalam periuk itu di atas piring sebelum memperbetulkan apronnya.

 

“Dia anak makcik,” Eomma membalas. “Makcik tahu apa yang terbaik untuk dia.” katanya sebelum mencapai senduk untuk mengacau sup itu semula.

 

‘Dia anak makcik?’ Jadi, maknanya mereka sedang berbual mengenai aku?

 

Aku terus mendengar.

 

“Memang dia anak makcik tapi…” Jimin pula bersuara. “Makcik tak kesian ke tengok keadaan dia macam tu? Seolah-olah dipermainkan.” Dia menyambung kata.

 

‘Seolah-olah dipermainkan?’ Aku mengerutkan dahi. ‘Apakah yang dipermainkan?’ Soalan yang hanya tergantung di minda aku.

 

Ada sesuatukah yang mereka sembunyikan daripada aku?

 

Eomma tidak menjawab. Dia menuju ke arah singki untuk membasuh tangan, kemudian dia menjerit, “Sara!”

 

Aku terkejut. Lantas aku berlari masuk ke dalam dapur, berpura-pura seperti aku tidak mendengar perbualan mereka sebentar tadi. “Ada apa?” soalku.

 

“Hmm, pergi panggilkan sesiapa yang masih belum berada di sini lagi.” Arahnya. Terus mataku dialihkan ke arah meja makan, di mana mereka semua sudah berada di situ sambil berbual-bual sesama mereka, turut berpura-pura seperti mereka tidak mempertikaikan apa-apapun kepada eomma sebentar tadi.

 

Tetapi tiada bayang-bayang Taehyung dan Jungkook. Secara automatik, aku tahu bahawa aku perlu memanggil kedua-dua insan tersebut.

 

Aku terus berlalu dari situ, menuju ke arah bilik mereka.

 

Sesampai di bilik, aku terus membuka pintu. Kelihatan Taehyung dan Jungkook sedang bersila di atas lantai, entah apa yang diperbualkan mereka. Mereka terus memandang aku setelah menyedari kehadiran aku.

 

“Err, masa untuk makan malam.” Aku bersuara, kekok diperhatikan mereka berdua.

 

Taehyung terus berdiri. Tetapi, Jungkook masih lagi duduk, tidak berganjak.

 

“Alright, let’s go.” Taehyung tanpa segan-silu merangkul bahuku dan membawa aku keluar dari bilik.

 

Aku cuba menghentikan perbuatannya perlahan-lahan. “Err, Jungkook?” Aku menoleh ke belakang semula.

 

Taehyung memandang aku lama. “Jungkook?”

 

“Tak apa, korang pergi dulu. Nanti aku datang.” Jawab Jungkook dari dalam.

 

“Okey.” Aku dan Taehyung berlalu ke dapur terlebih dahulu.

 

*

 

Aku mencapai sabun pencuci pinggan di tepi sinki. Tiba-tiba sahaja otakku terfikir mengenai ayah. Tidak, lebih tepat lagi mengenai di mana keberadaannya. Untuk seharian ini, aku tidak nampak pun kelibatnya di mana-mana. Di manakah dia?

 

Ah, mengapa aku perlu berfikir mengenainya pula?

 

“Dia singgah ke sesuatu tempat siang tadi. Berkemungkinan dia balik lambat.” Tiba-tiba eomma bersuara, seakan-akan dapat membaca fikiran aku. Dia meletakkan pinggan-pinggan yang lebih ke dalam sinki.

 

"Oh." Hanya itu yang ku balas. Sekejap, ‘Singgah ke sesuatu tempat?’ Aku mulai musykil.

 <

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Winterqreen
sorry to disappoint you guys but see I need to hiatus (for real) because SPM is quite near, so have a nice day!

Comments

You must be logged in to comment
Hnayunni #1
Chapter 15: authornim ! update plisssss curiousity level tinggi ni •﹏•
suehaila #2
Chapter 15: Update plzzz
KimSerra123
#3
Chapter 15: Wah!! Bestnya.. Baru baca ff ni.. Authornim update palliwa!! Huaaa.. Macam mana dengan Kookie?? Authornim memang daebak..
edhanz #4
Chapter 15: Bestnya..... Serious Best gila !!! …
Maisara-10 #5
Chapter 15: Hah???........unnie....palliwa...smbung ff.....sara nak tau chapter selepas ni.......haha....kebetulan nama saeng pon Sara......juseyo...unnie
Army1705 #6
Chapter 15: ohmygod ohmygod ohmygod. haaaaa update laa pls ! sabtu ni dah nak balik asrama T____T
koreanspls
#7
Chapter 15: I have no regret making your fic my first malay fic! Great job ! :)
I am curious to death for God's sake !
kinah0610 #8
Chapter 15: daebak autor nim..fightingg!
aquariusxpisces
#9
Chapter 15: Gwaenchanha!!!