Episod 1

I'm in love~

OH MAIII GODDD! Aku tak siap packing luggage lagii.[sambil pakai baju sekolah].

Oh ya lupa nk memperkenalkan diri saya. Nama saya Sha. Umur 17 tahun. Sekolah dirahsiakan. hehehe. Harini aku akan mendaftarkan diri untuk menyertai program pertukaran pelajar di KOREAAAA!. Excited bah. Setelah sampai di hotel, aku mula mendaftarkan diri dan bertemu kawan baru. Ramai gila kat dewan sebab campur dengan batch Jepun. Aku pun duduk seorang diri.[ lonely]

Selepas taklimat aku dibenarkan berehat dalam bilik yang diberi bersama housemate. Housemate aku nama Ana. Cantik sungguh dia. Insecure tahap gaban. Malam tu ada ice breaking. Aku memang tak kenal semua kat situ. Kumpulan aku ada 9 perempuan dan 2 lelaki. Salah seorang lelaki dalam group aku memang famous sebab dia mix dengan korean nama dia Junkyu. Aku tak berminat dengan dia sebab nampak sombong sangat.

 

Hari yang ditunggukan sudah sampai. Harini aku akan terbang ke Korea. Lepas check in lugagge, koordinator mula bagi tiket flight. Aku mula gelabah sebab tak tau duduk dengan siapa. Puas cari so aku tanya kat kawan aku tentang seat aku. Dia cakap aku duduk belakang sekali.HAHAHAHAHAHA. 

Flight delayed sebab hujan lebat. Sebelum naik flight aku call family. Mak aku risau sangat. Hmmm. Saat yang mendebarkan, aku terus mencari seat. Ya ampun, kat belakang sekali. Alamak! Tu bukan Junkyu? Aku pusing cari seat lain. Then Junkyu jerit. SINILAH WEI! Malu sia.. Aku pun duduk sambil sengih macam orang tak betul.

Flight nak berlepas so ada annoucement suruh pakai tali pinggang. Aku nervous tak boleh nak pakai. Then tetiba Junkyu pandang kat aku. Dia tarik tali pinggang dan pakaikan untuk aku.

 

MALU SIAAAAA~

 

Junkyu: First time ke?

Me: Err. aah..[malu pandangan tempat lain]

Junkyu: hehehe

 

ASDFGHJKL. Dalam banyak2 orang kenapa mesti dia. Aku terus ambil ipod dengar lagu sebab lagu dalam flight tak best. Belum sempat pakai Junkyu mula cakap dengan aku.

Junkyu: Eh awak sha kan? Sama group time ice breaking. 

Me: Aah. Awak Junkyu. Saya tau. [ pakai earphone]

Junkyu: Hmm awak? Takpelah.

 

Apa-apa jelah budak ni. Dia pon mula ambil headphone pakai then cari movie. Aku perhatikan je movie apa dia cari. Oh dia terus buka korean and asian movies.  Aku pon mula ketawa sorang2. Aku pun mula buka screen tu. Tekan2 mencari cerita yang best. Tapi aku rasa macam diperhatikan. Tetiba ada tangan sentuh screen. Dia tekan cerita. TOUGH AS IRON. Aku mula tengok tangan dia then muka dia. Ju..Junkyu?

Junkyu: Cerita ni macam best ni. Jom tengok sama2.

Me: ha..ha.. OK

 

Junkyu pun tekan kat screen dia pulak. PLAYY! Dua2 senyap je tengok cerita tu. Kadang2 aku cam curi2 tengok muka dia. FLAWLESS, HIDUNG MANCUNG!. Ideal type sungguh. Lepas sejam makanan pun sampai. Disebabkan kitaorang duduk belakang, kitaorang dapat makanan last sekali. Jap! Choppp! Mana makanan aku??!! Semua orang dah dapat. Mata aku mula pandang sekeliling. Junkyu pun dah dapat makanan. Dia pon dah start nak makan. Aku masih struggle nk panggil flight attendant. Angkat tangan tapi macam tak angkat tangan sebab malu. Aku pun pandang Junkyu. Dia tutup balik makanan and tolong panggilkan flight attendant. And yes, dia cakap bahasa korea. OH MAI GOD! Rasa nak tergolek jatuh daripada kapal terbang. Aku pun dapat makanan and kitaorang mula makan sama-sama.

 

Sambung balik tengok cerita. Sedih gila cerita tu. Macam air terjun aku nangis. Junkyu bagi tisu sambil gelak2 kat aku. Aku nampak kesan hingus kat hidung dia tapi aku watlek je. Poyo betul mamat ni. Last2 ending dia, dua2 nangis. Tersedu-sedu. Akhirnya sampai di Incheon Airport. OHH~ KOREAAA!

 

Cepat-cepat keluarkan winter jacket lepas keluar dari flight sebab sejuk and tak nak beg berat. Then berkumpul naik bas. HUWAAAA!!!![jerit ramai-ramai dengan kawan] Before naik bas, Junkyu datang kat aku minta kakaotalk id. 

 

Dalam bas semua orang nyanyi lagu kpop. Bersemangat kpoppers agaknya. Aku main kabus kt tingkap. Cermin tingkap sejuk macam letak dalam peti ais atas. Kitaorang on the way untuk majlis perasmian then pergi rumah host family masing-masing. Aku duduk dengan Ana sambil borak-borak dengan dia. Dia tak habis- habis cakap pasal kawan Junkyu. Jackson, budak cina yang tak reti cakap bahasa melayu.Bae, bae! Penat dengan perkataan tu.

 

Yeah! Akhirnya kitaorang diserahkan kepada host family. Tinggal kat Umyeon dong. Tetiba host mother kitaorang bawa sekali Junkyu dengan kawan dia, Jackson. I was like... OMGG! Host parent diorang jiran host parent kami..Kami semua tarik beg ke kereta. Memang penuh sebab semua bawa beg besar macam nak duduk korea selamanya. Disebabkan Ana agak besar daripada aku, omma suruh dia duduk kat seat depan. Aku pun mula masuk duduk kat belakang. Jackson mula buka pintu kiri dan masuk. Junkyu pula mula buka pintu kanan dan masuk. Aku tersepit kat budak-budak hensem. Ana pandang  belakang sambil gerakkan mulutnya. JELESNYA AKU!

 

Aku duduk macam patung. Pandang kiri Jackson, pandang kanan Junkyu. For your information, cara orang korea drive agak ganas sikit. Aku banyak kali terlanggar diorang. MALUUU SIA. Dengan Jackson yang cakap bahasa melayu entah pape.Apa yang dia cakap pon aku tak faham. 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet