Episod 3

I'm in love~

Tbh sekarang aku makin suka kat Jungkyu. Tak tahu kenapa..Next day giliran family Jackson dan Jungkyu bawa pergi jalan-jalan. Guess what? Kita akan pergi ke Myeongdong!!!SHOPPING! Jackson dan Junkyu mula pandang pelik kat kitaorang.WAE??!!

 

Jackson bisik dekat Junkyu pastu dua-dua gelak. Hish sakit hati betul lah dua orang ni. Sampai je kat Myeondong aku dan Ana berpinar mata. Banyak betul kedai skin care. Etude, Nature republic,skin food, lush dll. Budak laki dua orang tu usha perempuan jelah. Seperti biasa host parent diorang pon tinggal kitaorang tapi ambil balik lepas 2 jam. Kitaorang masuk kedai Lush. HOLAMAK ENGKAU PEKERJA LAKI KAT LUSH HANDSOME SIA!

 

Disebabkan pekerja dia baik hati, dia explain semua benda kat dalam kedai tu dalam bahasa inggeris. Banyak jugalah kitaorang beli barang kat lush macam bath bomb and sabun. Time nak keluar kedai tu tetiba abang handsome tu masukkan sabun lush dalam plastik aku. Dia senyum. Aku keluar sambil ternganga. Sejuknyaa. Jackson bagi bahasa isyarat untuk peluk aku. Aku tolak dia jatuh kat Ana. Boleh pula dua orang ni buat drama Korea dekat Myeondong. Junkyu hilang...Aku stop and nampak dia kat dalam starbucks. Dia keluar sambil bawa kopi panas.

 

Me: Apa aw...

Junkyu: Nah ambil kopi ni.

 

 Dua ekor kambing kat belakang tu buat sound effect. Duuduuduu~

 

Aku pun ambil kopi tu. Malunyaa...asdfghjkl. Dah tepat 2 jam. Kitaorang pon tunggu host parent then balik. Sebelum balik, kitaorang singgah makan cheese ramyun yang sedap yum yumm! Oh tidakk~ pakai chopsticks. Aku berusaha sedaya upaya untuk makan guna chopsticks malangnya aku masih tak berjaya. Junkyu bangun dan pergi ke kaunter untuk minta garfu dan bagi garfu tu kat aku. 

JANGANLAH BUAT KAT AKU MACAM NI~~~[ monolog ]

Ana buat aegyo suruh Jackson ambilkan garfu juga. Walaupun aku saya tak faham bahasa cina, saya tahu Jackson tengah mencarut dekat Ana. Mulalah dua orang kambing ni bergaduh, 5 minit kemudian elok balik. Yeah! Dah kenyang...

 

Keluar daripada kedai. 

 

SNOWWWW~!!!

 

Berlari aku dengan Ana. Aku pun mula melompat-lompat sekali kaki aku landing tak betul. Aku pun jatuh di dalam dakapan Junkyu, Cewahh!

Mata bertentang mata hatiku mula mendatang. Tiba-tiba salji lebat pula. Jackson dan Ana pula sibuk je tengok sambil cakap bahasa cina. Aku pun lepaskan diri dari Junkyu. Malam tu host parent bawa pergi Namsan Tower. Cantik sangat.[ayat cover]

 

Hari Ketiga di Seoul, salji dan hujan yang lebat menyebabkan kitaorang tak boleh keluar. So, omma ajak Jackson dan Jungkyu datang ke apartment kitaorang . Omma hantar adik kitaorang pegi sekolah dan appa keluar pergi kerja lepas tu. Aku pun buka tv channel KPOP. Time aku buka tu ada MV lagu Hyolyn x Joonyoung Erase. Memang lagu favourite aku. Aku pun mula nyanyi

 

Neol saranghangeol jiwo [ jiwo ] You

 

Junkyu balas

 

Ni jeonhwabeonho jiwo [jiwo] moreuge
Urin andwae No No [penuh perasaan]

 

Tersentak aku kat situ. Jackson dengan Ana yang tengah galak pon senyap. Semua pandang Junkyu.

 

Jungkyu: Apa?

Last2 semua join nyanyi lagu ni.

 

Ana: Weh jom karaoke![buka youtube dekat tv]

Jackson: Saya mahu!!

Ana: Partner orite?

Jackson: Ok[winks]

 

Ana pon ambil stand dengan camera. Dia pilih lagu soyou x jungiggo some. Start dah bersweet diorang kat depan tv. Melampau gedik betul. Sewel sawan semua keluar.

 

Ana: Yojeumttara naekkeoin deut naekkeo anin naekkeo gateun neo

Jackson: Nikkeoin deut nikkeo anin nikkeo gateun na
 

Diorang pun nyanyi lagu tu sampai habis. Giliran aku dengan Junkyu. Baru je aku nak pilih dia dah tekan lagu yang memang tak masuk akal. Cuba teka..

 

 

 

 

GAIN FXXK YOU FEAT BUMKEY

 

 

 

Junkyu: Tau lagu ni?

 

Aku tak tahu kenapa aku angguk time tu.  Aku dengan Junkyu duduk kat kerusi sambil nyannyi. Aku boleh nampak dua ekor kambing melompat-lompat kat sofa tengok kitaorang nyanyi. Aku pun start nyanyi lagu tu dengan Junkyu. Part paling penting~ Aku bangun

Fxxk U, dont want it now
dangyeonhan geotcheoreom ni gyeote nupgin sirheo

Fxxk U, you know, Fxxk U [ pandangan Junkyu]

Junkyu pun mula bangun

ireoke hagin sirheo
nae mameun geureon ge aniya

 

Bersemangat gila nyanyi lagu ni. Ana dan Jackson terkejut tengok kitaorang. Lepas habis nyanyi, Ana pun pergi ambil camera dia. Kitaorang kembali normal. Aku pun pegi kat rak kat tv cari  games. Aku jumpa tumblin monkey, so kitaorang semua main benda tu. Baru je nak main ada orang tekan loceng. Oh~ orang hantar makanan. So tak jadi main. Semua kebulur nak makan. Yeah! Black noodles!

Seperti biasa kambing couple duduk makan bersama dekat tingkap tengok greenhouse kat luar. Aku terpaksalah makan bersama-sama Junkyu. Sebenarnya aku lagi suka. Time makan tu kitaorang berborak.

 

Me: Kenapa awak pilih program ke Korea?

Junkyu: Hmm, sebenarnya saya tak pernah pergi ke Seoul. Kampung mak saya dekat Jeju. So, sebab tu lah saya nak pergi Seoul.

Me: Jadi, mak awaklah orang korea. Ayah awak?

Junkyu: Aah. Mak saya sebenarnya pun mixed dengan Jepun. Ayah saya pula melayu campur cina. [explained]

Me:Ohh~~ complicated juga ya sejarah keluarga awak. [ pening kepala]

Junkyu: Hahaha. Awak pula?

Me: Saya pun mixed juga. Negeri sembilan campur Pahang.

Junkyu n me:HAHAHAHAHA

Me: Tapi bm awak hebat gila lah. Star habis!

Junkyu: Saya memang stay kat Malaysia. Warganegara pon Malaysia. Tanah tumpah darahku.[ bangga]

Me: Eleh![ ketuk kepala Junkyu]

 

Semua dah selesai makan. Omma and my dongsaeng pon dah balik. Omma cakap kitaorang boleh jalan2 kt kawasan apartment. Kitaorang semua bersiap nak turun and bawa sekali adik kitaorang, Seojun(5 thn) dan Ji sung(3 thn).  Aku pegang Ji sung. Ana pegang Seojun. Kitaorang jalan sekali dengan dua jejaka handsome dengan penuh sifat keibuan.

Lepas 20 minit berjalan, Ana tak tahan nak kencing. Dia ajak Jackson cari tandas so dia bagi Seojun kat Junkyu suruh pegang. Aku pun tolak stroller pegi masuk kedai dengan Junkyu sebab kat luar sejuk sangat. Time tu ramai budak sekolah tengah balik. Diorang singgah kedai juga.

 

KYEOPTAAA!~~

AIGOOO~ [cubit pipi seojun dengan Ji sung]

SO YOUNG~~!

 

Excited budak sekolah tu tengok kitaorang. Diorang pun mula borak dengan Junkyu. Aku tak faham. Sengih-sengih jelah kat situ. Junkyu tarik aku[peluk] pastu bisik kat aku. DIORANG INGAT NI ANAK KITA!~ Junkyu senyum-senyum sambil angguk-angguk dekat budak sekolah tu. Punyalah femes sampai bebudak tu nak bergambar dengan kitaorang. Dengan Seojun and Ji Sung sekali. Sekali aku pijak kaki Junkyu. 

 

AHAHAHAHA[evil laughs]

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet